Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, December 28, 2016

Pertanyaan Angah

Image result for kawin dengan suami orang



sALAM aNGAH,

Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Terima kasih kerana sudi menulis. Saya hargainya. Kita boleh saling berkongsi pendapat.

Dalam riwayat saya (rekod), saya ada nasihat dua orang perempuan yang mahu berkahwin dengan suami orang. 

Pertama dengan seriusnya saya beritahu banyak buruk dari baiknya. Saya siap beritahu kemungkinan akan berlaku penceraian dalam perkahwinan lelaki tersebut. Dan bolehkah kebahagian itu dibina atas kesusahan hidup orang lain?  (sambil saya bulatkan mata...,pada masa itu saya bekerja di sebuah kolej di Kuantan)


Image result for kawin dengan suami orang
Dah kemaruk, dah tak dengar nasihat...

Dan akhirnya saya ditempelak dengan kata-kata "Sebab itulah sampai sekarang awak tak kawin-kawin, awak lebih mementingkan perasaan orang lain berbanding awak...".

Dan betul tekaan saya, penceraian berlaku...kesian saya tengok bekas isteri dan anak-anaknya.

Kedua, pada kawan saya yang juga mahu kawin dengan seorang orang iaitu lelaki (suami orang). Yang sudah stabil kewangannya. Namun saya tak beria menasihatinya cuma saya selamba kata "Ingat senang ke jadi bini nombor dua? Silap-silap you banyak berendam air mata, masyarakat memanglah mencemoh". Selamba saya sembur sambil menenyehkan popia ke piring sebelum popia itu menuju ke mulut saya.

Dan tak lama kemudian dia tidak pula jadi berkahwin dengan suami orang yang digilainya itu... (Dia tak betul-betul gila la tu...he he he).

Pertanyaan Angah itu bergantung kepada keberanian Angah dan pendapat Angah. Mungkin kita boleh bagi cukup-cukup tetapi kita kena tanggung risikolah kerana kita mungkin dicop negatif kerana mereka/masyarakat memandang ia adalah suatu pembinaan `masjid'. Kita dikatakan `penyibuk', Macam saya ni lagilah teruk kena sembur sebab saya sendiri tiada berpasangan. Adanya.

Image result for kawin dengan suami orang
Yang perlu anda lakukan jika kawan anda jatuh cinta dengan suami orang...

Namun begitu bagus juga kalau kita betul-betul sahabat beliau, kita akan beri pandangan kita agar kita boleh pengaruhinya. Agar dia tidak tersilap langkah dan menanggung akibat. kita luah apa yang kita rasa...

Sebenarnya saya sensitif terhadap suami atau isteri yang ambil mudah apabila mereka sudah berpasangan. Tidak mahulah melihat kawan kita sama ada lelaki atau perempuan tersebut berada dalam duka. Sebab itulah kita saling menegur walaupun risikonya kita mungkin kehilangannya (sahabat tersebut).

Namun saya faham jika kebanyakan orang tidak mahu masuk campur...

Sekian jumpa lagi.

Abang Jan: Tapi ingat `real men can't be stoleng..."


Image result for kawin dengan suami orang
Inggatkan till jannah, rupanya until jahanam...


Tuesday, December 27, 2016

Botol cuka dan botol kicap

Saya bertanya kepada adik saya adakah dia memberi `nasihat' kepada kawannya yang akan berkahwin dengan suami orang tersebut. Tidak bimbangkah nanti perkahwinan itu akan membawa penceraian kepada rumahtangga yang pertama tersebut? Dan banyak lagi pertanyaan lahir dari kegusaran hati saya.

Adik saya jawab sepatah, dia tidak mahu campur...kecuali kawannya mahu minta pandangannya.

Mungkin adik saya bimbang akan menjejaskan persahabatan dan mungkin juga adik saya berharap kawannya tersebut berkahwin juga...akhirnya. segalanya mungkin.

Sukar untuk kita yakin bahawa pasangan yang kita pilih tersebut adalah yang paling sesuai...(kecuali kita dah mabuk cinta). Kalau secara normal memanglah sangat sukar, seolah berjudi. Maka saya diam sahaja apabila adik saya menjawap `jawap sepatah' tersebut.

