Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, July 31, 2009

Signal akhirat?

DARIPADA cermin muka di bilik air, saya renung muka saya dalam-dalam. Saya lihat misai saya dengan teliti…emm dah ada 3 helai yang dah berubah warnanya, daripada hitam ke putih (atau lebih dikenali sebagai uban).
Saya lihat pula janggut saya. Dulu ada 3 helai sahaja yang putih, kemudian jadi 7, lepas tu 12 dan kini 17!. Saya buang, saya kemaskan selalu… tidak akan ada orang yang tahu sebenarnya janggut saya sudah beruban…

3 minggu lepas kulit kepala saya gatal sangat, habis shampoo saya curahkan dan perapkan tuala di kepala. Saya suruh mak saya periksa kot ada kutu atau sakit kulit, tapi tak ada apa-apa. Hairan kan… Mak saya beritahu mungkin saya akan ditumbuhi uban di kepala. Ia memang dimulai dengan kegatalan yang amat untuk beberapa hari, sambung mak saya lagi… Namun kenapa ya beruban? dulu bukannya ada uban?
Saya mengalami kepayahan untuk lelapkan mata pada waktu malam, malam gelisah, rindu membasah. Saya mengambil masa yang lama berguling barulah saya ketiduran. Terkadang oleh kerana tidak dapat tidur saya bercadang mahu bangun dan buat kerja seperti membaca atau tengok DVD tetapi khuatir pula esok pagi saya akan letih dan mengantuk.

Emm…payah benar nak tidur, namun saya tahu saya perlu tidur yang cukup sebab saya pengidap darah tinggi yang setia…

Memang saya dah rekabentukan bilik saya senyaman mungkin, biar lahir rasa suasana yang menjemput tidur. Tetapi entahlah, kenapa ya? tetap susah nak tidur malam...
Saya dah mula tidak dapat terima lagu-lagu pop yang terbaru, entah apa muzik dan liriknya bagai tidak kena, tiada seni. Tidak semacam lagu lama-lama yang bila dengar hampir terentap degup jantung. Lagu sekarang tak best sangat, tak evergreen pula. Lagu kumpulan rock dulu-dulu best-best… Lagu berkumpulan sekarang? Huh!

Saya juga bertambah kagum dengan susunan muzik P Ramlee, dan alunan asli Melayu S. M Salim. Dan b agi saya datuk sharifah Aini adalah legenda yang hidup!

Saya sudah tidak mengikuti arus muzik negara. Saya dah tidak tahu siapa pemenang anugrah muzik yang diadakan. Bila ada lagu yang baru meletup saya lebih banyak mengkritik daripada menghayati nikmat lagu tersebut. Malah pernah saya kata `Huh! Lagu gini buleh menang?.’’

Saya dah mula banyak tertanya-tanya apa tujuan kehidupan? Bila saya terjaga di sepertiga malam, saya perhatikan di sekeliling bilik…. Timbul perasaan halus…, (bukannya perasaan hendak buat seks atau apa-apa). Saya bukannya rasa sunyi… payah nak terang, saya rasai satu desakan untuk mencari jawapan...apakah tujuan kehidupan ini…?

Saya sudah semakin kagum, sayangi dan hormati kedua ibubapa saya. Mereka berjaya memelihara 4 orang anak dengan berjayanya… saya semakin risau saya akan kehilangan mereka… Kalaulah ada sayap tentu saya terbang balik ke kampong halaman saya di Besut, Terengganu…jumpa mereka. (tapi apakan daya saya hanya ada spare tyre di badan, he he he).

Saya semakin redha, saya semakin member jalan kepada `angin' yang melalui saya. Saya tidak menyekatnya lagi… saya lebih suka mengikut arus dari menentangnya…

Di kamar tidur, saya sudah turunkan lukisan tiga perempuan bogel yang saya beli di Bali…


Jan: Apa sebenarnya?

Pelajar saya...: Kertas projek akademik

Rasanya minggu ini dah 3 hari saya balik kerja melebihi 7 malam. Dan semalam 8.05 baru sampai rumah. Bukannya saya mengajar tetapi buat sesi temu janji dengan pelajar mengenai kertas kerja mereka.

Memang semester ini berlainan sikit, saya semakin banyak menolong pelajar. Entah ianya suatu yang positif atau negatif... Kalau suap banyak sangat pun tak boleh jugak nanti mereka tak pandai berdikari. Kalau lepas bebas pulak, hancur jahanam jadi kertas kerja tersebut. Ia mungkin bergantung kepada pelajar itu sendiri.
Saya mahu mereka buat satu kertas projek yang bersifat akademik dan betul-betul yang sepatutnya. Membuat kertas projek akademik berbeza dengan kertas projek/kerja biasa. Ada peraturannya sendiri. Jauh benar dengan surat cinta yang dikarang panjang lebar untuk menyatakan rasa cinta yang membuak agar disambut, dan yang tak berfootnote tu.
Dan ada sesetengah pelajar menyatakan ianya agak cerewet atau remeh. Sukar saya nak jawab balas atas pernyataan tersebut...memang ye kot, he he he. Ya lah kan kaulau nak senang tak payah masuk u kan...tak payah belajar, tunggu je bantuan kerajaan, he he he.
Gembira rasa di hati kerana pelajar ada menurut apa yang saya ajar, kadang-kadang kesian mereka kerana saya sempat lagi menyindir semasa proses membuat kertas projek tersebut. Contohnya `Huh! dah semester 5 pung tak pandai lagi buat?' Walaupun saya tengok bukannya banyak sangat kesalahannya, cuma tertinggal noktah, he he he. Mereka datang beramai-ramai ke bilik saya, dan ada yang menunggu berjam-lamanya. Kalaulah saya ada setiausaha tentu saya buat jadual perjumpaan. Tetapi saya hidup sorang diri...(pulak).
Memang saya mahu memberikan segala ilmu yang saya ada kepada mereka (ilmu yang ada sikit tu je, he he he). Hampir keseluruhan pelajar memberi kerjasama yang memuaskan. Saya pun tidak boleh salahkan mereka sebab saya rasa kadang-kadang saya memberi penerangan yang kabur.
Saya bukanlah tenaga pengajar yang hebat seperti orang lain kot, he he he. Tetapi niat saya memang mahu memastikan semua orang yang ambil subjek saya setidaknya tahu bagaimana mahu membuat kertas kerja yang bagus. Saya cuba memberi sumbangan yang sedaya mampu.
Dalam kegelapang malam yang hitam pekat semalam, semasa memandu pulang dari kerja. Saya merasa puas hati kerana dapat menolong mereka. Dan dalam kepekatan malam tersebut saya juga berjanji pada diri selain pembangunan organisasi tempat saya bekerja, saya juga mahu ada pembangunan dalam diri saya. Saya tak mahu statik dari segi fikiran. Semuanya untuk diri, kepuasan diri tanpa melibatkan organisasi...
Jan: Macam mana tu?

Wednesday, July 29, 2009

AJK dan AJKK...

Kadang-kadang saya ada juga melibatkan diri secara minima dalam majlis yang diadakan di tempat kerja. Saya biasanya sebagai AJK kecil yang hanya menguruskan hal-hal yang kecil sahaja. Atau kadang-kadang kita panggil tugas-tugas khas kononnya, he he he. Contohnya bila AJK makanan sediakan makanan so kita rasa sedap ke tak sedap makanan tersebut? he he he, bukan begitu...

Bila ada majlis atau projek, banyaklah AJK yang ditubuhkan untuk menjayakannya. Masing-masing AJK mempunyai tugas yang sama berat dan sama tanggungjawabnya iaitu menjayakan matlamat projek.
Jangan gatal-gatal nak kata AJK ni lebih penting daripada AJK tu dan sebagainya. Tugas sekecil mana pun mesti dijalankan dengan penuh teliti dan bertanggungjawab. Katalah kalau ada majlis 500 orang dan kita ada berpuluh meja hidangan. Bila semua terhidang tapi senduk nasi tiada, siapa nak jawap? Pasti alatan hidangan tersebut ditugaskan kepada sebuah AJK dan memang ada orang yang memastikan atau kena pastikan senduk nasi tersebut ada di atas meja hidangan! Bila tak ada, tak kan nak pakai tangan senduk nasi ke pinggang. Apa terjadi jika sampai sudah senduk nasi itu tak ada, kena la guna sudu, atau senduk kuah. Punah sebuah majlis dek isu sendup tadi.

