Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, January 31, 2020

Koronavirus: Kerani bank ditahan sebar berita palsu

Koronavirus: Kerani bank ditahan sebar berita palsu


mhafis@hmetro.com.my

SEORANG kerani bank ditahan di Kuantan, Pahang hari ini selepas disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan koronavirus baharu (2019-nCov).

Wanita berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira 4 petang tadi menjadikan dia individu keenam ditahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memasuki hari ketiga hari ini, bagi membanteras penyebaran berita palsu berhubung penularan virus itu.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, dia ditahan bagi membantu siasatan berhubung kandungan berita palsu yang dimuat naik di laman Facebook, 27 Januari lalu.

“Turut dirampas adalah telefon bimbit dan kad sim miliknya yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan itu di laman Facebook.

“Dia disiasat mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1988, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,” katanya dalam kenyataan itu, hari ini.

Kenyataan itu turut mengingatkan orang ramai, tindakan berterusan akan diambil SKMM dan PDRM untuk memastikan penularan berita palsu, seterusnya menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat.
Harian Metro semalam melaporkan, lima individu sudah ditahan selepas disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan wabak koronavirus baharu.


XXXX


Sama-sama ambil ikhtibar, jangan cipta dan sebarkan berita yang tidak betul. Jika kita ragui sesuatu berita jangan sebbarkan untuk hindari panik.

Tuesday, January 28, 2020

Apakah hukum main duit kutu?

  1. HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kpd kawan-kawan.
  2. Sekiranya kita penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan :
  3. "Saya berhutang kepada awak semua"
  4. Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan :
  5. "Saya bayar hutang awak"
  6. Manakala jika kita adalah orang terakhir yg dalam pusingan kutu, kita perlu berkata:
  7. "Saya terima hutang awak semua kpd saya"
  8. Sekiranya semua akad-akad ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu adalah HARUS.
  9. **Jika tidak dilafazkan akad tersebut, hukumnya menjadi HARAM.
  10. Tapi bagaimana dgn hukum main kutu yang dah lepas??
  11. Mari beristighfar kepada Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu kerana jahil tidak tahu hukum tersebut. Wallahua'lam

Sebelum dan selepas...


Apa yang rakyat nampak...



Menjaga pergaulan dan mengekalkan pergaulan...

Apa yang kita teringat apabila terkenangkan kawan-kawan lama kita?

Tahap pelajarannya? Tidak!
Baju-baju cantik yang dipakainya? Tidak!
Kayanya mereka? Tidak!
Cantik/tampannya mereka? Tidak!
Besarnya rumah mereka? Tidak!
Kereta? Tidak!

Tidak, tidak dan tidak!

Apa yang kita ingat adalah perangai mereka. Apa yang melekat di hati kita dan dibawa mati adalah perangai mereka.

Perangai tidak dapat dilihat dengan mata semata tetapi dengan hati. Saya menghargai kawan lama yang rapat dengan saya. Walaupun begitu kami sedar ada halangan dan tidak dapat bersama seperti dulu... Tanggungjawab semakin besar, ruang lingkup persekitaran hidup makin besar dan padat.

Kebanyakan kawan-kawan saya sedang sibuk menguruskan keluarga, anak-anak semakin membesar. Saya faham.

Terkadang saya tersenyum apabila mengenang kisah lalu... Pekan itu bandar kecil sahaja (di pahang) tetapi impaknya besar dalam hidup saya. Tuhan maha kuasa...

Terima kasih sahabat...
"Many people will walk in and out of your life, but only true friends will leave footprints in your heart." -Eleanor Roosevelt

Kita perlu berubah?

Kadang-kadang saya memotivasikan diri sendiri.

Semalam dalam pukul 11 malam saya ke kedai dobi untuk mengeringkan pakaian. Sudah lama tidak ke kedai dobi. Membasuhnya di rumah, kadang-kadang mengeringnya di kedai dobi.

Sebelum turun dari kereta, saya lihat dahulu ada orang lain ke tidak? Kalau ada barulah saya turun mendobi. Kalau tidak ada, saya akan cari kedai dobi lain yang tidak terpencil. Saya tidak mahu bahayakan diri. saya tidak pandai bersilat, dan saya tidak boleh lari laju.

