Saya tahan kata. Kalau boleh saya hendak sahaja cakap dia sepatutnya tidak berkahwin. Kahwin bukan untuk sehari dua tetapi untuk selamanya... Saya tidak percaya perkahwinan dapat merubah seseorang. Tidak sesekali.
Saya hembus asap rokok perlahan-lahan. Lama sudah saya tidak merokok. Jarang sebenarnya. merokok membuatkan saya rasa jadi manusia. Rasa bodoh, ha ha ha.
Saya tidak tahu apa yang dicarinya dalam sebuah perkahwinan. Kalau kita rasa hidup kita susah maka kita tidak bolehlah heret orang lain untuk sama-sama hidup susah dengan kita. Saya tidak faham. Atau orang seperti saya ni hatinya sukar untuk faham? Sebab sudah jadi batu.
Banyak kelakar jadinya dalam sebuah perkahwinan jika salah seorang tidak bersungguh-sungguh. Saya tidak fikir sebuah perkahwinan itu untuk senang lenang, jauh sekali satu jaminan kehidupan akhirat. perkahwinan adalah sesuatu yang bersungguh-sungguh.
Saya tidak tahu apa itu cinta? Tetapi saya tertanya-tanya adakah dia kahwin kerana cinta atau atas dasar keperluan hidup. Jika atas dasar keperluan hidup, saya jamin isterinya sedang merana.
dan saya tidak mahu masuk campur...
Add caption |
No comments:
Post a Comment