Dalam situasi kita, Kita juga sukar untuk memberi pendapat kepada kawan kita yang tengah `mabuk', he he he. Tapi tak apa, bila mereka meraung nanti, time tu kita boleh beri betul-betul. he he.

Hal peribadi orang jangan dicampur lainlah kalau mereka mahu mendengar pandangan kita. memang nak beri nasihat tak pandai dan tah berpengalaman, tetapi memberi pandangan bolehlah, kan?

Namun begitu kalau kita jumpa seseorang calon yang kita rasa adalah ok ...boleh kalau kita tanya pendapat kawan-kawan kita atau keluarga atau sesiapa.

Masalahnya kita tak tanya dan kita tak perasan yang pasangan kita itu mungkin ada udang galah di sebalik batu. He he he.

Tetapi itulah kehidupan, kita akan buat salah. lagi dan lagi.

Sebab tu ada pepatah, pinang tersalah belah! Dan kita tak dapa beza dah mana satu botol cuka, mana satu botol kicap.



He he he...

Monday, December 26, 2016

Puncak kebodohan kita...


Tidak salah merasa diri hebat tetapi dalam banyak perkara 'merasa' diri hebat itu tidaklah banyak membawa kebaikan. Mungkin akan membuatkan kita tidak mahu berusaha lagi.

Manusia adalah binatang (haiwan sosial) yang suka dipuji. Tidak salah memuji jika tidak keterlaluan. Tetapi pada tahap manakah ia dicop sebagai keterlaluan...?

Dalam secara separuh sedar kita mahu orang lihat kita alim atau cerdik...
Namun kalau kita alim kita tak akan merasa diri alim. Itulah makna kealiman yang sebenar...(tidak merasa alim..)

Begitu juga jika kita merasa cerdik,  maka 
sah-sah kita bodoh! He he...

Sebab itulah masyarakat kita mempunyai ahli agama yang riak, dan profesor yang bodoh...

He he...

Tuesday, December 20, 2016

Jangan `famous for the wrong reasons'



Pada zaman dahulu kala agak aneh jika seseorang itu mahu terkenal. Terkenal bukanlah suatu perkara yang sangat berguna pada masa tersebut. Tidak langsung berguna untuk memudahkan kita berurusan di pejabat sebab pada masa itu tidak ada pejabat. Dan pada masa itu `terkenal' juga tidak memudahkan kita untuk mendapat peluang pekerjaan kerana pada masa dahulu pekerjaan yang ada hanyalah bercucuk tanam, memunggut buah, beranak-pinak dan memburu babi atau monyet (hanya menyebut beberapa nama binatang).

Tetapi lainnya sekarang. Terkenal atau `orang kenal' kita, sangat memudahkan urusan kita. Pengalaman saya mengajar hal ini. Saya bukanlah terkenal sangat seperti pelakon kayu atau penyanyi katak kita tetapi rupanya `terkenal' juga di hati sanubari beberapa orang yang saya tidak kenal... (perasan lebih ni...he he he).

Peristiwa di salah sebuah bank baru-baru ini mengajar saya. Saya yang selalu sibuk mahu menukar kad ATM saya. Sudah agak terlewat kerana sudah akhir tahun. Saya lihat ramai pelanggang bank (nama bank dirahsiakan) beratur hingga sampai ke luar bank. Di pendekan cerita kerana saya `terkenal', sekejap sahaja saya mendapatkan kad ATM tersebut. Sehingga saya rasa bersalah kepada pelanggang lain yang harus beratur. Memang saya cuba menolak tetapi saya lihat beliau bersungguh-sungguhan mendahulukan saya. 

Saya memang tidak mengenalinya...

Orang kenal kita sebab mereka kawan kita, namun orang kenal kita juga kerana kita kawan kepada kawan dia tersebut. 

Orang kenal kita sebab ada sebab. Sebab baik atau sebab buruk?

