Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, January 31, 2017

Kiasah bulan: Rumah selesa, makanan sedap dan manusia baik

Dalam umur mencecah 50 tahun...(lagi 3 tahun), saya sudah tidak tergesa-gesa dalam banyak perkara. Saya semakin akui banyak perkara di luar kawalan saya. He he he.

Saya semakin sedar rumah yang selesa (ada taman yang kecil sebab saya suka pokok dan tanah), makanan yang sedap, dan manusia yang positif adalah paling saya dambarkan.

Saya mulai nampak banyak perkara lain yang bukan berbentuk material yang lebih saya dambarkan...

Menyusuri sebuah kehidupan, kita kena positifkan hidup kita. Kita mesti nyatakan pada diri kita hebat. Dan hebat itu bukan definasi hebat orang biasa. Bukan pasal rumah besar, kereta besar, bini seksi atau banyak duit di bank-bank... ah payah nak cakap.

Semalam saya lihat bulan...

Wah! hebatnya saya...saya masih berupaya melihat keindahan bulan (pada masa yang sama kawan-kawan saya masih sibuk bekerja...mengejar kehidupan)



Image result for i saw moon

Kawan saya tersilap `cakap'...: Kisah nasi minyak

Kawan saya tersilap cakap, anehnya saya tidak pula terasa hati... Saya maafkannya dengan senang hati. Saya tahu beliau seorang yang baik, beliau hanya tersilap.

Dalam wasap group yang baru dikreaitnya, selepas berbalas-balas wasap, dia bertanya bila lagi saya nak makan nasi minyak. 

Saya terus membalas secara bergurau "Bila lagi awak nak makan nasi minyak lagi?

Beliau terus jawab "Hidup saya sudah lengkap".

Saya terkedu juga sebab jawapannya itu bermakna juga hidup saya tidak lengkap bila tidak berkawin. Kan?

Tapi saya tak balas apa-apa...walaupun saya rasa malu sebab pertanyaan itu ditanya dalam wasap group...yang terdiri daripada kawan-kawan lain.

Saya rasa ramai juga `orang-orang lain' yang merasakan hidup mereka sudah lengkap bila berkawin...

Tahniah!


Image result for so sad

Anugerah Juara Lagu 31

Saya dengan muzik Melayu tidak dapat dipisahkan. Namun tahun ini saya tidak lagi menonton AJL. Sebenarnya sudah beberapa tahun, saya sudah tidak menunggu AJL.

Sudah tidak ada apa-apa lagi yang istimewa pada AJL, jadi bila saya dengar Chef Wan komen mengenainya, saya rasa banyak yang betul. Mungkin semuanya betul. Buang masa.

AJL dulu sangat dinantikan sebab semuanya lagunya terbaik. Sekarang saya tidak tahu di mana silapnya. dengan kecangihan kehidupan manusia masa kini, ia tidak menunjukan pembangunan yang konkrit. Tiada lagu bermutu kecuali popular.

Tak kanlah tak boleh beza antara mutu dan popular...he he he.

Lagu penting. Siapa kata lagu tidak penting dan hanyalah hiburan semata-mata. Siapa kata? Pulas telinga dia sikit. He he he.

Lagu adalah motivasi, lagu adalah kisah hidup. Lagu adalah manusia. Pencarian lagu yang terbaik terpesong jauh.

Semoga AJL pulang ke pangkal jalan, jangan jadi murahan...



Image result for anugerah juara lagu aishah
Fran jugak best!

Taman ala kampong...



Ini gambar terbaru taman saya. Nampak ala kampung kan?. Rumah saya di kampung pun tidak `sekampung' taman ini. He he he.

Sekarang saya sabar menunggu pokok-pokok ini besar. Saya jarang ke taman untuk bersiar-siar. Saya ke taman untuk berkebun. Jaga daun, bubuh baja dan kerat ranting. 

Namun saya puashati setakat ini. Tujuan saya ialah untuk melihat `damai', lari dari tekanan kerja dan kehidupan...

Saya boleh duduk sehari suntuk menjaga pokok-pokok ini.

Saya boleh lupa banyak perkara...he he he.


Sunday, January 22, 2017

Air dari langit...Mandi hujan...sejuk.



Bila kali terakhir kita mandi hujan?

Masa kita kecil kita selalu mandi hujan. Emak marah sebab bimbang kita akan deman. 