Saya masukan 5 token, jadi saya kena tunggu sehingga setengah jam. Sebelum masukan pakaian, saya pastikan dulu mesen basuh itu kosong. Pernah saya jumpa burung....(panjang cerita)

Selepas tekan butang operasi, saya duduk di kerusi. Saya lihat di sekeliling semua orang sedang menikmati handpon mereka. Suami isteri juga tidak bercakap, mereka main handpon masing-masing. 

Di bawah meja dobi keliharan seorang budak di dalam bakul dan diheret oleh abangnya...he he he. Di suatu sudut lain kelihatan seorang budak terbaring selesa di lantai. Aneh.

Duduk-duduk tersebut saya berfikir `oleh kerana umur kita berubah, kita pun harus berubah'.

"Sedangkan umur kita berubah tak kanlah kita mahu berada di tahap yang sama. Saya mula sedari yang saya sudah berada di zon selesa dalam hidup. Jadi tiada kemajuan besar dalam hidup saya terutama dalam spiritual..."

Jadi dalam setengah jam tersebut saya berfikir merangka plan untuk minggu ini. Saya sudah lama biarkan hari-hari yang ada berlalu sedemikian sahaja, Saya sudah tidak berdisiplin... jadi langkah pertama adalah ketatkan disiplin diri.

Tidak berdisiplin membuatkan banyak perkara negatif berlaku. Ambil satu contoh, saya sudah kurang berkebun sebab pokok-pokok saya sudah besar dan boleh berdikari. Saya tidak gunting lansung rumput sebab saya bayar kepada pemotong rumput. Akhirnya saya gemuk.

Saya gemuk kerana disiplin makan saya tetap. tetatap banyak makan, he he he.

Saya rasa saya kena berubah, dan perubahan itu biarlah ketara dan berkekalan.


Hasil carian imej untuk quotes about the needed of changes


Mengapa saya beli buku motivasi?

Hasil carian imej untuk quotes about the needed of motivation
Saya suka buku. 

Dalam usia 50 tahun, saya masih lagi membeli buku. Antara buku yang saya suka baca ialah buku mengenai motivasi. Bagi saya sebuah buku yang kita beli ada manfaatnya. 

Terbaru saya beli buku yang bertajuk `Berubah untuk kaya'. Kalau melihat kepada tajuk buku itu, tentulah saya sudah terlambat untuk membacanya. Yalah umur saya sudah 50. 

Saya membelinya bukanlah mahu menjadi kaya. He he he. Sukar untuk saya terangkan mengapa buku tersebut saya pilih. Namun saya percaya dengan membaca buku tersebut, setidak-tidaknya kita akan lebih  bersikap positif terhadap perancangan kewangan dan disiplin.

Kata Zakki (penulis) ilmu motivasi penting bagi mengekalkan semangat dan kekuatan diri. Ia bukan sahaja menambah pengetahuan tetapi sebagai langkah awal demi mencapai kejayaan.

Memabaca buku motivasi adalah sebagai asas untuk kuatkan minda. Beri semangat kepada minda. Perlu diingat sebagai manusia kita tidak semestinya selalu bermotivasi. Sebab itulah kita harus berdisiplin. Selain disiplin seharian yang membawa kejayaan, disiiplin dalam membaca buku motivasi juga adalah penting.

Selalunya kehidupan kita yang terkejar-kejar dan penuh cabaran itu membuatkan motivasi kita luntur. Jadi eloklah kita disiplinkan diri juga dengan membaca buku motivasi. Pengalaman saya buku motivasi memang sedikit semangat berjaya membina jati diri supaya tidak megalah dan pandang dunia yang luas.

Belilah satu buku motivasi, lebih kurang RM20 sahaja biasanya.


Wednesday, January 22, 2020

Sharifah Aini bawalah aku bersama terbang tinggi ( Kau Tinggi Di Awan Biru)




Hari ini seperti hari-hari biasa, ia akan berlalu begitu sahaja...seperti hari semalam juga. Tepu.

Pagi tadi bersarapan dengan kawan-kawan yang ternyata lebih hebat dari segala segi. Rasa kerdil ini membuatkan terasa adalah lebih bahagia bersendiri. Perasaan ini muncul sekejap, atau ini perangai perasaan orang yang sudah tua? He he he.

