Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, October 31, 2017

The day you weng away...



Tahun: 1998
Lokasi:Bukit Keluang, Besut, Terengganu
Kamera: Kawan

Gegar Vaganza - Aishah

Selain Datuk Sharifah Aini, saya berasa suara Aishah antara yang merdu didengar. Namun tidak seperti lagu-lagu Datuk Sharifah Aini, bukan semua lagu Aishah saya suka. Ada beberapa lagu yang saya suka, paling suka `Janji Manismu'.

Saya menunggu Aishah dalam Gegar Vaganza (GV), walau saya tidak suka pasangan pengacaranya, saya tetap akan lihat GV ini.

Saya sudah jangka, Aishah akan diletakan sebagai peserta paling akhir selepas Firman. Jadi saya tunggu. Saya mahu lihat suara terbaru Aishah. Dan ternyata Aishah sama seperti dahulu... Nyanyian dia meresap.

Saya juga sudah jangka Kak Engku tidak akan dikeluarkan. Setidaknya pada minggu ini. Saya minat Kak Engku. Dia serba boleh dan cantik. Walaupun nyanyiannya tidak sebaik penyanyi lain, tetap ada perasaan dalam nyanyiannya.

Saya tidak bersetuju Aishah masuk GV kerana beliau sudah berada pada tahap yang tersendiri. namun ia bukanlah satu kecacatan jika Aishah menang atau kalah sebab ini pogram ASTRO. 

Selain Aishah, rata-rata perserta lain boleh nyanyi. Masih boleh menyanyi dengan baik sekali. Menyanyi secara langsung sukar...

Saya akan terus bersama GV tahun ini...kerana Aishah


biodata Aishah peserta gegar vaganza 4 2017, biodata Aishah, profile, biografi Aishah gegar vaganza 2017, profil dan latar belakang Aishah gegar vaganza musim empat, foto imej gambar Aishah gv4
Suara merdu...(gambar dari internate)

Aishah mendapat markah paling tinggi 96% markah pada minggu pertama. Diikuti oleh Firman 91% dan Hazami 90%.

Saya suka Liza Hanim punya lenggok suara, Liza Hanin 87%...

Tahniah...


Monday, October 30, 2017

Forum Pasca Bajet Negara 2018 : Satu Analisis - 02 November 2017

1. Minggu ini saya terlalu sibuk untuk ada ruang menganalisis Budget 2018.

2. Minggu ini saya suka lakukan kerja yang tidak serius, tengok wayang, tengok Gegar Vaganza dan pasang perabut Ikea.

3. Pun begitu sebagai pendidik, saya tidak boleh pekak telinga pasal budget.

4. Dalam hidup saya, sudah banyak kali saban tahun saya analisis budget. Sebenarnya bukan saya yang analisis tapi saya menyelami analisis pihak lain. Saya buat analisis yang ringan-ringan sahaja.

5. Setiap orang mengharapkan budget yang menolong mereka, tetapi kerajaan bukan seperti rumahtangga. setiap keputusan bertema besar dan berat. bersifat nasional.

6. Budget bagi sesetengah orang adalah `periuk nasi' mereka, manakala bagi sesetengah orang budget adalah `hala tuju' negara.

7. 2 November ini saya akan hadiri Forum Pasca Budget Negara 2018: Satu analisis, di INTAN.

8. Saya akan cuba memahami intipati budget tersebut dan mengambil kira pandangan-pandangan pakar.

9.Saya mesti serius!




Tombiruo: Sebuah filem yang bagus dan, berbaloi. (2017)


Image result for tombiruo movie
Cerita dari novel triller yang terkenal

Hujung minggu lepas saya ke Kuantan City Mall untuk filem ini. Saya pergi kerana ada Faizal Hussin. Pelakon ini yang tidak pernah menghampakan saya. Pelakon yang membesar dengan matang dalam dunia lakonan. Kalau di Hollywood, orang sebegini sudah jadi bintang yang besar!.

Saya juga kagum dengan lakonan Farid Kamil, insyaallah dalam beberapa masa nanti beliau boleh jadi pelakon terbaik Malaysia. Sekarang sudah terbaik, cuma waktu dan masa masih tidak merasmikannya. 

