Semasa proses pembelian, saya jadi pengkritik fesyen, sambil tak pasal-pasal menempelak jurujual sebab jual baju untuk orang muda-muda je. Mak saya nak beli yang ada sulang dan bermanik. Kebanyakan baju memang bersulang dan bermanik tetapi over sangat. Saya beritahu jurujual baju yang mereka jual macam baju angkasawan nak naik ke bulan, he he he. Jurujual tu diam je.
Salam...
Total Pageviews
Followers
Thursday, August 26, 2010
Baju raya mak...
Semasa proses pembelian, saya jadi pengkritik fesyen, sambil tak pasal-pasal menempelak jurujual sebab jual baju untuk orang muda-muda je. Mak saya nak beli yang ada sulang dan bermanik. Kebanyakan baju memang bersulang dan bermanik tetapi over sangat. Saya beritahu jurujual baju yang mereka jual macam baju angkasawan nak naik ke bulan, he he he. Jurujual tu diam je.
Wednesday, August 25, 2010
Harapan saya...
Atas sebab itulah saya mahu para pelajar saya jangan menganggap diri mereka kurang atau putus asa apabila tidak memahami pelajaran di dalam kuliah. Daya penakulan pembelajaran memang berbeza antara satu sama lain tetapi diakhir cerita pelajar yang rajin akan cemerlang dan berjaya dan dapat bertahan lama...
Pelajar saya sedang membentang kertas kerjanya...
Ada yang datang ke bilik minta bantuan cara buat projek paper yang elok...
Bila pelajar saya rajin dan dapat buat soalan tutorial, saya akan gembira dan mendapat kepuasan. Setakat ini tiada masalah, kebanyakannya membuat soalan tutorial yang diberikan dan selepasnya kami akan sama-sama berbincang. Saya benarkan pelajar saya memberi pendapat sebebas-bebasnya.
Saya selalu rungsing apabila memikirkan gelagat nakal pelajar saya. Saya bimbang mereka tidak membaca. Untuk menjawab soalan Malaysia Economy misalnya, mereka memerlukan pengetahuan yang luas melebihi apa yang saya ajari dalam kuliah. Mereka mesti rajin mendapatkan maklumat di sekitaran mereka.
Jan: Semoga semester ini mereka mendapat keputusan yang lebih cemerlang...
Tuesday, August 24, 2010
Mengumpat dalam FB
Saya tak aktif berFB, cuma pada awal buat Fb saja saya aktif. Maksud saya aktif membaca perbualan orang. Selepas itu saya jadi bosan dan tak ada masa nak berFB. Sampai kini saya tak berFB setiap hari. Saya hanya berblog hampir setiap hari. Bagi saya blog senang sebab kita menulis apa yang kita fikir dalam diri kita, dalam masa 5 minit dah dapat siap satu posting. Tak guna banyak masa kita. Sama ada kita nak menulis atau tidak sahaja.
Tetapi FB berlainan berbanding blog, ia lebih kepada laman sosial yang aktif. Saya pula jenis tak pandai sampuk, mencelah, mengorat jauh sekali. Tapi ada ketikanya saya alah pada FB, dan tak dapat kawal diri. Contohnya, ada kawan saya dalam FB yang mengumpat pasal seorang yang mereka tak suka. Mulut longkang dan sebagainya ada ditulis dalam FB. Pada mulanya saya membacanya sahaja. Lama kelamaan perasaan ingin tahu timbul. Tidak semena-mena saya campur tangan dan tanya sapa orang yang dimaksudkan dengan mulut longkang tu? Ya lah kan bila kawan-kawan mengumpat, kita nak tahu juga, he he he.
Selepas kejadian itu saya rasa tak selesa, sebab orang yang mereka umpat tu baik dengan saya. Percuma sahaja saya tahu hal buruk dia. Pendapat saya kita kena nilai sendiri atau terkena sendiri baru boleh buat keputusan. Mengumpat berskala besar ni memang best, tapi janganlah kita membestkannya lagi. Esok lusa orang umpat kita pulak sebab kita sendiri pun tahu kita taklah elok mana perangai. Ada yang mengumpat rakan sekerja mereka, majikan mereka, umpat suami/isteri masing-masing, dan ada juga yang mengumpat orang yang mereka tak kenal pun. Pelik tapi benar.
Jan: Selamat datang ke abad 21, bagaimana kehidupan manusia abab ke 22 ya?
Kalau direnung dalam-dalam...
Pajeri nanas
Pajeri nanas (Zoom)
Jan: ...kalau direnung cetek-cetek? Tuhan ignore saya...
Bunga api dan mercun
Peristiwa ini berlaku pada bulan ramadhan tahun lepas. Hari-hari dekat nak raya makin mengila orang kampung main mercun. Pihak polis ada memaklumkan pada adik saya yang mereka ada membuat rondaan tetapi bila meronda suasana sunyi pulak. Mungkin sebab pemain mercun tersebut nampak polis meronda. Sepatutnya polis selalulah meronda, tapi tak kanlah polis nak buat rondaan 24 jam, he he he. kena juga balik rumah tolong bini bungkus ketupat dan buat rendang...