Oleh kerana bosan, almari dialih lagi. He he he.

Sambil mendengar lagu Sharifah Aini. Alih buku-buku. Ya alalah merdunya suara. 1000 tahun tetap sedap didengar. Sedap suaranya, sesedap makanan yang sedap...

Suara penyanyi sekarang macam itik.

Namun jadi sedih bila lagu `kau tinggi di awan biru' berkumandang. Walaupun awan adalah putih, ia tetap didengari merdu. Seolah lirik itu betul belaka...


"Bawalah aku bersama terbang tinggi menemani dikau, kupeluk kubelaimu sayang dicelah kepulan awaaaaannnn"


Hasil carian imej untuk sharifah aini kau tinggi di awan biru lirik

lirik : http://carmahlms.com/

cuba dengar lagu ni, apa perasaan yang terlahir? nanti saya cerita apa yang saya rasa...hu hu hu.

Tuesday, January 21, 2020

Kenapa saya sikat rambut hari ini? Gambar dari pelajar



Minggu ini memang minggu sikit rambut kerana akhir semester pelajar-pelajar datang bilik nak pukul gambar.

Maka kena la kemas sikit...he he he.

Monday, January 20, 2020

Bagaimanakah dunia persaraan saya?

Saya dapat ramalkan bahawa saya akan rasa gembira hanya sekejap jika saya tidak mempunyai pekerjaan apabila bersara.

Mungkin saya akan rasa gembira dua tiga bulan sahaja namun selepas itu saya mungkin akan rasa bosan. Bosan gila. Sepanjang hayat saya berkerja dan produktif, saya tidak boleh membatu begitu sahaja.

Saya mesti membuat rancangan. Rancangan pertama ialah saya mesti sihat. Dan untuk sihat saya mesti laukan sesuatu.

Jom masuk UNITEN, February intake


Friday, January 17, 2020

Saya `in love' selama-lamanya


Tidak perlu saya terangkan, gambar ini menerangkan segala kefahaman. Saya mengingati orang yang saya sayangi setiap hari. Saya masih mencintainya dengan kukuh, kejap dan setia.

Tahun boleh bertukarganti tetapi tidak cinta ini...

Peluang sambung belajar di UNITEN! Tawaran hebat, jangan terlepas peluang!




Thursday, January 16, 2020

Pesanan untuk si bujang telajak (untuk si bujang sahaja, he he he)




Tahun ini umur saya 50, dan saya masih bujang. Tidak terlintas di fikiran, bahawasanya saya akan hidup membujang selama itu.

Menuju 50, penuh cabaran. Masyarakat akan melebel dan menuduh dengan pelbagai tuduhan. Kesemua kesalahan akan dilemparkan ke atas kita. Terlalu memilih, tidak sedar diri, pondan, perangai hodoh, ada jin di badan, batu pel_r berlumut, dan lain-lain semuannya sudah saya hadap. Pada mulanya saya rasa marah, namun apabila saya makin berusia, saya tahu mereka semuanya manusia biasa.

Pada suatu masa dahulu, dalam keadaan tertentu, saya tidak selesa terutamanya pada hari raya atau dalam sesi pengenalan diri. Namun masa sedikit sebanyak menguatkan saya, melemahkan orang lain.


Mungkin ada si bujang sendiri merasai kehidupan seorang bujang adalah menyedihkan. Sunyi dan rasa terpinggir dari masyarakat. Martabatnya rendah...

Apa pendapat saya?

Pendapat saya sentiasa positif, saya bersyukur menjadi orang bujang dalam dunia modern ini . Saya berpendapat tekanannya tidaklah sehebat pada zaman dahulu. Di mana pada zaman dahulu si bujang tentu sepi dan rasa sunyi, tidak ada banyak perkara yang boleh dibuat untuk menghiburkan diri dan memberikan kekuatan diri. Namun zaman sudah berbeza, dengan ada kemajuan sains dan teknologi, ia tidaklah membuatkan si bujang rasa tertekan. Apatah lagi jika kita ada nama dan kedudukan, dan mempunyai perkerjaan yang bagus... tekanannya hanya minima sahaja.

Kita hanya harus positif dan percaya pada takdir tuhan.