Nabila Huda seperti biasa memberikan lakonan yang bagus. Lakonan beliau meninggalkan Erra Fazira jauh di belakang. Beliau seperti seniwati Azean Irdawati, boleh pelbagaian watak. Kadang-kadang saya merasa hairan kenapa pelakon perempuan lain tidak mengambil panduan akan kebolehan Nabila.

Lakonan Zul Arrifin sukar untuk saya baca kerana dengan watak bertopeng, sebuah filem boleh dilakunkan oleh pelakon lagak ngeri. Saya tidak dapat bezakan yang mana satu lakonan Zul Ariffin dan mana satu lakonan pelagak ngeri Zul Arrifin. Dalam sebuah wayang, orang wayang boleh buat wayang kan... He he he.

Saya pernah tengok Zul berlakon dalam filem Penanggal dulu. Dia boleh berlakon. Dalam drama pula saya tidak pernah tengok. 


Image result for tombiruo movie
Terbaik...!

Saya suka filem ini. Cuma saya terkilan pengarahnya bukan orang kita. Jadi kebanggaan itu calar sedikit. Namun secara purata filem ini bagus.

Saya syorkan supaya masyarakat menonton filem ini. Kita harus ingat, jarang-jarang sangat ada filem Melayu yang bagus. Cuma ada kadang-kadang saya.

10 sebab Tumbiruo menarik:

1. Cerita cepat dan tidak meleret.
2. Tiada kisah cinta yang meloyakan
3. Tiada lawak bodoh
4. Tiada hantu dalam botol kicap.
5. Ada Farid Kamil
6. Tiada Fatah Amin.
7. Dapat lihat hutan kita sebenarnya cantik
8. Pergadohan yang realistik.
9. Penjahat mati dengan teruknya
10.Ada hubungan kekeluargaan

Saya tonton filem Melayu, jangan kata saya tidak payung.

**** Bintang



Penyakit generasi muda jenis kedua...

Saya berasa bimbang apabila mengamati perkembangan generasi muda sekarang. Bimbang mereka membesar dengan tidak matang dan tidak berdaya pada tahan uji kehidupan. Kehidupan yang penuh cabaran dan perubahan. bimbang mereka akhirnya menjadi masyarakat yang tidak berjaya dalam hidup. Tidak dapat memberi kebaikan kepada masyarakat. Tidak berbudi, berbakti.

Ada dua jenis remaja. Pertama yang memang sudah sukar masa depannya, atau dengan kata kasar, mereka tiada masa depan. tiada pelajaran dan kemahiran, menyusahkan keluarga dan masyarakat. Namun saya tidak berniat membicarakan remaja jenis pertama ini. Tidak kali ini.

Yang saya mahu katakan ialah remaja yang ada harapan untuk berjaya dalam hidup tetapi mungkin tidak berjaya kerana faktor dalam diri yang rapuh. Tiada ketahanan diri dek kesusahan dan cabaran. Mereka telah dibesarkan dengan penuh kesenangan berbanding dengan nenek moyang atau ibubapa mereka. Namun perkara ini mereka sendiri tidak terfikir dan menyedari, bahawa kehidupan mereka lebih 100 kali beruntung dan senang. Bila ada kesusahan dalam skala yang kecil, mereka sudah gelabah dan hilang kekuatan diri.

Nenek moyang atau ibubapa kita mungkin tidak berpelajaran tinggi atau modern. tiada master atau PHD, tetapi kuat jati diri. Boleh kawal perasaan diri.

Generasi muda sekarang tidak menyedari mereka sebenarnya berada di zaman senang. Nenek moyang, ayahibu mereka hendak belajar sampai habis darjah pun tidak berdaya. nenek moyang dan ibubapa mereka menghadapi banyak kesukaran untuk berjaya. Wang ringgit dan kekurangan motivasi adalah penghalang untuk melangkah ke menara gading.

Saya pernah susah. Setiap kali hadapi kesusahan saya selalu berfikir tuhan sayangi saya dan ramai lagi orang lebih susah berbanding saya. Adakalanya bila saya susah saya bertambah kuat. Saya lemah apabila saya senang... ini fakta.

