Apabila segalanya ada...
Kau akan merasa kosong
merasa tak bahagia...
Kau kan menoleh ke belakang...
mengimbau dari manakah engkau bermula...?
Dan di situlah aku akan ada...
kau akan `nampak' aku...
menangis sayangkanmu....
Apabila berjaya nanti
Apabila segalanya dapat...
kau pasti menoleh ke belakang lagi...
melihat aku yang ada di `situ'
yang hodoh
yang gemuk
yang tak berada
yang pernah kau hina...
Ya! akulah itu!
AKU! AKU! AKU!
yang memegang sekaki payung
memayungi seekor biawak pasir dengan penuh kasih sayang...
(sambil aku sendiri basah...)
Nanti suatu masa jauh dari hari ini...kau akan tahu:
apalah sangat nilainya harta
apalah sangat pentingnya gaya
apalah sangat indahnya rupa
dan apalah susahnya untuk setia...
Dan suatu hari itu tuhan akan sangat marah
kerana engkau sangat berdosa!
Dan pada masa itu aku sudah sangat mati...
kerana tanpa nyawa aku tak bermaya...!
3 comments:
HIDUP INI KOSONG DAN KUSAM BILA RUANG YANG ADA TIDAK DIISI, MAKA CARILAH ISI KANDUNGAN YANG BOLEH MEMBERIKAN RAHMAH DAN BARAKAH DUNIA DAN AKHIRAT, JGN PULA ILMU SESAT YA...
saya rasa dah tak gagah nak harungnya, tapi saya dah cuba...
dalam sungguh maknanya...
Post a Comment