Tetapi dia panggil saya `Abg Jan', 

Abg Jan: Masih rasa bersalah hingga kini...he he he 

Monday, December 19, 2016

Pantun lara di Pantai Temasik





Pantai Kemasik cantik jika dipelihara dengan baik, jika sentiasa diadakan usaha untuk memelihara dan mengindahkan lagi suasana tentu akan menjadi tempat persinggahan yang lebih hebat. 

Memang pantai-pantai di Terengganu cantik-cantik.

Saya singgah setulang di pantai ini dan terhasillah empat rangkap pantun lara. Namun saya perturunkan tiga rangkap sahaja sebab satu rangkap lagi terlalu berunsur seksualisme.

Sekian...

Saya pernah menulis hal ini di post yang lalu, sengaja saya paparkan kembali sebab dulu saya pernah amat sedih dan pedih.

He he he...

Mahalnya sebuah impian...



SEDARI KESIL SAYA sudah mempunyai impian untuk masuk universiti walaupun pada masa itu saya tidak tahu apa itu `universiti'? Namun itulah yang selalu ayah saya sebut. Mak saya pula fikirannya bebas, beliau tak apa kalau saya masuk apa-apa pun asal bukan penjara atau pusat serenti. He he he.

Walaupun saya tidak tahu apa itu universiti, saya tetap mahu masuk universiti. Yang saya tahu hanya orang yang pandai-pandai sahaja masuk universiti (tidak lagi begitu pada hari ini kerana semua orang senang kalau nak masuk universiti, yea tak?).

Yang saya mahu maksudkan ialah betapa kita perlu ada impian. dan menuju ke arah itu. Jika tiada impian hidup seperti batu. Sudah banyak kali saya jatuh tetapi saya tak pernah mahu mengalah sebab saya yakin `universiti' penting dalam hidup saya. Saya `jatuh' kerana saya bukan yang terbaik dalam kelas. Tidak pernah saya yang paling cemerlang dalam kelas. Ayah saya puas hati jika saya berada di antara lima pelajar tercemerlang, dalam kelas. Ayah saya tidak memaksa untuk dapat nombor satu. Dia mahu lihat resut yang baik.

Dan sebagai manusia tentulah saya mempunyai ratusan impian saya yang lain. yang kadangkala agak peribadi dan tidak boleh ditulis dalam blog ini. namun impian tersebut tidak tercapai. He he he. saya tidak bersedih kerana mungkin `tidak ada orang yang mampu mencintai saya, he he he".

Sebagai insan biasa kita tidak boleh lemah jika bukan semua impian kita tercapai. Jangan rasa sedih kerananya. Jangan kesalkan diri, kesiankan diri.

Jom ramai-ramai kesiankan kepada orang yang bangun tidur dengan tidak mempunyai impian... kan?





Friday, December 16, 2016

Kritikan menjadi motivasi...



DUNIA SUDAH TERLALU BERUBAH. Dulu kelakuan orang di sekeliling kita, kita tidak nampak, kita tidak peduli. Namun kini kita banyak nampak apa yang berlaku di sekeliling kita. Dan apa yang kita buat juga ramai orang yang nampak.

Contohnya, ketika saya berkelah dengan kawan-kawan saya, sekeping gambar saya berseluar pendek tersebut disebarkan oleh kawan saya di FBnya, he he he. Selepas itu saya tulis `Tolong jangan kecam saya'.

Kita akan menghadapi banyak kritikan sebab kehidupan sudah lebih terbuka. Contohnya ada yang bertanya `Kenapa awak nampak gemuk Man?". Selamba sahaja dia bertanya. Ya lah saya dah berusia, kuat makan dan malas bersenam (campur patah hati), so ...then what do you expect? Badan Saya macam Kevin Zahri?

Semakin kita berjaya juga, semakin kita akan banyak menerima kritikan. Termasuk jugalah dengan `semakin' kita nak berjaya...he he he.

Suami mengkritik isteri dan isteri mengkritik suami dalam jelas atau tersirat. Guru dan pelajar saling mengkritik. Mak Cik Kantin mengkritik guru besar, guru besar mengkritik Pak Cik Jaga... Pak Cik Jaga mengkritik Rosmah.

