Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, October 1, 2009

Bila rumah tak berpagar...

Gambar 1: Ada pulak pokok hiasan saya letak dalam kolam tu, he he he.
Sekarang saya beralih kepada gaya taman mini. Saya pelihara ikan sebab katanya kena ada unsur air dan hidupan barulah boleh digelar taman. Saya beli ikan gupy kat pasar minggu Muadzam, dan entah ikan apa 2 ekor ikan kecil kecil warna merah. Bolehlah saya bercakap dengan ikan-ikan tu kalau rasa boring.
Pasu kolam tu kawan saya kat nurseri yang hadiahkan. Di nurserinya ada dijual yang baru tetapi saya suka yang nampak antik dan berlumut, so saya mintak beli. Pasu kolam ni sebenarnya dia display kat nurseri dia.
Suatu petang dia datang antar dengan van. Bila dia beri percuma, saya tergamang dan terpegun sebab rasa gembira sangat. Dah lama saya minat pasu kolam antik ni sebenarnya, he he he. Bila dia hantar ke rumah dia ada kata `biar abang gembira'. Apa muka saya nampak sedih sangat ke? He he he.
Gambar 2: Amboi besarnya cengkerang siput tu, ambik kat Pulau Perhentian ke?
Kat bawah pangkal batang pasu saya rimbungkan dengan pokok-pokok pasu kecil. Saya letak juga kulit kerang dan kulit siput yang besar, biar nampak semulajadi sedikit kononnya. Kulit siput dan kulit kerang tu saya ambik semasa saya balik beraya tempohari.

Gambar 3: Amboi kerusi duduk mengadap, ala kot kadang-kadang Ja datang ke?

Saya letak pulak 2 buah kerusi, senang duduk malam-malam ambil bayu. Kadang-kadang duduk dalam rumah panas. Tak kan nak berseparuh bagel 24 jam kan?. Maka boleh duduk rehat malam-malam kat bucu ni. Isap rokok ke untuk bakar diri.

Keluasan tak seberapa, kena pandai-pandailah aturkan segalanya dengan teliti. Kalau silap atur semuanya tak bererti.



Gambar 4: Ikan dah bertukar jadi siput?
Bila saya pulang daripada kerja, saya dengan gembiranya melenggang lenggang kangkung nak pergi tengok ikan di dalam kolam kecil ni. Gembira sangat rasa, kot-kot ada dah yang beranak.... Saya dapati kulit kerang dan kulit siput besar ada dalam kolam mini saya (rujuk gambar di atas)! Saya angkat semula letak ke bawah pasu. Saya cari ikan-ikan saya, ya allah tinggal sekor!
Jan: Doktor tu tak faham apa-apa, dia suruh saya berehat je...



Wednesday, September 30, 2009

Alias Deris: Boleh Tanya Tak?

Walau dugaan silih berganti,
Dia tetap teguh berdiri,
Sehingga terungkapnya kebenaran


Itulah antara ungkapan kata terpang-pang di cover novel `Boleh Tanya Tak?' karya Alias Deris yang diterbitkan pada tahun 2009 (cetakan ke 2). Novel ni bukannya novel remaja atau akhir remaja (macam saya ni) tetapi untuk awal remaja iaitu dalam lingkungan umur 9 hingga 15 tahun.

Ni hah cover bukunya... Ada lambang LOVE tapi bukan pasal cintan...

Saya menyambarnya bersama novel `Zizan atau Zidane' (juga karya Alias Deris) di sebuah kedai buku kecil, di sebuah daerah terpencil...Muadzam Shah.
Pun begitu saya juga membacanya. Masa nak tidur tu... masa kelebek-kelebek buku-buku, tangan saya mencapai novel `Boleh Tanya tak?'. Saya membacanya sehingga lewat pukul satu pagi baru habis, he he he. Baca semasa nak tidur. Mulanya ingat tak akan habis membacanya tetapi persoalan mengapa Sherrina begitu terluka setelah dihina di sekolah menyebabkan saya mahu tahu. Kesian dia baru bertukar sekolah dan terkena musibah pulak. Dan saya nak tahu jugak apa Edly buat sehingga Sherrina begitu terluka. Maka saya terus membaca daripada satu muka surat ke satu mukasurat sehinggalah tak sedar ke mukasurat terakhir, 151.

Novel ini bukannya kisah cinta. Temanya adalah persahabatan. Banyak persoalan mengenai nilai-nilai persahabatan diungkapkan di dalam novel ini yang secara langsungnya memberikan pengajaran dan moral yang indah kepada pembaca.

