Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, April 29, 2015

Mengapa bulan itu tidak jatuh di riba saya?




SEMALAM saya tidor dengan harapan tuhan akan menyambung semula mimpi pada malam sebelumnya. Dalam mimpi itu saya dilimpahi kasih sayang, tinggal di sebuah istana yang besar. Ada kuda. Saya sangat bahagia dalam mimpi itu... Mungkin mimpi tersebut dihantar tuhan agar saya merasa bahagia walau dalam mimpi. Terima kasih tuhan...
Mungkin tuhan kesian melihat saya...

Saya berpendapat nilai sebuah kasih sayang dan cinta sejati adalah besar. Ianya ada tumbuh kejap dalam jiwa saya. Sampai saya mati. Tiada wang ringgit atau harta benda dapat membelinya. Kerana ia adalah jiwa. Bukan semua orang memiliki kasih yang suci dan setia... Bukan, bukan dan bukan. Dan bukan semua orang dapat `melihat' dan menilai kasih sayang...ini. Saya antara yang bertuah dapat mencium harumnya.

Jika diletak sebelah tangan sebuah dunia ini, saya akan tetap memilih kasih sayang. Saya akan memilih dia... Saya bukan jenis lelaki yang boleh jatuh cinta pada setiap hari, minggu, bulan dan tahun. Saya tidak jatuh cinta pada setiap tahun... Mungkin hanya sekali dalam hidup. Adakah ini sumpahan atau keistimewaan? Saya sendiri tidak dapat menjawapnya... Boo...

Hari ini hari lahir saya yang ke 45. Saya tahu benar saya tidak lagi sehandsum dulu, saya tidak lagi muda dan menarik. Tanpa pertolongan edit dari aplikasi Lenovo, saya kelihatan sangat tua, gemuk...dan hodoh.  Namun di sebalik ketuaan, kehodohan dan kegemukan...ada kasih sayang yang besar.

Tahun lepas pada hari lahir saya merenung bulan yang hebat. Cantik, terang dan angkuh. Emak saya kata orang dudu-dulu kata kalau bermimpi bulan jatuh ke riba, maknanya kita akan jalani satu kehidupan yang bertuah. Dan oleh kerana pada masa itu saya masih kecil, saya percaya sungguh-sungguh. Saya berdoa saya akan bermimpi, bulan akan jatuh ke riba saya.

....Dari awal pagi saya menerima ratusan ucap selamat hari lahir. Seolah seleberiti (perasan sekejap). Kawan-kawan berebut mahu belanja...kenyang saya sepanjang hari dengan KFC, Pizza hurt, kek kolestrol yang sedap. Ada yang membawa saya ke hotel...

Puas saya membalas wasap. Saya berwasap sampai petang dan hampir malam... Mungkin begini kalau jadi Rozita Che Wan atau Akim.

Pelajar menegur saya hari ini. Mereka bertepuk tangan sebab saya masukan baju dalam seluar...konon nampak kemaslah tu... Mereka menyanyi mengucapkan selamat hari jadi...saya terpacak terharu di tengah dewan kuliah.

Saya kelihatan mempunyai kehidupan yang bagus dan bertuah... namun apabila sampai di rumah? Selamat datang ke dunia saya...
XXX

Perpisahan dalam apa jua bentuk adalah memilukan. Seolah hilang sebahagian dari diri dan menumbangkan harapan ceria. Seolah tiada apa lagi yang mahu dicapai...cuma kaki laju menjalani perjalanan... kerana yang tewas bukannya nafas...

XXX

Hari ini genap saya 45 tahun, dan mimpi bulan jatuh ke riba...tak kunjung jua...

Sunday, April 19, 2015

Do You Know Where Youre Going To?