Pada suatu titik dalam hidup kita, kita hendaklah akui mengenai beberapa perkara, sama ada perkara baik atau buruk yang berlaku dalam perjalanan hidup kita. Percayalah tiada suatu sen pun untung jika kita berfikiran negatif. Kita harus positif untuk menjadi manusia yang berhati baik dan menyumbangkan kebaikan pada masyarakat.

Bagi orang bujang duduk sendiri sudah menjadi suatu perkara yang biasa. Masak sendiri, makan sendiri, berjalan seorang diri, dan tidor sendiri. 

Saya tidak selesa apabila ada yang memberikan riaksi `terkejut dan amat kesian' kepada saya kerana `kesendirian' saya tersebut. Saya bukannya orang cacat dan saya bukan beban masyarakat. Orang bujang juga orang biasa. Orang bujang juga penyumbang kebaktiaan.

Kita harus bersikap positif, insyallah kita akan dapat kawan yang memahami. Saya berbesar hati dengan keikhlasan hati sahabat-sahabat yang menerima saya seadanya. Ada sahabat-sahabat saya selalu ingat akan kehidupan saya. Kadang-kadang mereka hantar makanan untuk saya. Saya gembira sangat sebab kadang-kadang saya malas nak masak atau keluar. Saya rasa ini normal walaupun kita berkeluarga.

Saya tidak tertarik lagi untuk bercinta. Proses mencintai dan mengenal hati budi sering membuatkan diri saya tidak selesa dan meloyakan saya. Mungkin sebab umur saya sudah 50. Dengan umur 50 ini, cintan cintun tidak lagi menjadi hambatan saya.

Seks cerita lain...he he he.

Tuhan maha kuasa, jangan terasa sedih apabila diri masih bujang, semua orang ada peranan dalam masyarakat... Yang penting jadikan kehidupan kita ini berguna untuk ibubapa, keluarga dan masyarakat. Agama, bangsa dan negara. Dan kita tidak semestinya perlu memenuhi syarat berkahwin untuk menghulur kebaktian kita tersebut.

Dan ia juga bukan syarat untuk ke syurga...tuhan mahaadil dan bijaksana.

Kepada para ibubapa pula. Jika anak perempuan atau anak lelaki kita tidak bertemu jodoh, terimalah hakikat jodoh di tangan Allah.Tidak berkahwin itu bukan rendah martabatnya, hanya orang Melayu sahaja yang menghukum sedemikian...

Ceria-cerialah selalu...

Wednesday, January 15, 2020

Cinta yang gagal adalah cinta yang agong...


Saya mendapat kata-kata tersebut dari sahabat saya. Pelik juga pada mulanya, namun akhirnya saya memahaminya. 

Kepada orang yang pernah cintanya gagal tentulah kata-kata tersebut memberi satu kefahaman kepada dirinya. 

Titik.

Monday, January 13, 2020

Perutusan tahun baru 2020


Hasil carian imej untuk selamat tahun baru 2020


Selamat tahun baru masehi 2020. Bulan Januari pada setiap tahun merupakan bulan penting bagi ramai orang. Perjalanan kerja dan organisasi menggunakan kalendar masehi. Kenaikan gaji, bonus dan lain-lain akan berlaku pada bulan ini.

Saya sinonim dengan tahun masehi, bukanlah bermakna saya tidak endahkan langsung bulan islam. Kalendar Hijrah sangat penting terutama dalam bab-bab upacara agama dan sebagainya.

Saya berharap tahun 2020 memberikan kesejahteraan kepada semua. Untuk dunia saya berharap ia bertambah hijau, ubat kanser ditemui dan peperangan di seluruh dunia dihentikan. 3 perkara penting itu selalu menjadi doa saya sepanjang hayat.

Dan doa untuk manusia semoga tahun 2020 memberikan kesejahteraan dan kemakmuran terhadap kita dan sekeluarga. Semoga bertambah kuat hadapi cubaan kehidupan.

Sekian sahaja.




Friday, January 10, 2020

Menjadi tenaga pengajar juga senang dapat dosa...