Persekitaran dan lokasi banyak berlegar di sekolah dengan ramai kawan lain yang membawa watak sampingan yang pelbagai bangsa (satu Malaysia), begitu juga gurunya yang berkonsepkan satu Malaysia juga. Best jugak cerita ni kerana ia berjaya membawa saya ke alam persekolahan dulu, tiba-tiba syahdu rasa...(pulak dah).
Sebagai pengulas novel awal remaja yang tersohor (konon tersohor tapi ni la kali pertama ulas novel dalam hidup, he he he) saya sangat berpuashati dengan persembahan yang menepati ciri-ciri novel awal remaja terutamanya plot bergerak cepat, banyak dialog dan pendek dialongnya, bahasa mudah dan segar, ada adengan lucu, klimaks yang tak melampau, suasana persekolahan dan world view lingkungan pemikirannya awal remajanya.
Saya rasa lucu pulak watak cikgu Nordin yang memberi komen kepada pelajarnya macam Roslan Aziz Malaysian Idol dan Cikgu Norasyid macam Adlin Aman Ramli dalam Akademi Fantasia...bila memberi komen terhadap persembahan para pelajarnya...(M/s: 109, Prg: 2, 4). Ia menimbulkan rasa real je bila membaca buku ni, mendekatkan kita ke alam cerita.
Namun penulisan ini saya fokuskan kepada unsur-unsur penerapan agama di dalam novel ini. Unsur agama yang saya maksudkan di sini ialah bukan sahaja melalui perkataan tetapi juga situasi dan adengan yang menyematkan pembinaan insan yang mulia. Ada di antaranya tidak dinyatakan secara terangan tetapi ia memang salah satu amalan dan tuntutan agama. Contohnya apabila Zubaidah terpenyek kerengga, lihat di bawah:
''... kerengga yang kecil itu juga makluk ciptaan tuhan. Kerengga itu barangkali mempunyai keluarganya sendiri. Apakah nasib keluarganya nanti? Alangkah malangnya....'' (m/s: 11, Prg:4).
Agama mengajar kita ambik kisah mengenai makluk ciptaan yang lain sebagai suatu makhluk juga yang ada hak untuk hidup. Kita ni sibuk 24 jam, mungkin kita terlepas nak mengajar anak banyak perkara mengenai kemanusian, di sinilah saya melihat peranan Alias Deris mewakili pihak kita (kita yang sibuk cari duit dan bergaya 24 jam ni kan? He he he, jangan terasa sebab mungkin betul apa yang saya kata ni!).
Begitu juga terdapat peristiwa apabila berlaku kematian ibu Tasbeeh (kawan baik Sherrina), digambarkan adat menziarah memang diamalkan bersama amalan saling membantu antara satu sama lain. Mak Cik Jah ini adalah jiran terdekat.
''Mak Cik Jah menutup semula kain yang menutupi jenazah ibu Tasbeeh yang diselaknya tadi. Tasbeeh sebolehnya tidak ingin melihat emaknya dalam keadaan begitu. Dia sedar ketentuan ilahi. Cuma tadi dia tidak mampu menahan kesedihan. Segala-galanya berlaku dengan pantas.'' (m/s:72-73, Prg:7,1).
Begitu juga dengan dialog yang mengajar awal remaja supaya bertimbang rasa, menghormati waktu amalam agama individu lain, garib-garib buta mana boleh telefon rumah orang:
'' Sherina, kenapa menelefon ke rumah orang waktu magrib begini? Tunggulah selepas solat nanti. Nanti terganggu pula orang di sana,'' Sapa puan Salmiza secara tiba-tiba sambil menegur perbuatan Sherrina itu.'' (m/s: 125, Prg:1).
Banyak lagi unsur agama dan moral yang diterapkan dan disematkan dalam novel ini terutama pergaulan antara lelaki dan perempuan yang mesti terkawal, semangat kerja sama berpasukan dan menolong antara satu sama lain.
Saya berpendapat pada peringkat awal remaja pembinaan minda haruslah kuat diisi dengan banyak panduan. Agama adalah salah satu sebagai panduan hidup (bukan bebanan). Semua pelajar boleh rajin belajar dan menjadi somebody suatu hari nanti...tetapi mestilah menjadi somebody yang terisi pembinaan mindanya daripada awal. Jika tidak bina jambatan, jambatan runtuh, bina stadium, stadium runtuh (no komen, he hehe) atau kerja bank, buat lari duit...he he he.
Novel ini saya akan poskan kepada anak saudara di Besut, sebagai tambahan kepada koleksi buku cerita-ceritanya. Saya juga akan terus membeli karya Alias Deris untuk anak-anak suadara kerana dalam karyanya banyak unsur penyerapan dan pembinaan jati diri ke dalam para pembaca. Penyerapan secara bijak, kuat dan segar. Apalah sangat menghabiskan sedikit wang untuk pembinaan minda anak-anak kita kan? (opps...anak saudara juga, he he he).
Sesekali asyik dok mengodar Pizza untuk makanan perut anak-anak, apa salahnya kita sekali sekala mengodar buku untuk makanan minda otak anak-anak, kan?...
Jan: Teringin sangat nak buat novel bertajuk `Puaka', tetapi bukan novel seram, novel pasal kecurangan dan tragis kasih tak kesampaian...