Dan bila kita buraikan bedah siasat, rupanya tukang yang kena bawak sendup tadi tertinggal senduk tadi di rumah pemilik senduk tersebut. Masa angkat barang alatan pingang mangkuk sudu, tak perasan senduk dalam plastik gelenyar tercicir tak di bawa sama. Nak ambik semula mak cik tu dah balik kampung seberang lawat bekas suaminya kena patut dek ular (semasa mengintai anak dara orang...). Kita tahu semua sebab panggil pun bedah siasat. Tak semena-mena kita tahu mak cik tu masih sayang kepada bekas suaminya...rupanya.

Sudu garpu pun bukan saja nak kena cukup, tapi untuk VVIP jangan letak yang komang...

Payah nak kata bahagian AJK mana paling penting bila kita buat projek kan. Tapi senang nak kata semua bahagian AJK mempunyai potensi yang sama untuk merosakkan majlis. Sebab itulah jangan sesekali buat kenyataan kononnya AJK kita lebih penting daripada AJK orang lain. Sebab biasanya tengah buat kerja, telinga cepat panas, hati cepat membara. Kang ada drama pulak jadi semasa handle majlis tu, hu hu.

Masalah juga mungking timbul daripada tetamu yang dijemput. Lagilah kalau kita jemput orang besar-besar yang besar pulak karenahnya kan. Ada pulak dah awal-awal pesan dia nak bunga segar je atas meja makan tu nanti, contohnya bunga mawar (seribu mawar?) dan jangan lupa sebotol air miniral yang tentu bukan jenama yang kita teguk tu. Yang katanya jenama Madonna minum tu (evian), katanya air dari gunung.

Kes bawak isteri? Ada majlis tiba-tiba dia bawak isteri pada hal semua meja dah diatur cukup bilangannya dengan nama VVIP sekali? Mulanya dah diberitahu tak nak bawak isteri, pastu tup-tup bawak isteri. Meja dah diatur dengan bersistematik sebuah 8 orang... Nak letak di mana bini menteri besar tu, atau Puan Seri tu?

Pasal majlis-majlis ini orang kita mungkin agak terkebelakang sikit sebab ia melibatkan disiplin....tu yang payah kan. Saya pun kekok sangat bila nak masuk majlis, apatah lagi saya ni pemalu...(konon)


Jan: Ingat semua AJK mempunyai tanggungjawab yang sama, iaitu menjayakan majlis.

Apa sebenarnya?

Sebuah jalan, satu perjalanan...



Kadang-kadang saya tertanya juga apa tujuan sebuah kehidupan di planet bumi ni? Adakah semuanya mengenai bagaimana memenuhi keperluan saya dan keluarga saya? Soalan lain yang berkaitan ialah adakah saya mesti mengikuti skrip kehidupan orang di sekeliling saya? dan kadang-kadang saya tertanya juga adakah saya sesat? he he he.




Saya percaya bukan gi disko atau buat seks bebas boleh sesat, kita juga boleh sesat jika tak tahu hala tuju hidup. Wahima orang dalam agama pun boleh sesat, dan daripada segi pemikiran juga kita boleh sesat walaupun kita lagak normal sehari harian.

Saya fikir kerja dan gaji yang saya dapat hanyalah membuatkan saya mampu jalani kelangsungan hidup. Ya kita kerja untuk kelangsungan hidup. Gi pagi, balik lewat petang, kadang-kadang bawak pulak kerja ke rumah. Sebagaimana jumlah gaji yang saya dapat, dalam lingkungan itulah kehidupan saya... cuma kadang-kadang saya terover sikit, membeli apa yang sebenarnya saya tak mampu. Tetapi tentulah kehidupan ini lebih daripada sebuah sofa (Fella Disign), kereta atau rumah, atau duit muit di bank-bank.


Namun saya percaya kita hidup untuk lebih daripada itu, cuma saya masih kabur untuk apa sebenarnya?. Dan `lebih daripada itu' itu apa maksud sebenarnya? Kalau yang mempunyai keluarga, adakah hidup setakat untuk mengembirakan anak bini/suami sahaja. Kalau begitu simple lah sangat tujuan kita hidup kan?


Kadang-kadang memerhatikan kawan-kawan di sekeliling rasa dah tak larat dah kerana sememangnya nampak sangat keperluan hidup itu untuk diri sendiri. Malaslah saya nak tanya bulan lepas berapa wang disedekahkan untuk orang lain (orang yang tidak ada kena mengena dengan kita...) Saya pun tak banyak juga bersedekah, malu nak tanya orang lain. Malah menanyakannya juga kononnya tak boleh sebab nanti tak dapat pahala orang yang bersedekah itu (jika dia beritahu)...


Sepanjang riwayat hidup saya, walaupun saya tak handsome sangat tetapi pernah juga la dua tiga ketul orang yang nak kat saya. Sebenarnya saya rimas jika orang nak kat saya (tapi bila saya nak kat orang, saya tak rimas, saya mabuk...huh!). Namun saya gagal melihat harga kasih sayang tersebut, saya tidak dapat rasa sangat kecuali kehendak seks yang membuak, dan kalau sayang pun mungkin sepurnama dua sahaja adanya...entah.

Semakin umur meningkat, semakin mencarilah saya akan makna sebuah kehidupan... Dan mungkin saya tak dapat mencari jawapannya sehingga saya mati... namun saya akan mencubanya...
jan: Salam buat bekas2 kekasih, kamu semua kejam. Masuk neraka baru tahu! he he he.






Saturday, July 25, 2009

Air Mata Azizah...

Saya sms Sue Adnan, tanya dia dok buat apa?. Sue jawab dia keluar makan dengan Adnan. Sue tanya kenapa?. Saya jawab saya sedang tengok cerita Melayu, kalau Sue sedang tengok, saya berniat nak bincang skrip cerita tersebut dengan Sue. Tajuk cerita tu Air Mata Azizah.

Sebenarnya daripada dahulu lagi saya dan Sue acapkali juga bincang pasal skrip terutama tema dan pengajaran. Semenjak Sue masih solo lagi saya selalu tanya dia tentang dunia sastera termasuk skrip dan dialog sampailah kepada pemilihan kata. Sue pemalu orangnya dan saya juga pemalu orangnya (nak jugak), maka saya banyak tanya pasal sastera dengan Sue melalui sms sahaja.

Biasanya saya jarang tengok cerita Melayu. Dalam keluarga saya, saya pernah dipersendakan oleh anak sedara saya, katanya ``Simone (sebutan Simon) ni kalau Anita Sarawak berlakun baru dia tengok ''. Saya bukan nak hina cerita Melayu nanti apa kata peminat cerita Melayu, lagipun pun ada cerita Melayu yang sangat bermutu.
Namun kali ini saya tengok drama `Airmata Azizah' sebab Lydiawati. Semasa saya remaja dulu Lydiawati antara artis Malaysia yang top.Pada masa tersebut kawan-kawan saya di falkuti engeniaring UM memang ramai yang berangan bila dapat kerja, bila banyak duit mereka nak keluar dengan Lydiawati.

Dalam cerita tu Lydiawati pegang watak seorang mak. Zaman dia dah berlalu untuk pegang watak gadis, biasalah kan, he he he. Saya tengok dia bertudung dalam cerita tu, tak tahulah di luar dia bertudung atau tidak, sudah lama saya tak ikut perkembangannya. Dan dia pegang watak seorang mak yang bersifat berat sebelah kerana sayangkan anaknya yang cerdik dalam pelajaran, yang tak cerdik dan lembab dia suruh berhenti sekolah.
Tema cerita ni berkisar pasal tak sedar diri dan derhaka (tema lama). Fasha Fanda pulak jadi anak derhaka tersebut. Bila dah masuk unibersiti jadi lupa diri, tak ingat keluarga dan bila dapat balak anak orang kaya lagilah jadi lupa daratan dan lautan-lautannya sekali. Dia cakap dia anak yatim piatu ke bakal keluarga mertuanya. Ada ke patut kan?

Dan seperti biasa anak derhaka tersebut kena acideng dan terus koma. Dan di akhir cerita bila mak dia maafkan terus mati... biasakan.

Apa yang drama itu nak sampaikan, saya rasa ialah jangan derhaka kepada mak, bila derhaka hidup tak selamat, mati dan memang seorang emak itu sangat-sangat bernilai harganya. Kata nabi kita, emak orang pertama, kedua dan ketiga patut kita sayang, ayah ke empat (pasangan kita yang ke berapa ya? he he he).

