Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, October 31, 2011

Pantun buah salak

Buah salak di atas para,
Kulit keras semacam duri;
jangan hidup meracun lara,
Kekasih lari jagalah diri.


Buah salak buah idaman,
Ibu mengandung sembilan bulang;
Kekasih curang ada hukuman
Itu tanda adilnya tuhang


Makan salak di tepi perigi,
Tertelan butir jumpa pawang;
Tertangkup langit dengan bumi,
Kasih suci tetap tak hilang.

Hati rungsing di Pasir Salak,
Dendangkan lagu Sri Serawak;
Buah salak sangatlah enak,
Kena yang manis rasa berlemak.

Jan: Pantun lara koleksi jangkaulu.

Seorang pak cik dan sekilo salak...





i

dalam hujan renyai
dalam bayu berpuput lembut
seorang pakcik (awal 40an) bermyvi
memecut laju balik ke rumahnya
memecut laju pecut berahinya
memecut laju kerana salaknya

ii

buah salak buah idaman
baru dibeli di gerai makcik
dek terpana terpana kesiankan makcik
dek terpana sayu mata adik...
dibelinya sekilo RM10.


iii

kalau yang jeruk,
dimakannya sampai sakit perut
bila perut sudah menyucuk
ke klinik akhirnya dia dicucuk...
suntikan doktor ubat RM25 (panel yang bayar, he he he).


(Dan sesungguhnya suntikan itu lebih mahal daripada buah salak yang dibelinya).

iv

sajak ini bukan sajak doktor
puisi ini bukan puisi suntikan...
bukan juga seloka gurindam
pasal ia seorang pakcik
tentang ia sekilo salak...

v

di rumah sampai rakus mengupas
di meja jati kulit dibuangi
salak mula dipunggah ranggah
salak satu busuk baunya
salak dua, tua hujungnya...

vi

Pak cik tidak marah
Pak cik tidak melatah
Hati tidak merekah

(Kalau 2, 3 tahun dahulu mahu dimarahnya (dalam hati) tetapi kini dia redha sahaja...)


vii

Dia tiba-tiba tersenyum!


Baca dengan teliti sajak moden di atas dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya;

a) Bincangkan tema dan persoalan yang cuba diutarakan oleh penulis di dalam sajak di atas.


b) Kenapa pakcik tu telah tersenyum? Berikan alasan berdasarkan kontek masyarakat hari ni.




jan: tiba-tiba kelu... (pulak dah)

Seorang makcik dan sekilo salak...



Pada sabtu yang lepas ketika hujan turun renyai-renyai dan bayu berpuput lembut, saya keseorangan diri ke pasar minggu. Entah mengapa tiba-tiba (sudah dua tiga hari) saya sangat terasa mahu makan buah salak.
Saya merayau seorang diri mencari gerai yang menjual buah salak. Sampai di hujung gerai, saya lega, saya nampak ada gerai buah-buahan. Saya nampak seorang makcik dan budak kecil jual buah salak. Saya suka buah salak, masa mak saya mengandungi saya, mak saya mengidam akan buah salak. Ayah dan tok key (ayah kepada ayah saya) saya panjat bukit mencarinya di Sungai Tong, Terengganu. Nampaknya sebelum kelahiran saya, saya sudah menyusahkan mereka...(baca dengan nada sedih, hiba dan redha...).
Tetapi posting ini bukan pasal mak saya mengandungkan saya. Ianya pasal seorang mak cik dan sekilo buah salak.
Dengan hati teruja (bagaikan peminat bola sepak yang ria kerana pasukannya menang), saya menghampiri gerai. Saya lihat selonggok buah salak berharga RM10. Memang ada yang murah sikit, tetapi saya beli yang RM10 sebab tentu sedap yang mahal (makcik tu pun beria kata sedap) dan sebab saya jatuh belas hati tengok makcik yang tanpa seurat rantai emas dan tanpa berbeg Hermes Birkin ((RM25,015 sebijik) atau Alexander McQueen (RM4,229 sebijik). Namun paling saya jatuh belas ialah melihat wajah sayu budak di sisi makcik tersebut. Mungkin itu cucu dia...mungkin dia yang bela cucu dia.
Selepas membeli, saya dengan lajunya (70km sejam) pecut balik ke rumah. Tak sabar rasanya nak makan buah salak, hati pula berdebar berahi. Tapi bukannya berahi seperti pasangan penganting menunggu malam pertama. Saya berahi (suka) buah salak.
Saya letak plastik atas meja terus rakus mengupas buah salak tersebut. Buah salak pertama...busuk. Buah salak kedua buruk di atasnya...


Jan: Saya maafkan makcik tersebut, saya halalkan segalanya... Saya redha...

Western countries 'failures'

By Agence France-Presse, Updated: 10/30/2011


Malaysia's Mahathir: Western countries 'failures'


Malaysia's ex-premier Mahathir Mohamad said Sunday that Muslim-majority countries should look east for development models and not at Western nations, which he described as "failures".

The outspoken former long-time leader, who is known as a fierce critic of the West, said countries like South Korea, Japan and China were "swimming in money", while Europe and the United States are mired in debt.
"Right now, there are so many problems with Western countries. The problem in the West is that they have borrowed too much and cannot repay. You cannot have that kind of a country as a model," Mahathir, 86, was quoted by the national news agency Bernama as saying.
"If you want to copy or learn something, learn from the successful people, not from the failures," he told an international conference on Islamic finance in northern Malaysia.
"So, we should continue to look to the East and not to the West. The West is going bankrupt," he said.
He attributed the debt crisis to greed.
"Greed will cause this. Today, we are seeing failed countries in the developed world," he added.
Mahathir ruled Malaysia for 22 years until 2003. During his tenure he introduced the "look east" policy to emulate work ethics and business techniques from Japan and South Korea.
jan: http://news.malaysia.msn.com/regional/article.aspx?cp-documentid=5468474

Lagi perihal penama KWSP...

Di sinilah titik bermula...




Saya ada membaca dalam majalah Solusi yang mengatakan `tidak akan mati syahid seseorang itu selagi dia berhutang'. Haa... Saya risau jugak, bukan risau tidak mati syahid atau mati tak kahwin, tetapi lebih risau sebab hutang merupakan sesuatu yang sangat besar bebanannya sebenarnya. Risau mati meninggalkan hutang sedangkan harimau mati meninggalkan belang jea.

Sebab itulah saya rasa penama KWSP adalah penting. Penama tersebut adalah seorang yang kita percaya bertanggungjawab agihkan duit kita. Tapi tulah siapa dia yea? Yang kita percaya?

Sebab kita nak pesan kepada dia agar gunakan duit tersebut terlebih DAHULU untuk membayar hutang-hutang kita. Hutang belajar, hutang kad kredit, hutang rumah atau kereta. Hutang kepada kawan-kawan juga.



Jan: Siapa yea yang kita nak jadikan penama?

YB tak membaca...