Tuesday, September 29, 2009

Antara gambar terbaru...

Gambar 1: Bergambar bersama kayak besar macam perahu, eh kayak ke?

Gambar 2: Kat kaunter depan, betul-betul tengah bangunan membulat.
Gaya buat-buat letak tangan konon.

Gambar 3: Gambar sama demgan gambar 2 tetapi guna shot jauh.
Gambar 4: Duduk dengan gaya Gajah Kempis
(sesuai untuk orang berisi, duduk dengan perasan kurus, lepas tu silang tangan ke depan biar tak nampak kembang)

Gambar 5: Gaya biasa, terlalu amatur. Tangan kanan buat2 pegang pagar dan tangan kiri lagi buat2 baiki baju. Kaki jangan lupa silangkan!)


Semua gambar dipukul kat UNITEN Putrajaya. Sebab itulah tak berani la nak pose sangat. Air muka kena jaga, nanti malu pulak dekan. Ni pun pukul bila tak ada orang lalu lalang.
Jan: Gambar-gambar kita hanya tinggal kenangan, kau memang puaka!

Gambar kenangan mak sakit...

Ni gambar serius
(mak sempat lagi main sms, he he he)
Ni gambar lawak
(mak saya tanpa make up, tanpa gigi palsu. Saya tanpa make up juga tapi bergigi asli, he heh )

Walaupun mak saya sakit, saya tetap pukul gambar menggunakan hanya handphone. Saya sentiasa sahaja menggunakan kesempatan bila nampak mak saya ok, saya terus buat hal nak pukul gambar. Saya tidak hiraukan jururawat atau pesakit di sebelah. Bukannya saya pose maut.

Mak termenung ingatkan ayah...he he he


Proses mengurut dijalankan dengan giat.

Di rumah lebih selesa sebab saya boleh jaga semahunya. Di wad perempuan, lelaki tidak boleh masuk semahunya. Dan tidak boleh teman pesakit perempuan bermalam walaupun bini sendiri. Ya lah kan, kalau kita temankan bini kita, apa kata perempuan lain kan? Tentu mereka cemburu pulak suami mereka tak temankan, he he he gurau je (Tentulah tak selesa).

Terbaring kat luar depan tv
(drama bersiri indonesia punya hal, mak saya peminat setia)


Mak tidur di bilik saya, saya tidur di luar depan pintu bilik.


Begitulah sedikit sebanyak gambar mak saya yang sakit dan itulah juga antara gambar terbaru saya (nak jugak...heheh).

Jan: Kira ni album keluarga pulak dah.

Awali minat membaca...

Sebagai hadiah tambahan kepada duit raya, saya dah berjanji kepada anak-anak saudara saya mereka akan dibawa ke kedai buku dan boleh membeli buku. Mereka boleh sambar beberapa banyak buku yang mereka hendak tetapi limitnya hanya RM200 seorang sahaja.
Pengumuman tersebut dilakukan di hadapan kaum keluarga bukanlah semata mahu menyohol atau saja nak impres mereka tetapi mahu memberitahu bahawa tiadalah yang lebih baik daripada menyuburkan minat membaca pada peringkat awal.
Namun selepas raya pertama, saya tidak sempat membawa mereka ke bandar yang semakin berpesat maju iaitu Jerteh, Besut, Terengganu. Maklumlah selepas hari pertama raya, makin rancak aktiviti. Jumpa kawan-kawan dan bekas pelajar. Dan raya ke empat saya mesti balik Muadzam dah.
Saya kembali ke Muadzam bersama ayah dan seorang anak saudara saya yang baru sahaja habis menjalani UPSR. Saya minta ayah saya singgah di Kuantan nak pergi ke kedai buku Megamol. Di situlah saya suruh anak saudara saya memilih bukunya. Saya cadangkan beli buku cerita untuk dibaca sebagai membuka minda.
Saya pula memilih buku pilihan saya (nak jugak). Saya beli beberapa buah Kamus Dewan. Lama dah teringin nak beli. Sempat jugak saya sambar sebuah buku masakan yang tebal, he he he. Setelah saya anggar jumlah terkumpul sudah mencecah RM400 lebih, saya hentikan proses penyambaran buku-buku tersebut dan terus ke kaunter.
Jumlah bukuan tersebut RM425. Saya rasa tak mahal sebab semasa bekerja di Kolej Shahputra saya pernah beli pasu (pasu hiasan letak atas kabinet) berharga RM360 satu. Saya beli sepasang!.
Jan: Belilah buku, belilah buku dan belilah buku.