Ketika adik saya menalipon polis, saya juga sedang main bunga api, he he he. Best jugak bila kita menulis huruf-huruf dengan bunga api. Biasanya saya mengeja nama sendiri... Pun begitu saya yang muda ni terkejut juga bila dengar bunyi mercun yang kuat di sekeliling kampung, kurus semangat rasanya. Apatah lagi yang tua tentu melatah-latah, luruh jantung.
Mercun yang power kalau salah handle dan terkena tangan tentu berkecai dan kudung. Selisih malaikat 44 dan 13.
Saya berpendapat kalau main mercun dan bunga api dalam skala yang kecil taklah memudaratkan. Kalau bermain bunga api mengikut peraturan dan cermat tak akan membawa bahaya. Orang tua kena la ada mengawas budak-budak main bunga api. Tengok jenis yang mana ok, yang mana bahaya, mengikut kesesuaian umur dan perangai budak. Tetapi jangan yang tua pulak lebih-lebih main, he he he.
Amboi terujanya adik ni... (sekadar hiasan...)
Dulu semasa zaman gembira ria, saya juga pernah main mercun das, mercun botol, mercun katak dan mercun ular. Kalau nak dramatik boleh main mercun ular, ianya slow je... Dulu masa kecil-kecil saya letak mercun katak dalam tin milo. Kuat sikit bunyinya. Sedap didengar telinga, he he he. Kalau tak caya cuba buat.
Namun saya lebih suka bermain bunga api sebab ia cantik dan kita boleh kawal. Bunga api pula ada dua jenis, satu tu guna besi halus, lepas main kena buang elok-elok sebab besi halus tu masih panas. Bila kita pegang kena hati-hati. Percikan bunga api jenis ni cantik dan cerah berseni berbanding dengan bunga api kertas yang membakar belerang yang dibalut. Yang kertas tu mengeluarkan asap. Mak saya selalu larang saya bermain bunga api jenis ni sebab asapnya boleh bawa kita ke asma.
Dulu banyak bunga api dan mercun dijual secara terbuka. Sekarang agak tertutup penjualannya. malah iada sesetengahnya dilarang. Dalam bulan puasanya terdapat banyak rampasan daripada penyeludupan bunga api dan mercun. Ada rampasan yang bernilai lebih RM400K. Besar juga jumlah tersebut.
Jan: Percikan bunga api dan mercun tak kekal...tetapi manusia tetap gembira menikmatinya...walau sekejap masa.
Minta hutang melalui FB
Saya jadi takut jugak, terus saya beritahu kawan-kawan (yang saya ada hutang dengannya) bahawa saya akan bayar hutang tersebut seperti mana yang dijanjikan. Kalau lambat pun memang ada aral yang benar-benar tak dapat dielak. Tapi janganlah mintak melalui FB, nanti students saya tahu saya jenis tak bayar hutang...
Saya berpendapat berhutang bukanlah sesuatu perkara yang memalukan, dalam dunia sekarang siapalah yang boleh lari daripada berhutang? Sama ada dengan kawan-kawan, sanak saudara, keluarga dan organisasi sah dan tak sah, semua terlibat. Hatta hartawan dan jutawan sekalipun mereka berhutang. Yang memalukan ialah kita tidak dapat bayar hutang yang kita hutang tu...
Saya bertanya pendapat kawan saya mengenai hal ini. Dia beritahu memang memalukan tetapi itu mungkin jalan terakhir yang digunakan. Maksud kawan saya mungkin si pemintak hutang dah mintak banyak kali (mungkin 8 kali) dan permintaan tersebut tidak diendah langsung. Mungkin dia harap sangat nak dapat duit tersebut sebab dia dalam kesempitan (bini nak bersalin atau dia sendiri nak bersalin), bila tidak diendah tentulah dia kecewa amat lantas memintanya melalui FB.
Akhirnya saya dalam dilema, kepada yang berhutang pun saya kesian, kepada yang beri hutang pun saya kesian... Nak salahkan ke wujudang FB tak boleh...
Namun begitu hutang tetap kena bayar....
Jan: ...kau berhutang air mata denganku, pada suatu hari dengan air matalah kau akan membayarnya... (tulis ala stail Mankisue...he he he)
Kain selimut pendek...
Sunday, August 22, 2010
Pada suatu hari raya...
Ayah buat ayam golek...
Thursday, August 19, 2010
Adnan bawa berita gembira...
Pantun Ramadhan: Versi Bazzar
Panas terik terpaksa berpayung,
Meniti pula jambatan reput;
Ramai orang berduyung-duyung,
Penuh sesak berlapar perut.
Pergi ke bazar bawa raga,
Mahu membeli serba maknika;
Hijau, kuning, merah saga,
Pelbagai juadah ada belaka.
Berpakaian seksi tak kira bulan,
Walau hanya ke bazar ramadhan;
Awas kita memilih makanan,
Kurang takpa terlebih jangan.
Ke bazar ramadhan hari selasa,
Pergi pula waktu senjakala;
Menjual untuk berbuka puasa,
Memang dapat banyak pahala.
Ada penjual sangat bergaya,
Soup dijual tak sedap mana;
Ternampak juga biskut raya,
Pelbagai jenis rasanya sama.
Duduk seorang tak bermanja,
Balut sendiri segala duka;
Makanan dihidang di atas meja,
Hanya tunggu waktu berbuka.
Jan: Selamat ke bazar ramadhan.
