21bukan
mimpi saya
Seingat saya, saya tidak pernah berangan atau
impikan suatu hari nanti saya akan miliki kereta besar yang cantik. Malah
sedari kecil saya tidak pernah bayangkan saya sedang atau miliki kereta! Ia
tidak pernah menjadi impian saya semasa saya belajar, bekerja, dan sehinggalah sekarang.
Miliki kereta besar, cantik dan bergaya,
bukanlah hambatan hidup saya.
Saya pernah impikan ada rumah besar. Rumah yang
banyak bilik, dapur yang luas, dan ruang tamu dipenuhi perabut yang mahal-mahal
(bukan gaya minimalis). Malah siap di minda saya rumah itu ada pagar yang cantik.
Pagar kayu putih. Namun sekali lagi saya tekankan, saya tidak pernah pula membayang
(walaupun sekali) saya miliki kereta apatah lagi memandu kereta. He he he.
Dari kecil saya melihat kereta seperti saya
melihat objek lain. Television, bangunan, perabut dan lain-lain, kereta
termasuk dalam katogeri objek yang saya rasa `biasa’. Saya tidak pernah melihat
kereta dan terus berminat mengenainya. Pendek kata kereta tidak pernah ada
dalam bayangan kamus hidup saya. Ke manakah bayangan tersebut? Mengapa ia tidak
menjelma di minda saya. Mengapa miliki kereta yang besar, cantik dan hebat
tidak menjadi cita-cita saya. Tidak pernah langsung.
Kereta tetap menjadi satu alat untuk bergerak
dari satu temnpat ke tempat yang lain. Itu sahaja bagi minda saya. Semakin besar
kereta kita tentulah semakin parah kita membayar ansuran bulanannya. Detik hati
saya.
Apabila seorang kawan lama yang sama-sama menuntuk di university
bertanyakan kereta apa yang saya pakai sekarang? Saya jadi pelik dan terus blok
FB dia. Sebabnya dia tidak senonoh dan bodoh kerana setelah begitu lama tidak
berjumpa dia tanya saya pakai kereta apa? Mungkin dia mahu menilai saya. Mabuk.
Namun tidak salah bagi sesiapa atau mana-mana
pihak mahu bercita-citakan kereta besar dan cantik untuk kehidupan mereka.
Kereta besar dan cantik tentu memberi nilai keselesaan dan kepuasan bagi
mereka. Kepada saya, kereta hanya muncul sebagai suatu pertolongan besar. Ia
tidak perlu besar atau cantik atau selesa. Sebabnya bukan kita nak tidor dalamnya.
He he he.
Mungkin saya bukan suka bergaya. lelaki baik mungkin begitu sifatnya...he he he. Saya puji diri sendiri.
Kalua ada orang kata kereta jadi pengukur
kejayaan hidup atau kebahagiaan hidup seseorang… saya kesian padanya…
No comments:
Post a Comment