Macam biasa cerita Melayu ada `lawaknya', he he he. Tetapi yang menyentuh hati saya ialah `power' seorang mak ke atas anaknya...
Susah nak percaya benda tak dapat dibuktikan ini. Tetapi kalau `power' semacam itu ada memang maklah yang paling patut memilikinya... Kalau kita derhaka kepada mak kita jangan harap hati kita akan tenang dan berhati terang. Bila hati kita tak tenang tak bercahaya, terangkah dunia kita? bahagiakah?

Jan: Kasihnya ibu hingga ke syurga, kasihnya saudara masa berada (katanya...)

Padam muka...

Memanglah pada masa tersebut saya tidak menyikat rambut saya dan hanya memakai t'shirt leher bulat dan berseluar jeans sahaja. Dan tambah sadis saya hanya berselipar Asadi sahaja. Tetapi tak kanlah mereka yang terlibat tidak dapat mengesan langsung cahaya nur yang sedikit keeducatetan pada muka saya ni, huh!
Saya ni walaupun agak sedikit handsome tetapi memang tidak pandai bergaya orangnya. Saya rasa kekok bila hendak bergaya, rasa tidak selesa sebab apalah sangat bergaya jika hidung tetap kembang.
Sebenarnya apabila saya masuk ke dalam bank tu, saya tidak tahu nak ke bahagian mana sebab saya bukannya atas urusan mahu masukan duit atau nak keluarkan duit. Saya hendak buat pinjaman perumahan. Saja saya nak buat kajian bank mana yang memberikan perkhidmatan terbaik.
Saya pun gi mari-gi marilah dalam bank tersebut, tak tahu nak tuju kat mana. Kalau Maybank dan Cimb Bank saya tahu di mana meja bahagian pinjamannya. Di bank ini saya memang tak tahu... Adalah dua tiga orang pekerjanya melihat saya tapi mereka tidak memperdulikan saya. Nampak muka mereka selamba sahaja tak mesra alam, mereka kelihatan sibuk. Saya mahu mencari meja pertanyaan tapi tak ada pulak, yang ada meja untuk kad kredit sahaja. Maka saya duduklah di tepi dinding merasai airkong, biar sejuk sikit badan.
Kemudian barulah saya disapa oleh seorang pegawai perempuan. Pegawai tersebut sebenarnya sedang lalu lalang di hadapan saya. Saya memberitahunya saya mahu buat pinjaman perumahan. Dia terus cerita mengenai kadar kadar pinjaman dan serba sedikit mengenainya yang saya tak faham langsung kat tepi dinding tersebut. Bila saya terberitahu saya akan pinjam sebanyak RM200ribu barulah tiba-tiba dia terus tersenyum dan ajak saya ke mejanya, siap beri air kotak lagi dan menanyakan apa kerja saya. Kalau ikutkan hati nak saja saya beritahu saya kerja kat sarkas jaga beruang!.
Saya memang anti manusia yang bezakan darjat dan sewaktu dengannya. Saya patah hati pada bank tu, dia tak pandang pun saya sebab penampilan saya memberitahu yang saya bukan pelanggang berpotensi. Sepatutnya bagaimana pun penampilan saya layanglah saya dengan baik, saya ni pun orang juga.
Saya datang ke bank tu nak dapatkan pinjaman, nanti dia untung la, tetapi dia buat saya terkilan, kalau saya ada duit saya taklah pinjam kat bank, saya yang buka bank pulak! Huh emosi juga saya bila teringatkan peristiwa yang berlaku yang telah lama berlalu itu. Daripada Muadzam saya berdiri naik bas selama sejam lebih barulah sampai ke Kuantan, begini saya dilayan...desus hati saya.
Saya sakit hati sangat, sebab itulah semasa meninggalkan bank itu saya bersumpah akan tutup kad kredit bank tersebut secepat mungkin dan akan tutup segala akaun saya di banknya. Konon bank yang standard, huh!
Akhirnya saya pergi ke bank lain, bank yang melayan saya dengan baik. Saya buat pinjaman perumahan dengan bank itu dan dengan bank itu juga saya buat pinjaman beli kereta. Saya kira-kira, bila saya habis bayar segala hutang rumah dan kereta tersebut adalah kira-kira lebih daripada setengah juta saya bayar kepada bank tersebut. Maknanya jumlah itulah yang bank kononnya standard tu melepas... padam muka bank tu!
Jankaulu: Moralnya walaupun saya gemuk, tak terurus dan kelihatan naif, saya tetap manusia (senang je kan moralnya, he hehe).

Kaya-raya: Bijak, berani dan rajin...

Hari sabtu ini telah dipenuhkan dengan pelbagai aktiviti. Seawal pagi saya dan Adnan dah berada di auditorium untuk majlis yang diadakan oleh pelajar usahawan bersama PUNB. Seronok sekali mendengar pengalaman mereka dalam bidang perniagaan. Ramai yang datang termasuk TNC dan juga dekan, kelihatan juga ketua jabatan dan pensyarah-pensyarah. Bagus betul majlis ilmiah ini. Ia dapat memberikan pendedahan awal dunia usahawan kepada para pelajar usahawan.
Antaranya, saya tertarik dengan atur cara yang dipengerusikan oleh PUNB dan bersama 4 orang usahawan yang telah berjaya dalam lapangan perniagaan masing-masing. Tambah kagum lagi mereka merendah diri dan tidak sombong berkongsi pengalaman dan beri tip-tip. Penampilan mereka nampak biasa sahaja, tetapi rupanya mereka bukan orang sembarangan.
Namun masa tidak mengizinkan, mereka tidaklah menceritakan semua cerita mengenai riwayat perniagaan mereka. Tentulah ada jatuh bangun, senyum dalam tangisnya kan? Ada akak tu sales dia dalam 6 bulan cecah RM300k. Wow!
Banyak sangat tips yang dapat dijadikan panduan oleh pelajar usahawan. Saya duduk antara barisan depan untuk elak mengantuk, dan memang tak sempat nak mengantuk sebab TNC dan dekan dok di atas pentas mengadap saya di bawah.
Saya dapat simpulkan untuk menjadi usahawan berjaya kita kena berani, rajin dan bijak (tu kesimpulan saya sahaja). Saya tidak pernah pula terlintas mahu jadi usahawan, tetapi selalu terlintas nak jadi kaya raya, huh!
Pada jaman saya kuarang pendedahan awal kepada para pelajar lepasan universiti untuk menjadi usahawan, degree usahawan pun tak ada ditawarkan. Tapi kini dunia telah berubah, siapa yang berwawasan dunia ini miliknya.
Daripada pengalaman saya, mahasiswa yang saya jumpa tidak ramai yang berkencenderungan untuk jadi usahawan. Saya juga ragu-ragu adakah degree usahawan yang diadakan dapat membangkitkan rasa mahu berusahawan selepas tamat belajar atau sekadar matapelajaran kaku sahaja, maksud saya lepas keluar tak nak jadi usahawan, nak makan gaji jugak. Entahlah.
Berniaga ni best, Saya ada juga terlibat dalam perniagaan tapi sangat kecilan sifatnya, saya pernah menjual kain pasang yang saya ambik daripada adik saya. Bila dapat untung RM5 pun rasa dah kembang atas bawah. Kini saya tidak menjual apa-apa, saya jadi pembeli sepenuh masa. Sah saya tak akan kaya.
Daripada majlis itu juga saya dapat simpulkan lagi, untuk hidup senang lenang dan kaya raya bukannya mudah... Adakah kita orangnya? Kalau bangun pagi malas, tidur banyak dan berangan macam saya ni, alamatnya tak kaya- rayalah kan, hu-hu hu.
Jan: Kaya budi bahasa dan setia kasih, namun tiada menjadi harga di matamu... terima kasih atas segalanya.

Friday, July 24, 2009

Deria rasa mistik...