Tak pandai berFB
Wednesday, August 18, 2010
Saya harap dia tak sehandsum mana dah...
Tuesday, August 17, 2010
Pajeri nanas dan Maya Karim.
Sup tulang tak sedap!
Pantun Ramadhan (versi Terengganu)
Sembahyang subuh di sejuk pagi;
Rasa syahdu tidak terhingga,
Ramadhang datang menjelma lagi.
Tengah hari tiba-tiba hujang,
Angkat kaing di semua jemurang;
Rasa lapar memang ujiang,
Rasa letih memang mainang.
Pergi ke surau pakai selipar,
Semasa balik selipar hilang;
Bila kita terasa lapar,
Ingat kita pada tuhang.
Selepas raya berangkat ke mekah,
Tunai rukung tuntutang agama;
Mari kita giat bersedekah,
Menolong kita antara sesama.
Buang anak jangang sekali,
Pandai buat pandailah jaga;
Ramadhang datang setahung sekali,
Bersihkang diri jiwa dang raga.
Malang hari bangung berzikir,
Gandakang ibadat semayang malang;
Waktu berbuka jangang membazir,
Jangang jadi kawang syaitang.
Jan: arini buka posa laut apa?
Rumputku dan sebuah harapan...
Gambar 1: Masih ada kawasan yang tidak dilitupi rumput.
Saya ada menyuarakan cadangan nak buat tembok setinggi 8 kaki. Ayah saya kata `Nanti kesian pulak jiran belakang rumah'. Saya tak jawab balik kata-kata ayah saya, saya jawab dalam hati je. He he he.
Saya diberitahu oleh jiran saya yang lain, jiran sebelah rumah laman terbiar tersebut kerjanya bawa kapal terbang. Dia dah ada 3 buah rumah di Kuantan. Dia saja beli rumah tersebut sebab sederet rumah di kawasan tersebut adalah rumah adik beradiknya. Rumah dia paling mahal RM225K.
Rumput di laman saya sudah diperkatakan oleh jiran-jiran. Malah ada yang memuji direct depan saya. Katanya ` Man ni bagus, walaupun tak duduk tapi cara ke rumah'. Saya buat-buat senyum malu bagai anak dara yang dingorat Bangla.
Saya harap dengan keluasan tanah yang ada, dapatlah saya realisasikan impian saya nanti.
Selepas rumput telah tumbuh rata, barulah saya akan buat sebuah langskap yang bertema moden dan suci. Saya nak buat taman yang moden yang ringkas tetapi ada berseni.
Jan: Bagai kembang dalam taman... segar harum dan mewangi.
Monday, August 16, 2010
Orang kita: Lauk basi...
Cuba bayangkan lauk-pauk yang kita beli itu basi. Kita pula menyedarinya setelah berbuka. tentulah menjadi kesusahan bagi kita dan pembuka puasa yang lain (yang juga membelinya). Kita pun boleh faham bagaimana lauk-pauk boleh basi, proses penyediaannya kena tertib dan mengikut masa. Kesian pada pembeli yang membelinya.
Memang satu rahmat besar pada bulan ramadhan terdapatnya bertaburan bazar ramadhan dengan pelbagai jenis lauk dan kueh-muih. Bolehlah kita ubah selera atau kalau tak sempat masak kita membelinya. Ini memang kita tak nak nafi...
Namun kadang-kadang saya tertanya juga adakah makanan itu semua bersih? Kawan saya beritahu ramai yang menjadi bidang terjun buka gerai makanan. Mungkin itu adalah antara puncanya. Jangan terperanjat saya diberitahu ada yang sakit perut bila makan cendol yang dibeli...kesiannya.
Hari ini saya temankan seorang kawan ke bazar ramadhan. Saya dapati harga makanan juga mahal, kueh ada yang RM1 2 keping je sedangkan masa bulan tak puasa RM1 dapat 3 atau 4 keping. Dan tadi saya lihat satey ada yang harganya RM0.60 satu! Saya pernah beli RM0.40 sahaja masa bulan tak ramadhan.
Dan ada papan tanda iklan tulis. Ayam panggang seekor RM20, sebelah RM11. Mahal kan?, kalau ayam besar tak apalah...
Saya rasa orang kita suka mengambil kesempatan atas bulan ramadhan yang sepatutnya kita menjadi lebih pemurah. Tidak semestinya bila berniaga kita tidak boleh jadi pemurah... Entahlah saya pun tidak faham. Saya tak kisah sangat kalau makanan sedikit mahal tetapi bila kita beli sayur RM5 dapat sejemput je, tentulah kita tergaman macam dengar cerita ustad kena tangkap basah di bulan ramadhan...(mata dibulatkan, mulut nganga sedikit...)
Memang banyak rezeki tersalur daripada perniagaan tetapi dalam berniaga mestilah amanah dan jangan nampak untung sahaja. Buat makanan (walaupun jual) banyak pahalanya, apatah lagi dimakan oleh orang yang nak buka puasa, tok gitu?.
Orang kata kita kena berhat-hati dengan apa yang kita makan sebab `you are what you eat gitu...'
Jan: setiap kali ingin menyuap makanan, hati ini mengingatinya... Aku meratapinya sehingga akhir nafas...ini...
