Ketika saya sesat di bandar Kemaman, saya rasa seribu perasaan. Setakat ini, inilah perjalanan terjauh yang saya lalui dengan berkereta, berMyvi bersendirian... Pada masa tersebut jantung saya dag dig duk-dak dik dug. Saya berpeluh walaupun airkong kereta sejuk...
Apabila kita sesat bermakna kita tidak tahu kita berada di mana. Dan yang lebih parah lagi dalam situasi saya, saya sebenarnya tidak tahu nak ke mana... Sadiskan... Yang saya tahu saya mesti membuat latihan memandu jauh untuk keperluan masa hadapan...
Bandar kemaman tidaklah besar mana berbanding Kuala Lumpur, New York, Paris atau Milan...namun ianya maha besar kepada saya yang kerdil ini. Kepada pembaca yang tidak tahu, Bandar Kemaman berada di daerah Kemaman. Ia merupakan daerah yang paling hujung ke selatan negeri Terengganu Darul Iman.
Sebelum penemuang petroliung, Daerah Kemaman merupakan daerah ketiga yang mempunyai penduduk paling ramai selepas Daerah Kuala Terengganu dan Daerah Besut (daerah kelahiran saya). Kini Selepas Daerah Kuala Terengganu, Daerah Kemamanlah kedua terbesar.
Lapan tahun lalu (2002) Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah dinaikkan taraf dari Majlis Daerah ke Majlis Perbandaran Kemaman. Saya masih ingat lagi semasa belajar di UM, pensyarah saya kata untuk sesebuah Majlis daerah bertukar kepada Majlis pembandaran ia mesti antaranya mempunyai penduduk melebihi 100,000 orang dengan pendapatan tahunan melebihi RM10 juta.
Saya kembali kepada perasaan saya yang tidak tenteram pada masa tersebut. Dalam kesesatan itu saya beberapa kali berhenti di bahu jalan untuk tenteramkan fikiran. Banyak juga nampaknya kereta di jalan raya Bandar Kemaman. Saya berselisih juga dengan beberapa buah kereta yang pelik-pelik, Ferrari atau Porsche, entah. Kaya-kaya juga orang Kemaman. Saya tidak biasa memandu kereta dalam kesibukan, saya tinggal di dalam hutan dara Muadzam atau lebih dikenali sebagai `Paris' di kalangan kawan-kawan saya.
Ketika saya berpeluh sesat tersebut, sempat lagi saya bertanya pada diri. Sesatkah saya juga dalam kehidupan ini?. Untuk membuatkan saya rasa lebih selesa, saya sempat juga lontarkan pertanyaan itu pada tuhan. Seperti biasa saya tidak mendapat jawapan yang segera. Tetapi saya juga terus tertanya dan bertanya seperti ada juga orang terus berdoa dan berdoa.
Sejak berkereta, saya rasa hidup saya lebih bersendirian. Memang saya tak nafikan ada kereta kita jadi senang kerana boleh membuat perjalanan sendiri...tetapi dalam perjalanan yang panjang ini senangkah bersendirian...? Saya terus mendapatkan jawapannya bila saya sendiri cepat-cepat menjawabnya, he hehe. Dan jawapan tersebut menyebabkan saya harus selalu terus tabah.
Kemudian saya berhenti untuk relex minda dan minum secawan kopi di kedai kopi. Sambil saya menghirup kopi o tersebut, saya jamah dua set roti bakar. Oleh kerana dua set roti bakar tersebut masih juga gagal mengenyangkan saya, saya mintak nasik lemak pulak. Saya suruh pekedai itu goreng telur dada untuk saya, saya tak nak telur mata...(demand pulak dah).
Sambil menghembus rokok Malboro, saya tertanya lagi mungkinkah kita sebagai manusia tidak pun sedar bahawa kita tengah sesat kerana kita sibuk nak jadi seperti orang lain...nak capai apa orang lain capai? Adakah kita sebagai seorang suami/isteri/anak sedang sesat? Adakah kita sebagai pemimpin/majikan/pekerja sedang sesat? Tidak kira siapa kita...adakah kita sedang sesat?
Mungkin kita sebagai insan yang lemah, terlupa setiap orang tuhan uji secara berlainan dan mungkin kita terlupa lagi yang tuhan nak lihat kita buat terbaik dengan apa yang dia beri...
Kemudian saya terus memandu, saya lihat laut membiru bersih... Ya allah, kau tidak pernah secantik ini di mataku...
Jan: Saya pegang stereng kemas-kemas dengan tangan kanan, tangan kiri saya tarik lengan baju, sapu air mata...
3 comments:
alhamdulillah ..sampai jugak walaupun sesat...biler dimaklumkan en jan nak gi kemaman... hati sedikit gementar sbb memikirkan perjalanan paling standard la yang perlu ditempuhi dari muadzam shah ke kuantan lebih kurang sejam dan dari kuantan ke kemaman dlm 45 minutes...TP rasenye en jan mungkin lebih skit.. better late than never..
bandar kemaman yg dimaksudkan en jan lebih tepat ialah Chukai,,
Napa sapu air mata Man? Adoi Man, man. Sori la man kalau aku tersengih2 baca entry ko nih. But true, ramai manusia 'sesat' tanpa menyedari yang dia sesat. Moga2 Allah berikan kita petunjuk untuk berada terus dijalan kebenaran, insyaAllah.
Ya betul, bila i yg bawak kereta lambat sikit...sebab sarat bawak beban hidup kot, hehehe. ya Chukai nama bandarnya...
sad but true kan...pasal sapu air mata tu kira sensitif...ada hati yg terluka la tu...
Post a Comment