Ayah saya bergaul dengan ramai ahli politik. Sampai sekarang ayah saya masih lagi bergaul walaupun tanpa sebarang kepentingan, walaupun tanpa mendapat sebarang projek(he he he). Sebabnya ahli politik tersebut adalah kawan-kawannya.
Ayah saya selalu menempelak kawan-kawannya yang tidak rajin membaca. Seingat usia saya, ayah saya membaca setiap hari. Dan semasa saya mengambil SPM dan STPM, saya yakin ayah saya lebih banyak membaca daripada saya. walaupun tidak mendapat pendidikan tinggi yang formal, ayah turut membaca buku-buku ekonomi saya. Ayah tetap membaca walaupun saya rasa dia taklah faham sangat isi buku ekonomi saya, he he he. Ampun ayah...
Namun posting ini bukannya nak menyohol yang ayah saya rajin membaca. Mungkin ayah orang lain lebih 7 lori lagi rajin membacanya... Ia pasal membaca dan ahli politik kita. Ayah saya beritahu daripada percakapan dan penilaian yang dibuat oleh ahli politik kita, dapat dinilai ramai ahli politik tidak rajin membaca dan tidak tahu perkembangan terbaru bukan sahaja di luar negara tetapi dalam negara sendiri.
Ayah saya pernah menyebut ahli politik yang tidak membaca ini kemudiannya diundi oleh pembaca yang juga tidak membaca dan negara akan jadi taraf tahi lembu. Dan yang kelakarnya ahli politik dan pengundi tersebut tidak sedar, mereka perasan mereka maju...(sebab tak tahu yang orang di sekeliling jauh lebih maju, sebab tak membaca).
Melalui pembacaanlah kita dapat ilmu yang memberi input apabila kita berfikir atau membuat keputusan... membaca dan meneliti, dan berfikir. Barulah kita tidak turutkan hati sahaja...
Jan: Selalu turutkan hati...

Lagi pasal bola sepak negara.

Orang politik selalu ambil peluang. Bukankah politik tersebut adalah satu keadaan mencari kuasa, menambah dan memperkukuhkan kuasa?.Ya betul, bila harga tiket naik RM50, bila peminat terasa mahal pastilah ahli politik tumpang sekaki bersimpati dengan rasa hati rakyat, kononnya. Nak ambil hati. Kalau semua kata RM50 tu tak mahal, mati hidup balik pun ahli politik tak akan kata ianya mahal.


Peminat bola sepak yang ke stadium dapat subsidi, yang tidak ke stadium tengok depan tv tak dapat subsidi, he he he. Tak ke kelakar. Atas dasar hiburan pun ada subsidi dan atas dasar mana keadilan tersebut muncul?


Orang politik tidak membaca (yang diundi oleh pengundi yang tak membaca), he he he. Maksud saya membaca pelbagai bidang ilmu bukan membaca Harakah atau Utusan Malaysia sahaja. Pemikiran kita mestilah luas... Dapat melihat suatu isu dengan cara lain, bukannya kita sama-sama terheret dengan isu yang bukan isu. Pemikiran sempit.
Bagi saya perlawanan kali ini paling bermakna, bukan sebab negeri Sembilan menang atau Terengganu kalah. Bukan. Ianya bermakna sebab dapat melihat gelagat segelintir ahli politik dan peminat bola sepak kita yang tak tentu hala.


Jan: majulah bola sepak untuk majukan peminat bola sepak, he he he

Tahniah N 9



Tahniah untuk pasukan bola sepak Negeri Sembilan dan takziah untuk pasukan dan peminat pasukan bola sepak negeri Terengganu.
Saya berkesempatan jugak melihat perlawanan ini daripada rumah sewa saya di Muadzam. Saya tengok seorang diri sambil-sambil basuh kain, dan membaca majalah. Saya mengikuti dengan teliti separuh masa pertama, separuh masa ke dua saya agak lalai.
Dalam separuh masa pertama saya lihat penyu tak bertelor-telor... Separuh masa ker dua saya mula hilang tumpuan, he he he. Ya lah sebab tak minat...
Pelajar-pelajar saya yang berada di stadium sibuk mengirimkan gambar mereka (melalui hangpon) yang tengah berseronok dan melompat kat tepi padang. Saya tak dapat cam yang mana satu sebab muka mereka dicat hitam putih, he he he. Tak apalah, asal mereka gembira.
Saya tak nak komen apa-apa sebab saya tak pandai baca permainan, lagipun pengulasnya yang tahu serba serbi tu dah ulas macam-macam. Saya tukang ulas segelintir perangai lawak peminat bola sepak kita jea. He he he.
Cuma perlawanan peringkat akhir kali ini mungkin membawa impak kepada perlawanan akhir tahun depan 2012. Adakah negeri yang berjaya ke perlawanan akhir akan beri subsidi kepada pembeli tiketnya? Adakah ia akan mula menjadi tradisi? Kalau negeri miskin macam mana?Adakah harga tetap RM50 atau akan diturunkan? Atau dimahalkan lagi? He he he.
Jan: Tak payahlah fikir, sebab akhirnya jadi lawak jugak...

Friday, October 28, 2011

Kisah `maju'nya dunia bola sepak kita...



Tolonglah jangan heret isu saya ni banyak duit sebab tu tiket RM50 saya katakan murah. Itu isu lain, tak ada kena mengena isu yang saya cuba ketengahkan iaitu isu sikap sesetengah peminat fanatik bolasepak kita.
Masyarakat kita yang kononnya akan jadi warganegara maju (negara maju). Tetapi saya rasa setakat jadi warga paling kelakar jea lah...he he he. Jangan marah.
Kalau fanatik sangat, kenapa tak kumpul duit pergi tengok permainan bolasepak taraf dunia yang dah gerenti berbaloi...? Haa...
Sebenarnya mereka ni jenis menyalak jea lebih. Kuat kentut daripada bau. Di Terengganu, tiket yang dibeli dengan harga RM25 (selepas subsidi, he he he), telah dijual dengan harga RM45. Dan iannya laku dibeli!. Jualan tiket tersebut mendapat sambutan. Mereka mampu beli. Haaa...apa maksudnya? Fikirlah sendiri... Jangan cara berfikir pun kita nak minta subsidi. Kelakar.
Sudah terang lagi bersuluh... sudah jarang lagi telanjang, nak boikot? Kelakar gila, sebab tukang seru supaya boikot tulah dulu yang terpacak nak tengok... Biasanya gitulah. He he he.
Minta maaflah kalau ada yang terasa, sebab saya rasa nak tergelak jea bila sebut hal peminat bolasepak kita. Tapi tentulah bukan semua begitu, tentu ada yang ada otak...
Jan: Yang paling kesian, penyokong yang beli tiket mahal dan pasukannya nanti kalah! Masa nak pulang tu mesti sedih...marah.

Titah Sultan Ahmad Shah



"Sebelum harga tiket ditetapkan, ia telah dikaji kewajarannya oleh sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab".
Itulah titah Sultan Ahmad Shah yang juga presiden FAM mahu kedua-dua penyokong pasukan mengenepikan isu kenaikan harga tiket dengan datang beramai-ramai ke stadiung bagi menyokong pasukan masing-masing.
Mengulas kejadian Wisma FAM dilempar cat merah kelmarin, Sultan ahmad Shah bertitah, polis sedang menyiasat insiden tersebut."
Ini (lempar cat) tindakan orang bodoh, dia hendak lari ke mana? Kita (FAM) telah maklumkan kepada pihak polis dan biarlah mereka (polis) menyiasat mengenai insiden ini" Titah baginda.


