Salam...
Total Pageviews
Followers
Wednesday, August 4, 2021
Tersilap pos dari penjual.
Friday, July 30, 2021
August: Osage Country (2013) Original Motion Picture Soundtracks, Sony,
August: Osage Country (2013) Original Motion Picture Soundtracks, Sony, Made in the EU.
1. Saya jarang beli CD soundtrack filem. Tapi soundtrack The Bodyguard (1992) dan Titanic (1997) ada la.
2. Sebab jarang beli antaranya sebab jarang ada. Terpaksa kontek kawan yang selalu dapatkan dari luar negara.
3. Paling saya sayang Soundtracks Titanic, terjual lebih 30 juta kopi di seluruh dunia. Jiwang betul... Kisah cinta yang tak sampai ibarat rindu yang belayar mencari dermaga yang tiada...
4. Ada 15 lagu dlm ni, yang sya paling suka 'can't keep it inside' no 11. Macam tema hidup kawan baik saya, selepas bercerai bini dia pelihara anak2. Tapi lagu Eric Clapton pun sedap. Trak 3.
Ada 15 lagu dalam 39 minit. Kira ada la lagu yang lamannya seminit dua. Tapi muzik mak datuk! Supergetar jiwa!
5. Pendek kata saya suka semua lagu, lagu2 untuk filem sedap. Jentik hati...muzik indah. Teringat pantai, telaga di kampong dan bekas kekasih (semoga dia tak bahagia).
6. Filemnya pun sedap, bagus. Tak pernah saya tengok dalam satu filem orang putih semua pelakon bagus2 belaka.
7. Boleh di dengar petang2 di bilik belakang, sambil berehat makan pulut. Duduk relek minum teh o lemong. Rasa tenang. Boleh buka tingkap, kalau jiran tak bakar sampahah (hobi dia).
8. Ketenangan adalah mahal, tapi mahal lagi sebuah kejujuran.
Titik.
Wednesday, July 21, 2021
Korban cinta, kek bodo dan berkirim salam
Saturday, July 17, 2021
Tanpa milo, tanpa maggie, tanpa budu dan rokok
Bermula 1 januari 2021, sehingga ke hari ini masih berjaya tidak minum milo dan nescafe. Tidak makan maggie dan budu. Saya juga sudah tidak merokok.
Saya beli Huion
Semester ini saya mengajar satu kelas, jadi saya beli drawing pad untuk memudahkan saya menanda jawapan pelajar.
Penggunaannya tidak seefisen menanda menggunakan pen. Namun ia amat sesuai bila menanda untuk tujuan dalam file yang jawapannya terpapar di skrin komputer.
Semua berubah.
Semua ada pertama kalinya...
Wednesday, July 7, 2021
Saya terkelar jari semasa mengelar ikan
Semasa saya kelar ikan ini, saya dibawa kepada satu kenangan silam... ikan yang berdarah itu sudah saya buang.
Tetapi tidak kenangan-kenangan itu.
p/s: Kawan saya kata kalau ikan itu kecil, tak perlu beria mengelarnya...
Kalau boleh saya mahu tampar muka saya yang hodoh ini...he he he.
Saya rindu, saya sangat rindu...
Kawan baik saya beritahu jangan menulis sebarang kelemahan diri di blog. Nanti orang akan pandang kita lemah dan serba kekurangan...
Namun kadang-kadang saya tertekan...saya amat sedih dan rindu.
Dengan menulis, ia dapat tenangkan ombak di dada.
Saya mengaku saya lemah...
Kalau boleh saya tidak mahu jadi lelaki yang luar biasa, saya mahu jadi lelaki biasa yang dalam satu hari boleh banyak kali jatuh cinta, jatuh hati dan jatuh sayang.
Saya melawan perasaan dari masa hingga masa, dari tahun ke setahun...
Kalau boleh saya mahu jadi lelaki biasa, yang bisa disembuhkan dengan masa. Namun makin lama, makin berbisa apa yang saya rasai...
Namun saya rasa bertuah kerana saya mampu kelihatan gembira, walaupun semasa menyiran pokok-pokok bunga, air mata saya menitis.
Airmata kasih yang menitis, tiada harga taranya...










