Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, February 25, 2019

GPO, teafal dan mahu bergaya

 
 

1. Hujung minggu lalu saya singgah sekejap di GPO.

2. Di sini murah sikit harga barangannya, contohnya kalau beg harga RM15K jadi RM12k sahaja. Namun bagi saya beg RM300 pun sudah sangat mahal. Mungkin tempat ni untuk orang berada.


3. Ada yang kena beratur untuk masuk kedai....emm...

4. Saya cari kuali Teafal yang nipis untuk perangat roti canai tapi tak ada, jadi sebagai kenangan saya beli sundek Teafal RM18.20, kalau di Kuantan RM26.90. Kira jimat RM8.70 (32.34%<+-). Namun dalam kenderaan menuju
 balik baru saya sedar saya sudah beli sebelum ini dan masih tidak digunakan! Jadi saya rugi RM18.20 sebenarnya.


5. Saya ambil kesempatan pukul gambar kenangan dengan tiang lampu, kawan saya yang pukul.


6. Dalam 6 gambar dipukul, ini yang terbaik (selepas diedit bagai).


7. Saya tidak berhasrat untuk datang lagi ke sini, saya sedar poket saya sesuai tempat biasa.


8. Saya juga sedar semakin berusia semakin sukar untuk bergaya...(berdiri gaya sebelah kaki semakin menjadi sukar untuk dijayakan).

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home