Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, April 16, 2018

Syzygium Inophylla (Pokok Gelam Tikus)




Semalam, duduk saja-saja...saya pukul gambar ini. Saya rasa pokok gelam tikus ini memberikan impak yang menarik kerana warna oren gelapnya mengalahkan tompok-tompak pokok brazillian ironwood.

Semasa menanamnya beberapa tahun dahulu, saya sudah membayangkannya. Pokok ini tentu menarik.

Dan nanti, kawasan ini akan jadi lebih gelap dan sejuk...nyaman.

Hasil carian imej untuk sukiman menulis laman
Gambar dari fail...

Monday, April 9, 2018

Saya mungkin `left group' buat sementara waktu...

Ada tiga perkara yang saya tidak suka bincang di khalayak ramai. Agama, seks dan politik. Tiga perkara ini mungkin akan buat orang tersinggung, jadi saya tidak membicarakannya atau berbahas mengenainya.

Namun dalam kebanyakan wasap group saya, kawan-kawan saya sudah tidak dapat mengawal diri. PRU 14 ini membuatkan mereka taksub dan yakin ke atas yang masih samar-samar dan tidak sah.

Parti politik bukannya agama. Agama pun sebenarnya kita bebas dan tidak boleh mengutuk agama lain. Tapi dalam gelanggang politik, ia menghalalkan semua cara. termasuk melabelkan orang.

Ada kawan saya yang senang-senang menuduh manusia yang tidak menyokong parti yang disokongnya adalah manusia bodoh. Dan macam-macam lagi yang menampakkan dia pandai.

Saya tidak suka akan dengar keburukan maka saya hanya delete sahaja perbualan di wasap tersebut. Setakat ini saya masih bertahan. tetapi biasanya saya tak tahan dengan orang yang bodoh. He he he.

Saya bodoh dan hodoh, tapi saya diam jea...he he he .

Hasil carian imej untuk siapa bodoh?

Friday, April 6, 2018

Orang kaya yang bodoh...

Orang yang tidak berilmu tetap akan menjadi bodoh. Walau sekaya manapun mereka, jauh lebih kaya daripada kita, biasanya kita masih dapat kesan akan kebodohnannya.

Ada ilmu yang tinggi tidak membawa kita kepada menjadi kaya raya. Ada profesor hanya pandu kereta Ford yang buruk. Ada peniaga tidak lulus SPM tetapi rumah seperti mahligai dan selalu ke luar negara. Namun dari gelagatnya, kita boleh tahu dia orang yang macam mana.

 Orang yang berilmu dapat lihat dari perbuatan dan kata-katanya. Bukan dari jenis rumah dan kereta yang digunakan. Orang yang berilmu pandai membawa diri dalam masyarakat. Ia tidak semestinya profesor. 

Kepada saya jika seorang profesor tidak pandai membawa diri dan menyesuaikan diri dalam masyarakat dan keadaan, dia sebenarnya bodoh. Kerana puncak ilmu adalah mensejahterakan orang ramai. Ini pendapat saya.

Sebab itulah akhirnya orang yang berbudi perketi mulia dianggap berilmu kerana ilmu menjadikan berbudi perketi mulia.

Ramai orang matlamat hidupnya adalah untuk kaya, tidak ramai matlamat hidup itu adalah untuk menjadi orang yang berilmu.

Dan apabila lahir masyarakat yang kaya tetapi tidak berilmu...padahnya masyarakat juga akan merasainya...


Hasil carian imej untuk stupit but rich

Keputusan peperiksaan dan keputusan ibubapa masyarakat kita

Tiada sistem pendidikan yang sempurna. Hanya yang ada adalah sistem pendidikan yang terbaik antara yang ada. Dan `terbaik' itu pula adalah subjektif.

Ada pelbagai jenis ibubapa. Ada yang menerima keputusan peperiksaan anaknya dengan redha kerana kononnya begitulah rezeki anaknya.Telah tertulis sejak azali. Walaupun hampir semua subjek  `E' dan ada `F', mereka tetap peluk anaknya.

