Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, May 30, 2014

Team Building Janda Baik: Teratak Malaya






















Team Building Janda Baik: Beberapa jenis muka saya...

Muka kena tidor ala asrama...
 
 
Muka menunggu nasi...

Muka mengada lebih



Muka bila terkeluar dari kumpulan...

Muka dengan kawan baru...

Muka memegang hadiah...



Muka sebagai duta jam tangan...

Muka bila nasi sudah tiba...
Adnan kelihatan galak, saya kelihatan jinak...


Team Building Janda Baik: Aktibiti membasahkan badan...

 
Aktiviti membasahkan badan ini akhirnya membuatkan otot-otot saya Berjaya mendapat MC selama 2 hari. He he he.
 
Kami melawan arus sungai sepanjang setengah kilometer. Seronok sangat tapi lenguhnya datang kemudian. Saya tidak biasa lasakan badan, acara paling lasak yang pernah saya buat ialah halau kucing jiran...yang menganggu saya ketika goreng kerepok.








 
Kelihatan saya sangat penakut...


Bagus jugak aktiviti ini, dah bertahun tak turun ke sungai...

Team Building Janda Baik: Membina stadium dan menara menggunakan straw...


Madi sedang menerangkan stadium kacanya yang sangat modern...



saya turut menerangkan menara yang paling tinggi dan kononnya kukuh tersebut...



Dalam waktu yang amat singkat, mereka Berjaya membina menara dan stadium...



Pelik laaa menara tersebut tetapi teguh...







Team Building Janda Baik: Fantastik, Bombastik, Plastik!



Kumpulan saya yang berjenama `Fantastik, Bombastik dan Plastik' ini terdiri daripada 10 orang. 3 lelaki 7 perempuan. Nama kumpulan ini lahir begitu spontan sahaja. Ini kerana setiap pogram tidak diberikan masa yang panjang. Ketua kumpulan adalah Jack (Zakaria), berbaju belang.
 
Ketika nama kumpulan dibentuk, jiwa raga saya masih lagi menghintung `lambat lagi ke nak habis team building ini", he he he. Namun saya rasa orang lain juga, ada yang begitu...

Rindunya nak balik rumah...haaaa
 

Team Building Janda Baik: BATCH 5 23 - 25 MAY 2014

 
Sepanjang ber`team Building', saya sempat juga mencuri masa mengambil gambar ahli kumpulan saya. Malu rasanya mengambil gambar orang yang kita tidak berapa kenal.

Yalah, kalau orang yang kita tak kenal ambil gambar kita, cam na rasa? Haaa...
 
 




Namun mereka semua baik-baik belaka dan tidak sombong. Saya tidak sempat buat banyak lawak sebab saya tidak mengenali mereka. Saya melihat ada di antara mereka sangat akrab. Mungkin sebelumnya mereka adalah kawan.

Saya terpisah dengan Adnan, namun jika ada waktu, saya terus berjumpa dengannya. Lagipun kami tidor sebangunan.

Saya terasa lucu pulak apabila Adnan disuruh menyanyi...
 
Bagus juga Team Building ini. Ia dapat memenuhi kehidupan saya yang biasanya dua kali lima sahaja jadualnya. Maksud saya jadual biasa setiap hari. Kini dapatlah saya jumpa kawan-kawan baru. Walaupun sekejap saya hargainya kehadiran mereka.


Tidak bagus mempersiakan kehidupan. kalau ada peluang pergilah ke tempat baru, dapatkan kawan baru yang berbeza dengan kita. Y not?. Melihat pemikiran orang lain, dan cara hidup mereka.

 

Kebanyakan mereka masih muda, sayalah yang paling tua. Saya doakan mereka menjalani kehidupan yang baik. Jangan ada perpisahan seperti diri saya.

Sepasang angsa itu, bercintalah sampai mati...



Dalam kehidupan kita terlalu banyak ketidakpastian. Namun kita selalu harus melakukan yang terbaik...sesame makhluk.
 
 


 
Waktu gembira, bergembiralah... Pandang dunia yang luas...





Semoga berjumpa lagi....

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home