Semasa saya membeli rumah, saya tidak menduga bahawa air boleh naik sehingga ke depan rumah saya. Dan sesungguhnya kawasan perumahan saya bukanlah kawasan banjir.
Namun, pada tahun 2013 air naik sehingga ke hadapan rumah saya. Dan tasik berdekatan rumah saya `tenggelam'. Saya sangat risau sehingga saya berniat untuk menjual rumah tersebut.
Tahun lepas negara dilanda banjir besar, namun air tidak naik di kawasan perumahan saya. Malah tasik tersebut tidak melimpah!. Sebulan sebelum banjir, jiran-jiran saya telah berusaha hubungi pihak yang terlibat untuk membersihkan saluran...
Kita tidak dapat meramal banjir dengan tepat namun kita kena berusaha. Tidak boleh menyerah sahaja.
Kita tidak dapat meramal banjir dengan tepat namun kita kena berusaha. Tidak boleh menyerah sahaja.
Jiran-jiran saya sangat perihatin, sebelum menjelang musim tengkujuh mereka `menggesa' pihak kerajaan tempatan membersih parit dan tindakan iti membuatkan saliran air yang sedia ada dapat mengalirkan air dengan lancar. Menyelamatkan kawasan perumahan.
Saya juga sebenarnya menjangka banjir mungkin lebih besar. Sebab itulah saya pindah semua buku. Saya letak semua karpet di atas katil dua tingkat saya. Saya bayangkan air akan masuk ke dalam rumah saya. Saya tidak tahu paras mana air akan naik tetapi saya harus buat sesuatu. Saya harus berusaha.
Saya harus berusaha...
Saya harus bersikap positif...
Saya harus berusaha...
Saya harus bersikap positif...
No comments:
Post a Comment