Tapi kita tak dengar kata sebab seronok mandi hujan sebab kita suka sangat air dari langit. Masa ni kita tidak ada banyak perkara nak difikirkan. Wah bestnya masa tu. Terima kasih tuhan.

Saya lama tidak mandi hujan. Maka saya ambil keputusan mandi hujan pada suatu malam hujan yang lebat tersebut.

Kebetulan kawan saya yang duda (kena beritahu ke status duda ni?) datang bertandang. Saya beritahu dia tolong ambil gambar saya mandi hujan dan lepas tu tolong panaskan air. Saya nak dia buatkan air milo panas. Lepas man hujan tentu seronok minum air milo panas. Tentu rasa macam macam orang kaya.

Tapi kawan saya kata sepatutnya sayalah yang kena buat air kepadanya sebab dia tetamu. Saya beritahu dia bukanlah tetamu sebab dia selalu datang, He he he. Pun begitu dia sangat baik hati, terus dia buatkan air.

Saya berseloroh kepada kawan saya sepatutnya dialah yang mandi hujan agar dosa-dosanya dibersihkan sebab dia banyak dosa. He he he.

Teruk guruan saya.

Sebenarnya sudah seminggu saya cemburu akan budak-budak mandi hujan dengan kawan-kawannya... mandi hujan ni memang best. sukar nak gambarkan...kita akan basah kuyup...dan rasa muda...

Sekian...tak terlambat lagi kalau nak mandi hujan sebab sekarang musim hujan...


Thursday, January 19, 2017

You must love me...

100 Inspirational and Motivational Quotes of All Time! (4)

Enjoy life now...

Image result for motivational thoughts

Ramai orang takut untuk hadapi hari mendatang. Saya tidak terkecuali.

Saya bimbang hari mendatang saya tidak dapat hidup selesa kerana tentulah kos hidup akan semakin tinggi, Dan pada masa tersebut saya sudah tidak bekerja, tiada pendapatan...

Kalau saya terlalu menyimpan, saya tidak akan selesa dalam kehidupan. lagipun apa yang hendak disimpan memandangkan keciputan wang. He he he. Aci tak saya jawab sebegitu.

Namun jauh di sudut hati saya berharap pengakhiran hidup saya baik-baik sahaja, sebagai pembalasan saya yang telah cuba jalani hidup cara terbaik...

Baik ke?

Ha ha ha...

Tapi hidup kita di sebelah `sana' lebih penting kan?

Wednesday, January 18, 2017

Waktu senggang terindah

"Tidak ada waktu senggang yang terindah lagi menenangkan selain lihat wajah ayah dan ibu, laut biru dan taman yang indah..."

-Jankaulu

Hujan petang semalam..., dan aiskrem konekto, buat sementara waktu dan kali ini...

Image result for falling leaf


Petang semalam hujan, saya lihat debu-debu merah yang berterbangan jatuh ke bumi. Begitu juga berguguran daun yang berterbangan jatuh dek basah hujan. Di tempat pakir kereta saya tertanya-tanya "Apakah pengakhiran hidup aku...?

Saya rasa sayu...(pulak dah).

Suasana hening mengelilingi dan memagari gelora saya... Bila bumi kering, bukan bunga yang layu saja jatuh berguguran... `jatuh' juga rasa ria saya...


Image result for aiskrim cornetto


Saya tidak mahu melayan perasaan kerana ia hanya membawa saya ke alam merana.

Saya cepat-cepat berlari anak menuju ke kereta saya. Malangnya bukan kereta saya. Bukan saya sahaja pakai Myvi putih atas dunia ini. He he he.

Untuk menghilangkan sedih saya, saya singgah di supermaket. Beli aiskrem.

Buat sementara waktu rasa kedukaan hidup itu akhirnya dapat diubati dengan aiskrem...

Buat sementara waktu dan kali ini...hu hu hu.

Tuesday, January 17, 2017

Dari FB... Kambing

Image may contain: text


Saya terbaca tadi...dari FB.

Bagus sekali peringatan kepada kita supaya jangan aniaya hidup orang. Sebab kadang-kadang kita lalai dan rasa diri lebih benar, lebih alim dan lebih dari segalanya. Biasanya kita aniaya orang sebab nak hak, nak kaya dan nak nampak lebih. Bila aniayai orang, balasannya maha dahsyat. Seolah sebutir pasir yang kita campakan ke laut, yang kita kena cari semula.

