"Ramai orang semakin tidak mampu membeli rumah, dan lebih ramai lagi yang tidak mampu untuk membeli sebuah rumah yang selesa..."
- Abang Jan
Pada suatu petang saya memerhatikan gelagat jiran baru sebelah rumah yang sedang duduk rehat di atas bangku di hadapan rumahnya. Teringat saya suatu masa dahulu saya pernah terniat mahu membeli rumah jiran saya ini. Jadi tidaklah lagi rumah saya bergelar rumah semi D. Sekarang rumah saya bertaraf semi D.
Kalau rumah semi D ini direnovek menjadi sebiji, ia akan jadi sebuah rumah yang besar. (gambar dari internate0 |
Sebenarnya bertahun rumah sebelah saya ni kosong. Sekarang ada satu keluarga menyewa rumah tersebut. Saya mendapat jiran baru. Jiran paling dekat.
Jiran saya ada memaklumkan rumah tersebut tidak mahu pemiliknya jual walaupun dengan harga RM250K. Walhal lima tahun dulu harga tidak sampai RM200K. Dan sebenarnya saya juga tidak akan menjual rumah saya ini walaupun dengan harga RM300K. (walaupun saya membelinya hanya lebih kurang RM200K).
Apabila kadar upah dan gaji tidak meningkat sejajar dengan kenaikan hartanah, maka akan wujud masyarakat yang tidak berumah pada masa hadapan. Rumah teres juga sudah berharga lebih dari RM200K. Dan ia tetap mendapat sambutan.
Bila kita tidak mampu membeli rumah, kita mungkin akan menyewa rumah. Dan di kawasan-kawasan tertentu sewa rumah teres lebih dari RM1K...
Saya tidak berbohong...
Oleh sebab itulah saya (kita) harus sangat bersyukur dan sayangi rumah kita... Tidak semua orang mampu miliki rumah dan lebih ramai lagi tidak mampu miliki rumah yang selesa.
1 comment:
betul sangat, angah pun entah bila dapat tinggal dirumah sendiri haih!
Post a Comment