Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, June 30, 2015

Dan dia pun tahu...


Image result for sad clown

Image result for sad clown



Image result for sad clown

Image result for sad clown


Masa terus berganti. 

Saya rasa saya sudah lupa bagaimana rasanya apabila mencintai seseorang. Dan saya juga semakin lupa bagaimana rasa dicintai oleh seseorang...


Saya cuba mengekalkan rasa cinta dalam dada...kadang-kadang ia tebal dan menipis... Namun ia tetap ada dalam diri. Terkadang saya berdoa pada tuhan agar `lepaskanlah' saya dari siksa ini kerana hidup ini hanya singkat sahaja. Saya mahu pulang dengan membawa cerita yang indah...bukan epik lara.

Image result for sad clown
Dalam redup awan petang semalam saya berMyi ke hospital... Dan dalam fikiran saya, saya hanya tahu satu perkara...Hanya dia cinta terakhir hidup saya... dan dia pun tahu...

Saya singgah di Seven11, beli ais krem...

56 Hari Tanpa Gaji

1. Saya dapat nasihat dari seorang kenalan yang amat bagus untuk diamati.

2. Katanya gaji pada bulan Jun dan Julai haruslah dimanfaatkan sebaiknya sebab untuk menunggu gaji berikutnya agak lama.

3. Kepada penjawat awam yang tidak menabong dari awal tahu atau dari tahun lepas, ia akan membawa kepada tekanan ekonomi yang kuat.

4. Saya sokong pernyataan tersebut.

5. Saya diam sahaja pada mulanya sebab tidak mahu bersuara. Dalam kedudukan saya ini, mereka memandang saya sebagai berada dalam kedudukan selesa dan `sedap cakap sahaja".

6. Namun mulut saya tidak dapat ditutup. Saya beritahu kalau kita menabung dari awal dan ikut cakap Oprah tentu tiga bulan tak dapat gaji pun kita masih boleh berbelanja sakan...

7. Namun kawan saya beritahu dalam situasi ekonomi sekarang mana boleh kita menabung kerana barang-barang mahal...

8. saya mulakan dengan teori menabung adalah perangai bukan sebab ekonomi semasa...

7. Adakah kita sudah benar-benar berhemat dalam berbelanja?.

8. Mahukah kita turunkan standard hidup kita sedikit buat seketika?

9. Dengan kata lain ubah perangai keluarga kita...

10. Menjelang raya tentu perbelanjaan akan meningkat. Kita yang tidak berduit tentu kena lebih berhati-hati...bimbang terbeli barang yang kita tak perlu sangat...

11. Semua orang ada peperangan dalam diri.

12. Pergi mari-pergi mari...susah itu adalah kerana sikap kita...




walaupun sehari...

saya harap tuhan tunjukan kebenaran padanya, walaupun sehari...

Meninggal manusia yang paling saya sayangi di wad...

1. Pukul 5 pagi saya bawa mak ke unit kecemasan. Mak sakit perut. 

2. Selepas dicocok sejarum, mak dibenarkan pulang...

3. Namun pukul 6.30 pagi mak sakit semula. Saya bawa mak semula ke hospital. 

4. Kali ini sakitnya makin kuat. Selepas beberapa ketika yang agak lama. Doktor tahan mak saya di wad.

5. Saya terus jadi cergas sebab kena gi mari-gi mari. Saya pergi ke farmasi beli `water pad' dan sebagainya.

6. Minggu kedua saya sudah mulai letih,  dan bimbang juga atas kesihatan mak.

7. Mak bermalam seorang diri di wad.

8. Saya tidak tido di hospital sebab keadaan mak stabil dan tidak membimbangkan.

9. Mak dapat ramai kawan di wad.

10. Mak beritahu saya dia sudah biasa berada di wad.

11. Semasa mak muda memang majk bekerja di wad...

12. Namun saya bimbang meninggalkan mak keseorangan..

Saya sudah beli stem

Saya sudah ke pejabat pos membeli stem, cuma kad raya masih belum dibeli lagi.

Seronok menulis kad raya, ringkasan dari hati...

