Pada hujung semester biasanya ada pelajar yang masuk bilik khas untuk bergambar. Terasa glamour pula, bak artis di Jom Heboh. Saya tidak menolak bila diminta bergambar, saya anggap itu suatu penghargaan.
Saya tidaklah beria sangat, saya cuma sambat kot saya. Jarang saya pakai kot kecuali saya rasa handsum. Namun kita kena kelihatan kemas sebab gambar ni mungkin dibawa pulang ke rumah ditunjuk kepada mak ayah. Nanti apa pula kata mak ayah mereka jika kita kelihatan selekeh macam ditinggalkan kekasih, he he he. Atau mati bini...(Ibu Mertuaku).
Saya buat-buat gaya pensyarah yang berdidikasi...
Berbesar hati, ada juga pelajar nak bergambar dengan `Anuar Zain' Muadzam...he
Entah bila berjumpa lagi...semoga awak dapat kerja kat Bank Negara.
Jika kita bergambar dengan pelajar, kita kenalah senyum dan ceria walaupun tadi baru je hampir pengsang bila menyelesaikan soalan pengiraan dari Amerika Syarikat. Atau bini sms ugut jangan hadiri makan malam yang pelajar buat, sebab anak deman. Atau lain-lain alasan.
Yang penting kita mesti beria-ria macam artis baru nak menapak dalam dunia hiburan. Lihat gambar di bawah:
Yang penting kita mesti beria-ria macam artis baru nak menapak dalam dunia hiburan. Lihat gambar di bawah:
6 comments:
sir, kami warga Sixers (batch 6 uniten kshas) really thankful to all lecturers... 5 tahun dah berlalu, foundation+degree. rasa lama tapi sebenarnye sekejap. terima kasih sir untuk ilmu dan bantuan sir.. Malaysia economy, saya takkan lupa sir. =D
salam untuk semua, semoga selalu berjaya dan berani hadapi cabaran. jangan lupa terus tambah ilmu yang ada...
salam sir, ingat lagi tak saya yang bagi bunya manik kat sir(yang sir letak atas meja tue)???thanks sir atas segala ilmu yang sir bagi selama nie..
P/s: sir, saya dah ada facebook..hehehe
jgn lupa add saya: faraishah@hotmail.com
salam farah, thanks.
cantik sekali manik tu...sir jarang berfacebook, nantilah...
wow sir..sir sungguh brgaya...hidup sir sukiman!!!
thanks Sharifah Shafinaz
Post a Comment