Do you know where you're goin' to?
Do you like the things that life is showin' you
Where are you goin' to? Do you know?
Do you get what you're hopin' for
When you look behind you, there's no open doors
What are you hopin' for? Do you know?
Once we were standin' still in time
Chasing the fantasies that filled our minds
You knew how I loved you but my spirit was free
Laughin' at the questions that you once asked of me
Do you know where you're goin' to?
Do you like the things that life is showin' you
Where are you goin' to? Do you know?
Now looking back at all we've planned
We let so many dreams just slip through our hands
Why must we wait so long before we see
How sad the answers to those questions can be
Do you know where you're goin' to?
Do you like the things that life is showin' you
Where are you goin' to? Do you know?
Do you get what you're hopin' for
When you look behind you, there's no open doors
What are you hopin' for? Do you know?

 

Friday, April 17, 2015

Mengapa saya tersenyum...?

Gambar dari Fail
Saya tiada anak. Bukannya saya mandul tetapi saya hidup sorang. Oleh kerana tiada anak sendiri, saya amat rapat dengan anak-anak saudara saya. Ini anak saudara lelaki saya yang paling besar Najib (Jeep) dan Azlan (Mantoya). Selain mewarisi kehandsuman saya, alhamdulilah mereka juga jenis suka belajar macam saya.
 
Bulan empat adalah bulan dukacita saya, namun semasa memandu pulang dari Kuantan ke Muadzam, saya tersenyum sorang diri...berat beban bulan April terasa ringan.
 
Gambar dari fail
 
 
Najib dan Azlan berjaya masuk Matrikulasi. Saya syukur sangat-sangat. Saya tahu matrik bukan segala-galanya namun entah mengapa kepada saya ia menjadi pengukuran penting. Saya pernah mengajar pelajar matrik, pelajar matrik rata-rata memiliki pencapaian akademik yang elok, budi perketi yang kemas.
 
Saya selalu berdoa agar mereka tidak menjalani hidup macam saya, saya mahu mereka bahagia. Saya telah berada di dalam hidup mereka sekian lama, harapan saya mereka hidup bahagia. Saya tidak tahu bagaimana nak tulis perasaan saya terhadap mereka. Adakah sesiapa yang boleh tulis perasaan kasih sayang?
 
Tersenyum seorang diri bila ingat gelagat mereka masa kecil. Mereka memang nakal.
 
Masa akan berganti, suasana akan berubah...Beberapa tahun lagi saya akan semakin sunyi... Mereka akan habis belajar dan bekerja, berkahwin dan ada keluarga. Namun barangsiapa yang mahu berkahwin dengan mereka, nescaya saya akan buat interview dahulu...lulus atau tidak.
 
Saya menyanyangi mereka semasa mereka masih merah lagi. Tidak boleh orang lain mengambil mereka dengan begitu mudah.
 
Mungkin saya akan minta nasihat kawan saya yang bekerja sebagai peguam.
 
Sekian.

Harga rumah naik RM30,000 setahun: Berjayakah DASAR PERUMAHAN NEGARA kita?

 


"Ini adalah hasil beberapa langkah yang diambil oleh kerajaan dalam usaha membendung spekulasi harga rumah. Peningkatan harga tidak boleh dielakkan, namun peningkatan itu dapat dikawal dengan baik..." -
- Chua Tee Yong
Timbalan Menteri Kewangan II
Sumber: Utusan Malaysia 15 Apri 2015

 
Harga rumah naik secara purata RM30,000 setahun, saya nak tergelak! saya tidak mahu menidak usaha `tukus lumuh' kerajaan mengambil langkah-langkah, tetapi nyata benar langkah-langkah tersebut masih tidak mencukupi.
 
Tempat tinggal adalah keperluan, bukan kehendak. Dan dewasa ini tempat tinggal kita panggil rumah, bukannya gua atau atas pokok seperti zaman kucing kirong dahulu.
 
Mempunyai tempat perlindungan adalah paling penting, lebih penting daripada berkahwin atau sebagainya. Sama ada menyewa atau membeli rumah, keperluan memiliki tempat perlindungan tak dapat kita nafikan. Tanya Maslow kalau tak percaya...(Abraham Harold Maslow (April 1, 1908 – June 8, 1970).



