`Kebahagian itu berbeza definisinya’ saya teringat kepada pernyataan adik perempuan saya. Pada masa tersebut saya sedang makan buah langsat dan asyik bercerita jika saya ada banyak duit. Langsat tu daripada kebun suaminya. Banyak pulak saya makan sebab free, sampai nak lelah (asma) jadinya.
Dan tentulah selepas itu adik perempauan saya mendetailkan erti kebahagian bagi dirinya dan cuba pula membandingkan kebahagian yang dia nampak pada adik beradik lain. Dan saya bersetuju setiap orang berlainan definisi kebahagiannya. Cuba bagi RM250,000 kepada beberapa orang, dan lihat apa dan bagaimana mereka membelanjakannya atau menggunakannya.
Ada yang tersenyum riang, terus memasukan duit ke dalam bank. Dan selepas itu duduk tersenyum-senyum biri-biri sambil memikirkan duit yang berada di dalam bank tersebut, Oh bahagiannya!
Dan ada pihak yang terus bergegas ke Fella Design, sambar itu ini. Singgah pula kepamiran lap top dan apabila balik rumah beria benar mahu tukar mana yang patut (dan yang tak patut tukar pun dia tukar!). Bila dah segalanya tertukar, tersenyum girang di dalam kereta Honda Accord yang baru dibelinya, alangkah bahagia.
Dan ada juga (tapi mungkin payah) mendermakan sebahagian besar duit tersebut kepada jalan kebajikan, anak yatim dan orang susah. Orang jenis ini bahagia jika dapat menolong orang susah. Dan golongan seperti ini nak cari susah, he he he. Mereka bahagia melihat oarang lain bahagia, mereka bahagia jika dapat memberi.
Ada orang bahagia walaupun hidup sederhana selagi di dalam akuannya ada banyak duit. Orang jenis ini selalu berjimat. Jika terpaksa mengeluarkan duit simpanan terasa seperti sudah buat dosa besar. Dan ada juga orang yang tak ada duit tetapi amat mementingkan keselesaan hidup, jika kita lihat jumlah duitnya di dalam bank kita akan terperanjat bak melihat harga buku-buku akademik. Namun kita masih lagi mengaitkan kebahagian itu dengan dengan duit ya? Tentu kita perasan sangat-sangat kononnya bila ada duit kita akan bahagia.
`Duit bukan segalanya, tak semestinya kita ada duit banyak kita kan bahagia' Terpancul kata-kata Ja semasa kami menyusuri pantai negeri Terengganu akibat kena bermarketing.
Pada masa tersebut saya cuba bayangkan kepada Ja jika saya ada duit tentu saya akan bahagia sebab pasti akan ada orang akan separuh gila, gilakan saya selamanya. Tentu saya akan bahagia bila lihat orang mabuk kepada saya. He he he, kelakar. Dan tentulah ombak yang membelai pantai itu akan jadi lebih bermakna, dan biru airnya akan jadi lebih berharga.
Saya menyiku Ja dengan mesra (tapi terkawal dan mengikut syarak), kami ketawa besar selepas saya nyatakan:
`Eh Ja, orang tak dok duit je cakap gitu'
Jankaulu: Namun kutetap percaya jika kumiliki banyak duit banyak perkara yang boleh kuselamatkan...
No comments:
Post a Comment