Walaupun seluruh dunia tidak menyetujuinya, saya tetap bercaya dan yakin apabila kita sayangi seseorang itu sangat-sangat (selain atas dasar seks), kita akan dapat sesuatu `hadiah'. Sebuah`hadiah' daripada suatu kuasa yang payah kita nak huraikan.
Saya ada membincangkan hal ini sedikit sebanyak dalam beberapa penulisan terdahulu. Ia adalah sesuatu yang rumit dan lebih rumit daripada SPSS atau ANOVA atau kematian Mikael.
Sesuatu yang kita tak nampak, tak boleh kita jamah dan tak boleh kita hidu memanglah payah nak diceritakan. Kita bimbang jika termasuk akan unsur emosi bila kita hendak terangkannya, sebab ia melibatkan perasaan.
Saya percaya hadiah yang kita dapat tu akan membuatkan kita dapat rasai banyak perasaan. contohnya, kita dapat merasai apabila dia ditimpa kesusahan, apatah lagi curang! he he he. Sebab itulah kita sepatutnya sayangi pasangan masing-masing bukan berdasarkan seks semata-mata. No komen....
Tetapi ianya tidak semudah yang dibayangkan. Contohnya jika kita terlalu cemburu, tentulah perasaan kita tidak boleh digunakan untuk membuat tindakan atau andaian. Contoh lagi, kalaulah seorang pemuda jatuh kepada perempuan yang cantik dan berpunggung compact. Dia akan rinduinya tiap hari makan minum tak lena, berkemungkinan apabila dia sembahyang istikarah, muka perempuan itu muncul sebab ianya jua melibatkan perasaan bawah sedar (tak kan muka madonna pula muncul).
Saya pernah melarang kawan saya sembahyang istikarah dan melarang dia percayakan sembahyang istikarah tersebut, sebab saya tengok dia dah jadi hamba cinta, dah syok sangat ke makwenya. Asyik cakap pasal makwenya 24 jam, ceritakan keistimewaan makwenya pada saya. Kononnya kalau bidadari turun pun dia tak akan lepaskan kekasihnya...(sah bangang). Saya tengok taklah cantik sangat kekasihnya tu saya bagi 4 over 10, atau C- je. Malah ngeri tengok bulu kening yang lebat bercerapah tu...tapi dia putih...
Dia selalu beritahu memang dia dah buat sembahyang istikarah. Dan setiap kali muncul wajah kekasih dia, kononnya muncul dalam mimpi, katanya tuhan beri petunjuk siapa jodohnya. Saya jawap:
`Hoh doh mung dok giler ke dia, tok kang muka aku pulak muncul, he he he,' Saya buat lawak. Tapi sebenarnya saya bimbang jugak takut kena sumpah seranah sebab orang dalam `mabuk' ni taraf dia dekat dengan orang gila.
Dan seperti sekala dia akhirnya tak kawin dengan makwenya itu, bila gred, kahwin dengan kawan sepejabatnya...hu hu hu. Dan berbeza benar dengan ciri-ciri kekasih yang dia giler masa di U dulu. Kekasihnya dulu jenis Taskawahka tapi bininya kini jenis Tastupwahtup rupanya...
Kita kembali kepada perasaan atau hadiah itu tadi. Hadiah itu tadi kita dapat apabila kita ikhlas, setia, baik hati, baik jantung dan benar-benar baik. Baik budi dan selalu berkorban, hati sendiri buang dalam laongkang, hati orang kita gilap letak atas bekas queen anne misalnya. He he he, patut pun kita tak dapat hadiah tu kan, hu hu hu.
Kita tak payah panjang lebarkanlah, kita tak akan dapat punya hadiah tu, he he he.
Jan: Seribu mawar...

Thursday, July 23, 2009

Tahi lembu dalam otak...

Sekadar hiasan: Apa tengok-tengok?

Sikap pentingkan diri selalu membawa saya kepada kerugian. Malulah nek bercerita panjang lebar... Saya rasa sifat ni lebih senang kita sedari apabila orang lain yang melakukannya...he he he.
Selalunya kitalah yang sepatutnya dapat, kitalah yang sepatutnya disayangi, kitalah yang sepatutnya didahulukan, dipentingkan. Tetapi cuba fikir, istimewa sangatkah kita, he he he. Asyik kita je kan...

Pada masa tersebut saya dan teman saya perhatikan sahaja, kami ada di dalam kereta menunggu parking kosong. Kami nak membayar bil dan hutang, nanti bank call kat tempat kerja, siapa yang malu? tentu bukan majikan kita kan...? Tiba-tiba sekoyang-koyang keretanya datang memblok sebuah kereta lain di hadapan Maybank yang dekat Masjid Puith tu, ala kat tu juga ada CIMB bank dan Bank Nasional.
Setelah memblok kereta orang, dia turun dengan bergayanya, huh! Kalau tengok paras rupa dan pakaian dan jenis keretanya... nampak macam orang terpelajar (lebih cerdik daripada lembu) atau ada perniagaan besar (jual tahi lembu kot.)
Kami nampak bagaimana kemudiannya seorang pak cik resah gelisah sebab kereta tak dapat keluar. Kereta besar tadi memblok keretanya.

Sekadar hiasan 2: Apa tengok-tengok 2

Kita faham benar, kita bukan lembu... kita tau orang `cerdik' tadi nak cepat tapi janganlah sampai menyusahkan orang lain. Dia mungkin nak cepat tapi orang lain nak lambat ke? Perangai parking tak betul ni memang memanaskan hati, mendidihkan perasaan...

Teringat pulak kata-kata Pak Din semasa di kem motivasi ``Hidup ini kalau tak boleh menyenangkan orang lain, janganlah pula menyusahkan orang!''.

Jankaulu: Baru faham apabila kawan saya kata ada lembu bawak kereta...

Tuesday, July 21, 2009

Cara nak lapangkan rumah...

Siapa yang tidak mahu hidup di sebuah rumah yang lapang? Siapa yang tak mahu hidup selesa dan mendamaikan? Siapa? Beritahu saya siapa dia? Saya nak bagi penampar! (sebab dia bohong...? gurau je)

Setiap kali berkemas saya dapati saya menjalankan rutin yang sama iaitu mengalih barang-barang ke tempat asalnya. Saya juga dapati saya mempunyai banyak barang yang sudah tidak boleh digunakan. Hendak membuangnya terasa sayang. Perasaan sayang ini akhirnya menyebabkan rumah saya jadi macam stor. Bagaimana ya supaya rumah kecil kelihatan lapang, kemas dan teratur?
Mengedit pakaian
Saya dapati saya memiliki banyak pakaian yang sudah tidak boleh dipakai. Contohnya seluar yang tidak boleh dipakai akibat diameter perut saya kian melebar. Pada mulanya memang saya salahkan material kain tersebut yang mungkin mengecut (maklumlah murah je harganya), namun lama kelamaan kenyataan tak dapat ditutup (saya harus tabah...).
Saya pernah beberapa kali sedekahkan pakaian terpakai kepada pihak yang memerlukannya, contohnya 2 bulan lepas saya sedekahkan kepada kawan sedara saya. Namun saya dapati masih banyak lagi pakaian yang saya miliki. Dari tempat gantungan baju saya dapati berderet baju kerja saya yang pelbagai jalur dan warna. Sedangkan saya hanya guna beberapa helai sahaja baju yang saya suka. Dok gilir hok tu ler.
Apabila saya ada masa lapang saya akan edit baju tersebut, saya masukan dalam plastik letak dalam kotak. Jika ada masa yang sesuai saya akan sedekahkan.
Barang hiasan kecil
Pada suatu masa dahulu saya suka sangat beli barang yang kecil dan comel. Lepas tu saya atur dalam rak. Cantik sekali bila melihatnya, gembira konon. Lama kelamaan saya dapati ia menjadi alat memerangkap habuk. Barangan tersebut juga menyebabkan rumah nampak sempit dan ketinggalan zaman. Mungkin sebab terlampau banyak kot.
Oleh sebab itulah kini hanya tinggal sedikit sahaja barang perhiasan seperti barangan tembaga, patung kucing dan tembikar. Yang lain saya masukan dalam kotak. Buat masa ni saya tak tahu apa yang akan terjadi pada barang tersebut. Mungkin saya akan pamirkan kembali suatu hari nanti. Nak sedekahkan kepada orang, ada nilai sentimental pulak, huh!.
Barangan dapur
Serabut perut apabila melihat dapur yang tak tersusun. Dapur yang kecil pastilah berserabut jika semuanya tidak disusun dengan kemas. Kedatangan emak saya tempoh hari menyebabkan dapur dah dibersihkan terutama barangan dalam kabinet. Emak saya sendiri menyarankan buang sahaja barang yang tak guna.
Sebenarnya saya miliki banyak barang dapur. Adik perempuan saya selalu menyuruh saya membeli alatan dapur, saya masih ingat katanya `mentang-mentang hidup bujang tak semestinya tak ada barang dapur, nak memasak susah'. Dan adik saya juga suka buat kueh mueh, maka saya belikanlah alatan buat kueh yang mana patut. Apabila dia datang bercuti ke rumah saya dia selalu komplain pasal dapur. Terbaru dia komplain peti ais saya terlalu kecil seolah-olah saya tak ada adik beradik yang akan bertandang.
Lama kelamaan saya dapati banyak alatan dapur sudah terkumpul. Dan apabila melihat barang-barang tersebut rasa terkejut pulak! Macam beristerikan orang yang ada kedai kek, he he he. Banyak dan sukar untuk disembunyikan, contohnya mana nak letak kuali besar saiz 30? Sehinggalah saya beli toyago, bekas plastik yang besar. Satu untuk barangan dapur berasaskan besi dan satu lagi berasaskan plastik. Baru dapur nampak lega sikit. Tetapi kuali tu tak tahu nak letak kat mana, saya sandarkan tepi peti ais macam biasa.