Utusan Malaysia, 28.10.2011, m/s: 33,

Patik yang bernama Jan: Daulat tuanku...


FAM digodam! (lawak lagi...)




Jan: Laman FAM (Football Association of Malaysia) dah kena hacked. Bagus betul mentaliti peminat bola di Malaysia (bukan semua), sama taraf dengan mutu permainan bolasepaknya juga... He he he. Selamat datang ke Malaysia!

Thursday, October 27, 2011

Lawak subsidi...bola



Penyokong skuad penyu hanya perlu bayar RM25 sahaja, iaitu dapat subsidi potongan 50%. Dan jumlah tiket yang terlibat adalah 30,000. Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh menyatakan berita pemberian subsidi (hampir RM750,000 ) itu diterimanya daripada pesanan SMS menteri besar Terengganu.
Tentulah saya rasa bangga dan dalam masa yang sama saya rasa nak berguling bawah meja. Saya bangga kerana negeri Terengganu kaya dan MBnya baik hati. Dan saya rasa nak terguling sebab rasa lawak sangat...
Realitinya sukan bola adalah suatu jenis hiburan. Kalau pergi tengok bola seolah kena menebas dan bawak cangkul atau kena baca buku, mati hidup balik orang tak ramai pergi tengok bola. Sebab tengok bola rasa sedaplah, ramai yang rela bayar...haaa.
Di Malaysia ada tiga jenis subsidi yang nyata, pertamanya subsidi wang, kedua subsidi bantuan fizikal seperti mesen dan biji benih. Dan ketiganya subsidi kaunseling atau tunjuk cara. Contohnya tak payah bayar untuk dapatkan nasihat pertanian dan peternakan. Kita ada pegawai penasihat kambing. Kalau kita nak ternak kambing.
Yang lawaknya subsidi bola. Ya, ia melibatkan jenis pertama tadi, iaitu pemberian wang. Apa dia subsidi? Saya yang tak sekolah habis ni (masih tak buat PHD) mungkin tak pandai tetapi seingat semasa belajar di UM dulu saya diajar subsidi adalah bantuan. Bantuan untuk orang susah yang ingin memajukan diri, meningkatkan pendapatan isirumah. Subsidi juga diberi sebagai harapan pengeluaran boleh bertambah untuk memenuhi permintaan. Kira menolong pengeluar juga...
Tapi subsidi ni paling kelakar, subsidi tiket bola. Kesian kan, peminat bola sepak kita... Ya, mereka perlukan bantuan!
Tolonglah mereka...
Jan: Tolong-tolong...(he he he)

Ketika kukesat airmataku dengan lengang baju...

Ketika ku kesat airmataku dengan lengan baju,
awam tak membiru...
langit tak cerah, hujan tumpah...
Dalam perit rindu yang parah
Dalam sesak nafas harapan yang punah
aku bersumpah...

Kutolak motorku ke tepi longkang
kubuang helmetku di tepi jalan,
menangis aku macam budak
bersumpah aku macam Saiful...

Ketika kukesat airmataku dengan lengan baju
Aku hanya mahu mati
Aku hanya mahu pergi
Aku hanya mahu tiada
gagalku menolak rasa-rasa
walau esok tetap ada mentari...
tak kan sirnanya menerangi lagi

ketika kukesat airmataku dengan lenggang baju
tiada siapa di sisi aku
harapan hancur bertaburan
ceria cita-cita bergelempangan
terasa tiada apa lagi lagi kecuali tuhan
dan aku merayuNya...
untuk tunjukan satu kebenaran...

Jan: Jangan bersumpah tak baik, hidup akan tersekat, penuh dendam tak tersukat!

FAM vs FAN



Saya tak patut tulis pasal bola sebab saya tak minat bola? Saya tulis jugak...he he he.
Semasa saya buka FB, banyak penagihnya menceritakan tentang peminat (FAN) nak boikot FAM. Siap ajak ramai-ramai boikot perlawanan tersebut. Bagus juga kalau boikot sebab kita ada pilihan, kita boleh tengok kat Tv... kita negara demokrasi, he he he. Jangan marah.
Tapi berjayakah? Jadi ke nak boikot? He he he, sebab di negara kita tiket tetap habis dijual dan mungkin dijual di pasaran gelap dengan harga yang tinggi (dan ada yang beli). harga ayam naik pun kita tak mampu boikot...he he he.
Bila Terengganu lawan Negeri Sembilan, mana yang menang?
Jan: FAM lawan FAN, FAM akan menang...he he he.

FAM Bangsat?



Memanglah kos untuk pergi tengok perlawanan bola sangat mahal. Termasuk bayar minyak kereta/tambang, bayar parking, beli burger, air minirel, cikedis atau beli mercun (he he he, nak pasang dalam stadiung). Tapi...
Tapi kita ada pilihan (tengok dalam Tv). Memanglah tengok bola secara life dalam stadiung berbeza benar dengan tengok kat Tv. Memang macam tengok Anita Sarawak berbanding dengan nenek kita. Memang aura kat stadiung tak boleh lawan (Mawi kalah), dengan tepok sorak, tampar menampar, dengan suasana bingar dan bunyi letupan mercung (he he he, sebab ada orang suka main mercun dalam stadiung).
Lagipun ini perlawanan akhir, bukan perlawanang biasa. Harga pun tentulah luarbiasa. dan harap-haraplah mutu permainan pun luarbiasa. Jangan tak sampai klimaks, atau tercungap-cungap bawa bola. Atau passing bola tak sampai, atau asyik bola keluar padang. He he he.
Ke FAM tak ada duit? Tak ada duit nak bayar ke stadium (kos stadiung) atau untuk keselamatan? Maklumlah kena bayar jaga keselamatan sebab ada yang bawak mercun...he he he.
Jan: Saya pun bangsat jugak...he he he

RM50 tidak mahal...



Kita berbelanja beratus ringgit sebulan untuk merokok, kita ambil pakage Astro bukan yang paling murah (lebih mahal daripada jiran kita), dan kita bukanlah seorang penjimat elektrik (pasang kipas biung-biung tak tutup). Jadi mengapa bayaran RM50 tersebut dikatakan mahal?
Selalunya kalau minat, duit tak menjadi masalah kan? Tengok bola adalah suatu hiburan, ianya bukan keperluan. Walaupun kita minat giler, ia adalah kehendak. Ia adalah kehendak yang dapat dikelaskan tidak tengok secara life pun tidak memudaratkan. Pertunjukan pentas dan majlis makan malam jauh lebih mahal. Sehingga ada yang paling murah berharga RM350. Mengapa mengeluh.
Kalau nak tengok sangat, lain kali kumpul duit, RM5 sebulan... (tu yang payah kan?). He he he.
Jawapannya, orang kita kalau pasal bayar lebih terus melenting walaupun kerja macam siput babi. Rasanya tibalah masa memartabatkan dunia bola sepak kita (walaupun ada cara lain, cara ini boleh juga dilaksanakan).
Walaupun saya bukan peminat bola, saya rasa RM50 tidaklah mahal. Bagus juga tindakan memahalkan tiket ini, jangan jadikan permainan bola sepak menjadi satu pertunjukan murahan...oppss.
Jan: Free lagi bagus kan? kan?