Namun yang menghairankan saya, kupasan-kupasan oleh ustad ustazah FB ini ke lain jadinya. Seolah perkara utama ialah kesusahan yang akan menimpa si yang kena aniaya jika dia tidak memaafkan. Mereka memberi komen bahawasanya orang yang dianiayai itu akan kena tunggu juga untuk bertemu dengan orang yang mahu minta maaf darinya. Itu balasan sebab tak memaafkan dengan mudah.

Memang di akhir zaman orang bukan agama bukan sahaja bebas bercakap pasal agama tapi mengulas dan mentafsirkannya sendiri ikut logik akan dan alam dunia..

Orang yang dianiayai telah teraniayalah di dunia, dah sah-sah kena aniaya...dan dia kena `tunggu' pula ke atas perbuatan orang yang menganiayanyanya?

Tuhan beri hak kemaafan ada pada si yang kena aniaya sebab hanya allah sahaja tahu betapa perit dan susahnya orang yang dianiayai...menjalani hidup. Hak untu memaafkan atau sebaliknya.

Ramai ustad ustazah FB, mereka boleh kata dan ulas macam-macam. Tetapi janganlah sehingga membuatkan penaniaya rasa tak apa aniaya orang sebab akan dimaafkan (sebab orang yang dianiayai tu takut  akan membuang masa nanti kena tunggu penganiaya kalau tak memaafkan...)

Masa di akhirat bagi setiap orang adalah berbeza mengikut amalam. Orang yang dianiaya itu tetap akan merasa sekejap jea bergantung kepada amalan walaupun orang menganiayanya itu mencarinya sangat lama.

Kita kembali kepada kes aniaya orang. janganlah sesekali kita aniayai orang, buruk padahnya. Kerana perlu kekuatan yang besar untuk memaafkan apabila dianiayai. Saya percaya yang menulis komen-komen itu mungkin tidak pernah dianiayai dengan teruknya. Maka mereka sedap cakap. Sedap tulis, senang tulis. Kambing.

Yang penting bagi insan biasa iaitu kita ini...adalah berdoa dan belajar untuk memaafkan orang, walau betapa sakit dan peritnya kerana ada ganjaran besar. dan ia adalah suatu proses... Proses itulah yang penting kerana ia satu perjalanan...dan sebolehnya yang terbaik adalah memaafkan...

Kesimpulannya jangan aniayai orang...nanti kita merangkak mencari orang yang kita aniayai...(kesimpulan kawan saya).



Barang naik harga, kisah katak dan kisah kawasan hitam bawah mata saya

Image result for men eye care cucumber
Gambar hanya hiasan

Balik dari kuliah semalam saya singgah di Supermaket Pantai Selamat. 

Sebagai orang biasa, saya risau melihat harga-harga barang yang semakin naik kerana pendapatan saya naik tidak segalak harga menaik. Saya makan gaji.

Semalam ketika saya mencari timun untuk tutup mata saya, saya terlihat harga buah-buahan sudah naik. Buahan yang biasa dibungkus tersebut sudah menghampiri RM10. Ala...buah-buah seperti epal dan oren tu la.

Saya bukan berkira tetapi saya perlu masa sikit untuk berfikir adakah saya perlu belanja seperti selalu? Tentulah jawapannya tidak! Tidak, dan tidak!.

Jawapannya `tidak' kerana kadar kenaikan gaji saya tidak dapat menutup inflasi dan gaya hidup saya. Jadi saya perlu berhati-hati dalam membeli. Jika tidak adalah sia-sialah belaka saya belajar ekonomi kalau perilaku saya tidak boleh berkrompomi. 

Saya tiba-tiba rasa kesian kepada keluarga yang mempunyai keluarga besar (unsur agama). Walau bagaimanapun setiap orang bertanggungjawab merancang perbelanjaan mereka. Jangan sampai kebulur. Hidup tak berapa setail tak apa, asal keperluan asas ada. Kena laaa ukur baju dengan badan sendiri. Tak bolehlah katak nak jadi lembu. Kalau katak hirup udara sebab nak besar macam lembu, pecah perut matilah katak tersebut. Akhirnya.

