Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Sunday, January 31, 2021

2021 Rasa untuk berkonsep minimalis

1. Tahun 2021 ini tiba-tiba saya mahu hidup secara minimalis. Saya tidak tahu dari mana idea itu datang, mungkin saya rasa masa saya saya sudah tidak lama pun lagi, he he he. Dalam usia 51 adalah lebih baik saya lepaskan banyak benda dan perkara dari diri saya.

2. Pertamanya saya mahu mula konsep ini kepada tempat tinggal saya. Ruang tamu, ruang makan, bilik tidur dan dapur. Saya mahu kurangkan barang-barang.

3. Saya mahu pada akhirannya, saya hanya miliki barang-barang yang benar-benar berguna sahaja. Namun ia sudah tentu sangat mencabar kerana saya perlu berubah pemikiran dan perangai. 

4. Saya seorang pengumpul, jadi amat mencabar untuk saya hentikan sikap suka mengumpul. Namun saya akan cuba untuk tidak menambah koleksi. Saya mesti hentikan sikap mengumpul saya.

5. Saya suka barang kecil-kecil. Saya kumpul dan atur-pindahkannya setiap masa.

6. Saya akui mempunyai banyak barang-barang yang tidak berfungsi. Contohnya baju semasa saya kurus (masih tidak dibuang) dan juga baju semasa saya AKAN kurus (sudah dibeli), he he he.

7. Saya jenis sayang buang barang. Ini mungkin DNA yang saya warisi dari ayah saya. Saya akan simpan walaupun cawan atau gelas yang sepek/sumbing/retak kononnya nanti boleh bubuh pensil atau apa-apa. Akhirnya ada selaci cawan sebegini.

8. Saya akan cuba ubah dalaman diri saya, tidak ada guna jika saya kurangkan barang yang telah saya miliki tetapi sikap saya masih lagi mengumpul barang yang baru.

Namun memiliki sedikit barang akan membawa lebih banyak ketenangan. Saya tanamkan dalam hati. Saya perlukan ketenangan.

He he he.




Barang dalam almari...




No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home