Saya percaya tidak banyak yang boleh kita lakukan kepada remaja jenis kedua ini. Tidak ada kaedah yang boleh selamatkan mereka yang rapuh ini. Kecuali mereka tiba-tiba sedar. tetapi kehidupan bukan macam dalam novel-novel atau drama swasta. `tiba-tiba' tidak akan wujud begitu sahaja.

Masa yang sesuai untuk membantu remaja adalah pada mereka masih kecil. Bukan setelah remaja. renungkanlah...

Tidak sedar diri, tidak hormati masa dan orang tua adalah penyakit paling berbahaya pada remaja masa kini.

Sekian...

Image result for rude teenager
Add caption





Thursday, October 19, 2017

Don't worry because some things, really, aren't meant to stay forever

Ruang tamu rumah saya suatu waktu dulu...

Suatu waktu dahulu ruang tamu rumah saya kelihatan luas sebab tiada banyak barang-barang. Bila melihatnya, rasa tenang.

Sekarang ruang tamu saya penuh sesak, ada banyak barang. Tv juga saya letakan di ruang tamu kerana bilik lain kecil. Juga saya letakan meja makan.

Ia bertambah serabut dengan barang-barang perhiasan kecil yang kawan-kawan hadiahkan dan juga saya belikan (untuk saya). Saya suka membeli, barang kedai RM2.12 pun tidak mengapa. Asal ada aktiviti membeli. He he he.

Sekarang saya mencari tips untuk melapangkan rumah, biar rasa tenang.

Antara tip untuk melapangkan rumah (supaya tidak berkubang dan nampak nyamang) yang sukar kita lakukan ialah minimakan jumlah barang.

Kita mungkin sayang nak buang barang-barang atau kita mungkin sudah ketagih!.

Sayang hendak buang kerana kononnya ada nilai kenangan mengusik jiwa. maka banyaklah barang beratur dari muka pintu ruang tamu hingga ke dapur. Bercotek-arek.

Ketagih pula, kita mungkin ketagih letak barang kita (yang menjadi hobi kita). Contohnya, ada orang suka letak banyak jambangan bunga. Percaya atau tidak pernah saya membilang jambangan bunga di rumah mak kawan saya. Ada 18 gubahan buna di letak merata sudut yang dia kira sesuai. Persis kedai bunga.

Jadi pastikan di ruang tamu kita hanya ada satu jambangan bunga. Di ruang tamu saya tiada jambangan bunga. Hanya ada satu di bilik tidur ada satu.

Sekarang rumah saya dan ruang tamu saya ada banyak pinggang mangkuk. Inilah penyakit ruang tamu saya. Sangat aneh apabila sebuah rumah mempunyai terlalu banyak pinggan mangkuk. Dan tambah aneh lagi ialah saya tidak menggunakannya. Ia adalah hiasan atau hobi sahaja.

Dan untuk tidak serabut, saya harus nekad untuk menyembunyikannya pada pandangan mata. menyorokannya. Wahima di bawah katil.

Jom lihat apa yang tidak kena dengan ruang tamu rumah kita. Apa yang lebih apa yang kurang. Kalau lebih buang! kalau sayang, sorokan dulu...dan kemudiannya mungkin buang. He he he.

Atau lebih baik sedekahkan kepada yang memerlukannya...


Read these small living space tips to make your tiny studio feel bigger than it actually is.
Ruang sempit yang bergaya (gambar dari internate) 


Pendek kata ruang tamu kita berevolusi dengan banyak perkara. Contohnya, perasaan kita, trend, duit lebih kita dan lain-lain.

Tetapi percayalah ruang tamu yang paling ringkaslah yang mendamaikan.

Cuba tengok rumah orang kaya yang ruang tamunya luas dan ada banyak barang-barang, tak ke serabut?

Sekian.

Thursday, October 12, 2017

Anita Sarawak - Logamaya Cinta









Tuhan maha kuasa menyedarkan aku dari khayalang rasa....

Sebuah rak...

Saya pandang rak tu, cantik, dan saya mampu beli...

tapi masalahnya kena pasang sendiri...saya tak mampu...

Wednesday, October 11, 2017

Budak perempuan darjah 6 dahulu Vs budak perempuan darjah 6 sekarang!

