Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, August 10, 2017

We are forced to get old...

Semalam saya ada bercakap dengan rakan sekerja mengenai pelajar sekarang nampak lebih matang berbanding dengan keadaan kami di universiti dahulu. Maksud matang di sini, mereka kelihatan lebih berumur. berumur dari segi bentuk tubuh dan juga riak muka.

Dengan menunjukan beberapa contoh di hadapan kami, sahabat saya beritahu ada yang sudah kelihatan beranak tiga, dan ada juga pelajar lelaki yang seperti suami orang. Mereka tidak nampak seperti pelajar universiti atau kolej. mereka kelihatan seperti mak dan ayah orang. Pendek kata.

Sebenarnya sudah lama saya menyedari hal ini tetapi tidak menyebutnya kerana saya berfikiran ia bukanlah suatu yang penting. Namun jika diteliti, ia akan menjadi penting apabila jangka hayat semakin mengecil. 

Zaman sekarang zaman senang makan, mereka banyak makan. Juga mereka ditimpa tekanan yang lebih hebat. Makanan dan tekanan hidup menjadikan mereka jauh kelihatan lebih tua.

Keadaan sekeliling mempengaruhi mereka. Sebagai kanak-kanak, mereka sudah bersikap seperti dewasa apabila berhadapan dengan makanan dan pelajaran. Mereka sudah bebas makan banyak dan mereka sudah biasa menghadapi kesukaran dalam pelajaran kerana sukatan pelajaran yang melampau. maksud saya semua perkara mahu dimasukan ke dalam kepala otak pelajar kita. Ini mematikan `zaman keremajaan' otak mereka.

Syukur sangat, kehidupan saya tidak begitu pada zaman dahulu. Saya teringat dulu semasa saya sedang bermain dengan tin milo di hadapan rumah, mak saya suruh naik. katanya esok periksa SRP (Sijil Rendah Pelajaran). Pada ketika itu baru saya teringat akan peperiksaan itu. Dan SRP itu bukanlah maha besar dalam hidup saya. 

Dan saya tahu saya kena naik sebab petang dah larut, bukan pasal SRP. Mak saya hanya guna isu SRP supaya saya nak dan mandi. he he he.

Tetapi sekarang kita seolah memaksa kanak-kanak supaya cepat besar...dan dapat result yang baik dalam exam tahap tadika lagi...he he


1 comment:

Angah said...

kasihan pula pada budak-budak sekarang...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home