DUNIA SUDAH SEMAKIN BERUBAH, ADAKAH SAYA SUDAH KETINGGALAN? ATAU SAYAKAH YANG HAKIKI?
Seorang sahabat bertanyakan saya, apakah barang yang harus dia beli untuk anak dia hadiahkan pada hari guru?
Saya terus jawab, berilah barang Tupperware. Dan sahabat saya kata tentulah dia tidak mampu sebab kena beli untuk 20 orang guru.
Saya tergaman...sebab pada zaman saya dulu saya hanya berikan hadiah kepada guru yang saya suka. sebab-sebab kenapa saya suka itu bukanlah penting bagi posting ini tetapi saya nak bercerita pada `zaman dahulu', hadiah diberikan dengan ikhlas dan ia akan menyentuh hati guru...
Dan saya tidak pula minta dengan mak saya sebab saya kumpul daripada duit belanja sekolah saya untuk beli hadiah tersebut.
Dan bukan semua guru istimewa di hati saya walaupun saya tahu semua mereka adalah berjasa (dibayar sebenarnya).
Saya cuma beri hadiah kepada guru yang saya suka dan sayang kerana saya rasa dia telah beri lebih dari apa yang seorang guru patut berikan.
Iaitu rasa suka dan disayangi. Rasa diperlukan...
Iaitu rasa suka dan disayangi. Rasa diperlukan...
Sekian...
No comments:
Post a Comment