He he he... |
SEPULUH daripada sepuluh kawan yang saya temui melahirkan kegusaran mereka mengenai GST yang akan berkuatkuasa esok lusa. Bersungguh-sungguh mereka percaya GST akan menyusahkan kehidupan mereka.... Saya mendengar dengan teliti dan `buat-buat' bersimpati dengan mereka...
Saya tidak menyalahkan mereka kerana saya sendiri juga ada kekhuatiran akan perlaksanaan GST akan membebankan diri saya dan masyarakat amnya.
Jika dilihat dari sejarah negara-negara yang melaksanakannya, hampir seratus peratus Negara terus mengamalkannya kerana kesan perlaksanaan GST membawa keuntungan kepada negara dalam jangka pendek dan kepada rakyat dalam jangka panjang. Ini kerana kerana hasil kutipan cukai dapat digunakan ke atas pembangunan ekonomi dan sosial. Pembangunan ekonomi inilah akhirnya akan dinikmati oleh rakyat. Dan dalam kamus ekonomijan, tiada pembangunan tanpa inflasi. Ibarat tiada cinta tanpa airmata...
Namun begitu tentulah pembangunan ekonomi dan sosial `makan masa' untuk dilihat dan dirasai oleh rakyat. Contohnya lihat pembangunan bandar-bandar kita ibarat menanam benih hari ini, tak kanlah esok lusa dah berbuah.
Namun begitu tentulah pembangunan ekonomi dan sosial `makan masa' untuk dilihat dan dirasai oleh rakyat. Contohnya lihat pembangunan bandar-bandar kita ibarat menanam benih hari ini, tak kanlah esok lusa dah berbuah.
Dan maksud `rakyat' tadi adalah rakyat yang rajin...kalau rakyat yang malas, bangun tidor tengahari... Kita beri subsidi gajah rimau pun, dok gitu jugoklah...
Sesuatu yang baru, asing dan tidak difahami akan menyebabkan manusia berada di dalam kegusaran. Perkara ini memang berlaku sejak zaman kucing kirong lagi, maksud saya mereka bukan sahaja gusar tetapi juga menanam tanggapan yang negative. Seolah-olah habislah mereka bila ada GST nanti.
Saya tidak menyalahkan diri saya dan kawan-kawan saya seratus peratus kerana bagi saya kerajaan masih tidak cukup usaha dalam memberikan penerangan kepada rakyat mengenai keperluan negara kepada GST. Masa yang dimiliki bagi memberi kefahaman kepada rakyat mengenai kepentinagan-kepentingan perlaksanaan GST tidak digunakan dengan maksima. Contohnya perlaksanaan GST penting untuk membasmi pengangguran di kalangan siswazah kita. Bahawasanya GST akan membawa generasi akan datang ke tahap kehidupan yang lebih selesa.
Bagaimana pula GST dapat menghapus pengangguran? Mengapa bila kena bayar cukai tahap kehidupan lebih selesa? Haaa...di sinilah saya berpendapat penerangan GST tidak sampai ke akar umbi yang sebenar-benarnya. Hanya diulang-ulang `negara lain semua sudah buat GST...maka ia baik"... Haaa. Dan dicampur pula dengan isu politik, maka bertambah kaburlah pemahaman rakyat.
Mungkin keberkesanan positif perlaksanaan GST tidak secara langsung terhadap kita tetapi kesannya ke atas kesejahteraan hidup anak cucu kita pada masa akan datang.
Dan rakyat kita pula bukanlah jenis yang ingin atau suka mencari ilmu pengetahuan selain galak menghadap television pada lewat petang. Melihat drama adanya. Atau `main' telefon bimbit. Haaa..
Mereka ini terus berada dalam ketakutan yang wajar. Saya kata wajar kerana dengan pengetahuan yang hanya seciput, dan dengan fikiran negatif, memang layaklah mereka gusar!
Abang Jan: Gusar para peniaga akan `menaguk di air yang keruh"... Haaa...
No comments:
Post a Comment