Sebenarnya saya ke supermarket untuk membeli timun. Bukannya saya nak makan tapi nak tekup mata. Bawah mata saya semakin hitam. Adakah saya tak cukup tidor atau memang umur saya dah lanjut. Tetapi umur ayah saya dah 80 tahun, bawah mata tak hitam pun.

Tapi akhirnya saya tak beli pun timun tu walaupun saya mampu sebab kisah-kisah ekonomi lebih penting dari kisah hitam bawah mata saya. Kan?





Image result for petua jaga mata timun

Buat balik kerja pejabat ke rumah...

Semalam satu cerita.

Kisah saya bawa kerja pejabat balik ke rumah sewa.

Tahun ini saya mula bawa penyakit ini buat kali pertama.

Tabiat buruk sukar untuk dihapuskan, betul orang kata.

Saya kecewa.

Semoga tak kecewa lagi.

Bawa balik kerja kat rumah bukan tanda kita rajin kerja...ia tanda hidup kita tunggang langgang tak pandai urus masa dan kerja....


Monday, January 16, 2017

Insta: Puan Emmy yang positif...

t


"Kalau saya pasangkan awak dengan Puan Emmy untuk bermarketing di Kolej Matrikulasi Gambang, ok tak?" Tanya sahabat saya Nik (seorang pensyarah yang juga merangkap portfolio pemasaran). 

"Ok jea, no hal" Saya berwasap pendek. 

Saya tahu Puan Nik akan tanya saya terlebih dahulu sebab jika tidak serasi dengan saya, saya biasanya menolaknya, dengan berbagai alasan. Nak menanda jawapan pelajar la, hujung minggu nak gi rumah kakak la, nak masak telur masim la, kucing jiran sakit la...He he he.

Pengalaman tiga hari bersama Puan Emmy sangat memberi ilmu dan panduan. Walaupun beliau jauh lebih muda berbanding saya (yang tak muda sangat ini), beliau ada banyak pengalaman, penelitian dan ke sana-sini di bahagian dunia ini. Yang boleh saya belajar darinya.

Beliau sangat positif menghadapi dunia ini. Aura positif itu tersimbah ke muka kehidupan saya yang selalu `mencuba' menjadi positif. Saya sempat beritahu Puan Emmy kehidupan saya taklah sebahagia yang terpaparkan di instagram tu, He he he.

Sebelum ini saya tidak rapat dengan beliau, namun hujung minggu lalu membuatkan saya bertambah kenal beliau. Tiga hari iaitu jumaat, sabtu dan ahad memberi banyak pemahaman dan kefahaman terhadap beliau dan pandangannya mengenai dunia.

Sebenarnya kami dalam tugasan untuk mendapatkan pelajar bagi universiti kami. Saya sudah biasa ikut bahagian pemasaran ke sana ke sini sebab saya tidak sibuk buat paper, he he he. kot.

Bagus juga kita berkawan dengan orang muda sebab mereka bertenaga dan positif. Semoga beliau terus berjaya...

Benar sekali aura positif boleh berjangkit.

Terima kasih kerana temankan saya...


Tuesday, January 10, 2017

7 tanda kita tidak bahagia dalam perkahwinan


SALAH kalau kita berfikiran bahawa perkahwinan yang bahagia akan kekal lama sebab ada juga perkahwinan tidak bahagia tetapi kekal lama. Persoalannya mengapa jika sudah rasa tidak bahagia tetapi masih meneruskan perkahwinan? Namun persoalan yang paling parah ialah `Adakah aku bahagia dalam perkahwinan ini?

Soalan ini sukar untuk dijawab sebab kita kadang-kadang tidak sedar. Sebenarnya ada 1001 tanda kita tidak lagi bahagia dalam perkahwinan kita. Tapi kali ini kita kupas tujuh dulu:

"Bahagiakah perkahwianan aku?

1. "Kalau aku ambil keputusan untuk berpisah macam mana yea kehidupan aku lepas tu?"



Image result for life after divorce
Add caption

Antara tanda-tanda kita sudah tidak bahagia dalam perkahwinan ialah kita selalu berfikir macam mana hidup kita kalau kita tidak lagi berpasangan dengan pasangan kita. Kita takut untuk sebut perkataan `cerai' tetapi kita berfantasi bagaimana yea kalau kita hidup solo semula? 

