Saya ada ternampak sebuah rumah di taman perumahan saya direnobek. Dari luar saya tengok cantik, saya berkenan. Nampak sebuah rumah, maksud saya tidak nampak bahagian baru yang ditambah dengan rumah asal. Sama besar. Hebat.
Saya berhentikan kereta, saya masuk ke kawasan rumah jiran, melihat rumah yang direnovate terutama dapurnya. Ada dua, tiga orang tukang sedang bekerja memandang kepada saya. (Handsum ke saya ni?)
Saya mahu sangat miliki sebuah dapur yang selesa. Saya kesian tengok Rojeha dan Azwa berlaga bahu semasa memasak, dan para pelajar pula duduk bersesak hiris bawang. Namun sehingga kini saya masih tidak milikinya. Ia di luar kemampuan saya. Duit sekejap hadir, dan pergi. Tak sempat nak kumpul.
Saya suka melihat dapur rumah saya di kampung, ada ruang yang luas untuk diletakan meja makan. Malah saya ada kalanya berfikir ia terlalu luas untuk berfungsi sebagai ruang meja makan. Saya pernah tidor di dapur depan almari.
Tuan rumah tersebut ramah orangnya, dia menerangkan akan suasana renovek rumah tersebut. Saya lihat ada juga bilik-bilik baru yang diwujudkan. Saya beritahu saya tinggal di lorong hadapan perumahan dekat tasik. Saya siap sebut nombor lorong. Dan saya terkejut beliau beritahu, beliau kenal kerana beliau ada membaca blog saya.
Saya beritahu sekarang saya kurang berblog, saya more on Tik Tok dan FB. Contohnya saya ada menulis di FB Dunia Wayang, dan beberapa FB tentang dekorasi.
Secara peribadi, setakat ini, inilah renovek tercantik yang pernah saya tengok plannya. Besar ruang makannya. terima kasih kepada tuan rumah kerana melayan kerenah saya.
Dan saya sempat bertanya berapa harga renobek tersebut, beliau beritahu hampir RM200K.
Saya nak cari kat mana RM200K tersebut?
1 comment:
Dengan kos tu dah boleh dapat sebiji rumah baharu yang lain
Post a Comment