Manusia memang hipokrit kerana ada sebab masing-masing tetapi janganlah terlalu hipokrit sehingga kawan-kawan naik rimas di belakang.
Saya bosan dengan sifat mega hipokrit kawan saya yang satu ni. Mahu saja saya `remove' bukan sahaja dalam geng wasap saya tetapi juga rasa nak `delete' saja dia dari arus hidup saya.
Saya rasa saya juga ada sifat hipokrit, dan setiap manusia lain juga ada sifat hipokrit tetapi tahap dan jenisnya tidaklah melampau-lampau.
Saya paling menyampah bila dia menunjukan imej yang baik di alam wasap dan di alam mayan juga, tuhan sahajalah tahu perangai laki bini ini.
Nasihat saya, janganlah ukur orang melalui mata atau alam wasap. Apa yang mereka paparkan mungkin bukanlah sifat sebenarnya. Rasanya para pembaca juga pernah mengalami apa yang saya alami. Kita akan rasa tertanya-tanya "dia tak sedar ke dia sangat hipokrit".
Tak kiralah pakai tudung sampai ke lantai atau berjanggung kalah Tok Janggut tetapi niat untuk menunjukan baik sangat tu janganlah seakan menjadi acara harian...
Abang Jan: Tunjuk baik juga tapi sekali sekala...he he he.
No comments:
Post a Comment