Semakin tinggi jawatan/kedudukan semakin banyak kritikan yang akan kita terima. Tengoklah dunia politik, semakin tinggi jawatan semakin banyak mereka terima kritikan. Kalau nak layan internet entah tak terlayan antara fitnah dan realiti.

Tetapi yang pentingnya kritikan itu harus kita positifkan untuk memotivasikan diri...jadikan dia, ulikan dia menjadi suatu yang menjadi.

Abang Jan: Burung nan terbang turut berkicau...berkicau keriangan...(walaupun sebenarnya burung tersebut mungkin beleter sebab tension!).

He he he....

Wednesday, December 14, 2016

Dengki dengan kata-kata motivasi, selamat datang 2017

Saya selalu juga membaca kata-kata motivasi dengan bertujuan diri saya akan termotivasi olehnya. Namun acapkali saya tidak mencapai objektifnya.

Mungkin sesuatu yang besar telah terjadi dalam hidup kita sehingga kata-kata itu tawar...menawari warna harapan kita...

Berkata-kata lebih senang daripada melaksanakannya. Kita tahu akan hal ini. Kita juga tahu kita tidak boleh menyerah dengan hidup, dan tiada sesiapa yang tiba-tiba datang menerpa menolong kita selain daripada diri kita...

Namun walaubagaimana sukarnya kita untuk menerima kata-kata itu, kita tetap harus mengakui yang kata-kata itu adalah benar...

Kata-kata motivasi itu menang, kitalah yang kalah...

Tetapi sampai bilakah kita mahu kalah...?

Selamat datang 2017...

Thursday, December 8, 2016

Instagram -sukimanishak

Hari ini adalah antara hari yang penting dalam hidup saya, 2016.

Ya, sya selalu ketinggalan dalam hal teknologi jika dibandingkan dengan keluarga saya.

Mungkin saya jenis lambat/takut untuk hadapi perubahan.

Hari ini saya sudah buat akaun instagram saya.
Anak saudara saya yang tolong buatkan.

Saya tidak tahu apa yang harus saya operasikan dalam instagram ini.

Namun anak saudara saya beritahu boleh letak gambar-gambar. Boleh jual Pinggang mangkuk, buku2 dan barang2 saya.

Saya letak gambar yang paling handsum, namun bukannya bertujuan supaya ada orang yang akan 'ikuti' saya, tetapi lebih kepada kepuasan di mana saya sendiri suka tengok.

Saya kelihatan sangat bahagia dalam gambar tersebut. He he...




Kecenderungan untuk menjadi seperti orang lain (tersebut), adakah suatu penyakit?

MENJADI DIRI SENDIRI


Image result for be yourself quotes
Add caption



KEPUTUSAN SAYA UNTUK TIDAK MENGAMBIL MATA PELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN dalam SPM tersebut adalah kerana saya sangat yakin saya lebih meminati seni lukis daripada `seni kira'. Saya tidak suka sesuatu yang sukar dan sesuatu yang saya terpaksa buat banyak kali (latihan matematik tambahan, he heh).

Kalau kita perhatikan dalam kehidupan seseorang manusia, kerap-kali mereka berada dalam dilema untuk memilih. Ini terjadi kerana semakin pesat pembangunan, semakin banyak pilihan yang harus kita lakukan. Contohnya dulu hanya ada RTM1 dan RTM2 sahaja. Kita tidak ada pilihan seperti `banyaknya' pilihan pada masa sekarang.

Bukan senang untuk kita memilih jika kita tidak menjadi diri sendiri. Maksud saya terikut-ikut dengan keadaan sekeliling tanpa bertanyakan hati nurani kita. Kita letak diri kita kepada tempat kedua. Kita biarkan ayah dan ibu kita, cikgu kita, kerajaan kita, kawan-kawan kita dan lain-lain apa-apa saja yang berada di sekeliling kita untuk membuat keputusan. Mendengar dari mereka tanpa melihat ke dalam diri kita, adalah suatu perkara yang tidak membawa kita ke mana-mana. Namun jika nasihat itu bersesuaian dengan kita sebab mereka lebih dulu `makan garam', bodohlah kita jika tidak mengikuti nasihat dan panduan itu.