Saya dan pelajar Economi

1. Kalau ada para pelajar minta pukul gambar, itu tandanya semester sudah di penghujung. dan biasanya saya akan mulai sikat rambut pada minggu-minggu akhir tersebut. Tidaklah nanti saya kelihatan sebagai pesakit jiwa. Heh eh

2.Saya mencari rezeki dengan mengajar (walaupun ada kawan saya kata saya lebih sesuai berkerja di kelab malam, he he he). Mungkin takdir saya begitu walaupun saya percaya saya mempunyai banyak kemahiran lain untuk mencari rezeki, mengajar merupakan minat utama saya.

3.Saya tidak jemu mengajar kerana setiap semester saya berhadapan dengan pelajar yang berlainan. Kadang-kadang pelajar mengajak saya untuk bergambar kenangan. Maka bergambar dengan pelajar adalah aktiviti normal, tidak akan ada gambar saya bersama beruang.

4.Saya selalu mahu para pelajar saya mengetahui ilmu ekonomi dengan mendalam. Saya percaya ilmu ekonomi banyak membantu dalam kehidupan seharian individu. Sebab lain manalah tahu nanti akan jadi menteri kewangan taklah main hentam sahaja, he he he.

5. Sepanjang mengajar, ramai juga pelajar yang menyatakan mereka tidak minat belajar ekonomi . Subjek ini sukar bagi mereka. Tanggungjawab sayalah untuk membuat mereka gembira dan mengenali ilmu ekonomi. Dan minat, supaya mereka suka datang kuliah.

6. Saya percaya jika kita mengajar sambil lewa kita akan mendapat dosa. Menjadi tenaga pengajar juga senang dapat dosa kalau kita tidak amanah.

7. Semoga ilmu mereka mendapat manfaat kepada diri dan masyarakat.

8. Selamat menempuh peperiksaan akhir, semoga dapat menjawab dengan cemerlang.

9. Amin.

Wednesday, January 8, 2020

Ulasan Bukul: Dunia Pesara - Abdul Halim Hassan



Tajuk: Dunia Pesara
Pengarang: Abdul Halim Hassan
Penerbit: Pustaka Wira
ISSBN: 983-856-037-5 
(305.90696 (Retiress)
Tahun: 2002 (cetakan pertama)
Bil Mukasurat: 124
Lokasi dibeli: Jualan buku, Muadzam.




1. 10 TAHUN lagi saya akan bersara rasmi, iaitu pada tahun 2030. Kata penulis buku ini jika akan bersara dalam masa 10 tahun lagi eloklah merancang dari sekarang.

2. Yalah kan, masa muda dahulu saya tak fikir pun mengenai dunia persaraan. Kehidupan zaman muda `terjun turun langit' sokmo. Kita banyak menempuh apa yang datang dan tidak banyak merancang.  

3. Saya berfikiran pada usia begini tidak perlu rancang-rancang bagai. Rupanya saya silap. Penulis ini beritahu tanpa perancangan seolah menempah kegagalan. Gagal merancang, gagallah kita terlebih dahulu. Katanya.

4. Kata buku ini lagi persaraan itu ibarat melihat kereta api, dari jauh kita nampak ia bergerak lambat tetapi bila kita mendekatinya, ia sebenarnya pantas! laju!

5. Saya sudah anggap diri saya berumur. Saya masih lagi segan melebalkan diri saya tua atau gunakan perkataan `tua'. He he he.

6. Pesanan saya kepada orang muda, "Orang tua macam kami ni tidak menyesal apa yang kami buat, kami menyesal apa yang tidak kami buat". 

5. Buku ini merupakan mengandungi 14 bab yang sangat berguna. 

Bab 1: Persaraan: Bagaimana anda melihatnya?
Bab 2: Perubahan yang dialami pesara semasa persaraan
Bab 3: Pesara dan tekanan semasa persaraan
Bab 4: Pesara harus rancang persaraannya (Bhg 1)
Bab 5: Pesara harus rancang persaraannya (Bhg 2)
Bab 6: Apakah kepercayaan yang tidak benar (mitos) mengenai persaraan?
Bab 7: Model perancangan persaraan
Bab 8: 40 petua persaraan
Bab 9: Kelebihan seorang pesara
Bab 10: Peluang baru bagi pesara aktif dan prokduktif
Bab 11: Bagaimana pesara harus mengurus masa
Bab 12: Pengurusan keluarga
Bab 13: Maklumat asas pemeliharaan kesihatan pesara
bab 14: Perancangan persaraan (Satu analisa kes pesara)

6. Sebelum ini saya ada juga membaca buku yang di dalamnya diselitkan sedikit mengenai keadaan kita semasa tua dan bersara. Namun buku ini paling lengkap dan terbaik yang pernah saya baca.

