57 tahun dulu... kedengaran suara tangisan seorang bayi perempuan di Kem Nee Soon, Singapura. Tangisan yang tepat pada pukul 7.30 malam memecah kesunyian waktu maghrib hari Jumaat.
Dan pada masa itu tiada siapa yang tahu tangisan tersebut akhirnya bertukar menjadi suara yang lemak merdu teralun dan beralung bukan sahaja di negaranya sendiri tetapi juga sehingga ke peringkat antarabangsa...
Dan pada 20.1.2010 nan lalu setelah 57 tahun berlalu (juga tiada siapa yang tahu) kerana alunan suara lemak merdu itu juga saya hampir terlanggar tiang elektrik semasa baru balik dari kerja …nasib baik cepat saya break. Saya terleka seketika kerna, kerna suaranya membawa saya seolah ke dunia lain…ke tempat lain (nasib baik tak tergolek aksiden, kalau tak mungkin benar-benar `dunia lain’, he he he)
Kelahiran bayi ini adalah anugerah bagi sepasang suami isteri Syed Jaafar dan Sharifah Noor. Namun kegembiraan itu tidak bertahan lama, kehidupan bayi ini mula mendapat ujian. Panas pagi sampai ke petang, dan malamnya masih panas... Kedua-dua ibu dan bapa kandungnya menghadapi kemelut perpisahan. Dan beliau yang masih bayi diserahkan kepada sepasang suami isteri berbangsa Cina...
Apabila peristiwa tersebut diketahui oleh datuk dan neneknya iaitu Syed Sahil Ali dan Tengku Wan Mariam Tahir. Mereka mengambilnya semula dan membelanya seperti anak sendiri… Tak apalah menjaga cucu sendiri, cucu kita jugak kan? Namun berapa lama dia dibela oleh keluarga cina tersebut tidaklah saya ketahui. Ada yang kata 3 tahun, nenek saya (yang meninggal dunia tahun 1991, umur 87 tahun) menyatakan masa nenek dan datuknya datang ambil. Kakinya berkudis. Entah benar entah tidak, entahkan saja penyedap cerita...
Tapi sumber dari nenek saya kata, dia memang dibela oleh datuk dan neneknya, dan...
Dan...
Dicurahkan kasih,
Dicurahkan sayang,
yang tak berbelah bagi...
yang bagi tak terbelah...
Oleh kerana kasih sayang yang diterimanya seperti kasih seorang ibu dan ayah kepada anaknya, menyebabkan beliau lebih mesra dengan panggilan abah dan emak kepada datuk dan neneknya (tentu datuk dan neneknya rasa muda kan...he he he).
Ketika usianya mencecah tiga tahun dia dibawa oleh abah dan ibunya ke Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. Kehidupan beliau pada masa tersebut sangatlah susah sebab Abahnya (Datuk) ketika itu bekerja sebagai pemandu teksi, sementara ibunya (nenek) pula menguruskan rumahtangga.
Pernah saya melihat dalam satu temubual berbahasa inggeris, beliau menangis dalam bahasa inggeris sambil menceritakan bagaimana abahnya yang baru pulang dari kerja membawa satu plastik kecil berisi beras…pada masa tersebut nak makan pun susah…
Pada masa itulah Dato’ Sharifah Aini bertekad untuk merubah keadaan hidupnya. Dia mahu majukan diri dan berdiri sama tinggi dengan orang lain dengan penuh keyakinan. Tidak mendapat kasih sayang sebenar daripada ibu dan bapanya bukanlah satu halangan yang boleh membuatkan diri rasa kurang dan terundur ke belakang…
Beliau selalu menolong neneknya memasak dan mengisar lada. Semasa kecilnya juga dia menjual kuih muih serata kampung, dan pada masa tersebut dia digelar Pah Ani. Beliau tidak dapat melanjutkan pelajaran akibat daripada kemiskinan yang dialami oleh keluarganya. Namun itu juga bukanlah penghalang diri untuk dia maju.
Jan: Bila saya dengar lagunya, saya selalu bayangkan dia ada depan saya menyanyikannya... suaranya merdu, dia nyanyi daripada jiwa...
No comments:
Post a Comment