Monday, September 28, 2009

Dua kali je...

'' Ya allah betul ke ni ? '' Saya buat-buat terkejut selepas guna unsur agama (`ya allah' tu tadi). Memang saya kesian betul kawan baik yang satu ni.
Memang masa kat U dulu dia kaki perempuan, playboy. Saya tak tahu kenapa lelaki yang suka tukar perempuan kita panggil playboy, tetapi saya tahu lelaki yang selalu naik kuda kita panggil cowboy.

'' Dia beri dua kali je Man...'' Kawan saya tadi membuat penegasan kali ke dua, bernada sedih dengan muka sedih bagai Anita Sarawak kehilangan set make-upnya... Dia merenung ke luar jendela dengan pandangan yang kelat. (Begitu hebat ya penangan tak mencukupi seks dalam alam rumahtangga?)

'' Kan bulan ramadhan kalau buat seks dapat pahala kan? Tak bulan ramadhan pun suami isteri kalau buat seks dapat pahala kan?'' Saya buat-buat tanya lagi dan lagi, he he he. Sambil tangan saya ligat membuka balang biskut yang pelbagai rupa bentuk (tetapi rasa hampir sama, he he he, huh!).

Saya tidak berpengetahuan mengenai berapa kalikah sepatutnya orang yang berkahwin buat hubungan seks dalam seminggu, dalam sebulan. Tetapi tak kan tiap hari kot.

Yang saya yakin, pasti dan amat tahu ialah seks amat penting dalam hubungan rumahtanga, ia sebagai makanan emosi pasangan masing-masing.

Sebenarnya saya terpaksa melayan minda kawan saya yang bercuti khas selama 2 hari untuk jumpa saya, minta pendapat. Dia cakap isterinya beri dua kali je sepanjang bulan ramadhan (itu pun dia terpaksa tarik rambut masuk bilik).

'' Pujuklah dia molek, beri hadiah ke?'' Saya pulak beri cadangan, macamlah pakar sangat cara-cara nak dapatkan seks daripada isteri. Susah juga ya dalam berkeluarga, kena ada ilmunya. Kalau kita main senang je, akan membahayakan perhubungan dalam jangka masa panjang.

'' Mung goda dia tak, sebelum nak dapatkan seks? '' Saya tanya lagi sebab saya rasa walaupun dia isteri kita kita kenalah buat drama sikit, tak kan nak terkam dengan kasut-kasut (ke boleh). Kita buat-buatlah macam kucing gatal, he he he...(tak kan tu pun nak ajar kan?)

'' Atau mung pelbagaikan teknik atau buat seks di tempat lain, jangan asyik dalam bilik tidur je, pergi bercuti ke? '' Saya tanpa segan silu beri pendapat.

Sebab orang kita taboo bincang pasal seks (baca boleh, bincang tak boleh), saya pun malu jugak nak sebut dan bincang pasal seks secara terbuka. Dan saya tidak mahulah blog saya membicarakan pasal seks memanjang. Namun saya tahu masyarakat kita terutama oarang Melayu sangat kemaruk seks, kalau tak percaya tengok tajuk berita muka depan Harian Metro.

Namun saya percaya semua orang ada fantasi seksnya sendiri, apa yang dia mahu. Cuma tak payahlah nak diwar-warkan sebab kita bukannya Ning Baizura.

Teringat saya dulu seorang ustad beritahu kalau suami mintak atas unta pun kena bagi. Dan teringat juga saya kena marah sebab tanya teknik yang digunakan bila ada atas unta....he he he.

'' Mang mung tau tok atas dunia ni katil lah jadi syurga kecik kita, tapi aku raso macea ada bara bowoh katil aku...'' Dia memberitahu kesedihan dia... Saya bertambah kesian... Dia beritahu lagi sebenarnya sejak lahir anak pertama isterinya dah jadi amat dingin pada seks, sedangkan dia mengaku dia makin galak.

'' Aku rasa dia tok sayang doh ke mung...'' Senang-senang saya buat kesimpulan kepada atas sebuah rumahtangga orang. Dan saya tak peduli apa orang akan kata atas kesimpulan yang saya buat itu.

Jan: Semoga kawan saya itu mendapat seks yang mencukupi seumur hidupnya...


Sunday, September 27, 2009

Seribu mawar: Edisi raya...



Cinta bukannya harta
Cinta adalah jiwa
Tak mungkin dapat kau membeli
Hatiku yang telah terluka...




(Rangkap ke enam lirik lagu Seribu Mawar)



Jan: Walaupun seribu raya, tak bisaku memaafkan

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home