Saya tidak mengharapkan untuk diri, saya harap penerima kad raya tersebut rasa gembira.

Tapi saya masih tidak membeli kad raya...






Hati yang masih sakit

Saya tidak ada apa-apa yang nak dikomplainkan. Sekarang saya begitu. Berbeza dari dahulu setiap yang terjadi saya asyik komplain dalam diri.

Walaupun agak terlewat, saya sudah mulai percaya perkara yang buruk tersebut mungkin sebenarnya tidak buruk. Dan lama kelamaan saya semakin percaya setiap perkara tidak ada buruk baiknya. Kita sahaja gagal menghadapinya. Memahaminya.

Penceraian, kematian, sakit dan sebagainya bukanlah sesuatu kesalahan atau kerugian. Saya cuba tanamkan...

Tetapi mengapa hati ini masih sakit...

Friday, June 26, 2015

Kad Raya: Budaya hari raya yang kian pupus

Tiada yang kekal termasuk budaya.

Kalau diberi peluang, saya suka untuk hidup lagi pada zaman 70an dan 80an. Tidak pandai saya nak bicarakan di sini, namun kehidupan pada masa tersebut amat tenang dan tidak terkejar-kejar. Kami menikmati hidup yang damai. Dan juga seadanya.

Pada masa tersebut, apabila berjumpa atau menelefon, kami akan "minta alamat', untuk tujuan mengepos kad raya. Malah kadang-kadang kami saling menelefon semata-mata untuk bertanyakan adakah Kad raya yang dihantar sudah diterima. Aneh, He he he.

Tadi saya ke pejabat pos membeli stem untuk kad raya. Saya kira saya antara segelintir yang masih `main' kad raya ini. Sepanjang jalan pulang, saya yakin budaya mengirim kad raya akan pupus sedikit masa lagi...

Sebenarnya ativiti-aktiviti yang kecil inilah yang membawa impak besar keseluruhan raya. Agar hari raya menjadi hari yang meriah meraikan kejayan kita berpuasa. dan kita ambil peluang untuk melipatgandakan hubungan silaturahim, secara lebih rasmi. Hari tersebut bukan hari biasa, ia hari raya!

Budaya adalah cara hidup. Sebab cara hidup kita berubah maka budaya berubah. Kita tidak lagi mengirim pesanan dan ucapan melalui kad raya kecuali pesanan ringkas melalui elektronik.

Sebagai orang lama...saya tetap merasakan sesuatu yang ditulis itu lebih bererti...

Abang Jan: Bukan binatang atau tumbuhan sahaja boleh pupus...


saya beli ikan RM4 (ikan kembong masak kicap)

1. Saya tidak sabar mahu berbuka sebab saya lapar.

2. Saya kena makan cepat dan rehat untuk bersedia kelas 8 malam.

3. Bila saya berbuka saya makan ikan yang saya beli tadi...

4. Saya rasa ikan itu sedap sebab ikan kembong.

5. Bila saya cuba kopek kat kepala ikan itu...ada telur lalat!

6. Saya rasa nak muntah tetapi saya caver sebab mak ada turut makan bersama.

7. Saya cepat beritahu mak...ada telur lalat.

8. Kami hairan sebab dalam rumah kami tak ada lalat.

9. Saya rasa geli hati sebab dalam berhati-hati, saya terkena juga.

10. Sekian...

Thursday, June 25, 2015

Kisah nak makan mee goren,lalat dan baju raya

1. Pagi tadi sebelum pergi kerja, semasa mahu masuk kereta saya laung kepada emak supaya jangan masak nasi untuk berbuka. Saya tak mahu makan nasi.

2. Saya mahu beli mee goreng. Bulan puasa ini saya masih tidak berkesempatan makan mee goren. Makanan kegemaran saya.

3. Lagipun saya nak berbuka ringan sebab pukul lapan malam ada kelas.

4. Tapi saya merancang, jadinya lain. Saya beli lauk pauk jugak.

5. saya talifon mak suruh masak nasi dan ceritakan hal lalat...