Harga Rumah Naik RM30,000 setahun
Sumber: Utusan Malaysia 15 Apri 2015
 
Jika seorang menteri `beralah' dengan rasa berpuashati mengenai kenaikan RM30,000 setahun, tentulah sebagai rakyat ramai yang masih tidak berpuashati. Percayalah ramai yang mengharap pemimpin menjadi wira dengan meminimakan kuasa kapitalis...

Tidak molek kita sebagai pemimpin kelihatan seolah beralah dan berpuashati dengan situasi ini sedangkan kita sendiri tahu harga rumah di Malaysia tidak masuk akal. Tugas para pemimpinlah membendung dan mengawal spekulasi. Ini kerana dalam  keadaan tertentu dalam peraturan yang sedia ada ada kitalah (para pemimpin) secara langsung dan tak langsung mencorakannya...
 
Kenaikan harga tersebut adalah kerana permintaan perumahan adalah tinggi kerana masih ramai lagi rakyat tidak memiliki rumah. Dengan kata lain rumah masih tidak mencukupi... Mungkin kita kena kembali kepada objektif pertama dalam Dasar Perumahan Negara.
 
Objektif pertama:
 
Menyediakan perumahan yang mencukupi dan berkualiti dengan kemudahan yang lengkap dan persekitaran yang kondusif.

Maka di sini jelas adalah tanggungjawab kerajaan menyediakan...
 
Objektif kedua:
 
Meningkatkan keupayaan dan asesibiliti rakyat bagi memiliki atau menyewa rumah.

 


Thursday, April 16, 2015

Siri Bintang Pujaan: Datuk Sharifah Aini (2014): Review

Sehingga ke hari ini saya masih tidak mendengar mana-mana lagu nyanyian Datuk Sharifah Aini. Adakah saya masih berkabung? Entahlah, suatu hari ketika memandu, saya terus menutup radio jika lagu allahyarhamah diputarkan...saya rasa sedih...mungkin belum masanya saya mendengar suara beliau.
Namun begitu saya tetap membeli album baru yang dikeluarkan atas nama penyanyi Datuk Sharifah Aini. Setakat kepemergian beliau sudah lima album dikeluarkan atas nama biduanita tersohor ini. Contaohnya dalam siri Bintang Pujaan ini ada juga album Kak Pah.
  

Walaupun saya tidak suka menonton drama Melayu, bukanlah bermakna saya tidak suka element Melayu. Contohnya saya suka mendengar lagu Melayu terutama lagu lama. Lagu baru kurang sikit sebab nilai estetikanya kurang. Entah apa. Sedikit saja yang bagus, kebanyakannya dirosakan oleh orang yang hipokrit dalam industry tersebut.
  
Lagu `Seri Dewi Malam', `Seksa" dan `Hapuslah Airmatamu' merupakan lagu malarhijau Kak Pah. Lagu yang saya tidak boleh dengar sambil lalu...maksud saya lagu itu akan menguasai diri saya bila mendengarnya.

Saya bukan bias tetapi dalam siri Bintang Pujaan ini, saya dapati pilihan lagu Kak Pah adalah yang terbaik. Untuk penyanyi lain pemilihan lagunya kurang menyengat. Contohnya bagi Siri Bintang Pujaan CD Rafeah Buang, banyak lagu arwah yang sedap tidak dibubuh dalam album tersebut. Begitu juga CD  Siri Bintang Pujaan Allycats, lagu-lagu tersebut diambil hanya daripada tiga album! Penipu betul. Huh!

Kalau nak buat pakage `Bintang Pujaan', kena laaa pilih lagu yang meletop yang membuatkan penyanyi tersebut tersohor dan dipuja. Pemilihan lagu-lagu dalam album boleh rujuk kepopularan lagu di TV atau radio. Kena la buar kajian sikit... Bukan tangkap muat.

Saya harap pihak terbabit lebih peka dan bertanggungjawab dalam memilih lagu untuk dibuat album kompilasi, bersesuaian dengan tema album tersebut. Bintang Pujaan.

