Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, October 3, 2019

Kisah saya dan pokok Draco, dan pasu putih




1. Saya lebih suka tanam pokok berdaun daripada pokok berbunga. Mungkin sebab pokok berdaun lebih senang dijaga.

2. Beberapa tahun dahulu setelah 8 kali berfikir, saya belilah pokok Draco idaman saya.

3. Saya berfikir banyak kali sebab pada hemat saya pokok ini mahal. Dan ia juga tidak sesuai dengan rumah saya.

3. Kata kawan saya (yang rumahnya tak ada pasu, dia tar semua laman rumahnya...) pokok ini sesuai dengan rumah morden.

3. Namun saya turutkan juga hati, saya membelinya. Saya masih ingat lagi saya pejamkan mata dan hulur beberapa ratus ringgit ke pemilik nurseri tersebut. Untuk menyedapkan hati saya beritahu hati saya `memang dah judoh pokok tu dengan saya'.

4. Saya tanam dalam pasu ala tempayan yang ayah beri. Saya siram pada hujung minggu sahaja sebab memang hujung minggu sahaja saya ke Kuantan.

5. Bila Draco dah terconggok di tepi porch kereta saya, saya berpuas hati. Dan saya mula berniat tak akan ada lagi pokok mahal yang saya akan beli. Kira bertaubat la...(taubat sambal belacan, he he he).

6. Dan apabila membelek sebuah majalah deko di Kedai Buku popular, saya terlihat la gambar pokok ini sesuai dengan pasu modern warna putih. Sekali lagi saya dalam dilema kerana tak kan pasu modern tapi rumah tak modern. Pagar tak moden.

7. Kata kawan saya sebuah rumah mesti ada konsep sama ada konsep morden atau kampung. Dan katanya lagi ada banyak kosep-konsep lagi. Saya akui dan saya tahu, saya ada baca dalam Majalah Laman suatu waktu dulu.

8. Tetapi saya suka pasu tersebut...putih. Dan pokok nampak morden, bukan macam pokok senduduk atau kemunting.

9. Ah, tak apalah biarlah masa nak masuk saja rasa modern dan kena dengan Sofa L ruang tamu saya. Tapi ruang tamu terpisah dengan pasu.

10. Pokok Draco ini cantik mungkin sebab ia ringkas dan batangnya cantik bila bercabang-cabang. Dan yang paling bagus berdaya mampu hidup dengan menyiramnya seminggu sekali...

11. Saya cadangkan pokok ini kepada yang konon nak modern dan sibuk untuk menyiram. Tapi jangan lupa untuk tambah cantik lagi, beli pasu putih!.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home