6. Saya dapati penjual mee tidak tudung mee goreng. Saya nampak lalat berterbangan dan debu-debu. Geram betul!

7. Jadi saya beli ikan RM4 (ikan kembong masak kicap), sayur RM4 (sayur kacang panjang, seceduk RM2, saya ambik 2 cedok). Lepas tu saya beli telur puyuh goreng bersambal RM2 (enam biji). Jumlahnya RM10. 

8. Di rumah ada lagi lauk ayam. Ayam golek. Tapi sikit.

9. Hari ni saya tidak beli kueh sebab sudah ada kek buah Silver bird. Sedap.

10. Saya harap saya tidak letih untuk kelas pukul 8 malam... Tapi mustahil...hehe

11. Saya masih lagi tidak beli baju raya...

12. Pasti lagu Sanisah Huri `bersabarlah sayang' sesuai untuk saya...

13. Saya merindui dia setiap hari...

Wednesday, June 24, 2015

Dia pelakon luarbiasa, dahlah muka tak lawa tak pandai berlakon...

1. Bila mak datang, saya `terpaksa' tengok drama Melayu.

2. Saya tiada masalah dengan sesuatu yang berbau Melayu sebab saya sedar saya orang Melayu.

3. Saya suka tengok drama Melayu kalau ada yang sedap.

3. Namun cerita itu terlalu mengarut dan lakonannya terlalu lemah. Terlalu-lalu.

4. Namun saya mahu menonton bersama emak, jadi tidak kira cerita apa pun....

5. Nampaknya mak selesa menonton cerita Melayu...

6. Namun mak saya ada kata cerita ni `lambat' dan `meleret-leret'.

7. Saya hairan muka tak lawa tapi tidak pandai berlakon.

8. Pada zaman saya, muka tak lawa pandai berlakon.

9. lepas tu zaman muka lawa tapi tak pandai berlakon

10. Kini zaman muka tak lawa dan tak pandai berlakon ke?

12. Atau muka begitu dah kira lawa zaman sekarang?

13. Kenyataan pahit, akan ramai orang marahkan saya...he he he


Saya sakit perut

1. Saya telah membeli lauk tambahan di Bazar Ramadhan.

2. Emak saya sudah goreng udang berlada merah, namun saya terasa nak makan ikan.

3. Hasilnya saya sakit perut.

4. Saya tahu membeli makanan di Bazar Ramadhan berisiko.

5. Mereka bukan sahaja tidak menutup makanan, malah menayangkan makanan tersebut. Kalau ayam, mereka siap gantung!.

6. Di Bazar Ramadhan banyak debu dan bilangan lalat lebih ramai dari penjual dan pembeli.

7. Saya harap ada pihak yang boleh memantau...

8. Saya hanya mampu berharap...

9. Tidak moleklah bila kita bayar, kita sakit perut.

10. Zaman sangat berubah, untuk sakit perut pun kita kena bayar.

11. Aneh...

Puasa bersama emak, kelas malam dan hidup terkejar-kejar.

Image result for fasting month





1. Kali ini mak datang lagi menemani saya berpuasa. 

2. Emak tidak risaukan ayah yang ditinggalkan seorang. 

3. Mak beritahu banyak sebab mengapa beliau tergamak meninggalkan ayah seorang diri apabila saya melahirkan rasa kesian apabila ayah ditinggalkan begitu.

4. Emak beritahu kiri kanan rumah ada orang yang saling mengambil berat. Memang di kampung begitulah keadaannya. Bagai langit dengan bumi jika mahu dibandingkan dengan kehidupan kejiranan bandar. 

5. Dan ia dikukuhkan lagi sebelah rumah kami tinggal adik kandung ayah saya, yang di sutu ada gerai makanan.

6. Dan ayah saya izinkan mak saya menemani saya.

7. Saya suka bila emak datang, kami bukannya ada banyak masa lagi. Emak sudah 70 tahun. Walaupun ada kemungkinan putik  bunga yang gugur dulu tapi rolibnya, buah yang tualah gugur dulu.