Memang bagi penyanyi tersohor seperti arwah Kak Pah ini agak sukar memilik lagu yang menjadikan beliau `bintang' sebab Kak Pah mempunyai ratusan lagu malar segar yang menjadikan beliau bintang pujaan atau Superstar. Tetapi bagi Siri ini saya berpuas hati di atas pemilihan lagu-lagunya.

Album yang saya beli di Shah alam ini telah saya pinjamkan kepada salah seorang sahabat saya. Sampai ke hari ini beliau masih belum memulangkannya, mungkin dia suka album ini. Jadi saya berhajat untuk berikan saja album tersebut kepada beliau sebagai tanda menghargai persahabatan kami.

Saya akan beli yang lain...

Sekian...

P/s: Kepada hati yang pernah dihancurkan...jangan lupa dengar lagu nombor tiga, Disk dua... "Inikah Balasannya." Sia sediakan tisu...lap air hidung. he he he.





Wednesday, April 15, 2015

Kuasa editan...

1. Saya dapati muka dan bentuk badan kawan-kawan saya di internate lebih cantik dan menarik.
 
2. Sedangkan di luar jika dilihat secara langsung, tidak menarik langsung. He he he.
 
3. Pernah saya jumpa kawan saya, terus saya fikir hipokritnya dia.
 
4. Kita tidak boleh percaya gambar dalam FB.
 
5. Kulit boleh diputih dan dilicinkan...
 
6. Dagu dan pipi boleh diruncingkan...
 
7. Mata boleh dibundarkan...
 
8. Senyuman kita boleh diperbaiki...
 
9. Perut saya semakin buncit boleh dihilangkan!
 
10. Dua keeping gambar di bawah menunjukan saya kurus...dan nampak muda, sebenarnya sebaliknya...
 
 
Badan ini badan saya tetapi saya edit...biar nampak kecil...


Boleh letak bunga lagi...he he he

Tuesday, April 14, 2015

Gunting rambut, kekemasan dan masalah...

Saya tidor...

 
Rambut kita kenalah gunting.
 
Kalau tak gunting kita nampak tak kemas.
 
Bila nampak tak kemas, nampak macam bermasalah.
 
Untuk tidak menampakan masalah tersebut saya gunting rambut
 
Masalahnya adalah saya tidak dapat lupakan dia...
 
Sob sob sob...

Tuesday, April 7, 2015

Doa untuk mak dan ayah



Hubungan saya dengan mak dan ayah sangat rapat.

Saya bersyukur kerana sehingga ini saya dapat luang banyak masa dengan mak dan ayah yang sudah lanjut usia. Dalam umur 45 tahun saya masih lagi dapat berbakti pada mak dan ayah.

Saya ambil positif, ini adalah kelebihan bagi yang hidup bujang, berbakti pada mak dan ayah. Tuhan sentiasa adil memberi nilai dalam setiap kejadian. Kita sahaja yang alpa...hanya melihat kekurangan. Kepada yang hidup solo, Abang Jan ingin berpesan...pada setiap perkara dan kejadian tuhan tetap adil. Kita cuma perlu buat yang terbaik.
 
Namun, kadang-kadang ia menjadikan satu ketakutan kepada saya, maksud saya jika kami `berpisah'. Ayah sudah tidak muda lagi, dan emak hanya bertenaga pada ketika-ketika sahaja terutama jika pergi ke tempat membeli belah.

Saya tahu tiada yang kekal di dunia ini.
 
Kadang-kadang sambil memandu keseorangan tak dapat saya menyeka airmata bila teringatkan mak dan ayah, dan teringatkan nasib saya apabila mereka tiada. Memanglah adik beradik ada tetapi mereka tidak sekasih sayang kasih ibu dan ayah. Mereka ada dunia yang tersendiri. Saya hanyalah sebahagian kecil dari dunia tersebut.
 
Emak saya adalah kekuatan hidup saya, ayah pula adalah pemandu hidup saya. Mereka sangat berpengaruh dalam hidup saya. Mak selalu menggambarkan saya adalah betul dan manusia yang baik hati.