Sunday, August 15, 2010
Kasihnya ibu...
I'tiraf: Di mana hati kita...?
Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu
Catatan lagu:
Dah lama saya cari lagu ini, suatu waktu dulu lagu ni memang jadi antara lagu tema sebuah kumpulan agama yang diharamkan. lagu ni daripada album Syukur21, saya tak membelinya.
Mungkin kerana faktor umur, bila saya dengar lagu ni ianya semakin meresap masuk ke dalam jiwa saya. Entahlah...ia ada keunikan sendiri berbanding lagu `Bisikan Cinta' Kak Nita. Pun begitu saya masih tabik kerana lagu `Bisikan Cinta' liriknya cantik untuk gambar perasaan cinta setia sesama manusia...(yang tak ke mana kan? he he he).
Lirik lagu ini mudah, mungkin sebab itu mudah meresap masuk ke jiwa kita (dan mudah meresap keluar semula? he he he, no komeng)... Tetapi part lirik di bawahlah yang membuatkan saya rasa pilu dan insaf...:
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku
Friday, August 13, 2010
Hutang tertunggak
Saya dapat sms di atas lepas berbuka. Terus saya terkejut. Setahu saya, saya dah bayar semua pembayaran untuk bulan lepas sebaik sahaja dapat gaji. Dulu ada juga sms sebegini memberitahu saya tak bayar hutang kereta 2 bulan tertunggak. Terkejut saya. Namun rupa-rupanya bila saya cek dengan teliti saya tersalah nombor akaun, saya tertinggal satu nombor, nombor 7. He he he.
Saya bayar guna ongline. Bila bayar terus yakin je duit akan masuk diret kepada akaun yang diarahkan (memang le masuk kalau arahan dan nombor akaun betul, he he he). Duit 2 bulan tu rupanya tak masuk dalam akaun pembayaran hutang Bank Islam. Dia tendang balik semula masuk akaun Maybank yang saya guna secara online tersebut. Sebab itulah bulan tu rasa gaji lebih je...he he he.
Saya terus berfikir betul ke saya tak bayar, rasanya dah bayar semua. Kalau kena bayar nak ambik duit mana ya? Nak mintak dengan bini tentu bini tak bagi sebab bini pun tak ada. Ni dah nak tengah bulan dah...
Esoknya bila saya ke tempat kerja saya tidak terus talipon Bank Islam sebab takut hilang mood nak masuk ke kelas. Ya lah kan, saya bukannya orang berada. Kalau Bank Islam kata saya tak bayar, tentu saya rasa haru-biru, nak korek mane?.
Lepas habis semua kelas saya buka balik Maybank2u.com, saya cek penyata pembayaran. Dan dalam penyata tu tertulis jelas saya telah bayar pada 27 Julai lalu sebaik dapat gaji.
Lepas tu saya baru hubungi Bank Islam. Nak kol pulak bukan dapat terus. Kena pilih bahasa dulu, pilih penkhidmatan dulu. Lepas tu tunggu pulak sambil dengar loceng ding dang dang dan iklan-iklan dari Bank Islam.
Dan tidak lama kemudian dijawab mesra oleh khidmat pelanggang. Selepas salam menyalam, saya susun ayat sebaik dan semancho mungkin. Saya tak marah sebab kononnya saya dah bayar tapi masih dituduh tak bayar. Saya mulakan dengan rasa ragu-ragu, saya memang nak cek kot ada apa-apa masalah lain kerana saya memang dah bayar melalui ongline. Saya bukan berbahasa manis dan sabar kerana saya berada di bulan puasa, bulan tak puasa pun saya memang begini orangnya (perasan!).
Saya ceritalah sikit info yang saya cek dalam maybany2U, saya dah bayar. Selepas tu di nak sahkan diri saya. Dia tanya alamat, tanya nama mak dan sebagainya.
" Encik Sukiman, pembiayaan En Sukiman tertunggak sebanyak RM5". Katanya. Saya terus lega! Rupanya pembayaran memang telah dibuat tetapi tak cukup RM5 atas urusan pengurusan. Saya terus mengucapkan terima kasih. Dan terus buka Youtube dengar lagu Yayadan nyanyian Datuk Sharifah Aini sempena bulan ramadhan.
Wednesday, August 11, 2010
10 Cara Utama Pencegahan Kanser Payu dara
Akhirnya saya fokus kepada bagaimana kita nak mencegah daripadanya. Itu yang penting kerana kerap sangat orang kata mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Kanser ini boleh membawa maut dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja termasuklah lelaki. Kehilangan orang yang kita sayangi akan menyebabkan kita sekeluarga terasa sangat kesedihannya, bak cubit telo kanan, tetek kiri terasa...
Banyak juga artikal yang saya baca tetapi saya berpendapat artikal dari MAKNA (Majlis Kanser Nasional) yang paling lengkap (mungkin ada yang lebih lengkap tetapi tak dapat saya cari...).
Pakar Peruding Radiologi / Doktor Perubatan Nuklear
Majlis Kanser Nasional
Kanser payudara merupakan kanser yang kerap berlaku di kalangan wanita di Malaysia. Namun ia bukanlah yang paling merbahaya. Seorang wanita di Malaysia mempunyai risiko 1 dalam 19 untuk mendapat kanser payudara sepanjang hayatnya. Risikonya lebih tinggi di kalangan wanita Cina iaitu 1 dalam 14 dan India 1 dalam 15. Wanita Melayu mempunyai risiko yang terendah iaitu 1 dalam 24 wanita berbanding 1 dalam 8 bagi wanita di negara-negara maju.