Kalau lebih kerap kita membayangkan bagaimana kehidupan kita jika solo semula, maknanya lebih tak bahagialah perkahwinan kita. 

"Tak apa aku boleh teruskan hidup, kemungkinan besar hidup aku lebih bahagia'. Ha...kalau inilah jawapannyanya ia cerminan sesuatu. Cermin anda sebenarnya tak bahagia.

Sila kemas kain baju...


2. "Jauh tapi dekat, dekat tapi jauh"


Image result for long distance marriage
Jauh...
Satu hari bagi orang yang bahagia tidak sama `jam'nya bagi orang yang tidak bahagia. Walaupun duduk serumah, tidor sekatil...berkongsi jamban...tapi terasa jaaaaaauuuuh, bak kata Zainal Abidin.


3. Sudah tidak ada perbalahan dalam hubungan.

Malas dah nak berbalah. Pasangan kita masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Sampai mati pun dah tak boleh berubah perangainya. Huh!

Kita sudah putus asa, kalau layan sakit hati rasanya. Biarlah. Kita sudah tidak kisah. Tiada komunikasi pun tak apa..

Image result for we dont talk anymore



4. Perempuan/lelaki lain sudah nampak lebih berbaloi dari suami/isteri kita.

Di tempat kerja, di majalah, di tv dan di mana-mana kita rasai ada jea lelaki/perempuan lain yang lebih berbaloi dari pasangan kita.

Emmm...

Kita lihat lelaki/perempuan dalam telaga pun lebih bersemangat.

Image result for telaga
Telaga...


5. Seks sudah sebagai rutin.


Image result for limited seks

Kita buat seks sebab lama tidak buat atau kita buat seks macam jadual UPSR. Malah tiada `buah' baru untuk dipersembahkan/diterima...

No komen. Tiada manisan dalam madunya bak kata Ziana Zain... ha ha ha. Jangan marah.

Booo jealah.

6.  Kita semakin berkira soal duit.


Image result for money in marriage

Kita rasa kita yang paling banyak keluar duit untuk rumahtangga kita ni. Dan kita rasa ianya tidak patut... Dia selamba jea buat keputusan yang melibatkan duit dalam keluarga. Patutnya bincang.

Tak kanlah sebab kita ni suami...kita semua bayar. Memang la tanggungjawab kita tapi apa salahnya menyumbang sikit... Ni kita jea keluar.

Atau...

Nasib badan ada suami macam ni...teringat ke biawak hidup...


7.Kita tidak rasa mahu luangkan masa bersama suami/isteri

Kita rasa luang masa dengan arnab jiran lebih ok daripada pasangan kita yang entah apa tersebut. Kita rasa arnab itu lebih membahagiakan, menguja dan lebih mendamaikan daripada pasangan kita.


Image result for rabbit
Comel...eeee...

7  lagi.... Hanya ada sayang, bukan cinta.

Kita hanya rasa sayang dan kesian kepada pasangan kita, bukan cinta.

Kita rasa masih ada sesuatu yang tidak `sudah' dalam hidup kita, kita masih teringatkan seseorang yang rupanya masih melekat  (hatiku melekat di hatimu) walaupun anak kita dah empat orang.

Kita membayangkan bagaimana kehidupan sunyinya di menara gading seorang diri (setelah kita lafazkan kita hanya dapat hidup tiga hari tanpa dia...dan dia memang tidak akan bahagia tanpa kita..). Kita mencuri masa membaca blognya, melihat instanya dan berharap dia bahagia...

Namun kita tahu hakikatnya...sebab hatinya hanya melekat di hati kita...


Image result for marriage i don't love you anymore
you should....

No komen. He he he.




Thursday, January 5, 2017

Kisah kelapa, bekas pelajar saya dan swafoto

Semoga berjaya dan berjasa


Petang tadi bekas pelajar saya datang jumpa (mereka sekarang sedang menjalani latihan industri). datang untung berjumpa penyelia mereka. Maka terjumpalah saya. Mereka bertanyakan khabar saya, lalu saya terus cerita pasal kelapa. He he he. 

Saya sibuk menerangkan kepada mereka bahawa dalam lima tahun lagi, bekalan kelapa kita akan sangat berkurangan dengan teruk di mana permintaan akan melebihi penawaran. Harga akan naik.