"Kepada mak dan ayah, abang sangat-sangat minta maaf jika ada dalam hidup abang ini ada tahun-tahun yang abang abaikan mak dan ayah. Abang minta maaf sangat-sangat atas kesalahan dan kealpaan tersebut..."

Katalah apa sahaja tetapi kasih mak dan ayah adalah teratas. Mak tidak akan meninggalkan kita dalam apa jua keadaan, termasuk apabila bumi terbelah seribu. Pasangan kita belum tahu lagi. Entah esok isnin merjumpa selasa, kita ada lain cerita. Hari ini kejap kasih sayangnya, setelah lapan tahun lain cerita. Kita meraung dalam derita.
 
Saya sangat suka dan berbesar hati apabila mendengar cerita anak yang sangat kasih terhadap ibubapanya. Saya tidak hairan jika berjumpa dengan seorang yang sangat kasihkan mak dan ayahnya, sebabnya saya tahu nilai kasih sayang mak dan ayah... Mereka memberi berkat dalam restu...

Saya sudahi dengan pantun:
 
Pelabuhan bernama Kuala Sedeli,
Tempat pedagang menjual sagu;
Bukan barangan dijual beli,
Mak dan ayah hanyalah satu.
 
 

Kecantikan yang kita lupa...

Bila kita lihat raut wajah isteri kita, kita sedar dalam hati yang bini kita tak secantik dulu, dan tak segebu atau bergetah. Ia bukanlah wajah yang kita jadi setengah gila dulu. bukan.

Ini kenyataan. Kita akui dalam diam dari kenderaan ringan bini kita sudah bertukar jadi kenderaan berat. Dari pintu baru sudah jadi pintu lama...
 
Manakala di luar sana (di luar rumah), kita selalu bertembung dengan perempuan yang muda-muda, meleleh getahnya. Alah...kereta baru, kereta lama...bak kata orang...
 
Bini kita kulit mukanya tak semulus dulu, dagunya dah labuh dan lebam bawah matanya semakin jelas. Nasi lemaknya pun dah tak selemak dulu...He he he.
 
Orang lelaki kasih sayang, cinta dan nafsunya pada mata. Hanya lelaki yang jinak sahaja dapat menjinakan perasaan mereka, tetapi tentulah tak ramai kan?...He he he jangan marah.
 
Namun kita perlu sadar bahawasanya kecantikan bukan sahaja pada wajah dan fizikal. Isteri kita tetap mempunyai kecantikan minda, kecantikan hati dan kecantikan jiwa... Orang yang cantik tidak semestinya seorang yang baik tetapi orang yang baik mempunyai banyak kecantikan yang terpancar dari minda, hati dan jiwa.
 
Kita sebagai suami jangan lupa. Jangan lupa bahawa kecantikan itu halus tetapi besar kuasanya dan terpancar dari pelbagai sudut lain...memberikan kebahagian pada jiwa kita sebagai suami...
 
Kita jangan lupa...
 
 
Pintu lama...
 
 
 

Monday, April 6, 2015

Opah dan Key saya

Add caption
1. Ini gambar opah dan key saya.
2. Mereka berasal dari Perak.
3.Mereka ialah mak dan ayah kepada mak saya.
4.Saya cucu mereka.
5.Mereka sudah arwah...
 

Semoga dicucuri rahmad dan dikatogerikan dlm kalangan yang beriman oleh tuhan, amin.

Saya belikan getah-getah



Saya belikan getah-getah untuk anak saudara saya yang bernama Sarah... Dia akan buat gelang. Tapi sampai hari ini saya tak lihat gelangnya...he he he

Salina binti Ishak, dan pizza!