Tidak dinafikan bahawa beberapa faktor seperti factor keturunan yang tidak boleh kita ubah. Namun, kita boleh melakukan banyak perubahan dari segi gaya hidup yang dapat membantu mencegah kanser payudara. Kami perturunkan di bawah ini 10 cara utama mencegah kanser payudara.
1. Kata “Tidak” kepada alkohol
Kajian mendapati wanita yang mengambil minuman berbentuk alkohol mempunyai kadar yang tinggi mendapat kanser. Berdasarkan kajian wanita yang mengambil 2 hingga 5 minuman setiap hari mempunyai 11/2 kali risiko berbanding wanita yang tidak mengambil alkohol. Satu gelas wain setiap hari sebagai contoh mempunyai risiko sebanyak 7 peratus. Risiko ini tidak termasuk faktor risiko yang lain seperti kaum, berat badan, sejarah kanser dalam keluarga, umur mendapat haid atau menapaus bermula. Jumlah kehamilan, faktor penyusuan anak dan penggunaan pil perancang atau hormon (HRT).
2.Berhenti Merokok
Tabiat merokok bukan sahaja dikaitkan dengan kanser paru-paru, malah juga kanser payudara. Wanita yang mula merokok di usia muda mempunyai risiko tinggi mendapat kanser payudara. Merokok juga berkait dengan penyakit jantung. Jika ada seorang yang merokok anda mempunyai alasan yang tepat untuk berhenti merokok.
3.Ambil tindakan bijak dengan melakukan senaman
Terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa aktiviti bersenam dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser payudara. Namun ini tidak bermakna anda perlu bersenam seperti Madonna (beliau dilaporkan bersenam sehingga 4 jam sehari yang mengakibatkan penceraian belaiu dengan suaminya). Adalah dianggarkan bahawa dengan hanya berjalan sebanyak 1.25 hingga 2.5 jam seminggu sudah cukup untuk mengurangkan risiko kanser payudara di kalangan wanita sebanyak 18 %.
4.Sedari mengenai sejarah kanser payudara dalam keluarga anda
Para saintis telah mengenalpasti baka kanser payudara yang rosak sebagai BRCA1, BRCA2 dan TP53. Ia merupakan punca kanser payudara berlaku di kalangan ahli keluarga. Jika anda pembawa salah satu daripada baka kanser payudara ini risiko anda mendapat kanser payudara seumur hidup anda adalah 85%.
Jika seorang saudara terdekat dalam keluraga anda mendapat kanser payudara, adalah penting untuk memberitahu doktor anda. Kajian genetik dan kaunseling disediakan untuk mereka yang berisiko. Walaupun ibu atau kakak anda mendapat kanser payudara, tidak bermakna anda juga akan mendapatnya. Perlu diingatkan bahawa kanser payudara berlaku mengikut nasib seseorang. Hanya 5 dalam setiap 100 kes mempunyai talian keturunan dengan baka kanser payudara. Lebih tua umur anda atau saudara anda semasa dikesan, semakin kurang kemungkinan ia disebabkan baka keturunan merupakan
5 Jauhi daripada mengamalkan terapi penggantian hormon (HRT) , jika boleh
Kajian mendapati terdapat pertalian rapat di antara pengambilan HRT untuk satu tempoh dengankanser payudara.Ini kerana kandungan HRT (ostrogen dan progosteron meningkatkan risiko mendapat kanser. Dianggarkan terdapat lebihan 19 kes bagi setiap 1,000 wanita yang mengambil HRT untuk tempoh 10 tahun. Bagaimanapun 5 tahun setelah berhenti faktor risikonya kembali normal. Jika anda perlu mengambil HRT dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu.
6. Periksa payudara anda setiap bulan
Ini merupakan langkah yang paling penting untuk anda. Langkah ini tidak akan mengurangkan risiko anda mendapat kanser payudara, namun ia dapat mengesan kanser di peringkat awal yang akan menjamin anda mendapat rawatan yang kurang agresif selain menyelamatkan payudara anda.
Anda boleh mempelajari bagaimana melakukan pemeriksaan payudara dengan betul dengan melayari http://www.thefamilygp.com/thefamilygp_tv.aspx?cid=2&vid=iLyROoaftXAu
Tujuan pemeriksaan payudara adalah untuk mengetahui payudara anda. Ia perlu dilakukan sebulan sekali. Caranya melibatkan penelitaan mengenai perubahan pada payudara anda dan dengupannya /pempalpatannya di samping mencari sebarang ketulan atau nodus.
Jadikan Pemeriksaan sendiri payudara sebahagian amalan hidup anda.
Memandangkan payudara setiap wanita adalah unik, dengan mengenali payudara anda, anda dapat mengesan sebarang perubahan secepat mungkin. Ini tidak akan berlaku serta merta, namun dengan mengamalkan pemeriksaan setiap bulan adalah cara yang paling selamat.
