Saya pernah menulis mengenai konsep rumah-terbuka-yang-tertutup pada posting yang lalu pada syawal nan lalu-lalu. Tak ingat dah bila, tapi ia pasal perihal hal orang-orang berada buat rumah terbuka yang sebenarnya `tertutup'.
Sebenarnya konsep rumah terbuka yang tertutup ni diamalkan oleh majoriti masyarakat kita.
Sebenarnya konsep rumah terbuka yang tertutup ni diamalkan oleh majoriti masyarakat kita.
Kepada saya rumah terbuka sepatutnya jemput semua orang yang berhampiran dengan rumah kita, bukan sahabat kerja kita atau saudara mara kita yang rapat sahaja. Sebab fungsi rumah terbuka untuk merapatkan silaturahim.
Jadi saya tidak pernah buat rumah terbuka pada hari raya. Sebabnya banyak. Ia melibatkan kos yang besar dan sebab kedua saya ada banyak puak yang saya `dipuakan'. Maksud saya geng-geng yang berlainan mengikut kategeri yang berlainan. Kalau nak himpun semua puak-puak, kena sewa dewan.
Sebab ketiga, saya malas nak beria-ia sebab saya sibuk. Jangan kecam sebab ini. He he he.
No comments:
Post a Comment