Bilik tidur

Hampir 40% hayat kita, kita habiskan di bilik tidur. Bilik tidur penting sangat. Kalau nak buat seks pun kita masuk dalam bilik tidur, bukannya buat atas meja makan atau atas kabinet dapur. Apa kata anak-anak nanti? (kalau ada anak).
Bilik tidur yang berserabut menyebabkan kita tak selesa, lainlah jika kita ni beruang atau ayam...he he he.

Saya mahu tidur dalam keadaan lapang dan selesa. Sebab itulah saya usung almari dan perabut lain ke bilik sebelah. Yang ada hanya katil saya sahaja ditengah-tengah!. Nampak begitu lapang. Saya juga hadkan warna atau corak supaya tak berserabut. Saya beli juga cadar yang agak berjenama supaya kononnya tidur selesa...(padahal mimpi saya selalu ngeri, he he he).

Kalau terlalu banyak barang di bilik tidur akan merimaskan, lagilah rimas kalau bilik tidur kecil sahaja. Tetapi saya bercadang juga nak letak meja kecil untuk letak beberapa buku untuk saya membaca sebelum tidur. Bentuk meja tu pun kalau boleh nak yang simple je.

Ruang tamu

Rumah yang saya duduk sekarang ruang tamunya berkongsi dengan ruang makan. Nak letak meja makan kat dapur alamatnya berjalan atas syilinglah saya. Maka banyaklah barang terkumpul di ruang tersebut. Nasib baiklah saya tak ada sofa, nampak lapang sedikit. Masa ayah dan mak saya ada, saya letakan katil sebuah selesa kalau nak landing dan lepak.

Di situ juga ada rak tv dan tv. Saya pastikan rak tv tu ada pemain dvd dan Astro recoder sahaja. Biar nampak ringkas dan kemas. Saya juga hamparkan tikar tak bercorak agar nampak lapang.

Ya lah kan, bila balik kerja taklah nampak berserabut atau tinggal dalam stor. Duit banyak tapi hidup tak selesa buat apa kan? lagilah saya ni duit tak banyak nak sangat-sangat hidup selesa berdasarkan kemampuan.

Jan: Kalau nak lebih lapang duduk menetap di balairaya je, he he he.

Perubahan tiupan arah angin...

Saya perhatikan cuaca kita semakin berubah, kita dilanda El Nino. Fenomena El Nino ni terjadi akibat cuaca panas dan kering. Cuaca panas ini berlaku disebabkan perubahan tiupan arah angin dari timur ke barat.
Mengikut laporan alam kepanasan ini akan berterusan sampai bulan September. Kita mungkin akan dilanda kemarau teruk. Tetapi itu tidak bermakna tiada hujan langsung, lewat angin petang atau malam ada hujan juga... Memang ada gerimis mengundang, malam tak berbintang, makin sepi hati ku...(pulak dah).
Jabatan Metrologi Malaysia memberitahu keadaan cuaca panas akan berlaku, suhu akan mencapai sehingga 36 darjah Celsius. Pun begitu katanya sebelum ini pernah suhu naik sampai 40.1 pada tahun 1998 dulu.
Selain El Nino ada juga La Nina (mungkin adik angkat dia kot, he he). Fenomena La Nina pulak perubahan cuaca sejuk menyebabkan hujan.

Sebab itulah saya lihat pokok dalam pasu besar yang ukurannya lebih tinggi daripada saya dah mati sebelah. Daunnya hangus dan di beberapa bahagian sudah meninggalkan ranting kering. Pokok-pokok dalam pasu kecil pun daun di hujungnya sudah kekeringan. Rumput pula sudah tidak hijau. Bukan saya tak siram tetapi cuaca sekarang panas.
Saya sudah alihkan pasu besar yang ditanami pokok pisang hiasan ke tepi rumah. Itu pun bila petang balik, tanah dalam pasu kering!. Cuaca panas menyebabkan tanah dalam pasu cepat kering dan berdebu. Tak kan saya nak masukan semua pokok dalam bilik air...
Sekarang saya juga selalu dahaga, sudah acapkali saya oder teh o ais bila ke kedai. Saya jarang minum ais tapi kini tekak terasa kering, hati terasa terbakar (tu kes lain, he he he). Memang kalau nak sihat kena minum banyak air pada cuaca panas. sebenarnya minum `air mati' paling baik.
Bayangkan waktu malam juga panas! Saya memang bercadang nak pasang air cong tapi bila Ja nyatakan kosnya, saya rasa lebih rela tidur separuh bogel. Mahal sangat, pemasangannya pun kena bayar, huh! Tak nak buat kebajikan langsung. Entahlah.
Saya mencari rezeki dengan menjual suara, bimbang pulak takut suara tak keluar. Perkara tersebut pernah terjadi dulu, suara jadi serak kering. Perit pulak. Sebab itulah saya dah mula selalu minim air, sampai perut saya yang buncit pun dah bertambah kelebarannya.
Jankaulu: Itu baru je perubahan angin dari timur ke barat...

Monday, July 20, 2009

Insuranskan diri...

Antara perkara yang saya lakukan sebaik sahaja saya mendapat kerja ialah membeli insuran. Seorang kawan saya ada membeli 7 jenis insurans! Saya tidak pula bertanya apa jenis insurans yang dia beli kerana topik perbulan kami memfokuskan kepada apa perlunya ada insuran. (kut-kut termasuk insurans rumah dan kereta, he he he. Tapi itu kira insuran jugak kan?).



Mendatang hari kita tidak tahu apa risiko yang bakal menimpa. Yang pasti kita semakin tumpul daripada banyak sudut. Selain fizikal, tumpuan minda kita juga kurang. Deria-deria kita yang lain pun turut mengucup. Dan dalam perjalanan hidup mungkin ada musibah yang kita memang tidak dapat ramal ataupun tidak terfikir. Pada masa hadapan harga barangan dan perkhidmatan tentunya akan terus mengalami kenaikan harga, kita lebih memerlukan duit apabila kita tua!




Namun terlintas juga apalah sangat ada duit banyak pun jika dah tua, duit bukan segalanya...namun saya cepat-cepat fikir balik tentu lebih baik daripada dahlah tua, duit tak banyak/tak ada apa-apa untuk melindungi diri.





Saya membeli insuran pertama sebaik sahaja saya mendapat kerja pertama (semasa gaji saya RM700) sahaja. Namun saya tamatkan insurans takaful tersebut apabila saya tidak berpuashati cara dia kendalikan tuntutan saya, semasa saya kemalangan. Saya membelinya sebab ia merupakan pakeg yang baik. Penjualnya juga ala-ala islamik orangnya (dengan kepiah puiti dan janggut bersama celek mata hitam). Bukan main dia bersyarah di bilik guru pada masa tersebut. Tetapi apabila saya membelinya dia hilang lenyap tanpa beri hadiah. Katanya saya akan diberikan sebuah diari tetapi hakikatnya sebuah buku 3 Lima pun dia tak beri. Saya taklah terkilan sangat sebab mungkin dia lupa.


Tibalah apabila saya kemalangan motor dan mahu buat tuntutan dia tidak perdulikan saya sangat. Saya rasa geram bercampur syahdu atas perlakuan dia. dia buat macam-macam perangai. Saya bukan perjudis tetapi rasa tertipu, dia sangat islamik kelihatannya. Saya ni selalu jadi barangan tipuan orang...(baca dengan nada sedih).




