64Langgar pagar, kisah cinta dan allycats
20 November 2013
"Orang dalam percintaan rasa bahagia dan khayal seperti tidor
yang tidak jaga-jaga. Jika ia terjaga juga, ia mungkin akan menderita selamanya”
Dari jauh ketika saya
membelok masuk lorong yang menuju ke rumah saya (Lorong 65), saya lihat pintu pagar saya
terbuka. Saya gembira kerana tidak perlu turun dari kereta untuk membuka pintu pagar tersebut. saya terus biarkan Sisijay membelok masuk ke dalam porch. Dan secepat kilat dia melanggar pintu pagar
tersebut.
Ya allah.
Saya terus turun dari
kereta dan melihat bahagian depan kereta saya. Saya lihat ada terkopak di
bahagian depan belah kiri. Saya juga lihat sebelah pintu pagar (sebelah kiri) terpelenting jauh. Asalnya
empat segi jadi lima segi.
Bumper kereta saya kemek belah pintu kiri pemandu. Saya cuba buka pintu tersebut tetapi gagal. Pintu tersebut
tidak dapat dibuka. Mungkin hentaman kuat terhadap bamper menyebabkan pintunya ke belakang dan menyebabkan tiada ruang untuk pintu terbuka. Saya menganalisisnya sendiri
berdasarkan ilmu kereta yang sedikit.
Teruk juga bisik hati
saya.
Saya hairan macam mana saya
boleh `nampak' pintu pagar tersebut `terbuka'. Mungkin iannya hanya terbuka di
`fikiran' saya sahaja. Mungkin mata saya letih... Mungkin saya mengelamun...
Kuat juga rupanya kereta
saya melanggar pintu pagar tersebut. Ya, sebab saya lihat jiran-jiran saya
keluar dari rumah mereka untuk meninjau bunyi apakah yang mereka dengar.
saya duduk di kerusi batu. saya kena pulihkan diri. apa yang terjadi telah pun terjadi. Saya hantar gambar
bamper yang terkopak kepada kawan-kawan. Kawan-kawan saya beritahu saya
kena tukar bamper baharu.
Mulalah berfikir berapa
harga bumper tersebut dan berapa pula upahnya? Adakah mahal atau murah sahaja. Saya
juga mula fikir tidak pakai bamper pun boleh sebab kereta memang masih boleh
berjalan. Namun saya teringat status saya sebagai pensyarah.
Saya menalifon kawan saya,
Dr Amy. Beliau menyuruh saya bawa Sisijay ke rumahnya dulu. Kereta saya nanti akan diambil oleh pihak bengkel. Untuk saya ke tempat kerja, saya boleh menumpang keretanya.
Saya cepat panik apabila
hal berkenaan dengan kereta sebab saya tidak tahu banyak hal.
Saya cuba ingat kembali apa
yang berlaku sebelum kejadian saya melanggar pintu pagar tersebut...
Setelah saya lihat CD terbaharu Siri Nada Pesona, saya terus keluar dari Giant dan memang berhasray memandu pulang. Ya, saya ke Giant semata-mata mahu tengok sendiri dengan
mata kepala saya cover album-album tersebut.
Cantik `cover' album tersebut, bisik hati saya.
Siri Nada Pesona merupakan album kompilasi yang dikeluarkan khas mengandungi lagu-lagu penyanyi ternama Malaysia. Saya beli CD Nada Pesona Sharifah Aini dan Sudirman.
Saya memandu pulang sambil mendengar radio. Sekoyang-koyangnya apabila saya tiba di selekoh masuk ke jalan menuju Pekan,
tiba-tiba lagu kumpulan Allycast diputarkan.
Tiba-tiba Saya rasa sedih sangat.
Berarak mendung kelabu
mengekori langkahku
sepanjang kehidupan
penuh dugaan
namun aku tetap akur
Ku cuba dan terus mencuba
mencapai suria
walau membakar jiwa
walau aku dihina
namun aku tetap akur
Derita oh derita
engkau dimana-mana
walaupun jauh aku lari
mahupun berdiam diri
Namun indah mimpi dari
realiti
hidupku tanpa arah
bagaikan layang-layang
terputus talinya
Derita oh derita
engkau dimana-mana
walaupun jauh aku lari
mahupun berdiam diri
namun indah mimpi dari
realiti
tapi pasti di suatu hari
nanti sinar suriakan
menjelma...
Kononnya lirik lagu
tersebut `sebijik' dengan kisah hidup saya. Saya rasakan saya dari dahulu
sampai sekarang hidup dalam ksedihan hati dan dugaan.
Saya tidak tahu dari mana
datang rasa sedih yang sebegini sedih. Biasanya apabila dengar lagu ini saya tidaklah sedih sebegini. Tiba-tiba air mata saya mengalir. Saya kesat dengan lengan baju.
Saya terbayangkan
kisah-kisah luka yang memahat jiwa saya. Saya rasa pengalaman pahit membunuh sebahagian dari diri saya. Membunuh sebahagian harapan dan definasi saya tentang sebuah kehidupan.
Saya tersenyum tetapi tidak hati saya.
Saya teringat bagamana
dramatiknya saya meraung dalam hujan. saya sedih apabila mengingati kejadian itu. Saya kesiankan diri saya dan apa yang telah diri saya lalui. Peritnya
pada masa itu hanya tuhan sahaja yang tahu.
Pada mulanya saya kehilangan kepercayaan pada
segalanya. Saya hilang harapan. Saya terbayangkan apa yang telah terjadi dan nasib malang yang menimpa saya. Sehingga saya tidak nampak
pintu pagar rumah saya itu sebenarnya tertutup!.
Memang salah saya, bawa kereta sambil berkhayal!
Saya tersenyum sendiri di kerusi batu tersebut, air mata saya menitis lagi. sekali lagi saya mengesatnya dengan lengan baju.
Ah, hidup ini untuk orang yang kuat. Semuanya salah saya, jangan hendak
menyalahkan sesiapa atas yang terjadi.
Saya beruntung kerana dalam usia 46 tahun masih lagi nampak muda. Masih ada emak ayah yang sihat. Ada
adik beradik yang ambil berat dan ada kawan-kawan yang ambil tahu.
Saya dapat anugerah pensyarah paling popular tahun lepas mengalahkan dekan. Apalagi yang saya hendak?
Tidak baik saya berfikiran negetif. Kena positif dan
bersyukur.
Lagipun tidak ada dalam sejarah
dunia berlanggar dan salahkan sebuah lagu. Tidak
ada.
Semua salah
saya, salah pilih orang untuk disayangi.
Kehidupan begitulah. Hanya lautan yang berombak ganas melahirkan kelasi yang hebat!