Sri Sarawak



Jan: Layan...CD `Kenangan Lela Manja'

Wednesday, October 26, 2011

Muammar Abu Minyar al-Qaddafi (1942 -2011)

"Layar terkembang, kemudi dipaut...adakalanya hanyut ke tepi.."


Semasa mula berkuasa empat dekad lalu, cita-cita beliau adalah untuk menyatukan seluruh masyarakat Arab (yang gemar berpecah-belah kira semenjak zaman nabi lagi). Pada masa pemerintahannya beliau banyak memberikan sumbangan terhadap ekonomi negaranya, rakyat amnya. Namun beliau bukan sahaja bercita-cita besar untuk negaranya sahaja, beliau mahu negara islam mempunyai kuasa di arena antarabangsa. Sesuatu yang membimbangkan kuasa politik barat.



Malang sekali apabila ada sejumlah rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat. Pendidikan yang diberikan oleh kerajaan Libya membuatkan masyarakatnya menuntut hak kebebasan manusia tanpa batas (acuan barat). Adakalanya pendidikan dan kesenangan yang diperolehi oleh rakyat akhirnya mewujudkan masyarakat `cerdik' (perasan) dan memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa.



Campur tolak, kerajaan Libya ternyata telah menyediakan banyak kesenangan untuk rakyatnya. Contohnya pendidikan, perubatan dan elektrik percuma diberikan kepada seluruh rakyatnya. Nampaknya macam negara kebajikan kan? Libya mempunyai hasil minyak yang lumayan, kira beliau mahu rakyatnya merasa duit minyak.



Dalam bidang pertanian pula beliau mengutamakan pembinaan banyak terusan dan saliran untuk seluruh kawasan pertanian. Cita-cita beliau ialah untuk mengeluarkan makanan sendiri secukupnya. Bidang pertanian juga telah mewujudkan pekerjaan dan ini menambahkan pendapatan isirumah. Benih diberikan secara percuma kepada yang berminat untuk bertani.



Sistem kewangannya juga didakwa tidak mengenakan sebarang faedah atau riba'. Pembelian kenderaan dan rumah tidak dikenakan faedah. Ini semata-mata tidak mahu membebankan rakyatnya...



Jan: Setiap insan mempunyai kebaikan semasa hayatnya...hanya allah yang layak hakimi mahluknya..

Dari Sarawak ke negeri Pahang








































Jan: ...Selamat datang...

Selamat menyambut Depavali...







Tuesday, October 25, 2011

Perihal pergi bercuti dan tulis dalam blog

Sazali Abd Samad


Seorang rakan beritahu saya dia malu untuk ceritakan percutiannya di dalam blog... Saya bertanya kenapa pula jadi malu...? Dia beritahu sebab dia bercuti dalam negeri sahaja, bukan di luar negeri dan dia bimbang ada orang kata dia nak menunjuk-nunjuk.
Saya diam sekejap, tarik nafas dan teringat dulu ada juga rakan saya yang beritahu orang pergi bercuti di Sarawak ni adalah orang yang tak ada duit...
Ya la saya/kita hanya mampu dalam negeri. Tu pun sebab kita kumpul duit dan berjimat. Tak apalah, kita ukur baju dengan badan sendiri bukan badan Sazali Abd Samad.
Kalau orang nak mengata, mereka mengata jugak walaupun kita bercuti di Paris atau Milang. Dulu pun saya macam tu jugak. Saya malu dan selalu fikir orang lain fikir negatif, namun sekarang saya posting jea apa-apa walaupun saya berbuka puasa di gerai biasa (orang lain di hotel). Sebab saya memang orang biasa yang biasa-biasa sahaja.
Saya rasa gembira dan syukur kerana saya tahu ramai lagi yang tak berpeluang bercuti kerana banyak sebab (sebab duit kena belanja ke perkara penting yang lebih utama). Dalam hidup memanglah macam tu, tuhan beri kita tidak sama, sama sekali. Namun adalah hikmahnya yang kita terlalu dungu untuk fahami. Maka kita fikir positif jelah... (perenggang ini ketara ada unsur agama).
Jan: Tiap minggu bercuti ke Kuantan, di rumah singgah `Seribu Mawar'....he he he.

Sarawak semarakan seni budaya bangsa

Di tepi sungai yang ada laluan yang menarik, ada banyak gerai dan suasana malam yang meriah. Malamnya memang saya pergi jalan-jalan, ada pertunjukan kebudayaan dan hiburan. Sarawak ambil inisiatif untuk menyemarakan seni budaya.
Ada pelancung yang tengok seni budaya dan tarian kita. Mereka bukan sibuk nak membeli. saya perhatikan wajah mereka. Mereka gembira dan puas melihat pertunjukan tersebut. sarawak berjaya menarik perhatian mereka. tentu mereka nak datang lagi pada lain kali.



Ada pertunjukan pentas nyanyian dan tarian yang hebat. Tarian seolah drama, ada cerita. Semua golongan kecil besar dan pelbagai kaum ada mempersembahkan tarian mereka sama ada moden atau kuno... ralit juga melihatnya.


Gambar di atas adalah kumpulan pelajar cilik yang buat persembahan. Saya ada menyuruh budak-budak bergaya untuk saya pukul gambar mereka. Mereka terus bergaya, sporting sungguh mereka, memang ada semangat kesukanan.




Bagus juga budak-budak jaman leni, setidaknya tahu juga bagaimana nak menari joget seni budaya ini. Kita sebuah tarian pun tak reti nak tarikan, hanya tahu tarian lenggang kankung saja. Itu pun kalau kita tarikan, mungkin berlaku gempa bumi...



Jan: Sarawak tahu ramai orang suka melancung ke negerinya.

Tak sah kalau tak membeli...

Memang semasa kami pergi, kami bawak sebuah beg kecil sahaja. memang ada niat nak membeli. Malah kami dah bayar kat airpot sejumlah wang untuk berat timbangan barang yang nak dibawa.

Mestilah kita nak beli barang bila kita bercuti kan? Setidak-tidaknya boleh dijadikan kenangan sebelum kita mati. Dan walaupun sebenarnya bila kita mati hanya amalan yang kita bawa, bukan barang-barang...(he he he dalam hati).

Saya perasan bila kami pergi tak banyak barang yang kami bawa tetapi tidak bila kami kembali, he he he.


Gambar di atas dipukul di airopot, kami sedang tunggu masa berlepas. Kelihatan Zul (yang nampak lutut) sedang bermain dengan komputer yang sekeping tu (tak ingat orang panggil apa, tab kot?). Mek Zue pula kelihatan tersenyum memegang sekeping kertas, mungkin slip penerbangan atau...senarai barang yang nak dibeli? He he he.

Amy juga sedang bermain komputer yang macam Zul tapi besar sikit. Mungkin Amy sedang mencari tempat menarik untuk kami membeli-belah. Dan akhir sekali Alia kelihatan masam sahaja. Mungkin dia sudah nak berbeli di airpot tersebut? He he he.




Gambar di atas kelihatan Mek Zue dengan tudung saji Sarawaknya. Dia nampak glamour bersama tudung sajinya terutama semasa di airpot. Dia sesuai jadi model tudung saji, nampak kurus sikit (puji ni...). He he he, ramai mata memandang.