8. Mak beritahu saya dia timbul kesian apabila melihat saya tidor di ruang tamu menjelang waktu berbuka.

9. Saya pernah dengar orang kata kalau kita nak tahu betapa besar kasih sayang kita kepada seseorang, tengoklah dia masa dia tidor. Apa perasaan yang kita rasa?.

10. Saya letih, tentulah saya tidor sekejap menjelang berbuka, Saya ada kelas pada pukul 8 malam.

11. Namun untuk bulan puasa ini saya mulakan kelas pada pukul 8.15 malam, niat saya biar pelajar boleh rehat dan segarkan badan sedikit.

12. Saya tidak mahu mereka terkejar-kejar sebab di akhir zaman orang yang terkejar-kejar sebenarnya adalah tidak lebih baiknya dari orang yang berjalan... Haa...ini falsafahdari nabi kita.

13. Saya beritahu mak jika mak tiada saya tidaklah berpuasa beria.

14. Maksud saya bila berbuka saya makan roti dan air milo sahaja. Saya tidak makan berhidang, kalau rajin beli nasi bungkus.

15. Tetapi mak saya tetap kesian sebab katanya tentu saya perlu siapkan meja makan juga. ambil piring segala.

16. Emak saya sangat sayangkan saya. 


Tuesday, June 23, 2015

Kisah Farah Ann vs kisah Sazali Samad

"Some of these users said it didn’t “make sense to ask a gymnast to cover up as she can’t perform her sport” and pointed out that Malaysian bodybuilder Sazali Samad was not criticised despite being more “exposed” than Farah Ann."

Kebanyakan perkara yang nampak buruk akan lebih buruk bila perempuan yang lakukan...Emmm. Kenapa ya?

Adakah kebiasaan menghalalkan cara? tentu tidak kan... Namun ia tetap terjadi contohnya perempuan yg merokok lebih dilihat buruk berbanding lelaki...

Entahlah...

Terima Kasih Cinta - TASHA MANSHAHAR & RJ -





walaupun dah berabad tak bercinta...tetap layan...he he he

Monday, June 22, 2015

Di sini kita terus berpesta...



"Kajian kami mendapati bahawa rakyat Malaysia secara purata membuang kira-kira 800,000 kg makanan setiap hari, dan bilangannya boleh mencecah sehingga 1 juta kg (1,000 tan metrik) semasa Ramadhan dan juga Aidilfitri," katanya kepada akhbar itu."

ketua pegawai eksekutif SWCorp
 Ab Rahim Md Noor 


1. Semasa zaman jahiliah dulu bila ke bazar ramadhan, saya beli makanan tak cukup tangan nak pegang. 

2. Dan hasilnya makanan itu membazir. 

3. Saya amat sesal atas perbuatan saya yang lalu... 

4. Alhamdulilah, saya telah berubah, mungkin melalui masa saya sudah lebih bijaksana apabila berbuka.

5. Malah saya berani kata untuk lihat sifak tamat dan membazir pada seseorang manusia...sila lihat kelakuannya apabila waktu berbuka. Haaa.

6. Kita lupa banyak bahagian dunia termasuk negara jiran terdekat kita, ada yang dalam kelaparan.

7. Dan sedangkan kita masih lagi berpesta. Makanan berlimpahan...

Image result for kelaparan di indonesia


8. Dan suatu hari nanti tuhan pasti menghukum kita...

Jangan pernah berubah...



Lirik Lagu Terima Kasih Cinta – Tasha Manshahar ft RJ

Bisikan rindu memanggil namaku
Dirikan coretan merebahkan naluri hatiku
Usah bimbang tentang aku
Ku selalu di sisimu
Hapuskan rasa ragumu
Ku cuma ada kamu
Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi
Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah
Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah
Hanya kamu satu saja
Tiada yang kedua
Di mana pun engkau berada
Di sini masih cinta
Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi
Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah
Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah
Cinta, anugerah Maha Esa
Kita corak, kita gubah, kita dirikan
Seperti impian yang kita kejari
Semoga bersama hingga ke akhir nanti
Terima kasih cinta, kita kan bersama
Terima kasih cinta, buat selamanya
Seperti impian yang kita kejari
Semoga kita bersama hingga ke akhir nanti
Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi
Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah
Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah

Layaaaaannnn...

