Sekarang saya rasa gembira sebab saya ada seorang kawan muda yang boleh uruskan pembelian saya dengan IKEA. Saya jarang ke IKEA. Rasanya sudah bertahun-tahun tidak ke IKEA. Mungkin lebih dari lima tahun. Saya asyik tatap katelog sahaja, memanjang...
Paling akhir saya kirim hanger kayu dengan Adnan. Kebetulan dia hendak ke IKEA...
Namun tahun 2017 nan lalu menemukan saya dengan seorang kawan yang sanggup membeli barang IKEA untuk saya, tanpa apa-apa bayaran tambahan. Saya terharu. saya gembira.
Saya mengenalinya lebih dari 10 tahun tetapi beliau tidak menjadi kawan saya. Dia adalah kawan kepada bekas kawan saya. Sebelum ini kami tidak berhubung dan kami tidak rapat. Setelah bekas kawan saya tersebut menjadi `bekas', maka kami mula rapat.
Saya mengumpat selamba sahaja bekas kawan saya tersebut di hadapan dia. Adakah patut? He he he.
Add caption |
Saya selalu juga berfikir alangkah gembiranya kalau dapat jumpa Kak Pah. Mungkin pada masa tersebut dunia ini tidak ada cerita untuk ketemukan kami. Kawan saya ini sangat istimewa kerana jika arwah Datuk Sharifah Aini ada, dia dapat kenalkan saya kepada arwah. Namun sudah tidak ada rezeki kerana kami lambat berkawan...maksud lambat bertemu sebagai kawan.
Namun saya tetap bersyukur.
Setahun nan lalu (yang nan lalu) juga saya mendapat seorang kawan yang sudah bertaraf warganegara emas. Dia juga sangat istimewa sehingga saya bertanya kepada tuhan kenapa kami tidak bertemu lebih awal. Saya dapat rasai perkenalan kami akan berpanjangan kerana masing-masing berkawan atas dasar berkawan.
Dia dapat buat saya tersenyum. Dia juga selalu kata mengapa saya tutup hati saya untuk sayangi orang? Dan banyak soalan lain lagi...
Kawan saya ini penuh dengan pantang larang dalam hidupnya. Namun saya tidak kisah sebab kadang-kadang pantang larangnya agak melucukan. Contohnya tidak makan ikan besar, tidak makan ikan lembik, tidak boleh tidor dalam cerah, hari jumaat tidak boleh keluar sebelum sembahyang jumaat dan banyak lagi pantang-pantang yang melucukan saya. He he he.
Ikan aji-aji lembik...(amberjack) |
Terima kasih untuk kamu kerana sudi hadir pada hayat-hayat terakhir ini...
No comments:
Post a Comment