Gambar di atas tu pulak masa nak balik, masa punggah barang ke dalam bonek kereta. Saya tak beli banyak barang sebab nak berjimat. Saya cuma beli set mangkuk kaca, table runner, beberapa helai baju, beberapa patung kucing setinggi lutut, kichen, gelang, perhiasan buluh gantung (yang bila ditiup angin berbunyi, saya beli dua nak gantung kanan kiri), beberapa kek lapis, ikan terubuk masin, dan lain-lain.

Memang semasa saya bayar duit tambang tempohari saya dah berniat nak berjimat...

Jan: Kita pergi melancong, bukannya nak membeli belah sangat...

Monday, October 24, 2011

Tabiat cuti kawan saya...



Saya ada kawan baik yang bila bercuti dia tidak bawa keluarga, kamera atau beli banyak barang. Atau beritahu kawan-kawannya termasuk kawan sekerjanya. Dulu dia mulai cutinya dalam negera sahaja, kemudian sekitar ASEAN dan sekarang dia giat bercuti di Eropah dan dia ada beritahu saya sekarang dia nak ke seluruh dunia... (dia belum sampai ke Mekah, he he he).
Saya ada sekali berpeluang mengikutinya ke Bali. Hanya kami berdua. Sebenarnya dia sudah acap kali pujuk saya bercuti dengannya ke luar negara tetapi saya biasanya menolak. Saya beritahu saya sibuk. Sebenarnya saya tidaklah sibuk sangat, cuma duit tak berapa sibuk dalam akuan saya. He he he.
Semasa bercuti dengannya dia beritahu dia tidak maklumkan percutian tersebut kepada staffnya. Dia beritahu bercuti adalah hal peribadi tidak perlu disebarkan. Dan dia bimbang ada pulak gatal nak mengikut atau mengirim beli barang. Katanya dia nak bercuti, bukannya nak tolong beli barang orang...he he he. Logik alasannya kan?
Dia juga tak bawak kamera sebab dia kata dia nak bercuti, bukannya ambil gambar. He he he. Walaubagaimanapun dia bernasib malang sebab sepanjang percutian tersebut dia jadi jurukamera saya. Saya posing giler sebab saya rasa ini mungkin kali pertama dan terakhir saya bercuti di Bali (sehingga posting ini ditulis, kenyataan tersebut masih benar).
Saya juga beli berhelai kain batik, lukisan dan barang-barang perhiasan. Kawan saya hanya beli satu lukisan! Saya yang galakannya beli. Sepanjang percutian kami ada pergi ke banyak kedai tengok barang-barang seni tetapi dia hanya menengok tidak membeli. Dia lebih suka melihat keindahan alam, naik kuda dan sebagainya.... Namun nasib baik kami ada satu persamaan yang ketara, sejak sama-sama belajar di UM dulu lagi. Ya, kami suka makan.
Kami makan di merata tempat...rasa pelbagai makanan, he he he.
Jan: Dia ada kol saya sebelum raya, ajak saya ke Bali lagi. Namun kali ini saya beritahu keadaan sebenar. Saya tak ada duit. He he he. Dan macam saya duga, dia tak percaya, he he he

Perlu ke kita bercuti makan angin?



Apabila kawan saya tiba-tiba minta duit bayar tambang ke Sarawak, saya termonolog " Eh jadi jugak rancangan nak bercuti tu rupanya. Ingatkan tak jadi, he he he." Dan bila hari berlepasnya makin dekat, saya tertanya sendiri perlukah aku/kita bercuti?
Akhirnya saya akui saya perlu juga pergi bercuti makan angin sebab:


1. Nak lari dari keadaan kebiasaan
Saya bangun awal setiap pagi, meredah hutan daun pergi ke tempat kerja (5 hari seminggu). Lepas parking jumpa kawan dan suasana yang sama. petang balik kerja, kemas rumah, tengok berita, baca buku dan tidor...
Hujung minggu memandu ke Kuantan, pergi kedai perabut dan nurseri...tengok wayang. Mungkin situasi ini sehingga seumur hidup? Waaaaa... Maka moleklah sekali dalam sekala yang lama, saya berada di dalam situasi yang berlainan. Kan?
2. Tenangkan fikiran
Jangan kata saya tak ada anak bini, hidup saya tenang dan boleh buat apa yang saya suka dengan bebasnya. Bukannya saya serabut 24 jam tetapi bila berada di tempat baru dan suasana baru, fikiran terhadap kerja yang tak pernah sudah (nescaya saya percaya kalau saya mati pun kerja saya tak habis-habis...) dapat saya lupakan seketika. Biar laaa fikiran kita `makan' benda lain pula.
Saya tumpukan kepada situasi baru. Biar fikiran tenang dan selesa.
3. Tak payah kemas tepat tidor.
Anita sarawak dan Ramli MS duduk kat hotel, mereka tak perlu nak kemaskan katil mereka. Dalam dunia ni banyak kerja lain lagi nak buat daripada kemaskan katil kan? he he he.
Saya suka tidor hotel. Pernah suatu hari dari Muadzam saya terus ke Hotel Istana. Niat nak ke rumah saya di Indera Sempurna tetepi sampai ke tempat lain. He he he, kesian gulai yang saya buat basi sebab saya tinggalkan dalam kereta. Entah kenapa tiba-tiba nak tidor hotel istana. Pelik.
Rasa semacam jea bila tidor hotel. Rasa gembira, terpelajar dan mewah. Macam orang berada, he he he. Dan bila nak tidor, buat-buat terlupa offkan Tv LCD, he he he.
4. Bertambah rapat dengan kawan.
Kalau kita pergi dengan kawan atau keluarga, kita akan bertambah rapat sebab kita sentiasa ada bersama dan buat keputusan bersama. Kita boleh tengok perangai pelik kawan-kawan kita, he he he. Contohnya dia bawa 4 helai tisu setiap malam ke dalam bilik air... mungkin dia berjampi untuk kekal muda. Ataupun kita baru tahu dia guna SK II untuk rawatan dan jagaan wajah! Wah! Atau dia tidor tanpa memakai seurat ....
5. Tengok cara hidup orang di tempat lain.
Saya ada tertengok perempuan seksi baru keluar dari Pub (kalau kat Muadzam, jangan harap nak tengok)... Dia dalam keadaan mabuk dan kemudiannya jatuh terjelepok depan pup yang hadap jalan raya. Dua kawannya yang juga seksi (tapi kurus) cuba menolongnya. Moralnya? Moralnya kawan-kawan dia baik dan selamatkannya. Kita ni kalau ada kawan yang pakai baju kurung 24 jam dan tudung 24 jam pun, belum tentu mereka tolong kita kan? Haa... nak suruh tolong ambik anak kita pun, penuh alasan.
6. Boleh buat masuk dalam blog atau FB.
Haaa...walaupun kita hanya bercuti di Sarawak bukan Paris, Landon atau Kilimanjaro, kita tetap boleh buat posting. Bukan nak nak menunjuk tetapi untuk kepuasan. Tapi kalau nak menunjuk pun tak apa, terpulang pada individu.
Dulu saya ada bercuti di Bali dan ada banyak gambar namun saya tak letak di Blog sebab masa tu sangat gemuk. Tapi kali ini saya nak letak gambar saya bercuti di Sarawak dalam blog sebab nampak kurus dan handsum pulak (prasan), jangan marah, he he he.
7. Jadi bermotivasi, lebih perasan dan lebih produktif.
Bila balik dari bercuti biasanya kita dapat semangat baru dan azam baru. Saya rasa segar dan lebih baik. Saya rasa seronok bila buka bungkusan barang yang saya beli. Saya nak letak juga barang yang saya beli di pejabat. Saya berdoa dalam diam biar rancangan nak bercuti ke Singapura akan menjadi. Saya tak pernah ke Singapura tapi pernah makan laksa Singapor tu.
8. Boleh balas balik kichen
Kali ini saya bolehlah balas balik kichen yang kawan-kawan saya beri. Kawan-kawan saya ramai yang beri kichen apabila mereka pulang dari bercuti. Sekarang saya pula akan hadiahkan kichen itu. Kichen tu membawa mesej `aku pun boleh bercuti juga' atau `aku baru balik bercuti'. Boleh pilih yang mana satu. He he he.
Jan: suatu hari nanti saya akan cuti terus dari dunia ini...

