Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, December 18, 2018

Adib meninggal dunia, sumbangan benci dan kita



Semalam saya rasa sedih apabila Adib meninggal dunia. Saya yang ketika itu sedang lentok di tilam terus bangun selepas membaca wasap mengenai kepemergiannya. Saya rasa sedih.
 
Walaupun saya tidak langsung mengenali arwah saya merasa sedih. Semasa arwah terlantar saya selalu berdoa agar beliau cepat sembuh. Saya mengikuti perkembangan beliau. Saya rasa apa yang saya rasai dirasai oleh berjuta rakyat Malaysia yang lain.Kita mengharapkan Adib lekas sembuh.
 
Namun tuhan lebih mengetahui, lebih sayangi beliau.
 
Adib menjadi mangsa rusuhan. Menjadi mangsa kegagalan manusia mengawal kebencian. Dari mana datangnya kebencian yang begitu hebat? sehingga membunuh orang yang tidak bersalah...?
 
Kebencian sangat berkuasa dan gila. Tiada hukuman yang setimpal untuk sebuah kebencian.
 
Kepermegian Adib menandakan bahawa kebencian akhirnya membawa kesedihan kepada ramai orang. Bukan sahaja kepada kaum keluarganya dan tunangnya, tetapi juga kesedihan di hati kita kerana kita manusia.
 
Kita harus mengawal kebencian supaya tidak membiak di hati kita.
 
Semoga kematian beliau diadili secukupnya walaupun tiada galang ganti bagi sebuah kehilangan nyawa yang disayangi...oleh ayah ibu, adik beradik, sanak saudara dan kekasihnya...
 
Salam takziah saya kepada keluarga beliau.
 
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman, amin.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home