Ada HANYA dua katogeri ibubapa. Yang BODOH dan yang CERDIK.

Ibubapa bodoh besar jika mereka anggap budak perempuan umur 12 tahun (darjah 6) adalah masih budak. Mereka terlupa sebab kepala otak mereka masih lagi tak mahu berhijrah masa. Kepala otak mereka masih lagi di kurun lampau. Mereka masih anggap budak perempuan darjah 6 masih budak. Sebab mereka rujuk kepada keadaan masa kita darjah 6 dahulu. Di mana masa mereka dahulu budak perempuan darjah  6 masih memang budak.

Kebodohan tidak mudah dikikis, kadang-kadang pihak universiti pun gagal berbuat apa-apa. Kementerian pengajian Tinggi sudah lelah mencuba. Masuk u bodoh, keluar u pun bodoh.

Sekarang budak darjah 6 sudah ada 25K follower di Istagram!. kini mereka boleh buat/pamir dosa se awal mungkin. Tetapi kita sebagai ibubapa tetap bodoh. 

Kita tidak mahu pelihara anak cara lama. kononnya kita beri kebebasan kepada anak kita. Kita tiru barat. (Kita tiru barat sebab kita bodoh. Orang bodoh tentulah meniru kerana tidak percaya diri sendiri)

Kita tidak selongkar beg sekolah anak sebab kita ibubapa modern. Kita tidak periksa handpon mereka. Kita percaya anak kita berkawan dengan siapa sebab kita ibubapa modern. Kita tidak marah-marah bila magrib anak kita entah di mana sebab kita anggap magrib hanyalah magrib.

Kita tidak merotan!

Dan kita akhirnya terima balasan. Dan dengan linangan airmata kita tanya tuhan "Kenapa jadi begini?

Agak-agak apa jawapan tuhan?

Sebab kita ibubapa yang cerdik?

Haaaa....



Image result for budak perempuan darjah 6


Anak kita bukan kambing...

Image result


Apabila saya lihat remaja terpesong hidup, saya rasa benci. Namun kemudiannya timbul rasa belas kesian. Rasa kesian sebab tentulah perjalanan hidup mereka yang teruk membuatkan dia jadi begitu. 

Mereka tidak dikelilingi dengan suasana yang positif tiada suasana yang mendorong kehidupan. Saya salahkan ibubapa 100% dalam kegagalan memelihara anak. Saya yakin ibubapa tersebut akan salahkan orang lain. Ibubapa sebegini memang menjadi bebanan hidup kepada masyarakat lain. maksud saya anak-anak mereka menjadi ancaman kepada nyawa anaka-anak orang lain yang tidak bersalah.

Saya rasa jika seseorang ada rasa kasih sayang, mereka tidak akan bertindak membakar orang lain. Saya rasa jika ia dididik elok, eloklah jadinya. Beruk yang tidak berguna di hutan, jika didik dengan elok, beruk itu boleh petik kelapa. Jika pun tidak berpeluang beraksi di sarkas.

Kasih sayang walaupun berlebihan membawa petaka, ia tetap sebaga ubat paling mujarap untuk membentuk sahsiah diri.

Anak kita tidak akan semulajadi jadi jahat, sebab tuhan sudah beri kuasa kepada kita mencorakannya. Baik kita corak, baiklah hasilnya. teruk corakan kita, teruklah kita demikian hari.

Tiada alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab yang tuhan beri. Tuhan hanya uji kita dengan beberapa orang anak sahaja, tapi ganjarannya syurga yang besar. Namun beberapa orang anak `sahaja' itu membawa kita ke neraka. Dengan cemerlangnya.

Anak kita bukan kambing, dia perlukan kasih sayang...

Monday, October 2, 2017

Kisah bekas air tupperware, dan bila mahu berhenti membeli?

BILA saya mahu berhenti beli tupperware? Persoalan ini sudah lama berlegar. terutama setelah saya membayar Tupperware yang saya beli. He he he.

Susah juga hendak jawab soalan ini. Sebab saya terus membelinya. Berterusan.

Saya menggunakan tupperware semenjak di bangku sekolah rendah lagi. sejarahnya bermula dengan  satu botol air. Botol air yang paling fesen lama, warna biru. Saya jatuh kasih sebab ia selalu tolong saya bila saya dahaga.