Sunday, October 23, 2011

The LimeTree Hotel






The facilities available:
100% non-smoking rooms. Smoking is restricted to outdoor areas and the rooftop.Concierge services @ LobbyBusiness Centre @ LobbyGroup activities and tours available upon request and with prior arrangementComplimentary unlimited wireless internet access throughout the hotel for guestsComplimentary newspapers available upon requestPrayer room / Surau @ Fourth floor24-hour security with personnel and CCTVSecure basement parking (due to limited spaces, guests are advised to call for reserved parking)Safe deposit boxes available @ LobbyDisabled-ready public restroom in LobbyIron and ironing board available upon requestLaundry and dry cleaningCar rentals and airport transferNo pets allowedIn-house doctor




Room Type Rate(RM)



Superior 130



Deluxe 140



Executive Deluxe 180



Executive Suite 240



Family Suite 380



Royal Suite 440




* Rates above are exclusive of 5% government tax and 10% service charge.
* Each room comes with complimentary breakfast and unlimited wireless internet access.
* To book, please submit a reservation or call +6082.414600.
Check out their website at http://www.limetreehotel.com.my/




Sekarang saya sudah 3 hari berada di Sarawak atas urusan jalan-jalan. Posting ini saya tulis di lobi The LimeTree Hotel. Ini kali ke 2 saya bertandang ke Sarawak. Kali pertamanya ialah 4 tahun dulu. pada ketika itu saya datang untuk berketar bentang `project paper'. Dulu saya fokus kepada pembentangan saya, hati selalu kecut.

Tapi kali ini lain, saya boleh jalan-jalan dengan bersenang hati. Saya menginap di hotel LimeTree (The), kawan saya yang tempah dan uruskan segalanya. Beliaulah yang uruskan tiket penerbangan saya, pengangkutan di tanah Sarawak dan makan minum. Rasa macam seleberiti pulak. Saya cuma kena uruskan duit saya sehingga sampai ke tangannya je, he he he.

Saya datang untuk jalan-jalan sahaja. Saya tak beli banyak barang. Lagipun saya kena simpan duit untuk ke Singapura pula. Tapi posting ini mengenai hotel kan? He he he.

Jan: Hotel ini...maklumat sudah saya `kat' and `pes'kan seperti di atas.

Thursday, October 20, 2011

Jawapan sebenar

Salam untuk saudari JMB, Terlebih dahulu saya ucapkan berbanyak takziah kepada saudari kerana bukan sahaja tidak lawa, tak ada degree, anak ramai dan suami mati...malah dapat bapa mertua yang `tok pok' (tak boleh pakai).

Semuga saudari tabah giler menghadapi dugaan hidup dan ada laaaa nanti bala musibah menimpa pak mertua tu... tak esok, lusa... Haaa...

Berhubungan dengan masalah tersebut, mengikut peraturan dan undang-undang, pihak KWSP memang sah tidak bersalah sebab mereka berikan wang tersebut pada penama yang sah. Tak perlulah saudari buat `drama minggu ini' di pejabat KWSP seperti mana kawan saya berdrama di Bank Rakyat. KWSP hanya menjalankan kerja sah mereka.

Masalah ini bermula sebab bapak mertua saudari jenis tak berhati perut, tamak haloba, haji bakhil bin kedekut. Kalau dia dah mengaku semua duit tersebut duit dia, atas dasar jadi penama, patut la bagi juga penampar kat dia, he he he.

Sebenarnya pengetahuan bapa mertua saudari cetek sangat pasal soal waris-waroh ni...(atau dia tahu tapi buat-buat tak tahu sebab tamak?). Sebenarnya penama KWSP diberikan duit KWSP tersebut untuk diagihkan kepada pewaris yang berhak. Mengikut islam kalau ada anak lelaki, anak lelaki tersebut juga berhak dapat duit ini. Haaa...penama bertanggungjawab sepenuhnya membahagiakan wang ini ikut hukum faraid ni. Dia tak boleh monopoli sorang. Wang KWSP tersebut bukan wasiat! Hodoh betul perangai pak mertua awak. Silap-silap dia makan duit anak yatim (duit yang sepatutnya anak awak dapat).

Ikhlas saya cakap, saya rasa amat tipis jika saudari nak dapatkan balik duit tersebut. Sedangkan ayah kandung dan anak kandung pun bergaduh pasal duit. Inikan pula awak menantu dia (yang dah la tak lawa, degree tak ada).

Hanya satu jalan sahaja. Bersemuka dengan lembut dan beritahu bapa mertua `Penama' bukan menjadi pemilik wang simpanan KWSP suami saudari tu. Penama sebenarnya diamanahkan oleh orang yang menamakannya untuk mentadbir harta berkenaan supaya ia dapat diagihkan mengikut hukum faraid dengan segera. Sebab tu la kita/KWSP panggil penama! bukan pewaris! Tapi masa tu guna la suara yang perlahan, lembut dan buat muka sedih giler. Kalau boleh heret jugak anak 5 orang tu biar ada di sekeliling, suruh mereka buat-buat mata kuyu biar dramatik sikit. Anak-anak kita, cucu dia jugak kan? kalau dia ada hati perut tentu dia kesiankan cucu-cucunya.

Beritahu dia selow-selow. Sebenarnya saudari boleh menuntut wang simpanan itu daripada mentua bagi kepentingan puan dan anak-anak yang beriot (ramai) tu. Dan acah sikit yang perkara ini boleh dibawa ke muka pengadilan sebab anak kita sah DNAnya anak kepada si mati (suami saudara). Jangan ingat kita yang tak lawa dan tak ada degree ni tak boleh hereeet dia ke mahkamah. Haaa...

Tapi kalu boleh janganlah sampai ke mahkamah sebab banyak kes lain bertimbungan yang belum selesai dan bimbang pulak hubungan saudari dengan pak mertua menjadi seperti anjing dengan kucing...(saudara kucing, he he he). Saya cadangkan buat permulaan saudari cakaplah selow tok (perlahan dan berhemah), mungkin juga bapa mentua saudari jenis agak bebal dan gagal fahami konsep penamaan dalam caruman KWSP, dan perasan bahawa duit muit tu menjadi miliknya mutlak.

