INSIDIOUS: RED DOOR (2023)
1. Minggu lepas saya ke Megamoll Kuantan, tengok Insidious yang ke 5. Pembikinan kelima-lima filem ini kosnya tak sampai pun $50 million, tapi kutipan hampir $700 million dah...
2. Panggong wayang ini baru dibuka, setelah sekian lama ditutup sepi. Dan saya lihat Megamoll juga sepi sebab banyak kedai masih tutup.
3. Di kaunter, saya cuba membayar minuman dan makanan guna duit token dobi, tetapi pemuda wayang tersebut menolak. Saya tak paksa pun...
4. Saya rasa filem sebelumnya (yang ke 4) lebih menakutkan dan meresahkan.
5. Kali ini filem berkisah Dalton dah besar panjang dan masuk kolej. Tapi hantu saka tu masih ikut dia. (Hantu masuk kolej...)
6. Opah Dalton dah mati. Ayah dan mak Dalton pula bercerai. Yalah tak boleh nak salahkan isterinya...bukan senang nak hadap suami tak centre.
7. Filem ni sambungan filem yang ke 2 dulu...masa tu Dalton kanak-kanak.
8. Cerita ini ok-ok jea (3.5*). Saya lebih suka lihat filem sebelunnya...Insidious: The last key (4.7*)
9. Pengajaran yang saya dapat;
a) Remaja suka membrontak, mereka tak peka kemungkinan ibubapa mereka juga berjuang hempas pulas untuk kehidupan. Sabar jealah kita sebagai ibubapa. Jangan kita naik gila juga.
b) Masih ada lagi remaja perempuan di dunia ini tidak biroh bila lihat lelaki handsome. Dia hanya kawan sahaja...
c) Duit token mendobi tidak laku di panggung wayang...jangan buat drama di kaunter.
d) Walaupun kita sudah dewasa, kita kena dengar nasihat terutama dari orang yang sayangi kita. Tidak semestinya kita dewasa...automatik jadi matang gitu. P Ramlee pernah kata 'dah besar pun bodoh'.
e) Sediakan lampu picit 2, 3 biji jika takut kegelapan. Lilin jangan lupa.
f) Dalam hidup ini kita akan jumpa dengan orang yang pelik-pelik. Walaupun mereka pelik, tidak semestinya kita lebih normal daripada mereka. Tak kan orang kena jadi macam kita baru kita rasa mereka normal. Haaa...
g) Kasih sayang ibu adalah kasih sayang sejati dan suci. Sayangilah ibu, mereka buat apa saja utk kita selamat walaupun kita dah besar panjang. Ibu tak akan tinggalkan kita. Ibu tak boleh dicari, diganti atau ditambah. Isteri boleh.
Sekian...
No comments:
Post a Comment