Emak saya ada berpesan jangan tertinggal pulak botol air tersebut.  

Saya mula bawa botol air apabila saya berhenti minta air dengan budak perempuan dari bekas minumannya.  Sebelum itu apabila dahaga saya selalu minta air dengan budak perempuan sekelas. Oleh kerana saya budak baik, budak perempuan selalu beri saya minum bekas mereka.

Dan suatu hari kawan lelaki saya beritahu mulut perempuan kotor, jadi tidak boleh minum bekas bibir mereka. Kawan saya ini dahulu budak-budak, dia bodoh. Tetapi hingga sekarang melalui penulisan wasapnya, saya dapati dia masih bodoh. He he he.

Image result for tupperware 70s style
Dulu bekas air fesen gini, yang saya punya warna biru.

Saya selalau rapat dengan Tupperware, kadang-kadang saya jadi dealer. saya bukannya nak berniaga tetapi saya hendak beli dengan harga murah dan kadang-kadang dapat hadiah.

Sehingga kini saya ada Tupperwa beberapa kotak besar. Saya tidak menggunakannya. Ada di dalam bilik tengah yang saya simpan baju-baju. Saya hanya guna yang Freezer sahaja sebagai kegunaan harian.

Entah mengapa saya rasa tidak rugi membeli Tupperware. Walaupun mahal tetapi tahan lama. Semasa saya aktif menjadi deler, banyak juga saya dapat hadiah Tupperware dari stokis.

Kini saya tidak perlu ke stokis lagi, saya boleh oder dengan kawan saya juga dengan harga dealer.

Saya rasa tibalah masanya saya berhenti atau memperlahankan kegiatan membeli Tupperware saya. Namun kadang-kadang terfikir juga, hobi ini tidaklah makan banyak duit jika dibandingkan dengan hobi kawan-kawan lelaki saya yang melibatkan ribuan duit keluar.

Ah! Jadi bila pula saya nak berhenti yea?




Image result for tupperware bekas air
Fesen sekarang bekas air berbentuk sado dan seksi...



74Encik Fadlan dan Encik Sulaiman

74 Encik Fadlan dan Encik Sulaiman

Setelah 30 minit berlalu, saya berjalan menuju kafe. Saya menapak cepat-cepat menyusuri laluan susur gajah menghala ke kafe. Masa itu emas!

Topik terakhir yang saya ajar tadi tidak memberi saya kepuasan. Tidak seperti topik sebelumnya. Banyak teori yang saya ajarkan tadi walaupun dari buku teks terbaik dan kajian akademik terbilang, masih banyak yang meragukan saya. Ya lah, bukan semua topik yang ada dalam silibus itu mengembirakan saya. Saya rasa pelajar juga begitu. Mereka ada topik yang mereka tidak gemari.

“Encik Sulaiman nak gi mana”

Saya menoleh ke belakang. Fadlan menyapa saya. Lama betul saya tidak jumpa budak ni. Paling akhir semasa dalam mesyuarat fakulti, enam bulan lepas. Saya ada juga ternampak dia dari jauh. Di tempat letak kereta.

“Nak ke kafe, jom. Saya baru habis kuliah. Tak sempat makan pagi.”

“Jom-jom”.
                                   
            Saya dan Fadlan duduk di meja paling hujung. Kafe ini menyediakan tempat khas untuk para pensyarah. Mungkin untuk selesakan pensyarah. Tetapi salahkah pensyarah duduk makan bersama pelajar-pelajarnya? Terutama pensyarah bujang macam saya. He he he.

Namun sejak dahulu saya dapati tidak ramai pensyarah yang mengunjungi kafe ini. Jarang nampak pensyarah bersarapan atau makan tengahari di sini. Pada waktu petang pun begitu, tidak ramai pensyarah yang datang. Mereka lebih gemar makan di luar kampus. Namun…, saya jarang juga melihat pensyarah lain yang makan di luar. Hampir tidak pernah jumpa. Mereka makan di mana?