Abang jan: Dengar lagu cinta walaupun tak bercinta...lama dah...

Tapi dia berubah....

Thursday, June 18, 2015

Tupperware Catalogue 1st June - 30th June 2015. Raya!











Sahur pertama 2015

Semalam saya bangun bersahur pukul 3.16 pagi. Saya terjaga dari tidor sebab tidor saya tidak lena. Sebenarnya saya selalu tidak lena... saya rasa pembaca setia blog saya tahu kenapa saya tidor tidak lena.

Bila dalam keadaan separuh sedar, jiwa saya ke utara dan selatan...kesian.

Saya sudah tetapkan jam loceng untuk mengejutkan saya pada pukul empat pagi, namun saya fikir tidak mengapa saya bangun bersahur pukul tiga. Sebab saya boleh sambung kembali tidor saya yang tidak lena.

Dengan separuh bogel saya ke dapur menggoreng telur dua bijik. Nasi telah saya masak. Menu saya hanya telur goren, kicap dan sambal daging. Saya tidak berhajat makan beria semasa hampir seluruh dunia tengah tidor.

Nasi saya sejuk... Saya tak panaskan sebab saya masak cara lama, guna periuk besi. Saya makan hanya sedikit sahaja sebab saya masih pening lagi. Saya tidak biasa bangun dan buat kerja. Biasanya kalau terkejut dari tidor, saya akan terkebil-kebil atas katil merenung kipas...

Sebenarnya saya ada sediakan roti kalau-kalau saya terkejut lewat dan tidak sempat goreng telur. Tetapi ia pastilah sesuatu yang aneh kerana saya selalunya banyak kali terkejut dari tidor...

Saya tidak tahu adakah saya akan meneruskan aktiviti sahur ini. saya mungkin akan makan sebelum saya tidor sahaja. namun ini aktiviti yang tidak sihat untuk kesihatan... dan menurut agama kita ia tidak dapat pahala sahur...


Tuesday, June 16, 2015

Follow your heart

Anak deman - FB









Saya tergelak...kawan saya kirim

Apa bezanya Ramadhan 2015 dengan Ramadhan 2014?

Dalam kesibukan kerja dan hal dunia. Saya sempat berfikir mengenai Ramadhan yang akan tiba tidak berapa lama lagi. 

Dalam hidup saya, saya telah lalui berbagai Ramadhan di mana saya tidak berpuasa, saya berpuasa sedikit dan saya berpuasa penuh. Ada Ramadhan yang saya lalui sangat indah dan ada Ramadhan yang sekadar Ramadhan.

Tiada yang ketara selain saya tidak lagi membazir makanan. Sudah lama saya lalui Ramadhan dengan berbuka ala kadar. Ada masanya saya berbuka dengan kucing sahaja di gerai yang murah. pernah berbuka hanya dengan maggie.

Saya teringat zaman muda saya sangat berlebihan dalam berbuka. Saya percaya ramai rakyat Malaysia begitu. Mereka gemar makan, lihatlah saiz kita. He...

Saya rasa Ramadhan tetap sama datang dan pergi. Yang menjadikan ramadhan itu indah dan sebaliknya adalah kita. Kita yang mencorakan Ramadhan kita.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa menempuhi Ramadhan...dengan ucapan dengan rasa lapir itu muga kita bertambah rasa syukur dan jadi manusia yang perihatin...


Image result for happy ramadan
Add caption

Kuliah pukul 8 hingga 10 malam dan kepak ajaib

1. Semester ini saya mempunyai dua waktu yang memerlukan saya mengajar pada waktu malam.

2. Kelas malam meletihkan sebab pada siangnya saya juga ada kuliah. 

3. Kuliah tersebut kuliah Microeconomie.

4. Hari isnin dan khamis amat memenatkan saya. Namun saya sedar kerja orang lain lebih memenatkan, malah saya harus bersyukur kerana kerja ini hanya memerlukan minda. Namun saya mengaku bila balik pukul 10 malam saya agak keletihan.