Manakala ada pula ibubapa yang tidak berpuashati dengan keputusan anaknya. Mereka percaya jika berubah sikap dan lebih tekun, anaknya akan jadi lebih cemerlang. Jadi mereka hanya diam sahaja apabila melihat slip peperiksaan anaknya. Mereka buat muka seposen tanda kecewa. Mereka memang kecewa dan menyuruh anaknya lebih tekun. Mereka kata dunia ini kejam untuk orang yang tak ada ilmu. Mereka tidak kata lain kali ada rezeki, insyaallah.

Mereka percaya jika diraikan dan dilayan macam biasa terhadap resuly yang macam `tak sekolah' tersebut, seolah-olah ia memberi gambaran ibubapa berpuashati atas keputusan tersebut. Dan anak mereka tidak akan rasa bersalah dan akan menjadi orang biasa sahaja pada seumur hidupnya...

Orang kata keputusan SPM tidak penting, kononnya dalam hidup banyak perkara lain lagi yang mendorong kejayaan seseorang. Saya bersetuju 100% dengan pendapat tersebut tetapi saya juga bersetuju keputusan SPMlah keputusan terbaik untuk menguji setakat mana cerdik bodohnya anak kita dalam pelajaran...setakat ini. Dan saya 1000% setuju keputusan itu membentuk hala tuju anak-anak kita dalam pelajaran dan dalam hidup. Sedikit sebanyak menentukan jenis kehidupan apa yang anak kita lalui...

Sekarang dah jadi trend menggalakan anak menjadi `bodoh'. Kononnya psikologi.

Psikologi gila!

Hasil carian imej untuk bad result


Thursday, April 5, 2018

Seronok juga berlari rupanya...




Padamulanya saya sangka larian tersebut sejauh 5 kilometer sahaja. Jadi saya berlatih berlari untuk hanya 5 kilometer. Sehinggalah beberapa hari larian akan bermula, barulah saya sedar ia adalah sejauh 7 kilometer bukannya 5 kilometer.

Larian ini bukanlah satu perlumbaan, jadi saya berani masuk. Sahabat Adnan memberitahu iannya hanya untuk suka-suka sahaja. Untuk seronok sahaja.

Walaupun begitu, saya harus bersedia dan berlatih. Jika pada hari larian itu baru hendak mula berlari, ia adalah suatu yang mustahil.

Saya berlari dan berhenti, saya berlari dan berhenti. Adakalanya saya pecut sedikit. Namun saya rasa sepatutnya saya berlari hanya untuk bersantai. Mungkin kerana ianya baru pertama kali, saya perlu lakukan beberapa perubahan apabila saya masuk untuk kali ke dua. Entah bila tu? He he he.

Apa yang pasti saya seronok semasa berlari. Dan bila mengenangkannya, saya masih lagi seronok...

Sekian.

299 orang bahagia yang bertuah!

"Kalau dalam dunia ini tidak ramai bilangan orang yang menipu, makin bertambah ramailah orang yang bahagia di dunia ini..."

Kata-kata itu berligar di fikiran saya apabila Sayuni (nama samaran) bertanya saya adakah sekarang hidup saya bahagia? Mungkin dia tengok saya tak kawin-kawin.

Saya tidak terus menjawab. Saya sengaja lontarkan pandangan saya ke tempat yang jauh, hujung padang. Saya buat muka ala-ala drama petang-petang. Drama bodoh.

Dan semasa saya memandu ke Kuantan untuk ke rumah 100 Mawar saya, barulah pertanyaan itu saya jawab, dengan tersirat. Saya percaya katalah dalam dunia ini ada 299 orang yang sedang bahagia, jika saya tidak ditipu tentu jumlahnya akan jadi 300.

Tapi jumlahnya sekarang adalah 299.

Ya, saya pasti jika penipu-penipu tersebut tidak menipu dan menyusahkan hati orang, jumlah ini akan berlipatkali ganda. Akan lebih ramai orang yang sangat bahagia di bumi Allah ini. Saya cuba yakinkan diri bahawa jawapan saya betul. Saya percaya hidup ini kalau kita tidak ditipu, kita adalah penipu. Antara dua... Tetapi yang paling utama jangan kita menipu orang.