7. Banyak sangat panduan yang boleh kita ambil untuk difikirkan tentang apa yang sebenarnya akan terjadi kepada diri kita nanti. 

8. Mungkin kita berfikir bersara tidak menjadi masalah apabila kita banyak duit. Rupanya ini tidak benar, ramai yang banyak duit tetapi kemudiannya hidup jadi tunggang langgang kerana gagal kawal emosi, gagal menyusuri penuaan, gagal adaptasi dengan persekitaran yang berubah (apabila kita bersara), dan lain-lain lagi.

9. Buku ini juga mencadangkan beberapa langkah agar kita tidak melihat dunia persaraan sebagai dunia yang negatif. Malah kalau kena gaya, kita lebih produktif dan ceria berbanding dengan orang yang masih harus berkerja turun pagi balik petang (lewat petang, he he he).

10. Banyak pesanan, terutama kebebasan kewangan apabila bersara, hindari diri daripada mengikat diri dengan jumlah hutang yang besar... adanya.

11. Sila dapatkan buku ini jika terserempak. Tidak rugi membelinya. Boleh baca agar minda terbuka dan buat persiapan sedikit sebanyak. Penulisnya memang berpengalaman, salah seorang jurulatih program persaraan Kementerian Pendidikan Malaysia.

12 Banyak yang dapat kita pelajari melalui bab-bab yang disediakan. Kalaupun tidak 100% bersamaan dengan hidup kita, percayalah ia sedikit sebanyak dapat menolong kita membuka minda, buat ubahsuai dan merangcang.

Sekian.

***** Saya bagi 5 bintang sebab saya tidak pernah membaca buku selengkap ini mengenai dunia persaraan.

Tuesday, January 7, 2020

Bos saya jahat!

Hasil carian imej untuk good boss cartoon


Menjadi bos sebenarnya menjadi pemimpin.

Dan adakah orang di bawah yang kita mahu pinpim tersebut...mahu memberi tindakbalas yang baik?

Terdapat bos yang dilihat sebagai pentingkan diri. Kesannya orang bawahannya tidak merasa mereka sama-sama berkembang dalam organisasi. Lebih parah jika pembangunan diri hanya dilihat pada sebelah bos sahaja, bukan pada pekerja bawahan. 

Pekerja bawahan akhirnya hanya kerja sebagai cukup makan tanpa motivasi.

Pernah seorang kawan saya beritahu semasa dia berkerja di Seremban dulu, bosnya jahat dan pentingkan diri. Saya tanya apa jahatnya? Saya diberitahu bosnya suka `ganggu' dia.

Untuk menjadi bos yang dikagumi, dihormati dan disayangi amatlah sukar. Ia tidak datang secara automatik dari pangkat atau kedudukan `bos' itu sendiri. Boss perlu berusaha untuk layak disayangi, dihormati dan dikagumi.

Tiga perkara tersebut juga akan dimiliki bos jika personalitinya menarik. Punyai sikap dan sikap yang disukai ramai...

Mungkin perkara yang paling sukar bagi seorang bos adalah meraiah hati nurani pekerja bawahannya. Bos yang hebat dapat menukar pekerja yang teruk menjadi cemerlang.



Hasil carian imej untuk good boss quotes






Tawar menawar yang merugikan kita...

Kalau kita tawar harga sesuatu barang, ia adalah suatu perbuatan yang baik dan bijak. Kita mahu dapatkan harga terbaik dari pihak penjual dan kita merasa berbaloi.

Namun dalam semua keadaankah kita harus tawar menawar?

Saya mulai tidak tawar menawar dengan pembeli apabila saya rasa kesian. Terutamanya daripada peniaga di pasar. Yang sudah tua dan masih berniaga untuk kelangsunan hidup. Mereka juga ada di mana-mana. Malah ada yang menjaja di tepi jalan-raya.