Kini saya hanya ada dua insurans. Pertama saya beli semasa saya mula-mula bekerja di Kolej Shahputra. Pada masa tersebut ramai juga kawan-kawan saya membelinya. Oleh kerana saya dah tamatkan insurans lama maka saya membelinya juga. Apabila saya terlantar keseorangan 3 hari di Hospital Pekan, penjual insuran itu menguruskan segalanya. Saya amat berpuas hati. Sehingga sekarang saya tak pernah berhajat nak menamatkan riwayatnya (insurans tersebyt). Dan kedua (terbaru) semasa saya mula-mula bekerja dengan majikan sekarang. Insurans terbaru ini juga bertindak sebagai pelaburan.




Saya tidak tahu sangat mengenai insurans, untuk menceritakannya saya bukanlah ahli. Saya hanya pilih pakej yang terbaik yang saya mampu sahaja. Ini kerana saya bukannya banyak duit tetapi saya percaya insurans itu penting.





Ramai juga kawan-kawan saya yang sama-sama membeli insuran tersebut di Pekan telah melepaskannya. Dan ada di antaranya melahirkan rasa terkilan kerana terpaksa melepaskannya kerana ada komitmen lain yang perlu dilunas setiap bulan. Kadang-kadang saya terasa juga kerana membayar ratusan ringgit kepada perkara yang kita tak nampak (masa sekarang) adalah suatu yang mengjengkelkan.




Namun kalaulah saya boleh nyatakan di sini, saya memang sarankan sebaik sahaja keluar universiti dan mendapat kerja, elok belilah insuran. Lebih awal lebih elok iaitu pada masa kita tidak ada lagi tanggungan. Langit tidak selalu cerah, panas mungkin tak sampai ke petang...




Jankaulu: Kalaulah ku boleh insuranskan sejumlah rasa-rasa kasih sayangku? Pastilah aku yang selalu menuntut gantiruginya kerana akulah yang selalu kemalangan, he he he.




Friday, July 17, 2009

Royal Doulton - Signature Gold Tableware





Cuba bayangkan lauk pauk yang sedap diletakan/dihidangkan pula pada set tableware yang cantik, elegeng dan modern (namun masih mengekalkan nilai klasik).
Apabila saya bertandang di hotel (amat jarang sebenarnya) saya selalu perhatikan suasana mewah tetapi tak mengada atau tak berlebihan. Saya selalu terbalikan pinggang tu nak tengok cop apa dan dari mana. Pinggang mangkuk yang digunakan nampak edukated je. Pernah masa dulu saya bayangkan jika duduk di hotel kan best. Semuanya nampak teratur, tersusun dan serba kena segalanya.
Banyak cara ya untuk kita menikmati hidup, bergantung kepada individu. Tapi cara sedemikian biarlah kena dengan kita. Terkadang rasa bimbang juga takut tak layak, he he he.
Semuanya untuk kepuasan diri. Makan dengan pinggang yang comel dan sudu garpu yang vouge (tapi sedikit berat) menciptakan kelainan. Malah tak kiralah berlauk sardin ke, singgang ke, suasana yang tercipta berbeza!
Jankaulu: Tapi mengapa nasi kumakan terasa pasir? (nasib baik pinggang mangkuk dan meja makan bergaya...he he he)


Thursday, July 16, 2009

Bingkisan; Kumencari mimpi…

Kita tidak menceritakan segala perkara yang kita lalui kepada orang. Ada sesuatu perkara tersebut kita akan menyimpannya. Kita membawaknya sampai mati. Mungkin hanya tuhan sahaja yang tahu. Ya lah, apabila ianya melibatkan soal hati, kitalah yang merasainya, menjamahinya…
Kita simpan semuanya rasa kesakitan itu, kita bungkuskannya elok-elok dan letaknya di sudut hati. Kerana kita percaya tiada orang yang akan memahaminya atau berhak untuk mengetahuinya. Dan lebih buruk lagi jika ia diluahkan, kita jua diperlekehkannya.
Sesebuah masalah itu hanya senang apabila orang lain miliki dan ia menjadi susah apabila kita milikinya. Maksudnya kita cenderung untuk melihat masalah orang lain dengan jalan yang mudah. Sebab itulah ada dialog `Ada otak, guna la…’ Apabila seseorang lain melihat kepada masalah orang lain...
Tidak semua orang hidup bernasib baik dalam semua perkara. Ada yang terus mencari mimpi… Banyak yang harus kita tempuhi dalam hidup ini kerana tidak semua impian tercapai. Sebuah impian yang hancur berderai itu sakitnya tidak dapat digambarkan oleh sebuah penulisan yang hebat. Siapa yang boleh menulis gambaran betapa rindu yang tersekat di kelopak mata? Betapa dada yang sesak dikhianati? Betapa sunyinya hidup ini? Siapa?
Lebih perit dan sukar adalah mengumpul kekuatan untuk mengurus kegagalan, meneruskan hidup ini (dengan kepercayaan dan semangat baru)…mencari mimpi
Jan: Oleh itu bersabarlah dalam menjalani liku-liku hidup ini…

Wednesday, July 15, 2009

Bulan dan matahari...











Jan: Saya bumi...




Tiada lagi…

Hari ahad ini mak dan ayah saya akan balik ke Besut. Hati saya sudah mulai risau… Namun saya mesti lepaskan mereka kerana mereka ada tanah air sendiri. Saya tahu hari itu akan sampai juga lambat laun… Sudah sebulan lebih mak berada di rumah saya.
Nanti dua-tiga hari selepas mereka balik saya tentu akan sunyi. Bila balik tak ada orang kat rumah. Namun saya harap kesibukan kerja akan membuatkan saya tabah. Lagipun saya sedar saya tidak boleh meminta lebih…
Kawan-kawan mak saya dah kerap sangat menalipon, dan tadi malam ayah kata tidak pernah dia tinggalkan kampung halamannya sebegini lama sejak dia dewasa.
Saya dah benar-benar sihat, tekanan darah saya sangat baik kata mak saya. Saya juga rasa sihat dan tidak pening-pening lagi. Cuma hati saya sahaja yang lembap…
Nanti tiada lagi suara mak saya mengaji, tiada lagi lauk pauk yang terhidang, tiada lagi yang menemani saya tidur… tiada lagi yang buat kueh petang-petang, tiada lagi yang mengingatkan saya makan ubat tiap-tiap hari.
Sebenarnya bila tiba di kampus waktu pagi saya merasa sedih... Saya tak boleh menunjukan kesedihan itu di rumah, di hadapan mereka, nanti mereka akan susah hati. Rasanya dah banyak kali saya susahkan mereka.
Nanti tiada lagi peti yang penuh berisi, tiada lagi kek buah, saya pun tak dapat mengepau rokok ayah saya, tiada lagi kedengaran cakap politik ayah saya, tiada lagi keceriaan.
Saya berjanji pada diri selepas ini saya akan kerap menalipon mereka, saya terleka seketika dengan apa yang saya ada kerana mengejar cerah di sebuah hujung senja…



Jan: Terima kasih

Meluat...huh!

Memang cara dia cara paksaan yang halus dan merimaskan. Bukannya kalau kita tak beli kita dibunuh tetapi cara dia saya tak suka. Dia boleh buat kita jadi tidak selesa, serba salah dan meluat.
Memang kita tau dia cari rezeki, namun jika sudah menimbulkan ketidaktenteraman, apalah gunanya. Bagi diri saya jika mahu membeli kereta saya akan pergi ke bilik pamiran kereta. Tengok kereta tu dan cuba masuk dan buat-buat goyang stereng. Dan saya akan bawak seseorang yang tahu pasal kereta menemani saya.
Pada masa tersebut, pagi-petang dia datang dan adakalanya depan kawan-kawan lain dia `jek' kononnya pensyarah kenalah pakai kereta besar. Dan siap dengan hantar iklan di depan rumah!
Sebenarnya saya tak suka jika terdapat seakan unsur paksaan dalam membeli, saya terus jadi tak nak beli. Saya rasa jika kita menjadi juru jual kita kena kaji pelanggang kita dulu jenis mana. Kenalah kaji sebab untungnya beribu ringgit, bukannya seposen dua.
Seperti saya ni jika nak jual kereta pada saya kononnya saya akan jadi bergaya...alamatnya silap oranglah. Saya hanya mahu kereta yang kecil dan biasa sahaja. Bukan untuk bergaya tetapi tak mahu kena hujan bila balik daripada mengajar. Duit pun bukannya ada banyak sangat kecuali ditukar kepada matawang Indonesia.
Walaupun saya tahu ramai yang tergilakan orang berkereta besar, saya tak mahukan orang gila tersebut. Biarlah buat masa ini saya pakai kereta mengikut keperluan, kecualilah pitis mah bercupok. Maka jika mahu saya beli kereta atas sebab tersebut maknanya silap caralah.
Pada suatu hari yang nyaman, ketika burung berkicau ria dan sanak saudara sekelian yang ada, terus saya jadi tak nyaman apabila melihat dia ada di sisi kawan saya. Saya tahu topik yang akan dibincangkan nanti ialah pasal beli kereta. Terus saya mengelak dan buat-buat ada hal penting. Padahal taklah penting sangat halnya.
Jankaulu: Setiap orang tak sama maka kita kena guna kaedah yang berlainan, tu yang tak daya kan.

