Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, April 14, 2011

Belakang rumah saya




Setiap bahagian rumah haruslah diberi perhatian sama rata, maksud saya kita harus menjaganya, membersihnya semaksima mungkin pada setiap inci. Sebabnya? Sebabnya mudah, itu adalah rumah tempat kita tinggal. Bukan tempat beruang tinggal. Bukan sahaja ruang tamu, bilik tidor dan ruang makan, hatta dapur dan bilik air sekalipun kita mesti jaga, jadikannya menarik. Itulah yang cuba saya amalkan dan tanamkan di minda saya.


Begitu juga kawasan luar rumah kita, selain bahagian depan rumah yang kemas dan menarik, bahagian belakang rumah juga harus dititikberatkan. Namun apa yang sering saya dapati ialah bahagian depan rumah sahaja kemas, belakang rumah tidak kemas.


Di bahagian belakang rumah saya terdiri daripada belakang 3 buah rumah lagi. Dan kebetulan sisi rumah saya iaitu taman saya berhadapan dengan dua buah belakang rumah. Saya tidak mahu mengomel panjang, nanti ada yang akan kata "sapa suruh beli rumah macam tu?". Begitulah jawapan orang kita selalunya, selalu tidak fikir panjang mengenai perlunya mengubah minda.
Kadang-kadang rasa tidak sedap mata memandang kerana ada ketikanya jiran menjemur baju di pagar rumah yang kami kongsi bersama. Sakit juga mata saya memandang pemandangan di belakang rumah saya. Untuk buat tembok sepanjang 110 kaki memerlukan duit yang banyak. Namun terpaksalah saya memikirkannya jua memandangkan saya suka melihat kekemasan. Buat masa ini saya pejam mata sahaja melihat keadaan tersebut.


Saya ingatkan bila duduk di kawasan perumahan semi D begini dan kawasan agak bandar, penghuninya akan lebih peka terdidik mindanya. Teringat saya kepada usaha kerajaan untuk menyediakan kemudahan kelas pertama di beberapa bandar besar tetapi mentaliti masyarakat kota masih di kelas ketiga.


Jan: Selak bawak karpet, tengok apa ada? Huh!

6 comments:

Mama4Aqil said...

mcm mana agaknya pandangan tuan punya badan ni masa masuk bilik kewangan hari tu ya?agak-agak pening tak?

Adie Achim said...

"Bukan tempat beruang tinggal. "
Wakaka!! really make my morning! Ya saya amat bersetuju dengan hujahan itu.
Saya jadi pelik pada perangai yang selamba gaban membuat perkara yang tidak menghiraukan orang lain.
Saya duduk di flat apartment(ground floor) boleh hilang kewarasan klu tgk perangai pelik2!
Kekadang kalau sudah tidak tahan terpaksalah juga saya membersihkan sekali belakang rumah jiran kesayangan saya tu dengan harapan mendapat mesej.

Jankaulu said...

salam sarah amanda,

tersusun rapi. terkejut tengok kerapian dan kekreatifan. saya bagi 5 bintang.

salam Adie Achim/papa,

minggu lepas saya ke rumah saya tu, saya siap masuk dalam pagar jiran sebelah rumah, cabut rumput yg menjalar ke laman saya.saya harap dia dapat mesej tu, he he he.

Adie Achim said...

En. Sukiman:
Wakakaa!!! Saya suka itu! Mesej yang sangat jelas, telus dan ikhlas :)hikhik.

by the way sy nak ucap tima kasih sebab bagi idea dlm laman blog sy. Kini sy akan kerap menukar paparan imej blog. Yg sbnrnya sy cepat boring dan sukakan sesuatu yg fresh! Just like u did! TQVM!

Jankaulu said...

entahlah saya suka tukar, biar nampak berwarna warni kehidupan ini...

M said...

Kalau ada masa, encik sukiman buat buat bakar sampah kat belakang tu...curi curi bakar sebab membakar tak dibenarkan di sesetengah kawasan perumahan. itu je yang buat orang takkan sidai baju kat situ. -Asap-
;)

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home