Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, July 15, 2019

8 jam bekerja adalah yang terbaik

Mulai dari gerakan itu, muncullah jam kerja selama 8 jam. Dalam 24 jam, manusia bekerja 8 jam, sisanya untuk istirahat dan bersenang-senang.


Kerja adalah amanah

Semakin saya berusia semakin saya manfaatkan masa 8 jam sehari dalam bekerja. 8 jam sehari tersebut meliputi kerja yang gajinya menanggung keperluan hidup dan keluarga saya. 8 jam tersebut saya akan cuba bekerja dengan penuh amanah meliputi kerja hakiki, dan kerja-kerja sampingan kepada kerja hakiki tersebut. 

Bekerja dengan amanah penting kerana kita mahu rezeki kita halal. Kita mahu jalani kehidupan dalam moral yang tinggi. Tidak mahulah rezeki yang kita makan anak bini itu berupa rezeki haram. Sebab itulah kita mesti bekerja bersungguh-sungguh. Kalau boleh kerja kita melebihi 20% dari kerja hakiki kita. Kerana mungkin kita lalai pada satu-satu masa-masa pada masa kerja kita. Contohnya berinteraksi dengan Lazada, FB, Insta dan sebagainya.

Kerja lebih 8 jam sehari?

Saya percaya pekerja yang bekerja melebihi 8 jam sehari akan membawa stress dan kita akhirnya menjadi pencurui. Pencuri kepada masa rehat dan masa rekriasinya. Dan pencuri kepada kesihatannya, dan lain-lain.

Pada masa saya muda dahulu, sebagai guru muda separuh dari masa 24 jam itu saya bekerja, berada di sekolah. Saya tidak letih dan saya juga pada masa tersebut masih bekerja untuk menjalani kehidupan biasa, bukannya membina kehidupan. 

Saya seronok menjadi guru, saya hanya balik rumah untuk mandi makan dan berehat. Malah kadang-kadang saya tidor di rumah sewa pelajar/sekolah. Lama-kelaman saya menjadi stress apabila harapan saya dan sekolah bertambah besar pada kejayaan pelajar saya.

Saya rasa pada masa inilah penyakit darah tinggi saya terbentuk. (pendapat bukan pakar perubatan, he he he)

Kerja di menara gading

Kini walaupun sudah tidak menjadi guru, saya selalu berusaha untuk melebihi kerja hakiki saya. Walaupun kerja saya tidak lagi meliputi 8 jam sehari (kadang-kadang saya ada kuliah pada waktu malam), saya tetap berusaha untuk lakukan yang terbaik. 

Saya tidak terikat bekerja dari 8 hingga 5 petang. Malah kerja-kerja pengajaran masih saya lakukan pada hari sabtu dan ahad. Saya tahu ini suatu yang tidak sihat. Saya semakin cuba kurangkan kerja pada hujung minggu. 

Dan kerja mesti disiapkan pada waktu kerja. barulah itu dinamakan kecekapan.

Apabila melihat pekerja lain bekerja lebih kuat dan lebih lama masa berbanding saya, saya mula berfikir yang bukan-bukan. Sehinggakan kadang-kadang saya berfikir sayakah yang malas? Atau merekalah pencuri yang sebenarnya? .

Kehendak organisasi dan kapitalis

Kehendak organisasi amatlah besar dan tiada akhirnya, namun kehendak kehidupan adalah mudah sahaja. Hidup yang berbahagia. 

Mungkin saya tidak bercita-cita besar untuk maju dalam kerjaya menjadi orang yang atasan. Namun jika itu adalah ukuran atau apa yang perlu seseorang lakukan untuk berjaya, tidak ramailah orang yang berjaya dalam hidup. Sebabnya kita hanya ada sedikit CEO. Kita ada lebih ramai hamba yang dipacu oleh CEO dan organisasi.

Dan jika kita bergelar Biduanita barulah kita dikatakan berjaya sebagai penyanyi, maka hanya ada dua orang yang berjaya sebagai penyanyi, Puan Sri Saloma dan Datuk Sharifah Aini.

Robert Owen bersama 1 Meinya.

Di UM dulu pensyarah pengurusan saya Dr Norman Mansur selalu bercerita mengenai latarbelakang pengurusan dan organisasi. Beliau ada bercerita pasal Robert Owen.

Robert Owen bertungkus lumus berteori, mengkaji, merancang memberi semangat untuk mendapatkan hak pekerja bekerja 8 jam sehari. Gerakan kesatuan sekerja memprotes kerja pada masa itu rata-rata sehingga 10 jam dan 16 jam sehari. 

Hal itu (kerja 8 jam sehari) terlahir dari gerakan yang dilakukan oleh para buruh di Amerika Serikat pada 1 Mei 1886. Sebab itu 1 Mei disistiharkan hari cuti. Sebab mahu bagi tahu yang kerja itu penting, dan ada masa cutinya.

Sebab itu hari pekerja kita kena cuti...he he he.

Dang-dang (tiba-tiba) kita pulak yang mahu kerja lebih dari 8 jam...

Akibat sudah lelah dengan realita yang ada, akhirnya gerakan pun lahir untuk nuntut jam kerja yang lebih ‘normal’


Dunia berubah teori berubah tetapi hakikat tetap hakikat

Namun apabila berlaku perubahan dunia yang semakin pesat, saya berpendapat keperluan melebihi 8 jam kerja sudah mula diterima ramai semula dan ianya menjadi satu petunjuk kepada kemajuan. maksudnya nak maju kena kerja lebih dari 8 jam. Sehinggalah kehidupan adalah hanya untuk kerja, tiada masa untuk diri dan keluarga. 

Saya berpendapat zaman ini lebih banyak pekerja mencuri masa diri dan keluarganya, berbanding pekerja mencuri masa majikannya...


Abang Jan: Jika kerja adalah satu amanah, kehidupan ini juga satu amanah!








No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home