Anda perlu ingat bahawa 60% daripada kanser payudara berlaku di luar persegi teratas payudara. Juga 70% kanser payudara dikesan sendiri oleh pesakit dan dalam 90% kes ketulan yang terdapat dalam payudara bukanlah kanser.
7.Amalkan diet lemak rendah
Kita tahu bahawa ostregan memainkan peranan besar dalam perkembangan kanser payudara dan tisu berlemak mengandungi sedikit ostrogen. Oleh itu kegemukan meningkatkan risiko anda mendapat kanser payudara. Namun jika berat badan anda berlebihan sebelum menopaus risiko mendapat kanser payudara lebih rendah dan jika selepas risikonya lebih tinggi dari biasa. Ini kerana wanita yangberlebihan berat badannya kurang mengovumdari biasa. Jadi sel payudara mereka terdedah kepada kandungan ostrogen yang rendah. Selepas pasca menopaus, ostrogen anda dikaitkan dengan jumalh lemak anda. Lebih banyak lemak, lebih tinggi paras ostrogennya.
8.Jangan lupa menjalani ujian tahunan mammogram anda – Ia bukan satu pilihan
Seperti pemeriksaan payudara, ujian mammogram juga hanya mampu mengesan, bukan mencegah kanser payudara. Ini kerana ujian mammogram mampu mengesan ketulan yang lebih kecil berbanding melalui pemeriksaan. Juga ia mampu mengesan sel kanser yang tidak dapat dirasa dengan tangan.
Menjalani ujian mammogram adalah mudah. Ia tidak memerlukan seseorang itu berpuasa. Cuma anda dilarang menggunakan deodran atau bedak di bahagian ketiak dan dada kerana ia akan menggangu artifaks filem. Tunggu seminggu selepas haid untuk menjalani ujian ini apabila tisu payudara anda lebih lembut.
Oleh kerana mamogram dilakukan oleh radiografer wanita, anda tidak perlu malu melakukannya. Cuma anda akan rasa kurang selesa seketika dan ia mengambil masa beberapa saat sahaja.
Bila anda perlu menjalani ujian mammogram?
Garis panduan sedia ada untuk wanita yang tidak mempunyai tanda-tanda berkaitan payudara adalah:
Umur 35-40: satu mammogram diperlukan
Umur 40-49; mulakan mammogram setiap tahun
Umur 50 ke atas: lakukan mammogram satu atau dua tahun sekali bergantung kepada faktor seperti terapi penggantian hormone (HRT) dan profil risiko seseorang.
9. Berkeluarga awal jika boleh
Seorang wanita yang mempunyai anak di awal hidupnya mengurangkan risikonya mendapat kanser. Ini kerana ia meningkatkan jumlah protein p53 yang mampu melindungi mendapat kanser payudara. Juga mengandung menyekat kitaran haid seseorang wanita dan seterusnya melindunginya darpada kanser payudara dan serviks.
10. Amalkan penyusuan badan
Kajian mendapati tempoh tanap haid sewaktu mengandung dan menyusu badan mengurangkan risiko wanita mendapat kanser. Maklumat ini turut disertakan dengan data yang mencadangkan bahawa menopaus awal mengurangkan faktor risiko mendapat kanser payudara bagi seorang wanita.
Kanser payudara bukanlah satu hukuman mati. Dengan cara pengesanan yang lebih canggih dan rawatan yang lebih efektif, peluang untuk sembuh lebih baik. Namun, Kanser Payudara mungkin menjadi satu Hukuman Mati Akibat Kecuaian.
Tuesday, August 10, 2010
Perang paling hebat...
Berpuasa memang lapar dan memenatkan. Seharian bekerja dan bergerak tanpa makanan membuatkan kita rasa letih dan mengantuk. Rasa tersebut adalah akibat kita kelaparan. Namun kita teruskan juga kerja seharian dan fokus kepada tanggungjawab yang diberikan oleh majikan. Unsur lapar ini penting dalam berpuasa. Sebab itulah puasa adalah menahan diri daripada makan dan minum (dan perkara yang membatalkannya). Namun dalam lapar dan penatlah otak kita terfikir bagaimana ya orang yang tak ada makanan dan minuman? Ada yang lebih dasyat hadapi kebuluran, kurus kering tinggal tulang. Payu dara pun kecut je. Kalau otak kita tidak berfikir nasib orang berlapar tetapi tiap hari asyik berfikir berbuka nanti nak makan apa? Kita nilai sendirilah kita ini manusia jenis mana...?
Sekadar hiasan...
Seharian kita berlawan (bersabar), sehinggalah kemuncak peperangan tersebut kita benar-benar diuji. Diuji ketika kita menghadap juadah berbuka puasa (dengan limpahan makanan yang tak payah nak katalah..., pembasuh mulut dah pelbagai jenis, pembasuh perut?) Kalau boleh kita nak makan semua kan? Kita bagai setahun tak makan nasi... Bolehkah kita makan semua? Ketika berbuka puasalah ujian yang penting (mungkin final exam?). Kita boleh lihat siapa diri kita yang sebenar ( Tuhan apatah lagi...)
Dulu semasa perang Badar (perang pertama berskala besar, sebelum tu dah ada perang kecil-kecilan) sahabat nabi ada bertanya "Inikah perang kita yang paling besar dan hebat?"
