Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, January 4, 2021

Kepentingan memiliki azam tahun baru 2021

Ramai lupa yang dalam kehidupan `azam tahun baru' adalah penting... Mungkin setiap tahun ada tahun baru jadi mereka sangka ia suatu yang biasa-biasa sahaja. Malah ada yang memperlekehkan niat kawan-kawan mereka yang mahu berazam pada tahun baru. Ia satu sikap yang tidak baik, sepatutnya berikanlah galakan kepada kawan kita yang beria berazam tersebut.

"Buat apa berazam kalau banyak tak tercapai?' " Buat apa berazam kalau sama jea macam tahun lepas?". Itu antara kata-kata kawan-kawan saya. Saya rasa ia satu pemikiran yang pelik. Kajian menunjukan mereka yang berazam cenderung melakukan perubahan positif terhadap kehidupan mereka.

Walaubagaimanapun semua orang bebas untuk mempunyai cara berfikir. 


Gambar hanya hiasan, kita tidak perlu berlari atau berlumba dalam kehidupan sebab laluan kita berlainan (bagi setiap oang).


Ya, bukan semua orang memiliki azam tahun baru.

Ada orang yang lalui setiap tahun baru hidupnya begitu sahaja tanpa azam. Mungkin kerana mereka tidak menunggu tahun baru untuk timbulkan azam. Atau mereka telah patah hati.

Bagi saya, azam hendaklah disematkan dalam hati atau ditulis untuk kita lihat adakah kita mencapai apa yang kita mahu. Saya berpendapat jika hanya 1 sahaja yang tercapai daripada 5 azam kita, ia dikira jauh lebih baik daripada orang yang tidak ada azam dalam hidup. 

Saya tidak kisah, ada azam saya yang selalu tidak tercapai. Contohnya untuk miliki berat badan 68 kg. Tetapi saya tetap berazam dari tahun ke setahun...☺☺☺. 

Saya doakan setiap azam di muka bumi ini akan dikabulkan. Tetapi tentulah bukan semua. Ini hakikat. jadi kita terpaksa menerimanya sebagai adat dunia. Contohnya tidak akan semua orang jadi nombor satu. Mustahil semua orang dapat nombor satu. Namun dalam usaha untuk mencapai nombor satu tersebut, kita sudah dalam proses membaiki diri. 

Itulah kepentingan azam yang orang tidak nampak sedar..., azam adalah kehidupan.


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home