1. Posting ini pasal adik perempuan saya Salina binti Ishak.

2. Di kalangan adik beradik, saya lebih rapat dengannya.

3. Mungkin sebab kami banyak persamaan. Tidak suka serius.

4. Antaranya kami menghargai makanan, suka membeli, berlakon dan baik hati.


5. Dia mengajar di Sekolah Ulu Yam Baru, Hulu Yam Baru, Batang Kali, Hulu Selangor.

6. Dia suka muzik dan selalu nak diet (secara teori...he he he)




7. Adik saya suka tido awal, sebab itu dia awek muda.

8. Kalau ke Pesta Buku Antarabangsa, saya menumpang tido rumahnya.


9. Nama beliau tertulis dalam sebahagian wasiat-wasiat saya.


10. Sekian.

AL-FATIHAH: Tan Sri Jamaluddin Jarjis*




*Dipetik daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
 Tan Sri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis merupakan ahli politik Malaysia dari Rompin, Pahang. Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1951 di Pekan, Pahang dan meninggal dunia pada 4 April 2015. Kemuncak kerjaya politik beliau apabila dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Pada 4 Ogos 2009, beliau dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.
 Pendidikan
 Beliau memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan pada tahun 1958 dan menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Ahmad pada tahun 1964 dan Sekolah Menengah Abu Bakar, Kuantan pada tahun 1967. Selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), beliau melanjutkan pelajaran ke University Of Manchester, United Kingdom pada tahun 1971 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal pada tahun 1974.
 Kerjaya
Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1974. Keinginan untuk meningkatkan pencapaian akademik telah mendorong beliau melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Kejuruteraan Elektikal (Sistem Tenaga) di University of Manitoba, Kanada pada tahun 1976. Beliau akhirnya melengkapkan pencapaian akademiknya pada tahun 1980 setelah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteraan Elektrikal dari University of McGill, Kanada.
 Tahun 1984 meletakkan jawatan dari UiTM untuk memberi tumpuan kepada perkhidmatan perundingan kejuruteraan melalui syarikat yang diasaskannya secara bersama, J & A Associates.
 Beliau dilantik menerajui syarikat utiliti negara,sebagai pengerusi Tenaga Nasional Bhd antara Ogos 2000 - 2002 kerana pengetahuan dan pengalaman serta kepakaran beliau dalam bidang elektrik.
 Kerja sosial
Jamaluddin Jarjis bergiat aktif dalam aktiviti berpersatuan. Pada tahun 2002 beliau dilantik sebagai Penaung Persatuan Pengilang-pengilang Bumiputra Malaysia. Selain itu, beliau juga dipilih sebagai Presiden, Persatuan Kebajikan Anak Pahang pada tahun 2004 serta Presiden, Persatuan Ekuistrian Malaysia dan Presiden, Majlis Equin Malaysia masing-masing pada tahun 2002 dan 2004.
 Politik
 Karier politik Y.B. Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis dalam UMNO bermula di Cawangan Kampung Mengkasar, Pekan. Sepanjang penglibatannya, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda Bahagian Pekan pada tahun 1983 dan Timbalan Ketua Bahagian Rompin selain diberi kepercayaan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta Timbalan Pengurusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.
 Terpilih menjadi Presiden Kelab Penyokong Kerajaan pada 1999, Pembantu Whip Barisan Nasional bagi Parlimen ke-10 dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) pada 1994.
Beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003 setelah undi kelapan terbanyak dengan 1,268 undi.
 
Kemudian dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 21 November 2002. Berikutan rombakan kecil kabinet pada bulan Januari 2004, Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum dikekalkan dengan jawatan yang sama selepas Pilihan Raya Umum ke-11. Beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk menerajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 30 Mac 2004.
 Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau menang kerusi parlimen Rompin, Pahang .Beliau menang dengan mendapat undi sebanyak 21308. Calon lawan ialah Mazlan Bin Mohamed Yasin dari PAS mendapat 10,629 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 79%. Undi rosak sebanyak 824.
 Jamaluddin Jarjis (JJ) digugurkan dari jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi .

Angkasawan Malaysia
 Beliau telah menjayakan projek Angkasawan Malaysia pada 2007 dengan kerjasama kerajaan Russia. Bual bicara secara langsung telah disiarkan dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan. Datuk JJ sendiri berada di Russia dan Kazakhstan bagi memastikannya berjalan lancar.
 Program angkasawan Malaysia ini merupakan hasil 'barter trade' dengan pembelian jet pejuang super sonic dari Russia. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pergi dengan Soyuz TMA-11 ke ISS, 333 kilometer dari muka bumi pada 10 Oktober 2007. Beliau pulang dari stesen angkasa lepas antarabangsa ISS dengan kapsul Soyuz TMA-10 . Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) sedang mengkaji kemungkinan membeli kapal angkasa Soyuz dan dipamerkan di Muzium Negara bagi membangkitkan minat generasi muda.
Keluarga
 Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Sri Dr. Kalsom Ismail. Beliau yang amat meminati sukan berkuda dan polo.
 Duta ke Amerika Syarikat
Pada 4 Ogos 2009, Datuk JJ menerima watikah perlantikan sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.Beliau menggantikan Datuk Rajmah Hussain.September 2009 beliau akan ke Washington mewngunjungi Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di White House untuk mendapatkan watikah penuh .
 Nahas Helikopter
Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4 April 2015 yang mengorbankan kesemua lima lagi mangsa yang lain. Jenazah telah selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara Kuala Lumpur pada 5 April 2015.

 

4th National Symposium & Exhibition on Business and Accounting (NSEBA 2015).

Bersama Zuraini, Azrinawati dan Prof Madya Muslina Muis (berbaju merah
Adnan Abdul Hamid


Dr Amy

Shafazawana

Wednesday, April 1, 2015

Bulan April... klorok dan teabetok

Bulan April datang lagi. Rasa separuh dari jiwa saya dibawa pergi... Pada bulan Aprillah saya dilahirkan, dan pada bulan April jugalah orang yang pernah saya sayangi dilahirkan...
 
Masa sudah lama berlalu...namun kesedihan masih terasa...menanam ketabahan.
 
Petang semalam saya menyeka pilu. Biar jangan terus tenggelam...peritnya hanya allah yang tahu. Saya terus menutup radio yang memutarkan lagu `Janji Manismu' dendangan Aisyah. Lagu itu membuatkan saya bertambah sedih... Saya tidak mahu dengar.
 
Ikhlas cakap saya tidak tahu apa yang tuhan mahu tunjukan. Mungkin dia mahukan saya menjadi orang yang sabar...
 
Apabila saya sampai ke rumah saya terus mencapai botol klorok lalu menuangnya ke dalam baldi. Saya campur sedikit air dan biarkan seketika. Saya mahu basmikan kuman di dapur.

Saya mahu dapur saya hari ini lebih bersih dan kemas berbanding semalam. Begitulah motto dapur saya. Luas dapur ini kecil sahaja. Dengan hanya meletakn dua, tiga barang merata-rata ia sudah cukup menampakan dapur saya berselerak. Kapal pecah.

Kebersihan dapur hendaklah dijaga, bukan ruang tamu sahaja.

Saya basahkan tuala kecil dan mula bersihkan permukaan teabetok. Kadang-kadang ada semut halus atas teabetok ni. Dan pernah juga saya lihat cicak. Saya tidak pernah jumpa lipas di dapur saya tetapi saya percaya lipas ada di rumah saya kerana pernah jumpa di bilik air dan ruang tamu.

Sebab itulah saya pasang lampu di dapur bermula petang hari hingga pagi keesokannya. Kata cikgu saya lipas takut cahaya.

Saya tinggal di kawasan perumahan yang disediakan oleh majikan. Teabetok dia sudah lama, kicen kabinek dia pun dah lama. Ada bahagian yang dah reput pun... Masalah betul. Tapi tetap syukur kerana sewanya murah sahaja.

Teabetok yang ada boleh tahan, tetapi kabineknya sangat minima. Seolah tiada usaha untuk ke arah keceriaan. Mungkin sebab dah lama kot. Saya menggunakannya dengan berhati-hati bimbang pintu tercabut. He he he.

Pun begitu, saya bertekad "dapur saya hari ini lebih kemas dari semalam".

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home