Jika saya banyak duit, sudah tentu saya berhenti kerja. Saya perlukan RM500K. RM500K sudah sangat mencukupi buat orang seperti saya hidup. Saya secara puratanya `low maintenance'.
Duit RM500k boleh membawa saya ke umur 75.
Makan pakai saya biasa sahaja. Tidak terlalu mahal, kebanyakannya murah sahaja. Bukannya saya tidak suka barang mahal, namun saya hanya membeli sekadar mampu.
Jika tiada duit saya tidak membeli. Contohnya sudah masuk 7 tahun saya tidak membeli perfume yang mahal... Saya biasakan diri dengan perfume dupes jea. Beli di Shopee.
Jika hutang rumah dan kereta habis bayar, tidaklah banyak pembayaran yang akan dibuat dalam tempoh masa sebulan. Saya rasa RM2,500 sebulan sudah mencukupi. Mungkin ada lebih.
Jika sudah berusia seperti saya, kerjar duit untuk hidup lebih senang sudah tidak menjadi keutamaan. Duit sekadar ada sudah mencukupi bersama sedikit duit untuk tujuan awasan.
Namun duit sebanyak itu, saya tiada...
No comments:
Post a Comment