            “Semalam encik Sulaiman ke mana? Saya cari encik Sulaiman nak bincang pasal Kelab Ekonomi Kita. Saya ada wasap en Sulaiman.” Kata Fadlan setelah dia menghirup air tea. Dia suka minum air tea rupanya. Macam orang tua-tua di kampong, he he he.

            “Maaf Lan, semalam saya cuti. Saya memang tak angkat panggilan atau balas wasap kalau saya cuti. He he he.”

            “Encik Sulaiman pergi mana”

            “Saya gi Kuantan, servis kereta sebab hari sabtu ni saya nak pulang ke kampong. Kebetulan minggu ni kena servis dah. Kebetulan-kebetulan-kebetulan. He he he” Saya buat lawak sikit.

Fadlan ini pendiam orangnya. Skema. Rambut belah tengah…

            “Kereta Encik Sulaiman berapa tahun dah?”

            “Tahun depan sembilan tahun,  bulan dua abis bayar”

“Nanti Encik Sulaiman nak beli kereta barulah kan? Encik Sulaiman nak beli kereta apa? Tanya Fadlan bertalu-talu, seolah seorang pegawai kastam. Tetapi biarlah. Kalau saya jadi dia pun, saya akan bertanya banyak kepada orang yang lebih tua jika saya nampak orang itu mesra alam. He he he.

“Saya suka kereta Honda, tapi saya rasa buat seketika saya akan tetap guna CCJ 8824 ni dulu. Tak semestinya habis hutang buat hutang baru. Myvi Encik Fadlan berapa tahun dah? Tanya saya.

“Hah, aaaha betullah tu.  Saya dah lima tahun pakai Myvi”

Saya berborak panjang juga dengan Fadlan. Sedangkan tadi saya mahu cepat. Tetapi tidak mengapalah, demi silaturahim, saya boleh berkompromi masa. Lagipun Fadlan ini budak yang baik.

Lama tidak berjumpa walaupun jarak bilik hanya bangunan bersebelahan sahaja. Suka juga berborak dengan Fadlan. Dia tidak berlebih-lebih. Dan banyak juga pengetahuan yang kita dapat bila berborak dengan orang-orang muda. Banyak yang boleh belajar dari mereka untuk kita terus releven dengan dunia ini. Saya selalu menyapa orang muda.

Saya tidak pegang kepada bidalan `Orang mudalah yang kena tegur kita dulu’. Saya rasa untuk terus relevan, saya tegur orang muda yang saya suka. Yang tidak suka itu. Lain kiralah, he he he.

Tapi memang betul tadi saya mungkin beli kereta Honda kalau kewangan mengizinkan. Insyallah. Tetapi itu hanyalah kehendak, bukan keperluan. Suka tengok orang bawa Honda.

Entahlah.

Barangkalai pengembaraan saya selepas ini adalah bersama Honda. Mungkin pengembaraan akan lebih licin sebab pengetahuan kereta saya sudah agak banyak kerana jasa Myvi.

Mungkin dalam tiga tahun lagi saya beli Honda.

Lamakah tiga tahun?

Saya sayang CCJ 8824, buat masa ini tiada sebarang masalah dengannya. Dan kalau ada pun biasalah kerana umurnya sudah panjang. Saya berani syorkan kepada orang lain untuk membeli Myvi. Mudah, jimat dan cermat sekali penggunaannya.

Saya suka sangat kereta Honda Civic terbaru. Cantik. Sekarang saya tahu apa itu kecantikan kereta. He he he.

Tapi sebenarnya saya masih berbelah bagi lagi sebab bagi saya tidak manis berbicara pasal kereta baru sedangkan kereta lama masih elok lagi. Tidak ada hambatan untuk saya tukar kepada kereta Honda. Sebenarnya.

Itulah hakikatnya.

Sebelum saya minta diri, saya beritahu Fadlan nama saya bukan Sulaiman, nama saya Sukiman, he he he. Dia terus minta maaf dan menepuk bahu saya sambil beritahu nama dia Fadli bukannya Fadlan. He he he.

Selepas itu saya minta diri.

Dalam perjalanan balik ke pejabat, daripada perbualan kami,  saya sangat pasti pasal Fadli. Dia lebih banyak tahu pasal kereta berbanding saya. Dan itu tidak menghairankan. Kan?

He he he.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home