Gambar 1: Mula menyanyi badan kena stabil supaya lontaran suara terkawal...
Gambar ni bukan daripada program realiti tetapi masa buat persembahan hari guru (tahun 2000) kat PPYIT. Masa jadi guru, bila hari guru rasa kecut perut sebab kita kena sporting dengan murid. Mereka kan minta kita buat persembahan. Bila nama dah kena panggil naik ke atas pentas tentulah kena naik untuk buat persembahan.
Rupanya episod-episod begini akan menjelma berulang kali dalam hidup. Bila dah bertukar kerja ke tempat lain pun kalau ada majlis-majlis atau diner ke kita mungkin kena naik pentas buat persembahan (kalau nasib tak baik), dan biasanya hadirin mahu dengar suara kita bila menyanyi (demand pulak).
Kalau ikut hati nak berpantun je, atau baca sajak tapi mereka nak kita nyanyi. Huh...kalau dapat buat silap mata pun best, tapi takut yang keluar ikan duyung, bukannya arnab putih. he.
Gambar 2: Bila rasa dah selesa sikit, peminat pun dah enjoy, kita mula dapat kekuatan, kaki boleh kita angkat sikit bila time buat chorus lagu.
Memanglah malu bila nyanyi lagi pop depan tuan pengetua dan ustad ustazah. Tapi lagu tu je yang pandai bawak (padahal bawak dengan hancur) masa tu. Masa tu bawak lagu `Gerimis Mengundang' dan `Hijau'.
Nasib baiklah time tu tak ada lagi rancangan-rancangan realiti, kalau tak terduduk rasanya bila dapat komen daripada juri. Nasib baik masa tu guru besar sporting jugak dan dia nyanyi juga bawak lagu Bangawan Solo, boleh tahan juga suaranya...
Gambar 3: Bila dah habis chorus kita kena ikut irama lagu dengan mengelekkan pinggul 45.8 darjah, moga-moga aksi tu dapat menutup kekurangan vokal....he he he
Bila dah dapat majikan terbaru (UNITEN) ni pun kena nyanyi masa malam buat persembahan. Huh! malu betul di depan TNC, dr-dr dan profesor gelak sakan masa tu. Menekan perut mereka ketawa (pelik jugak lagu Titanic tu kan lagu sedih? tak kan mereka tak ada perasaan...)
Masa tu bawak 2 buah lagu dengan hancurnya. Pertama lagu dari filem Titanic `My heart will go on' dan lagu `Hijau' nyanyian Zainal Abidin. Tapi nak buat macam mana, bukan senang nak cari makan dengan halal, lagi pun bukanlah buat sesuatu yang mungkar kan...
Jan: Ada orang nyanyi untuk orang dia sayang sahaja, menyampah!
1 comment:
mu ade talent menyanyi....semua enjoy dah cukup...he heh heh
Post a Comment