5. Kadang-kadang saya tidak balik rumah... saya duduk bekerja di pejabat sehingga pukul 8.00 dan terus ke kelas. sambil duduk saya buat kerja-kerja pengajaran. Ianya lebih efektif.

6. Sampai rumah pukul 10.00 lebih malam saya berehat dahulu sekejap, sebelum mandi.

7. Biasanya saya pasang lagu Saloma.

8. Dan pada bulan ramadhan ini saya berhajat selepas mandi mahu juga membuat kerja-kerja agama.

9. Saya tidaklah boleh liar dan culas seperti zaman muda. He he he.

10. Lewat-lewat ini saya selalu teringatkan mak saya.

11. Namun saya tiada kepak. kalau ada kepak saya akan menjunang ke kampung melihat mak. 

12. Dengan kepak itu juga saya akan putuskan kepala dia yang kejam itu.

13. Ironinya sayalah yang kejam dan di hadapkan ke mahkamah kerana membunuh. He he he.

14. Kepak perak saya itu tajam. Bila kepala terputus terus tidak terasa sakit...

15. Yang sakitnya sayalah...

Dan di dunia yang aneh ini saya akan dihadapkan ke mahkamah sebab membunuh. Sangat pelik...Sob sob sob..

Angels Men Painting Art Wings Fantasy angel wallpaper background


Monday, June 15, 2015

Saya ke Sabah


1. Bulan lepas saya ke Sabah.

2. Bila jejak kaki ke sabah saya terus ingat Nong Andy, Adie dan Fauzie.

3. Fauzie Abd Kadir rakan sekuliah saya semasa di UM dahulu. Kini kami saling kehilangan.

4. Sabah negeri menarik, Cuaca elok.

5. Saya berpeluang ke lokasi terbalik! Best betul!. Kreatif betul.

6. Namun posting ini saya tujukan kepada keluarga yang terlibat dengan bencana.

7. Saya berharap mereka sabar dan bersemangat semula hadapi kehidupan...

8. Percayalah kehilangan orang yang kita sayangi sangat memeritkan, namun perjalanan tidak boleh kita hentikan...

9. Saya berangan ke Sabah lagi...tapi aktiviti naik boat ke pulau-pulau menakutkan saya. He he he.

10. Kenangan indah ini dibawa ke mati.

Sekian.

Jelingan bahagia...

Kawan saya pukul gambar ini...


Saya selalu tersenyum.

Saya mahu kelihatan bahagia dan cergas walaupun dalam gambar.

Saya mahu bahagia dan cergas. Saya tidak mahu kelihatan putus asa. bila balik rumah itu cerita lain...he he he

Bila umur begini tiada yang paling penting selain kesihatan... Alhamdulillah saya rasa seperti umur 17 tahun...

Bila umur meningkat kesihatan tidak akan terus maju...tapi kita harus senyum

Walaupun dalam susah payah...saya rasa semua orang harus tersenyum..

Saya gunting rambut



Sebagai manusia lelaki, saya kerap ke kedai gunting rambut. Sekarang saya tidak lagi `membuat' rambut atau mewarnakan rambut. saya hanya gunting.

Rambut bukan lagi menjadi keutamaan saya.

Mungkin saya sudah tidak remaja, kali terakhir saya `buat' rambut dan warnakan rambut semasa bekerja di Kolej Shahputra.

Sekarang saya lebih senang gunting sahaja bila kelihatan panjang.

Kawan saya Adnan tidak pernah saya lihat rambutnya panjang...Dia gunting secara berkala. maksud saya kalau nak nampak panjang sikit, dia terus potong.

Saya pernah keluarkan gambar di atas, saja saya keluarkannya lagi sebab saya sudah tepu.

Saya juga jarang menggunakan syampoo...

Sekarang saya lihat saya sudah ada uban...saya tak nak komen tentangnya sebab ramai juga yang beruban tapi handsum...(pulak dah)


Saya tahu penyu menangis...