Tuesday, July 14, 2009

Berbeza bahagia...

`Kebahagian itu berbeza definisinya’ saya teringat kepada pernyataan adik perempuan saya. Pada masa tersebut saya sedang makan buah langsat dan asyik bercerita jika saya ada banyak duit. Langsat tu daripada kebun suaminya. Banyak pulak saya makan sebab free, sampai nak lelah (asma) jadinya.
Dan tentulah selepas itu adik perempauan saya mendetailkan erti kebahagian bagi dirinya dan cuba pula membandingkan kebahagian yang dia nampak pada adik beradik lain. Dan saya bersetuju setiap orang berlainan definisi kebahagiannya. Cuba bagi RM250,000 kepada beberapa orang, dan lihat apa dan bagaimana mereka membelanjakannya atau menggunakannya.

Ada yang tersenyum riang, terus memasukan duit ke dalam bank. Dan selepas itu duduk tersenyum-senyum biri-biri sambil memikirkan duit yang berada di dalam bank tersebut, Oh bahagiannya!

Dan ada pihak yang terus bergegas ke Fella Design, sambar itu ini. Singgah pula kepamiran lap top dan apabila balik rumah beria benar mahu tukar mana yang patut (dan yang tak patut tukar pun dia tukar!). Bila dah segalanya tertukar, tersenyum girang di dalam kereta Honda Accord yang baru dibelinya, alangkah bahagia.

Dan ada juga (tapi mungkin payah) mendermakan sebahagian besar duit tersebut kepada jalan kebajikan, anak yatim dan orang susah. Orang jenis ini bahagia jika dapat menolong orang susah. Dan golongan seperti ini nak cari susah, he he he. Mereka bahagia melihat oarang lain bahagia, mereka bahagia jika dapat memberi.

Ada orang bahagia walaupun hidup sederhana selagi di dalam akuannya ada banyak duit. Orang jenis ini selalu berjimat. Jika terpaksa mengeluarkan duit simpanan terasa seperti sudah buat dosa besar. Dan ada juga orang yang tak ada duit tetapi amat mementingkan keselesaan hidup, jika kita lihat jumlah duitnya di dalam bank kita akan terperanjat bak melihat harga buku-buku akademik.
Namun kita masih lagi mengaitkan kebahagian itu dengan dengan duit ya? Tentu kita perasan sangat-sangat kononnya bila ada duit kita akan bahagia.
`Duit bukan segalanya, tak semestinya kita ada duit banyak kita kan bahagia' Terpancul kata-kata Ja semasa kami menyusuri pantai negeri Terengganu akibat kena bermarketing.
Pada masa tersebut saya cuba bayangkan kepada Ja jika saya ada duit tentu saya akan bahagia sebab pasti akan ada orang akan separuh gila, gilakan saya selamanya. Tentu saya akan bahagia bila lihat orang mabuk kepada saya. He he he, kelakar. Dan tentulah ombak yang membelai pantai itu akan jadi lebih bermakna, dan biru airnya akan jadi lebih berharga.
Saya menyiku Ja dengan mesra (tapi terkawal dan mengikut syarak), kami ketawa besar selepas saya nyatakan:
`Eh Ja, orang tak dok duit je cakap gitu'

Jankaulu: Namun kutetap percaya jika kumiliki banyak duit banyak perkara yang boleh kuselamatkan...

Monday, July 13, 2009

Terbang burung.


Selepas beberapa lama, seekor burung itu semakin menyedari bahawa dia hanya berada di dalam sebuah taman burung!

Dulu dia pernah berada di dalam sangkar burung. Semua pergerakannya terlimit sahaja. Malah daripada tempat duduk tengeknya, dia boleh nampak sejauh mana sahaja dia boleh terbang bebas, menghirup suasana semulajadi yang segar. Cantik sangkar tersebut sudah tidak dapat meraih harapan hidupnya.


Dalam diam dia berdoa suatu hari nanti tibalah `hari dia'. Suatu hari yang dia akan bebas, mendapat kebebasan...iaitu suatu yang paling mahal harganya (melebihi sofa Fella Design..., he he he)

Apabila dia melepaskan diri daripada sangkar burung tersebut dia mula meneroka banyak perkara, bertemu banyak kawan dan suasana. Dia bersyukur sangat dan bergembira. Dia gembira apabila hujan dia boleh kembali kepada sarangnya. Namun lama kelamaan keperluan dan kehendak dia menjadi semakin besar. Kerana dia bukan sebarangan burung. Dia mahu terbang lebih bebas, lebih jauh, lebih tinggi, dan mencipta episod suka duka hidup dirinya sendiri.

Dia agresif meneroka di sekelilingnya. Hinggalah pada suatu hari dia melihat ada jaringan di hadapanya dan di atas kepalanya. Dan dia cepat menyedari dia sebenarnya berada di taman burung!. Dia tersentak sedikt namun tetap menikmati suasana dan apa yang ada di tanam burung tersebut. Setidaknya makanan minum disediakan terjaga. Di luar mungkin makan minum tak tentu lagi. Maka si burung tadi gembira dengan apa yang disediakan. Dia bersyukur untuk beberapa ketika.

Namun gelodakan jiwa, harapan mengunung tinggi tak dapat ditarah. Keinginan yang tidak dapat dipendamkan sehingga selamanya. Burung cerdik itu tahu betapa alam maya ini sangat luas terbentang. Dia bercita-cita tinggi, mahu berubah. Dan alangkah bahagiannya jika dapat makanan daripada tangkapan sendiri...

Di taman burung ini semuanya disediakan seboleh mungkin untuk bersamaan dengan keadaan di luar. Namun dalam skala yang lebih kecil ini tidak dapat dibandingkan dengan berapa besarnya skala kemahuan dan harapan hidupnya...

Terbanglah kau burung, kudoakan kejayaan, keberanian dan harapanmu...

jankaulu: Pernah sesangkar...

Friday, July 10, 2009

Sofa Fella Design dan hidup keseorangan...

