Sekadar hiasan: Apa tengok-tengok?
Sikap pentingkan diri selalu membawa saya kepada kerugian. Malulah nek bercerita panjang lebar... Saya rasa sifat ni lebih senang kita sedari apabila orang lain yang melakukannya...he he he. Selalunya kitalah yang sepatutnya dapat, kitalah yang sepatutnya disayangi, kitalah yang sepatutnya didahulukan, dipentingkan. Tetapi cuba fikir, istimewa sangatkah kita, he he he. Asyik kita je kan...
Pada masa tersebut saya dan teman saya perhatikan sahaja, kami ada di dalam kereta menunggu parking kosong. Kami nak membayar bil dan hutang, nanti bank call kat tempat kerja, siapa yang malu? tentu bukan majikan kita kan...? Tiba-tiba sekoyang-koyang keretanya datang memblok sebuah kereta lain di hadapan Maybank yang dekat Masjid Puith tu, ala kat tu juga ada CIMB bank dan Bank Nasional. Setelah memblok kereta orang, dia turun dengan bergayanya, huh! Kalau tengok paras rupa dan pakaian dan jenis keretanya... nampak macam orang terpelajar (lebih cerdik daripada lembu) atau ada perniagaan besar (jual tahi lembu kot.) Kami nampak bagaimana kemudiannya seorang pak cik resah gelisah sebab kereta tak dapat keluar. Kereta besar tadi memblok keretanya.
Sekadar hiasan 2: Apa tengok-tengok 2Pada masa tersebut saya dan teman saya perhatikan sahaja, kami ada di dalam kereta menunggu parking kosong. Kami nak membayar bil dan hutang, nanti bank call kat tempat kerja, siapa yang malu? tentu bukan majikan kita kan...? Tiba-tiba sekoyang-koyang keretanya datang memblok sebuah kereta lain di hadapan Maybank yang dekat Masjid Puith tu, ala kat tu juga ada CIMB bank dan Bank Nasional. Setelah memblok kereta orang, dia turun dengan bergayanya, huh! Kalau tengok paras rupa dan pakaian dan jenis keretanya... nampak macam orang terpelajar (lebih cerdik daripada lembu) atau ada perniagaan besar (jual tahi lembu kot.) Kami nampak bagaimana kemudiannya seorang pak cik resah gelisah sebab kereta tak dapat keluar. Kereta besar tadi memblok keretanya.
Kita faham benar, kita bukan lembu... kita tau orang `cerdik' tadi nak cepat tapi janganlah sampai menyusahkan orang lain. Dia mungkin nak cepat tapi orang lain nak lambat ke? Perangai parking tak betul ni memang memanaskan hati, mendidihkan perasaan...
Teringat pulak kata-kata Pak Din semasa di kem motivasi ``Hidup ini kalau tak boleh menyenangkan orang lain, janganlah pula menyusahkan orang!''.
Jankaulu: Baru faham apabila kawan saya kata ada lembu bawak kereta...
No comments:
Post a Comment