Beritahu dia kalau dia (bapa mertua) tak percaya, suruh dia rujuk ke peguam dan pegawai KWSP. Dan buat-buat lah kata, yang saudari tak akan kahwin lain kerana sayangkan arwah suami puan (anak dia) dan anak-anak(cucu-cucu dia)). Kata la yang kononnya saudari dah tak ada keinginan langsung nak kahwin lagi dan seluruh jiwa raga basket saudari, saudari nak tumpu kepada membesarkan anak-anak jea...(tapi kalau ada jodoh yang sesuai, y not kan? He he he).




Yang benar,


TTTT (4T)


(Teruna Tua Terlajak Terakhir)

Tanya Jankaulu 2

Soalan: Salam Encik Jankaulu,Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana selain daripada mencara hal keburukan rumahtangga kawan-kawan dan masyarakat Melayu kita, blog En Jan juga ada menyelitkan unsur ilmu pengetahuan, panduan (dalam bentuk sindiran) dan lawak jenaka yang ketara.
Saya ada satu masalah untuk dikongsi. Ceritanya begini, suami saya meninggal dunia setahun lalu akibat kemalangan jalanraya. Suami saya agak berada (walaupun tak handsum mana) dan berjawatan tinggi. Beliau ada meninggalkan harta yang kini dalam proses untuk mendapatkan surat faraid dan pentadbiran harta dari Mahkamah Tinggi. Itu tidak menjadi masalah kerana saya percaya pembahagian akan dibuat secara adil.
Apa yang menjadi kemusykilan saya ialah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) suami saya. Ia telah dikeluarkan tanpa menunggu surat pentadbiran harta dari mahkamah. Wang itu dikeluarkan oleh bapa mentua saya kerana dia adalah penama caruman KWSP suami saya. Beliau berkata saya dan anak tidak berhak langsung ke atas simpanan itu dan ia adalah wasiat daripada arwah suami.
Kini saya semakin menghadapi masalah kewangan kerana membesarkan 5 orang anak tanpa mempunyai kewangan yang sempurna. Usaha terbaru saya sudah bekerja semula untuk menampung perbelanjaan anak-anak dan keperluan kami. Oleh kerana hubungan saya dengan ibu/bapa mertua hanya suam-suam kuku, saya rasa saya tidak akan dapat sesen pun duit tersebut sebab mereka bertegas duit tersebut adalah milik mereka.
Saya sedar saya bukannya menantu pilihan mereka, walaupun saya sudah melahirkan 5 orang cucu mereka (lahir secara normal), mereka tetap tidak menerima saya seadanya kerana saya seorang sahaja menantu mereka yang dah la tak lawa tetapi tak ada degree.
Soalan saya apa yang patut saya buat?

Yang benar,

JMB

(Janda Malang Bertimpa-timpa)



Jawapan: Ambik degree dan sertai bengkel kecantikan.

Wednesday, October 19, 2011

Perlu ke kita buat Penama KWSP?

Kalau kita mati, tentu kita mahu duit kita digunakan dengan elok dan tak nak orang lain joli sakan atas duit KWSP kita. Apa lagi kalau duit kita tu digunakannya untuk cari pengganti kita yang sudah mati ni. Tentu kita rela jadi hantu sekejap untuk balas dendam... Kita huru-harakan pasangan kita yang gatal kahwin lain. Tak boleh ada duit sikit... Huh! Mentang-mentang kita mati, senang je dia joli duit kita!





Perlu! ha ha ha ha! Kah kah (sambil terbang ke udara)




Tetapi itu hanya boleh terjadi dalam novel seram atau cerita seram (hantu KWSP?). Hakikat di dunia nyata lebih pahit berserta maung, iaitu kita tak boleh jadi hantu...he he he. Kita tak boleh bangkit untuk balas dendam. Maka? Haaa...


Haaa...kita kena buat penama yang betul bagi duit KWSP kita. Kalau kita tak percayakan isteri/suami kita kita boleh buat cara lain...(tapi kalau tak percaya tak payahlah kahwin dengan dia daripada awalnya.).


Atas dasar apa yea kita nak beri mereka jadi penama? Saya rasa dasar yang pertama adalah atas dasar PERCAYA dan dia BERJASA pada kita. Mungkin orang yang telah banyak berkorban susah payah untuk kita. Nyamuk seekor pun dia tak izinkan ketik (gigit) kita.


Haaa...betul. Mak kita! Bukan apa, kita takut bila beri 100% ke pasangan kita, bila dia dapat duit bukannya nak belanjakan ke arah belanja kesenangan dan pelajaran anak-anak kita. Tapi dia belanja untuk buat anak dengan orang lain! Huh!. (Sedangkan kita tak boleh jadi hantu, he he he). Kalau kita beri kat mak kita, mak kita boleh ecerkan belanja untuk kesenangan cucu-cucunya...


Namun kalau kita rasa suami/isteri kita boleh dipercayai, tidak salah malah bertepatan jika kita berikan nama mereka sebagai penama. Kena ingat jasa mereka, mereka yang sudi sayang kepada kita sedangkan kita bukannya kacak, kaya, bijak dan berpakage. Dengan serba kekurangan ni dialah yang nak kat kita (sedangkan ada lebih dari 6 bilion orang kat bumi ini).






Terima kasih bang kerana jadikan aku penama KWSPmu... (sambil memeluk pasangan)





Kalau kita tak ada penama KWSP, keluarga atau waris kita terpaksa melalui proses yang sukar dan memakan masa yang lama untuk dapatkan duit KWSP kita. Sedangkan anak-anak kita perlu duit untuk teruskan kehidupan.


Bukan senang nak dapatkan Surat Kuasa Mentadbir, Sijil Probet (entah sijil apa ni?) atau Perintah Pembahagian dari pihak berkuasa tertentu untuk menyokong tuntutan simpanan KWSP kita tu.






Jan: Saya boleh jadi penama...he he he

Siapa Penama KWSP anda?

" Kalau kau mati sapa yang akan mewarisi duit KWSP kau Man?, Kau tak ada anak bini " Tanya kawan saya Mohamad Amirul Galam Yusri (nama samaran, nama betul dia tak komersial) iaitu seorang peminat setia air Mona V. Air Mona V ni mahal, lebih RM100 sebotol.

" Tak buat lagi, biarlah...nanti bila dekat nak mati aku buatlah, he he he. Kalau tak pun ikut hukum faraid la " Jawab saya yang memang tak berniat pun nak buat penama. Sebab bila saya mati, matilah... Itulah fikiran saya. Cetek.

" Kalau kita tak buat penama, nanti susah pewaris nak tuntut " Kata kawan saya lagi.

" Biarlah mereka susah, kan nak duit. Kenalah susah sikit, dok gitu? He he he ". Saya balas balik. Saya teringat air Mona V yang adik saya hadiahkan pada saya. Dia nak tengok saya sihat selalu. Tapi saya tahu benar air Mona V tak dapat sembuhkan hati yang patah...(pulak dah)

" Doh mung bui nama sapa? " Saya tanya.

" Bini dan anak-anak " Jawab kawan saya.