Tentu banyak kali dalam kehidupan kita, kita khuatir keputusan yang kita buat ini `diperkatakan' orang, sama ada oleh keluarga kita, kawan-kawan kita atau masyarakat sekeliling. 

Walaupun kadang-kadang kita rasakan apa yang kita `berpendapat' adalah paling tepat, kita masih lagi mendiamkan diri kerana keadaan di sekitar kita adalah sebaliknya. Kita bimbang mereka tidak boleh menerima pendapat kita atau keputusan kita yang berlainan tersebut...(walhal gaji kita dan kehandsomen kita lebih dari mereka, he he he).

Di sekeliling saya tidak ramai yang menjadi diri mereka yang sebenarnya. Mengapa saya tahu hal ini? Kenalkah saya kepada mereka? Saya tidak mengenali mereka tetapi saya hanya lihat mereka terlalu banyak persamaan. Sekapal belaka pemikiran dan penampilan. Tentulah ini suatu perkara yang mustahil!.

Sebab itulah saya memiliki kawan yang agak berlainan sifatnya. Ada yang sangat unik. Namun kebanyakan kawan saya tidak dilahirkan mempunyai personaliti. Mereka berkelakuan sekapal sahaja... Sebab itulah apabila mendapat kawan yang `pelik' dan berbeza, saya sangat menghargainya...

Namun dalam beberapa hal, saya juga tidak menjadi `be youreelf', he he he.

Inilah yang dikatakan kehidupan...

Tuesday, December 6, 2016

Taman-taman kasih masih jadi kenangan...

Terpisah akhirnya...





Haa...
Hoo...

Jangan menangis jangan bersedih
Sudah suratan kehendak takdir
Jaraknya antara kita terpisah jauh
Luka hatiku yang pedih jiwa tersiksa

Kisah bercinta antara kita
Hanyalah tinggal dalam sejarah
Aku menangis sendiri …. pergilah sayang
Engkau bukanlah milikku …. lupakan saja

Kini kau hidup riang bersama pemuda itu
Oh …. kesal, aku kesal …. kau ragut kasih dariku
Ku tahu hatimu tidak dapat melupakan mimpi yang indah
Ketika engkau dan aku bermain cinta

Kini kau hidup riang bersama pemuda itu
Oh …. kesal, aku kesal …. kau ragut kasih dariku
Ku tahu hatimu tidak dapat melupakan mimpi yang indah
Ketika engkau dan aku bermain cinta

Huu...

Huu...

Thursday, December 1, 2016

KWSP: Adakah kita berkongsi ketakutan yang sama?



Add caption


Ketakutan yang saya maksudkan ini bukanlah ketakutan kerajaan kononnya ambik duit KWSP kita untuk berjoli. Tetapi apa yang saya maksudkan adalah kebimbangan duit KWSP kita itu sebenarnya sudah tidak cukup untuk menampung hidup kita pada masa hadapan.

Sebagai orang `biasa', saya sering juga berasa bimbang tentang kedudukan kewangan saya pada masa tua nanti...(he he he macamlah sekarang ni saya masih muda). 

Dengan kadar inflasi yang semakin meningkat (seiring dengan pembangunan ekonomi yang memerlukan saya bayar `kos'nyam kerana sumber semakin berkurangan dan terhad), saya bimbang kehidupan saya pada masa tua akan melarat atau masih bekerja `keras' untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Secara purata kita ada selama 20 tahun lagi `tahun' yang kita jalani sebelum kita lupus. Maknanya tahun-tahun yang kita kena harung. Memanglah ajal maut di tangan tuhan...tapi tuhan tak nak kita jadi cerdik. Tuhan bagi akal untuk kita merangcang.

Patutlah sangat kita mula `slow' berbelanja dan `rancak' menyimpan. tapi tulah saya masih pada tahap mahu membeli walaupun di kedai RM2. He he he.

Sebab tu kot kita disarankan agama untuk berdoa semoga dimurahkan rezeki...




Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home