Lalu Rasulullah SAW menjawab" Belum, Perang Badar bukanlah perang terberat.. perang terberat adalah perang melawan hawa nafsu.."
Jan: Selamat berperang dan semoga berjaya (ucapan dan harapan istimewa untuk pengunjung blog jankaulu.blogspot.com).
Monday, August 9, 2010
SADARI
1. Pertamanya, pastikan pintu bilik kita dikunci. Carilah masa yang sesuai untuk lakukannya. Kot-kot tengah leka memeriksa payu dara tiba-tiba anak masuk bilik, kalau suami tak apa (itu cerita lain).
2. Kalau boleh belilah cermin bentuk memanjang yang ada dijual di Giant. Gantung kat dinding. Senang kita nak lakukan pemeriksaan bukan sahaja terhadap kopek kita tetapi anggota badan yang lain (demi kesihatan). Kalau guna dressing table payah sikit kita nak tengok. Kita kena berdiri dekat dengan cermin.
3. Berdiri di depan cermin (duduk tak aci), lucutkan pakaian satu persatu seperti adegan erotik dalam filem-filem Indonesia lewat tahun 70an.
4. Setelah semuanya dilucutkan. Perhatikan payu dara anda. Jangan terkejut jika anda dapati saiz antara keduanya berbeza. Memang dalam keadaan normal, ukuran payu dara kiri dan kanan sedikit berbeda.
5. Setiap kali buat pemeriksaan, perhatikan ada ke perubahan ukuran antara payu dara kiri dan kanan dan perubahan pada puting susu (misalnya tertarik ke dalam) atau keluarnya cairan dari puting susu.
6. Perhatikan juga kulit pada puting susu. Adakah perubahan yang tidak memuaskan contohnya kulit mengerut.
7. Masih berdiri di depan cermin, kedua telapak tangan di letakkan di belakang kepala dan kedua tangan ditarik ke belakang (payu dara anda akan sedikit tertolak ke hadapan... gaya seperti artis baru yang baru nak naik, nak cari publisiti murahan).
Dengan posisi seperti ini maka akan lebih mudah untuk menemukan perubahan kecil akibat kanser. Perhatikan sekali lagi jika ada perubahan bentuk dan kontur payu dara, terutama pada area bahagian bawah payu dara.
8. Kemudian kedua tangan di letakkan di pinggang dan badan agak condong ke arah cermin, tekan bahu dan siku ke arah depan. Perhatikan perubahan ukuran dan kontur payu dara. Tengok kot ada bahagian yang jadi lengkok, menonjol atau telok kat mana-mana yang di bawah paras normal dan sewaktu dengannya.
9. Kemudian angkat lengan kiri. Dengan menggunakan 3 atau 4 jari tangan kanan, telusuri payu dara kiri. Gerakkan jari-jari tangan secara memutar (membentuk lingkaran kecil) di sekeliling payu dara, mulai dari tepi luar payu dara lalu bergerak ke arah dalam sampai ke puting susu. Tekan secara perlahan, rasakan setiap benjolan di bawah kulit.
Perlu diingat jangan guna unsur erotik kerana ia akan menjejaskan matlamat. Dont play-play with yourself gitu! Ini bukan masanya.
10. Tekan puting susu secara perlahan dan perhatikan apakah keluar cairan dari puting susu tersebut. Lakukan hal ini secara bergantian pada payu dara kiri dan kanan supaya terdapat keadilan untuk kedua belah pihak.
11. Sekarang kita tidak perlu berdiri. Kita kena berbaring secara terlentang dengan bantal yang diletakkan di bawah bahu kiri dan lengan kiri ditarik ke atas. Telusuri payu dara kiri dengan menggunakan jari-jari tangan kanan. Dengan posisi sebegini, payu dara akan mendatar dan mudah kita nak periksa.
Ok jangan lupa kopek kanan kita pula. Buat perkara yang serupa letak bantal di bawah bahu kanan dan angkat lengan kanan, dan lakukan pemeriksaan menyelusuri payu dara guna jari-jari tangan kiri.
Tips:
Jan: ..selamat mencuba...
Puting susu tertarik ke dalam
Kanser ini tidak mudah disedari sebab kita tak merasa sakit pada mulanya. Kita akan rasa sihat seperti biasa, mengumpat seperti biasa dan juga berFB seperti biasa, kita juga melawan cakap laki seperti biasa. Pendek kata kita normal.
Tup-tup entah macam mana pada suatu hari ketika menyalin bra, kita teraba payu dara kita dan dapati ada benjolan kecil pada payu dara. Ni kira kita bernasib baik sebab kita teraba, kalau tak? Nak tunggu benjolan tu sakit? Tapi tulah orang kita, bila sakit pun tak nak jumpa doktor, katanya boleh baik sendiri sebab dalam badan ada antibodi... (kita pulak jadi doktor).
Pada masa inilah sepatutnya kita cepat-cepat capai kunci kereta dan terus ke klinik berdekatan. Jangan buat selamba sahaja. Kita dah bernasib baik sedar adanya bonjolan sebelum rasa sakit. Lagipun kita mesti buat tindakan cepat sebagai tanda bersyukur tuhan sayangkan kita (unsur agama) dapat tahu benjolan tersebut sedangkan kita ni bukan jenis cara sangat ke kopek kita.
