Seorang kawan saya telah lama masuk wad di Hospital Kuantan, namun baru hujung minggu saya berkesempatan melawatnya di Hospital Pekan... (Beliau menukar wad).
Kesibukan berkerja membuatkan saya tidak dapat melawat beliau lebih awal. Asyik tertangguh sahaja.
Alhamdulilah sekarang beliau sudah sedar dan kami sempat berbuat. Khabarnya hampir seminggu juga beliau ditidaksedarkan diri oleh doktor atas sebab-sebab keselamatan rawatan.
Kawan saya ini namanya Nizam dan nama popularnya Siwok. Seperti saya, beliau bujang.
Ketika saya masuk biliknya, beliau terus mengenali saya dan memanggil nama saya `Sukiman...'. Walaupun saya gemuk dan bulat, saya masih dikenali rupanya. Dah bertahun rasanya saya tidak berjumpa dengannya. Beliau adalah rakan sekerja saya semasa saya bekerja di Kolej Shahputra. Dari Pekan hinggalah ke Shahputra berpindah ke Kuantan.
Saya dan Nizam di Kolej Shahputra |
Seperti saya juga, beliau adalah pensyarah mata pelajaran Ekonomi.
Semoga Nizam sihat selalu, amin. |
Beliau adalah seorang yang suka bercakap. Periang dan cergas.
Semasa di Kolej Shahputra dulu, selalu juga beliau ke meja saya dan buat lawak atau teka teki. Kadang-kadang saya faham lawaknya, kadang-kadang kalau bolot saya tak faham. Beliaulah orang pertama yang berteka teki dengan saya pasal kereta dan pengantin, beliau menanyakan saya apakah berbezaannya antara kereta baru dengan pengantin baru?
Saya jawap pengantin baru beli kereta, kereta baru sebab berkahwin, tak kan kereta lama. Jawapan saya salah.
Saya pergi lawat beliau dengan Adnan. Semasa Adnan bercakap dengan Siwok di dalam bilik khas itu, saya terawangan berfikir apakah nasib saya jika saya sakit... Maksud saya siapa yang nak ambik peduli. Saya insaf sekejap.
Semasa keluar dari lobi hospital, saya beritahu Adnan regim diet saya, saya akan mula pada bulan 12 bukannya bulan satu tahun depan. Saya mahu jaga kesihatan sebab saya seorang diri di Muadzam ini...
Saya siap beritahu Adnan saya nak makan KFC puas-puas. He he.
Setelah balik dari hospital saya dan Adnan ke Homestay Kak Sal. Gambar di atas saya sedang bergaya dengan papan tanda. Nama 79 itu sebab RM79 semalaman. Saya dah lihat tempatnya. Wah cantik... Selesa.
Terletak di tepi pantai, kalau nak tahu lebih lanjut talipon nombar yang tertera dlm gambar di atas...
Selepas itu saya ke kedai kawan saya Zahari. Namun saya pergi dengan keadaan kenyang. Saya berazam nak gi lagi dengan keadaan kelaparan...
Stop dulu...
No comments:
Post a Comment