" He he he, nanti mung mati, jadi janda kaya la dia, dapat kawin baru" Celupar mulut saya menjawabnya. Saya memang begitu, kalau dah berkawan rapat memang peramah. kalau tak sepatah cakap-sepatah saya jawab.

" Dia (bini) pun letok nama aku, Mang" Jawab kawan saya.

" Oooo tunggu sapa mati dululah..."

" Tunggu apa? " Tanya kawan saya.

" Tunggu sapa mati dulu, dapat kahwin lain, he heh " Jawab saya. sambil berazam nak habiskan air Mona V tersebut.

Jan: Teruk betul saya kan, bergurau tak kena tempat...

Monday, October 17, 2011

Orang gaji adik saya...

Saya tidak suka campurtangan dalam rumahtangga adik beradik saya, saya bukannya seorang ibu mertua. Cuma saya pernah campurtangan sekali sahaja. Entah apa yang saya lakukan itu betul atau tidak, sampai kini tuhan je boleh hakimkan.

Ceritanya begini. Saya tidak suka dengan orang gaji di rumahnya sebab ia tidak menjalankan tugas orang gaji dengan cekap dan efisen. Saya senaraikan 18 kesalahan yang orang gaji adik saya buat dari pagi hingga pukul 10 malam. Antaranya bangun lewat, saya tak suka orang bangun lewat. Saya nyatakan senarai tersebut pada adik saya dan adik saya beritahu kepada suaminya, he he he. Patut tak?

Namun adik perempuan saya beritahu dia sudah sedar akan perkara tersebut dan katanya orang gaji tersebut hanya buat kerja yang minima dan temankan dia sahaja. Saya terus kata kalau begitu beri gaji murah sajalah, he he he. Teruk saya kan?

Tetapi kini saya sudah tidak masuk campur dah, Saya tegur apa yang patut je, he he he. Lagipun adik saya dah matang dan banyak pengalaman berbanding dengan saya yang tak pernah ada orang gaji.

Kalau ditakdirkan saya ada orang gaji, saya mahu yang pandai buat kerja tanpa di suruh. Dan yang penting orang gaji saya itu tidak penakut macam orang gaji adik saya.

Jan: Sebab saya pun penakut, he he he.

Salina binti Ishak: Bahagian 2

Apabila semua adik beradik saya kahwin satu persatu dan menjadi serius, tentulah saya bimbang jika adik saya iaitu Salina binti Ishak akan menjadi serius juga. Bagi saya bila berkahwin tak semestinya kita kena serius (atau buat-buat matang). Kita tetap boleh main-main, he he he.

Bila dia berkahwin, saya sajalah yang tinggal tidak berkahwin. Tentulah saya rasa tak sedap untuk membeli dan mengumpat. Namun alhamdulilah (unsur agama), walaupun dia berkahwin dia tak berubah, dia tetap macam remaja. Syukur kepada tuhan (lagi unsur agama).

Bila dia berkahwin, dia tetap suka membeli dan tak berjimat. Orang lain bila kahwin, mulalah nak berjimat. Bila kami pergi ke Sogo banyak barang yang kami beli. Biasanya kami pergi 2,3 hari baru selesai urusan pembelian. Kami sewa teksi dari Ulu Yam Bharu ke Sogo. Teksi tersebut akan jemput kami bila habis membeli.

Saya banyak persamaan dengan adik saya. Kami sama-sama berani berbelanja dan tidak menyimpan duit (mungkin juga gen ini kami warisi daripada mak, he he he). Kami juga jarang mendengar kata orang sebab kami selalu ingat kami yang betul, he he he. Dan kami juga sama-sama suka menyanyi. Cuma saya sumbang, dia ok. Dia adalah guru muzik dan bahasa Malaysia. Dia pernah mengajar saya menyanyi dengan key yang betul...

Tentu pembaca blog saya pun ada ramai adik beradik dan tentu ada di antara adik beradik tersebut lebih rapat dan memahami diri kita. Sehingga hari ini, adik saya ini masih rapat dengan saya.

Saya selalu ajak adik saya duduk berpindah di rumah singgah saya di Kuantan. Saya akan tambah bilik jika dia mahu. Tetapi adik saya mahu duduk dengan suaminya di Ulu Yam. Saya pun fikir alasan itu logik sebab tempat terbaik seorang isteri tentulah di samping suaminya... Itulah tempat terbaik seorang isteri.

Pun begitu saya suka setiap kali dia turun ke Kuantan. Kalau tak kerana dia selalu datang, tak adalah banyak barang dapur di dapur. Kini serba kuali dan periuk ada. Pisau hiris agar-agar pun ada...

Jan: Setakat ini saya tidak dapat membalas jasanya yang besar itu (jasa selalu berada dalam hati saya). Namun ada sesuatu untuknya bila saya mati...

Salina binti Ishak

Saya selalu menulis pasal orang lain. Kali ini pasal adik saya pulalah. Ini adik paling bongsu saya, nama dia Salina binti Ishak (nama saya Mohamad Sukiman bin Ishak, kami berkongsi ayah dan mak yang sama).
Saya panggil dia Ina. Dia panggil saya Abang. Dia adalah beradik yang paling rapat dan kamcheng sekali dengan saya.

Semasa kami remaja kami selalu pergi ke bandar Jerteh untuk `buat' rambut (masa remaja dia kurang tutup aurat, dia suka buat rambut pelbagai gaya semasa. he he he). Biasanya lepas pergi salung di bandar kami berbelanja hingga duit tambang pun turut habis. Tetapi tidak menjadi masalah sebab bila teksi sampai di depan rumah kami, kami suruh pemandu teksi tunggu sebentar sebab kami nak naik ke rumah mintak duit dengan mak...he he he.

Setelah dia berkahwin dengan pensyarahnya, dia menjadi guru di sekolah Cina di Ulu Yam Bharu. Ya sekarang dia tinggal di sana. Dia sangat istimewa sebab dia selalu tanya saya "Abang ada duit tak?". Bukannya dia nak pinjam tetapi dia nak pinjamkan saya duit. He he he... Saya biasanya akan pinjam duit dia sepanjang tahun dan bila awal tahun saya akan bayar sekaligus. Pernah saya pinjam sampai RM3K lebih tapi bila bayar, dia mintak RM3K jea, he he he. Bahagianya.
Gambar di atas ini anaknya Siti Aisyah dan Siti Sarah. Seperti biasa Aisyah dan Sarah suka bergaduh. Walaupun mereka perempuan, tetapi tetap bergaduh dan buas. Saya ada bertanya sama ada adik saya nak beranak sampai dapat anak lelaki. Dia jawab dia bsyukur dapat anak-anak sihat. Dan katanya, dalam permerhatian dia anak perempuanlah yang lebih perihatin jaga mak bapak... Emmm...

Saya pernah menalipon dia sambil menangis-nangis macam budak nak ais kerim. Dia `cool'kan saya. Katanya ramai lagi orang jauh lebih malang nasibnya dari saya. Bila saya rasa ramai yang lebih malang daripada saya, terus saya rasa lega....he he he.

Saya rasa bertuah sebab dia selalu ada dalam hidup saya...dalam saya susah dan susah dan susah, he he he.

Jan: Saya harap dia tak menangis pada hari perkebumian saya nanti...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home