Maklumlah orang tukar ladang kelapa kepada ladang kelapa sawit. Dalam tahun 80an kita ada lebih 300,000 hektar keluasan tanaman kelapa, kini tidak sampai pun 100,000 hektar dan nescaya menjelang 2020, hanya ada 70,000 hektar.

Nanti jangan bisinglah kalau harga santan naik dan harga makanan naik...

Haaa...

Wednesday, January 4, 2017

Aksi perempuan memanjat papan tanda

Image result for Ipoh


Saya tahu berita ini melalui berita perdana di TV. Mengucap panjang bila saya lihat gelagat perempuan ini. Sebabnya mungkin saya jenis lelaki yang takut pada ketinggian. Saya mengaku. saya jenis gayat.

Namun aksi ini telah menjadi isu bukan kerana isu jantina (sebab zaman sekarang apa lagi perempuan tidak mampu buat? Keluarga pun dia orang tanggung). Tapi itu isu lain...

Cuma saya bimbang atas isu keselamatan. Takut menyusahkan ahli bomba dan pihak hospital. Memang bahayalah sebab benda tu bukannya untuk dipanjat. Tanpa penggunaan tali keselamatan pulak tu. Kalau jatuh macam mana? Orang negatif macam saya tentu ingat jatuh...

Ah...booo jealah. Yang penting mereka selamat. Dan seterusnya biarlah pihak berkuasa (yang tak berapa nampak berkuasa) ambil tindakan.

Kita pula janganlah kecam lebih-lebih...kot-kot nanti bini kita nak panjat sebagai protes terhadap kita. He he he. siapa yang ada bini la.

Abang Jan: Ada benda yang kita boleh panjat, ada benda kita tak boleh panjat. He he he.


Takkan Melayu Hilang di Dunia : Sharifah Aini (1999)




Lagu asli tidak mudah untuk dinyanyikan dan amat payah pula untuk dikomersialkan...

Oleh sebab itulah apabila ada penyanyi yang berupaya membawa lagu asli dengan baik, ia adalah suatu nilai tambah yang besar bukan sahaja kepada penyanyi tersebut tetapi juga kepada kesinambungan grene lagu Melayu asli Malaysia.

Malaysia ada memiliki penyanyi yang boleh menyanyi lagu Melayu yang baik. Contohnya Datuk Sharifah Aini, Tan Sri S.M Salim, Zaleha Hamid (walaupun lebih terkenal dalam irama dangdut), Kamariah Noor, dan Dato Siti Nurhaliza. Mereka  telah memberikan sumbangan besar kerana beliau yang begitu diminati secara tidak langsung membawa para peminatnya meminati lagu asli.


Perlahan, sayu dan lembut...

Kebanyakan lagu asli membawa tema muzik dan perasaan yang perlahan, sayu, syahdu, dan lembut (yang memerlukan penguasaan penggunaan suara dan teknik nyanyian dan pernafasan yang rendah dan mencabar). Dan pada pendapat saya semua ciri tersebut dilahirkan oleh arwah dalam album `Lela Manja' (1979) dan terbaru `Takkan Melayu Hilang di Dunia' terbitan EMI yang dikeluarkan pada tahun 1999.

Dari Brunei


'Tak kan Melayu hilang di dunia" adalah album Kak Pah yang baru saja saya miliki dua minggu lepas. Album ini menjadikan koleksi album Kak Pah saya terjumlah sebanyak 44 album. Album Kak pah melebihi 100 buah, entah bila saya dapat mencapai jumlah tersebut...



Saya mendapatkannya album dari seorang pemuda Brunei. Rasa hati sangat gembira apabila beliau mahu menjualkan album tersebut. Gembira sungguh saya menerimanya sehingga tidak sabar saya mahu pulang ke rumah, untuk mendengarkannya.


Keistimewaan `Tak kan Melayu Hilang di Dunia'

Album "Tak kan melayu hilang di dunia' banyak keistimeawaannya. Contohnya Sharifah Aini rakamkan semula lagu `Takkan Melayu Hilang di Dunia' untuk album ini. Sebelum itu lagu ini dirakamkan pada tahun 1998 untuk album OST animasi filem Silat Lagenda'.







Senarai lagu...


