1. Pada mulanya saya beranggapan
Covid 19 adalah selsema biasa. Selsema yang secara semulajadi akan dapat ditangani.
Beria mereka pakai `mask’, dan bersanitaizer bagai.
2. Saya juga berasa wargadunia melalui
media seolah `berlebih-lebihan’ canang bahayanya Covid 19. Dan saya berpendapat tentulah akan
ada vaksin dihasilkan dalam waktu terdekat. Manusia bijak. Saya lihat semua ini
(kebijaksanaan manusia) dalam DVD.
3. Kerajaan pada masa itu
(pembangkang pada masa ini) pula memberitahu ianya (keadaan) tidak seteruk dan
terkawal, di mana dan sektor perlancongan diteruskan (sambal gelak-gelak).
4. Namun apabila virus semakin
merebak dan PKP1 dilanjutkan, saya sudah berubah fikiran. Saya tertanya-tanya adakah apa yang telah terjadi
dalam cerita DVD (yang saya pernah tengok) akan berlaku di depan mata saya.
5. Saya jadi takut.
6. filem Contagion (Virus nipah), Outbreak
(virus Motaba seakan virus Ebola, dan The Flu (virus H5N1) mengisahkan
penyebaran virus yang membawa kematian. Dan semua kolirasinya -kematian semakin
meningkat kerana virus semakin merebak.
7. Rupanya dunia nyata tidak
seperti cerita dalam dunia DVD, manusia tidak maju seperti dalam DVD.
Penghasilan vaksin mengambil masa yang lama…dan pengetahuan (ilmu manusia sangat
terbatas). Dalam DVD sains dan teknologi lebih canggih dan manusia lebih
berilmu.
8. Dalam DVD lain… Di dunia
sebenar lain. Tidak ada cinta sesetia Titanic…Tidak ada virus yang vaksinnya
mudah.
9. Saya terpukul hidup di alam
yang nyata.
No comments:
Post a Comment