Saya tidak ambil hati atau melenting jika ada pengunjung yang menulis atau memberi tindak balas yang tidak terduga di blog saya. Sudah lumrah, ada yang tidak bersetuju dengan cara penulisan saya. Saya cuba menerimanya secara terbuka, tetapi bukannya bermakna saya langsung tidak mengambil berat mengenainya.
Saya lebih suka menulis daripada melihat kesan penulisan saya...kerana kesan penulisan bergantung kepada individu...
Terkadang ada yang memberi komen mengenai penulisan saya di hujung bawah penulisan yang saya post. Saya suka membacanya, seolah penulisan saya dihargai... Dan ada yang memberi komen atau tindakbalas di bahagian `Pengunjung berbicara' (di kotak tepi blog saya yang selalu beralih lokasinya).
Suatu waktu dahulu kerap juga saya dapati ada pengunjung yang menyamar menjadi `jan' atau `Mankisue'. Gelihati juga membacanya, namun ia mungkin membawa kesan negatif kepada blog saya. Sebab apa yang ditulisnya bukanlah mewakili pandangan saya, atau blog ini, apatah lagi Mankiue...he he he. Ada juga beberapa pengunjung yang saya kira sebagai pengunjung tetap. Mereka sering memberikan tindakbalas terhadap penulisan saya, saya hargainya. Ada juga yang terkadang berdebat mengenai penulisan saya, he he he. Terima kasih.
Secara kebiasaannya, adalah sifat saya untuk tidak menjawab atau menggunakan `Pengunjung berbicara' untuk berhubung dengan khalayak. Namun saya berikan kekecualian apabila menjawab beberapa `tanya khabar' daripada kawan dan pengunjung blog yang saya kenali.
Jan: Ada yang suka menyamar rupanya...he he he.

5 comments:
Man, ini blog mu. Apa mu tulis, itu hak mu. Orang lain boleh kata macam2(sebab itu hak depa), tapi di peghujungnya, mu juga yg berhak tentukan.
Aku suka blog mu ni, jujur. Walaupun byk masanya aku mengekek2 ketawa, walaupun posting sedih, tapi aku tetap suka.
Jangang bimbang Mang, kalu takdok orang laing bace pong, aku tetap baca. Hahaha.
PERISTIWA DI KEMAMAN
Pada suatu pagi di kedai kopitiang kemamang...
jan: Kopi o satu, bubuh gula banyok sikit, maanis sikit.
Pekedai: Kang kena kecing manis mung kang? he he he.
...tak apalah, hidupku pung penuh kepahitang doh... (jawabku dalam hati...)
thanks, Abah Mui'zz...
blog mu, mu tulis je apa2.
blog mu, mu tulis je apa2.
thanks danny, madier dan maya karim...
Post a Comment