Zaman mahasiswa... |
Melalui masa saya semakin sedar saya bukanlah pelajar yang pandai. Saya mungkin antara pelajar yang pandai (senang memahami) di peringkat sekolah tetapi bukannya universiti. Saya ketahui dan sedar akan hal ini pada bulan pertama belajar di universiti.
Oleh itu saya belajar dengan tekun di universiti. Walaupun pada masa tersebut saya tidak tahu `pelajaran' akan membawa saya ke arah mana, saya terus tekun. Tidak pernah saya belajar sebegitu tekun dalam hidup saya.
Namun sekali lagi saya dapati saya tidaklah pandai...saya gagal mendapat kelas pertama.
Masa berlalu...dan ditakdirkan saya menjadi tenaga pengajar. dan apabila saya menjadi tenaga pengajar saya dapati pelajar saya tidak seperti saya. Puratanya tidak bersungguh-sungguh. Ada yang bersungguh tetapi ramai yang lebih tidak bersungguh-sungguh.
Saya tidak tahu mengapa ini terjadi dengan dalamnya. Mungkin salah sistem atau mungkin salah kita sendiri.
Dahulu saya belajar bersungguh-sungguh kerana saya tahu saya bodoh...
Sebab kita rasa kita tak cantiklah kita hias diri, sebab kita rasa kita gemuklah kita diet...
Sebab kita rasa kita bodohlah kita belajar...
No comments:
Post a Comment