Kata orang tua-tua tidak guna kita menangisi orang yang tidak menghargai kita. Ia buang masa dan tenaga. Ya saya setuju tetapi orang yang bahagia itu sekarang hanyalah 299 orang...sepatutnya lebih banyak.

Dan 299 orang itu patut sangat rasa bersyukur apabila ada orang lain yang ditipu lebih teruk dan rasa mahu bunuh diri!

Sekarang yang lebih penting bukanlah penipu itu tetapi orang yang ditipu itu. Bagaimana dia terpaksa bangkit dan pandang dunia yang luas ini hanya Allah yang tahu. Tetapi seperti biasa kami tak ada pilihan...episod hidup kami berbeza. Kami bangkit dengan penuh kesakitan....untuk mencipta kebahagian dan hari-hari yang ceria.

Mungkin kebahgiaan hidup ini datang dalam bentuk lain... Berpositiflah selalu kerana semua yang terjadi sudah ditentukan...

Tentulah tuhan sentiasa berada dengan orang yang ditipu, bukannya penipu...he he he


Hasil carian imej untuk wake up from heart break
...ke arah yang lebih tabah...!



Abang Jan: Penipu tidak akan pernah tenteram dan bahagia, percayalah akhirnya yang ditipu akan lebih tenang dan berbahagia di hadapan hari...

Duit Syiling terkumpul 2017





Duit syiling ini saya tuang ke lantai setelah saya tak ada kerja buat. Saya bukannya mahu kira jumlahnya tetapi mahu asingkan duit syiling yang ada gambar parliment kita.

Setiap kali balik kerja saya akan letak duit syling di dalam bekas. Apabila bekas penuh, saya akan letakannya ke dalam pasu hiasan yang besar.

Duit syiling tidak elok diletak dalam beg duit sebab ia akan merosakan beg duit saya.

Kalau ada masa nanti, kalau saya rasa menyampah, saya akan ke Bank Islam untuk masukannya ke dalam akaun bank.

Sekian.

Larian suka-suka 7 kilometer Sepat!


Akhirnya

Akhirnya saya berjaya habiskan juga larian 7 km tersebut. Saya tidaklah pula lari berterusan kerana di beberapa tenpat saya berhenti sekejap kerana letih dan mahu berswafoto. He he he.


Medalnya (gambar ini ihsan dari sahabat Adnan)

Jika ada kelapangan, saya akan ceburi lagi larian ini pada masa hadapan. Ia menyeronokan dan memberi sesuatu perasaan yang baru...

Pantai Sepat Global Run Fun 1 April 2018



Saya berbaju biru (free hair)

Atas dorongan sahabat Adnan, akhirnya saya terjebak juga dalam larian Global Fun 2018. `Fun' tu bermaksud, kita suka-suka berlari, bukannya terlibat dalam pertandingan sebab mak tiri kita paksa atau majikan kita paksa.

Sebelum itu hanya Adnan dan beberapa kawan saya yang lain menyertai larian sebegitu. Saya hanya melihat keseronokan di insta dan FB, dan hanya mendengar cerita dari Adnan.

Lama-kelamaan timbul rasa ingin tahu bagaimana rasanya mentertai larian. jadi saya mendaftar melalui online, dan saya akan diberikan baju Tsirt sehelai.

Jadi lepas waktu kuliah, saya akan berlatih di tasik universiti. Hari pertama ya allah sakit seluruh badan macam baru habis lepas pantang anak sulung. Kembar.

Persediaan ini penting agar saya tidak akan tergolek di tepi pantai atau paya.

Saya rasa larian sebegini sudah merupakan satu tereng (trend) sekarang. Bagi saya ia satu tereng yang positif kepada minda dan fizikal kita.

Sekian.

Monday, April 2, 2018

Pantai Sepat Global Run Fun 1 April 2018


Hasil carian imej untuk Global run pantai sepat 2018


Saya bimbang saya akan tercorot sebab saya obess. Namun saya fikir positif...mestilah ada orang yang tercorot. saya redha jea. Lagipun ini bukan pertandingan, ini suka-suka.

Jadi ahad 1 Aprill lalu ia berbeza dengan hujung minggu saya yang lain. Saya berlari suka-suka sejauh 7 km.


Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home