Selepasnya puting susu kita pulak tertarik ke dalam dan kita dapati kulit payu dara kita mengerut seperti kulit jeruk limau purut.
Menurut kata pakar, janganlah kita tunggu hingga parah baru nak jumpa doktor. Tak banyak doktor boleh buat kalau kopek kita dah rosak. Jangan tunggu ada benjolan dan rasa sakit. Sebab ada beberapa pesakit kanser payu dara dimulai dengan rasa sakit tetapi tak ada pulak bonjolan.
Kesimpulannya, pendek kata sapa-sapa yang mengalami rasa sakit di sekitar payu dara secara terus-menerus pergilah jumpa doktor. Gilah walaupun tak ada pun benjolan tersebut.
Sunday, August 8, 2010
Kanser payu dara
Apakah kanser payudara?
Kanser payu dara seperti juga jenis kanser lain ia adalah akibat daripada sel-sel yang berkembang secara tidak normal. Bagi kanser payu dara ianya berpunca daripada sel-sel dalam tisu payu dara yang berkembang dalam keaadaan yang tidak terkawal (tidak normal atau luarbiasa).
Jika tidak di kesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payu dara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati. Di Malaysia kanser ini paling tinggi dihidapai oleh kaum wanita dan paling tinggi membawa kepada kematian.
Apakah yang menyebabkan kanser payudara?
Penyebab sebenar kanser payudara tidak di ketahui. senang kata setiap kaum wanita berusia 20 tahun ke atas adalah berisiko menghidap kanser payu dara.
Daripada kajian dan penelitian oleh doktor-doktor pakar payu dara, mereka menyenaraikan beberapa faktor yang mungkin menambahkan risiko kaum wanita menghidap kanser payu dara:
1. Usia meningkat
2. Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.
3. Telah mendapat kanser pada satu payudara.
4. Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau
5. Putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
6. Tidak pernah melahirkan anak atau
7. Melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
8. Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.
Bilakan anda mula mengetahui mengenai kanser payu dara?
Sekarang bila saya dewasa, melalui pembacaan saya semakin sedar dan tahu akan kanser payu dara yang amat berbahaya ini. Saya berharap kita semua dijauhi daripada penyakit ini.
Kenali kopek anda
Perlu kita tahu payu dara kita bukanlah sesuatu yang tumbuh di atas tulang rusuk (maaf ya bukan nak dami tetapi cuba lihat gambar di atas sekali lagi). Payu dara kita berada di atas tulang rusuk yang sebenarnya terlebih dahulu dilapisi oleh otot-otot. Cuba pegang payu dara masing-masing dan cuba buat-buat tariknya keluar (pulak dah). Ya, ia sebenarnya hanya berada di lapisan otot kita tanpa ada hubungan berstruktur anggota dengan paru-paru, tulang rusuk hati atau jangtung. Oleh sebab itulah dalam keadaan biasa kita boleh operate/buang payu dara kita jika kita tak selesa dengannya.
Kepada yang berkopek besar [di daerah saya (Besut) kopek adalah panggilan bagi payu dara], tidak perlu takut. Kerana tidak semestinya siapa yang berkopek besar maka besarlah risiko untuk mendapatkan kanser payu dara. Saiz tiada kaitan, saya rasa fakta ini semua orang tahu, sengaja saya menulisnya, he he he. Namun oleh kerana saya bukanlah seorang doktor pakar payu dara atau dari badan profesional atau juri profesional, pengetahuan yang saya tulis ini hanya berdasarkan pemahaman amatur saya dalam penyakit kanser payu dara. Anda perlu mendapatkan kefahaman yang lebih benar dari doktor yang bertauliah. Duduk berbincang dan tunjukanlah kopek anda jika perlu, tanpa malu-malu.
Kita kembali kepada tajuk posting. Selain daripada kelenjar susu, payudara juga terdiri dari pembuluh atau saluran darah untuk menghantar oksigen ke sel-sel yang terlibat. Terdapat juga pembuluh-pembuluh atau saluran-saluran aliran lain yang membawa sel yang bertindak sebagai sistem imunitasi ke sekitar salur darah di kopek kita dan kawasan di persekitarannya.
Ia berfungsi mencegah kalau ada jangkitan yang berskala kecil. Sistem kelenjar imunisasi terletak dekat payudara terdapat juga pada bahagian ketiak kita, di atas tulang selangka kita di belakang tulang dada kita. Saling berhubung dan berkaitan.
Jan: Kita kena kenali dulu baru sayangi...
Friday, August 6, 2010
Kadang-kadang
Home
Labels
- 1000 MAWAR (47)
- Alahai... (25)
- Alam buku (31)
- Berangan... (11)
- Buku untuk dijual (12)
- Catatan peribadi... (43)
- dari skrin... (28)
- FILEM (35)
- Kawan... (35)
- Kebahagian (2)
- Kesihatan (49)
- kewangan (68)
- Kuantan (4)
- Lirik pilihan... (29)
- Mankisue... (15)
- Menyolo... (19)
- NUKILAN RASA (6)
- PENDIDIKAN (19)
- PML (11)
- POLITIK (3)
- Politikus (18)
- PUISI (13)
- Rumahtangga (53)
- SHARIFAH AINI (64)
- Sikap dan sifat (16)
- Untuk dijual (6)