Poster |
1. Semalam selepas 'Fun Run, dan selepas makan banyak kolestrol di kedai X (selepas `run'), terus ke KCM tengok `Pat Sementary'. Fun Run ni bagus juga, adalah aktiviti pada hujung minggu, taklah nampak sangat saya menunggu mati. He he he.
2. Cerita seram menyeronokan (walaupun kita dikatakan membayar untuk rasa seram). Berbanding dengan megamool, harga tiket di MBO KCM juga menyeramkan!
3. Bertambah seram, termasuk saya hanya hanya dua orang tengok filem ini (saya dan sahabat saya) dalam keadaan samar bayangan... Rasa kami pula yang konon menempah seluruh panggung. He he h. Rasa mewah. Mak talipon pun boleh jawab selamba jea dalam panggung sebab tak ganggu orang lain.
Dia gali semula kubur anaknya untuk tanam ditanah yang boleh hidupkan balik anaknya. |
4. Filem dari novel Stephen King tidak pernah mengecewakan. Sebagai pengemar cerita seram, ia berjaya menyeramkan saya.
5. Kisah satu keluarga berpindah ke tempat baru, rumah baru. Tapi bukannya rumah berhantu. jauh di belakang rumahnya ada tanah purba yang sakti. Dulu ada puak asli yang duduk tetapi mereka sudah tinggalkan tanah tersebut.
6. Tanah tersebut sebenarnya mempunyai kuasa boleh menghidupkan kembali apa-apa yang bernyawa apabila ditanam di tanah tersebut.
7. Bila anak kucing anaknya mati, kucing itu ditanam di tanah sakti tersebut, dan akhirnya kucing itu pulang!
8. Tetapi dalam diri kucing tu bukan kucing yang dulu...seram.
Kucing ini sebenarnya sudah mati... |
9. Dan selepas itu anak perempunnya pula mati berlanggar depan rumahnya. Isteri sangat sedih. Dia sangat sedih. hantar isteri balik kampong dan mula mahu hidupkan anaknya balik.
10. Dia gali balik kubur anaknya dan tanam di tanah purba tersebut. Anaknya memang balik selepas pukul 12 malam. seram sangat adegan itu di mana dia menunggu kepulangan anaknya dari kubur. Dia siap mandikan sebab ada tanah di badan anaknya itu. Kesian pun ada.
11. Anaknya siap tanya tadi dia ke mana? anak itu tak tahu dia telah mati...
12. Banyak pengajaran kita boleh dapati dari filem ini. Selain jangan percayakan jiran, dan kita kena bina pagar bila rumah terlalu dekat dengan jalan besar, pengajaran utama ialah tak payahlah kita hidupkan kembali orang yang telah mati (walaupun kita sayang).
Kucing ini jadi ganas sebab dalam tubuhnya ada kuasa iblis yang jahat. |
13. Dan janganlah terlalu modeng sampai tak percayakan bila mati nanti ada alam lain.(Logiknya pasti ada alam lain, tak kan orang yang curang di belakang kita terlepas begitu saja? Haaa...). dalam ceritanya ayah budak tu seorang doktor, dia tidak percaya alam selepas mati
14. Mungkin pelakon cerita ini bagus membuatkan saya rasa berkesan. Dan ceritanya digarap dengan penuh menyakinkan.
15. Kesudahannya amat mengejutkan saya!. saya tak boleh cerita. Tengoklah sendiri. Sebelum tamat keadaan jadi suspen bila isterinya balik dan lihat anaknya hidup! isterinya beritahu `itu bukan anak kita! Anak kita sudah mati!'
16. Kalau asaya tinggal di Kuantan , saya akan tengok cerita ini 3 kali. tengok dalam wayang dengan dalam Tv lain rasa keseramannya. Jauh lebih seram di panggung. Dalam tv kadang-kadang rasa lucu.
Pak cik yang suka membawang hal orang lain, bila bininya mati. |
17 .Selepas tengok wayang pergi ziarah Pakson, sambar baju t'shirt selai (ada sales). Terkedu sebab muat saiz XXL jea (padahal dah banyak kali berlari).
18. Sebelum balik singgah MyMama kejap rasa nasi kukus, bila berjalan-jalan jadi cepat lapar kan?.
19. Saya berharap saya tidak gemuk, tetapi apakan daya saya suka makan.
20. Sekian terima kasih.
* dah pernah post 8h lalu, edit semula, repost.
No comments:
Post a Comment