Album Kak Pah, air nescafe dan sofa L

Semalaman saya mendengar lagu ini, iramanya mendayu pilu dan lembut. Sambil menghirup nescafe panas (walaupun doktor marah), saya duduk mewah atas sofa L (yang saya hutang, bayar bulan). Saya rasa amat bersyukur kerana album ini akhirnya jatuh ke tangan saya. Terima kasih Qawi kerana sudi menjualnya kepada saya.

Album ini memang berjaya membawa kenyaman jiwa asli. Boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa sebab bentukrupa yang sangat berseni dan ada jati diri. Tidak seperti lagu zaman sekarang yang entah kemana, ke tepi ke tengah kedudukan iramanya.

Aci kerat ibu (jari jiran) saya bahawa album ini akan menjadi khazanah yang tidak ternilai puluhan tahun lagi. Dengan melihat senario kemunculan penyanyi sekarang, (yang suka  menjerit, mengerang dan mengetarkan suara). hampir mustahil akan lahir penyanyi yang bersuara lunak yang boleh menyanyikan lagu Melayu asli  dengan baik. .


Keistimewaan lagu `Pujaan hatiku...,

Namun ada juga lagu yang bukan lagu Melayu asli tetapi telah di`Melayuasli'kan oleh Sharifah Aini dengan keluarbiasaan lontaran dan alunan suaranya. Kalau DJ Dave menyanyi lagu Hindustan kita akan tahu iramanya adalah irama Hindustan, namun dalam album ini ada lagu Hindustan yang `dijadikan' lagu Melayu Asli oleh arwah. Inilah luarbiasannya insan bernama Sharifah Aini... Tiada tolong banding dalam kefahaman jiwa sesebuah lagu.

Syahdu sangat saya menikmati lagu ini sambil sekali-sekala cicah biskut kering jacob dengan air nescafe. Mendayu-dayu rasa. Rasa mewah dan bahagia walaupun baki duit di bank bulan ini setelah ditolak belanja bulanan tak berapa nak membanggakan. He he he.

Lagu tersebut bertajuk ` Mera Dil Ye Pukare Aja - Lata Mangeshkar, dari filem Nagin (1954). Boleh rujuk youtube. Boleh layan...

Sekian jumpa lagi. Salam buat peminat-peminat Sharifah Aini. kalau hendak menulis mengenai biduanita kita ini tujuh hari tujuh malam tak akan habis. Sebuah lagi boleh diceritakan sepanjang-panjangnya. Apatah lagi sebuah album.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Sebenarnya kalau nak memperkatakan album ini dua hari dua malam tak akan habis... Sebab album Kak Pah bukanlah dikeluarkan  sebagai `hanya sebuah album'. 

Tuesday, January 3, 2017

Tiada azam untuk tahun baru 2017?

Gambar lama...he he e


Termenung saya sekejap. Saya terpaksa hadam dalam dunia ini ada juga orang sebegini... Dan apabila saya memandu pulang barulah saya akui, ianya bukanlah suatu kesalahan. Apatah lagi kesalahan besar.

Kisahnya bermula apabila saya bertanyakan seorang sahabat saya. Saya bertanyakan apa azamnya tahun 2017 ini. terus dia jawab:

"Saya tak ada azam untuk tahun 2017, paling las saya berazam masa tingkatan lima".

Saya terus diam dan tukar kepada topik lain. Saya tidak bertanya pula kenapa sejak tingkatan lima dia sudah tidak berazam. Adakah dia sudah putus asa atau dia sengaja tidak mahu berazam?

Atau dia boleh berazam pada bila-bila masa sahaja tanpa menunggu tahun baru?

Saya diberitahu/diajar bahawa orang yang berjaya sentiasa mempunyai azam untuk dicapai, dan mereka tidak menunggu tahun baru sahaja untuk berazam. Tetapi `berjaya' itu sendiri sangat subjektif...kan? Kejayaan berbeza bagi orang lain. berbeza bagi ahli agama, ahli politik, suami dan isteri. Dan lain-lain... Kambing.

Rasanya tidak salah untuk tidak berazam tahun baru atau berazam di tahun baru...

Tetapi saya tetap berazam, agar hidup saya tak lah nampak tak tentu arah sangat...Saya ni jenis tidak tentu arah...

Heh ehe ,..

Biarlah saya orang pertama mengucapkan semoga azam para pembaca blog ini dapat dicapai tahun 2017 ini... semoga azam kita ini dapat dilaksanakan.

Senyum selalu...
Image result for new year resolution quotes



Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home