Pada cuti beberapa nan lalu, saya berkunjung ke Pasar Payang. seksa betul nak parking kereta. Selesai beli baju batik, saya merayau-rayau...

Saya terlihat telor penyu. Harga telor penyu mahal. Sebijik RM4. Namun saya tidak membelinya bukan kerana harga, saya kesian kat penyu sebab dia `rare'. 

Di Negeri Terengganu telor penyu boleh dijual beli...tidak ada undang-undang boleh menyekatnya. Hanya Sabah dan Sarawak sahaja mengharamkan penjualan telor penyu 100% bagi setiap spesis.

Kalau duduk di Terengganu tapi tok makang telor penyu, ianya aneh. Sebab sudah jadi kebiasaan. Kadang-kadang kat kedai biasa pun ada yang menghidangkan telor penyu, terutamanya di Kuala Terengganu..


Tangan saya dan telor penyu

Kali terakhir saya makan telor penyu semasa belajar di UM. selepas itu saya tidak lagi makan telor penyu sebab setiap kali tengok telornya saya terbayang penyu menangis.

Saya tak peduli bukti saintifik mengatakan cecair itu hanyalah sebagai bla-bla bla ...saya tak makan sebab saya kesiankan nasi penyu. Saya rasa ramai sudah orang muda di Terengganu tidak menjamah telor penyu. Kami menjaga spesis ini.

Bentuk macam buah pingpon penyek

Dalam gambar di atas telor penyu dijual secara terbuka bersama kueh dan kerepek lain. 

Rasa telor penyu sedap, kalau makan saja pun sedap. Saya suka bahagian yang kuning. Rasanya mewah.

Kalau berkunjung ke Terengganu, silalah makan telor penyu sebiji. Jangan dua biji pulak. He he he. Nanti penyu pupus...

Janji yea... jangan beli banyak-banyak.

Thursday, June 11, 2015

Berhentilah hujan...



Kalau hujan ini akan menerbitkan pelangi...bilakah hujan ini akan berhenti?

Mankisue duduk di bangku kosong yang menghadap pantai. Di hadapannya terdampar Laut Cina Selatan yang membiru. Bunyi ombak menghempas pantai seakan irama dari sekeping hati yang tidak pernah tenteram...

Kalau kuturutkan hati lautan luas kusemberangi...Mankisue terus melayan perasaannya. 

Berhenti sekejap di Pantai Kemasik seolah menjadi satu upacara tetap dalam jadual perjalanannya. Dia cemburu kepada laut di Kemasik. Laut baginya gagah, disetiai pantai dan ada pada setiap hati pelara.

Seperti laut yang ada gelombang begitulah jua hidup Mankisue. Berbeza cuma gelombang sudah bertahun-tahun diiringi  hujan yang tidak berhenti...

Mankisue mahu hujan itu berhenti...dia hanya mahu melihat pelangi...

Namun hujang terus berpanjangan...


Image result for stop the pain...

"i hide my pain with the smile..."

Image result for pain quotes



Petang semalam semasa saya mengemas bilik pejabat kerana sudah waktu mahu pulang. Saya didatangi seorang rakan pensyarah. Dia beritahu saja dia datang ke bilik saya sebab dia tension pasal kerja-kerja audit yang bodoh. Dia beritahu yang dia seronok bercakap dengan saya sebab saya lucu. Kelakar.

Untuk mengurangkan tensionnya saya cerita satu kejadian lucu yang baru berlaku kepada saya, rakan saya itu ketawa giler. Saya cerita pasal saya oder `tea o panas ais' kat kedai makan. He he he. Peniaga tersebut terkedu sebab tidak pernah ada orang yang minta tea o panas ais... Macam mana dia nak buat yea? sebenarnya saya tersalah cakap.

Rakan saya ketawa sampai menitis air mata...

Lewat petang itu juga saya pulang berMyvi dalam redup petang. Mungkin nak hujan... Apabila sampai ke rumah, saya kesat air mata saya.

Dia tidak pernah mati dalam ingatan saya...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home