Kalau saya melihat orang tua terus hati saya berkata `Kalau dia mak saya, saya tidak akan izinkan mak saya berkerja lagi. Duduk rehat sahaja". Itulah yang terlintas di hati saya.

Namun mungkin juga dia tidak mempunyai anak-anak, atau anak-anaknya juga hanya mampu berkerja untuk diri mereka sendiri. Saya cuba berfikir positif. Dan akhirnya saya lebih berpositif dengan mengatakan anak-anaknya sudah melarang dia berkerja tetapi dia rasa bosan jika tidak berkerja.

Namun saya tidak tetap tawar menawar.


Hasil carian imej untuk selling thing in the street

Suatu hari semasa balik dari kampong, saya singgah di pasar untuk beli buah. Dalam ke hulu ke hilir, saya terlihat seorang nenek tua. Saya jatuh kesian. Saya mahu beri duit tetapi mungkin duit saya tidak diterima. Maka saya belilah rempat ratus darinya. 

Apabila kembali sampai rumah, kesesokannya saya menjualnya di pejabat tanpa mengambil untung. Saya juga menceritakan kenapa saya hanya `tolong jual' sahaja kepada kawan-kawan saya.

Saya kesian nenek tersebut...setiap orang sebenarnya berperang dengan kehidupannya sendiri...

Saya tidak mahu tawar menawar yang hanya kita menang dan untung di dunia ini tetapi tidak memenangkan kita di dunia sebelah sana nanti...



Selamat tahun baru 2020



1. Tiba-tiba tahun 2020, meninggalkan jauh tahun 1970. sekelip mata sahaja rasanya.
2. Sudah 50 tahun, semua nampaknya berubah, Donny and Marie pun sudah lain benar. Rujuk gambar.

Dulu
Kini

3. Saya menjalani hari pertama dengan bersemangat, meninggalkan tahun 2019 dengan tenang.
4. Saya hanya menambah beberapa azam baru (selain beberapa azam yang saya bawa ke hadapan dari tahun-tahun lepas. He he he).
5. Saya tidak sedih dan menyesal atas ketidakjayaan azam tersebut. Malah saya rasa lucu pula.
6. “Some people are smart, but make all sorts of mistakes in their lives…” dok gitu?
7. Saya dapati setiap tahun kehidupan menjadi semakin mencabar dari segi fizikal dan mental.
8. Fizikal - Mungkin kerana badan semakin berusia namun aktiviti fizikal harian tidak bertambah perlahan pun. Saya masih lagi seperti kuda liar, berlari ganas di hamparan padang.
9. Mental – Harus kuat kerana perkara yang dulu dipandang biasa-biasa sahaja tetapi kini memberi kesan pada perasaan. Contohnya dulu apabila lihat orang tua selamba sahaja hati. Kini apabila melihat orang tua teringat emak dan ayah, teringat mak cik kantin, dan teringat suatu hari nanti tentu kita juga tua…(50 tahun tak tua lagi ke? He he he).
10. Setiap dekad ada cabaran baru untuk kita sesuaikan diri. Dekat 70an, 80an (the best), 90an, 10an dan menjelma dekad 20an, dan an-an lagi.
11. Kita adaptasi diri supaya kehidupan kita relavan. Kalau tidak kita akan terkebelakang dan akan tertekan.
12. "Hidup adalah satu perjuangan dalam menyusuri arus perubahan… Kalau kita tidak berjuang dan berubah, kita sebenarnya mati sebelum mati. kita tidak boleh letih dengan kehidupan..." Saya teringat kata-kata seorang sahabat saya. Beliau menasihati saya apabila saya rasa down dan rasa nak terujun telaga ha ha ha.
13. Akhir kata, saya ucapkan `Selamat tahun baru 2020’,
14. Semoga tahun 2020 memberikan kebahagiaan dan kesihatan kepada kita, keluarga kita, saudara-saudara kita, dan sahabat-sahabat. Juga hendaknya dimurahkan rezeki dan diberkati olehNya.
15. Amin.


Friday, January 3, 2020

Maszlee letak jawatan Menteri Pendidikan: Cabaran membentuk salasiah manusia dan negara bangsa.

Hasil carian imej untuk Dr maslee
Dr. Maszlee Malik

Sekarang negara Malaysia tidak mempunyai Menteri Pendidikan. 

Saya tidak menduga perkara sebegini boleh berlaku, namun apabila saya fikirkan dalam dunia politik semuanya boleh berlaku, berubah dan bertukar. Contohnya Tun Mahathir Mohamad berbaik dengan DAP, manakala UMNO berbaik dengan PAS. Tidak pernah terfikir iannya akan terjadi... (Jika nenek saya bangun dari kubur, dan melihat senario ini tentu dia mahu masuk balik...)

Menteri Pendidikan adalah antara kementerian yang paling penting dalam membentuk hala tuju negara dan salasiah manusia Malaysia. Dengan pelajaranlah kita boleh menjadi manusia berguna, pada diri, masyarakat dan negara. 

Namun menjadi ahli politik bertaraf menteri amat mencabar. Membuat kerja-kerja di kementerian satu hal (lagi mencabar jika tidak ada pengetahuan), dan yang lebih mencabar adalah bagaimana menempatkan dan menjayakan diri dalam dunia politik dan dalam parti politik (yang menempatkan kita sebagai menteri). Mungkin ini cabaran yang terlampau hebat untuk ditanggung oleh Dr Maslee.

Ramai yang terkilan dan ramai juga yang memuji. Terkilan kerana Dr Maslee juga mempunyai wawasan yang murni dan mesra hati dalam menjalankan hala tuju, yang ada di antara kerjanya sempat dilakukannya. Dan ada yang memuji kerana jarang dalam sejarah negara seorang menteri berundur. Malaysia bukan Jepun.

Kata seorang kawan saya pula tuhan mahu tunjuk dengan adanya PHD tidak semestinya boleh melicinkan perjalanan cita-cita seseorang, apatah lagi mampu memberi impak kepada orang ramai. Ada juga kawan saya berpendapat itu balasan dari tuhan atas perbuatannya pada agama dan bangsa.

Seram juga bulu tengkuk apabila mendengar dan membaca pelbagai pendapat dan luahan kawan-kawan dan citizen nitezen. 

Ramai orang boleh `membaca' dan membuat kesimpulan masing-masing atas perletakan jawatan tersebut. Bagi saya yang suka menyusun pinggan mangkuk, dengar lagu dan lap tingkap ini, mudah sahaja, Dr Maslee tidak berupaya dah. Tentulah pengunduran diri tersebut kerana tidak berupaya. Sama ada tidak berupaya menjalankan tugas yang berat dan besar, atau tidak berupaya menghadapi tekanan politik, atau tidak upaya  yang lain-lain.

Namun apabila PM kita sudah bersetuju maknanya ia muktamad dan sebab-sebab perletakan itu diterima PM.

Saya tidak tahu Dr Maslee ini menteri pelajaran yang keberapa pernah Malaysia miliki. Yang saya tahu menteri pemndidikan yang pertama bernama Tun Abdul Razak Hussein.

Hasil carian imej untuk tun abdul razak
Menteri pendidikan pertama

Apabila menyebut Tun Abdul Razak dan sumbangannya dalam pendidikan, di sekolah dulu tentu akan teringat pasal Penyata Razak 1956.  

Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang diperkatakan ialah: *

1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama
2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah.
4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar.
5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan. 

Jika dilihat dari perkara-perkara yang dibangkitkan jelas menunjukan ia adalah usaha untuk mewujudkan sasiah negara bangsa manusia Malaysia. Ia menjadi rumit dan mencabar kerana kita mempunyai komponen yang berlainan dari segi bangsa dan agama. Inilah cabaran terbesar dalam menghadai permulaan merdeka. (dan tak sangka perpaduan masih menjadi cabaran terbesar setelah lebih 60 tahun merdeka)

Dan ini jugalah yang dihadapi oleh Dr Maslee, cuma pada masa ini suasana telah berubah, generasi silih berganti. Suara dan bantahan, saranan semakin kuat dan gelojoh di media masa...

Kita kembali kepada Dr Maslee, semoga beliau tenang dan melalui kehidupan sebaiknya.


 * 9 perkara disedut dari Wiki

Selamat tahun baru 2020

Hasil carian imej untuk selamat tahun baru 2020


Semoga diri kita menjadi lebih kuat dalam menghadapi kehidupan dunia yang semakin memcabar...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home