Kak Z pernah menyuruh saya menyenaraikan barang-barang yang saya mahu dalam hidup saya. Dia beritahu cuba senaraikan semuanya di atas sehelai kertas dan baca... Dan simpan ianya.
Maka saya pun senaraikan semuanya, antaranya sebuah rumah dan sebuah kereta, saya senaraikan semuanya dan rupanya tak banyak, tak sampai pun 20 barang. Antara yang lain ialah oven (bukannya mikroware, saya tak reti guna), set pinggang mangkuk RM3K, lukisan daripada luar negara dan lain-lain yang saya perlu rahsiakan... Pada masa tersebut saya memang tidak yakin saya akan memiliki barang-barang tersebut tetapi saya fikir apa salahnya menyenaraikannya.
Selepas senaraikannya barulah saya tahu tujuan sebenar Kak Z, dia mahu saya fikir yang impian untuk mendapatkannya tidak mustahil, jika kita berusaha untuk mendapatkannya...saya tersenyum dan rasa semacam. rasa saya boleh gapainya.
Terbaru saya singgah di Fella Design, dia sedang buat pamiran di Wisma Belia di hadapan Kolej Shahputra. Walaupun dah banyak kali dia buat pamiran, saya tak pernah singgah. Sehinggalah apabila balik daripada Kuala Terengganu, saya beritahu Ja supaya singgah sekejap kat wisma belia, saya nak tengok sofa berbentuk L.
Dan amat malang bagi saya, seperti biasa yang saya berkenan mahal harganya...tentu ramai yang akan melarang (terutama yang orang yang tiada duit). Saya pun ragu-ragu, perlukah saya membelinya? Dan untuk apa?
Rumah saya tak ada sofa. sapa yang datang duduk bawah atas tikar macam orang zaman dulu...he he he. Kalau ada sofa tu, tentu saya akan bahagia. Balik kerja bestnya lepak sambil dengar CD lagu `Seribu Mawar'...
Patutkah saya membelinya? Sebenarnya saya tiba-tiba patah hati terhadap rumah saya di Indera Sempurna. Saya sudah tidak seghairah mana nak naik rumah baru. Entahlah semuanya pergi. Rasa keghairhan itu pergi, ke semuanya..., segalanya... Saya mungkin akan menyewakannya... kot. Saya masih memikirkannya, mempertimbangkannya.
Sofa tersebut memang lembut dan bila kita duduk dia menampung berat badan kita, kita rasa `tenggelam'... dan rasa diwelcome je. Entah mengapa corak dia taklah seserabut atau sesarat corak yang sebelum ini. Pada pendapat saya corak Fella Design biasanya sarat.Tetapi yang ni agak moden.
Yang ini istimewa, lembut dan bergaya mewah. Warna pun warna tanah. Saya suka sangat2. Kalaulah sesiapa hadiahkan kepada saya, saya rela buat apa sahaja kepadanya selagi halal. Dan kata jurujual yang tak berapa peramah tu (mungkin dia tengok saya ni macam tak mampu je, atau dia betul? he he he). Sofa tu boleh ditukar fabriknya dan kos dalam RM1500 je sekali tukar. Ayat `jer' tu membuatkan saya rasa nak tergelak.
Kata kawan baik saya semasa saya belajar di UM (dia psikologi orangnya), saya akan mati tua, mewah dan bergaya tetapi sendirian... Saya gembira sangat kecuali perkara terakhir itu...he he he.
`Ah hidup mung pung tunggang langgang, nak ramal hidup orang pulak', Itulah kata-kata saya lebih kurang 20 tahun lalu kepadanya...
Jan: Tetapi saya tak mewah, dan sekarang sering tak sihat, hu hu hu. (Tapi saya dapat selalu bertahan, menahan kasih saya di sukma ini).

Di antara biru ombak Laut China Selatan...


Kalau diturutkan hati memang saya tidak mahu lagi menginjaki tanah tersebut. Segala duka akhirnya terkumpul, terhimpun, terjumlah di situ. Yang akan menjadi salah sebuah coretan hidup saya yang paling dasyat! Sebuah peta yang hitam, di dalam sebuah perjalanan hidup yang panjang...

Namun pelawaan dekan tak dapat saya tolak. Beliau baik terhadap saya, lagipun saya tak pandai beri alasan (mungkin sebab masih tak berkeluarga, he he he, jangan marah). Dekan sendiri talipon secara peribadi menanyakannya. Saya dan Ja akhirnya menuju ke Kuala Terengganu.

Banyak peristiwa yang berlaku semasa kami bermarketing ke 5 buah sekolah tersebut. sesiapa yang pernah bermarketing tentu tahu betapa sibuknya dan banyaknya kerja yang mesti dilakukan. Yang paling penting depan orang jangan tunjuk muka 14, kita kena senyum je walaupun kita letih.
Dapat saya rasai banyak juga kesilapan yang saya buat, saya tidak kemas dalam bekerja, saya tidak dapat fokus dengan tajam. Paling saya menyesal ialah dalam satu kejadian akibat nak cepat, saya cuai. Saya tertinggal lap top kat bilik di resort. Setelah sampai di sekolah yang dituju barulah saya sedar yang saya tidak bawa lap top. Saya turun selamba je daripada kereta, melenggang ambik speaker tanpa lap top!, he he he. Maka kami terus cabut kembali ke resort untuk ambik lap top. Ja memecut laju tapi penuh hemah dan santun.

Saya mesti menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin, sedaya mahu. Saya mahu antara kerja dan hal peribadi mestilah dibezakan, diasingkan. Saya tidak mahu jadi golongan apabila cakap pasal agama lebat, ambil air sembahyang berkolah tapi ada akhlak yang meragukan... Rezeki yang kita suap ke mulut haruslah dihalusi dijalankan dengan terbaik. Saya cuba buat yang terbaik (dialog yang selalu peserta program realiti Tv kita asyik kata, he he).
Namun semuanya ada pro dan kontra walaupun perkara tersebut memang ternyata salah dan tak beretika, contoh mendapatkan MC untuk diri sendiri kerana anak sakit. Sedikit keterangan mengenai MC: (keluar tajuk sikit, jangan marah...he he he)

MC dikeluarkan oleh doktor kerana kita sakit. Dan doktor mengeluarkan MC kepada kita kerana kita sakit, bukan doktor atau anak kita yang sakit... MC dikeluarkan apabila memeriksa tahap kesihatan kita, tak ok. Namun saya pernah ditempelak kerana tidak memahami kesusahan orang berkeluarga, pentingkan diri dan tak sensitif sebab kononnya saya tak bekerluarga. Saya hanya senyap tetapi saya tetap yakin MC itu untuk kita bila kita sakit, he he he.

Kembali kepada hal marketing, saya berpeluang ke sekolah sains, berasrama penuh yang pelajarnya terdiri daripada pelajar pandai. Memang betul bila kita tengok pun dah tau mereka ok. Susah nak cakap, fikirlah sendiri. Mereka bukan sahaja kelihatan bijak tetapi sopan dan berbudi bahasa. Sambutan pihak sekolah sangat memuaskan, menampakan yang cikgu-cikgu mahu sangat pelajarnya berjaya... Begitu juga sekolah di Dungun, kami hargai kerjasama yang diberikan. Nasi kerabu yang dihidangkan tu akan diingati...

Cuma kali ini walaupun ratusan kilometer saya menyusuri pantai, saya gagal menikmati pasiran yang putih, laut yang jernih membiru dan langitnya yang cerah. Kerana di antaranya ada warna seakan kelabu, yang dirasai pahit di sudut tangkai hati yang hampir punah...

Jankaulu: Huh! tak habis-habis!...

Thursday, July 9, 2009

...duit dan kasih sayang...

1. Ja duduk di dalam kereta, saya yang turun dan pergi kat kaunter untuk bertanya harga bilik.
2. Saya angkat sikit seluar saya yang terloroh, tali pingan saya tak pakai, terlupa bawak tapi pagi tadi saya ke Mydin beli tali pingan, murah je RM14.90 (harga beg duit saya RM10, tentu tak percaya kan?).


3. Resort ni cantik sangat, ala Bali.
4. Kami nak bermalam kat Dungun. Pagi esok senang kami terus ke sekolah untuk memberikan ceramah kerjaya.


5. Sampai kat meja pendaftaran saya senyumkan muka dengan tak ikhlas (sebab mengantuk sangat), pukul 1 pagi baru sampai Dungun.
6. Saya tanyalah berapa rate semalaman untuk bilik. Dia jawab selamba je RM285, bilik paling murah.
7. Cara pemuda itu jawab pun tak berapa mesra sebab saya hanya berselipar dan pakaian tidak kemas kot atau dia pun mengantuk?, atau saya bukan perempuan berbaju baruk nangka? he he he.


8. Saya terus pergi ke kereta beritahu Ja, dan kami cari resort lain...


9.`Mahal ya Ja, kita nak tidur 5 jam je kan, sebab esok kita nak balik terus. ' Saya kisahkkan kepada Ja.
10. Dan sebenarnya untuk malam kelmarin saya dah guna kad untuk bilik RM195. Nasib baik ada kad. Memang hotel tu akan dibayar oleh majikan nanti tapi kami tetap rasa mahal.


11. Rancangan kami selepas ceramah esok pagi kami akan terus keluar resort dan nak jumpa Mek P di UITM Dungun sekejap, kami bukannya berlama-lama di resort tu. Baik cari yang murah dan dekat dengan sekolah.



12. Bagi orang tua yang kaya, yang anak-anak dah besar, yang tak kerja pun duit banyak masuk masuk, RM285 semalaman bukannya mahal sangat kan?


Jan: Barulah kusedar (bertambah sedar) diri ini bukannya orang berduit... Dan kutahu kaitan kasih sayang dan duit. Dan ku kecewa melihat perkaitan itu...


Monday, July 6, 2009

Perlu lebih ramai lelaki?

Kelas saya semester ini ada 6 section, pelajarnya seramai 220. Untuk kelas pertama hari ini saya mengajar sebanyak 4 section. Saya dapati hanya ada 2 orang lelaki, dan kelas selepas tengahari ada 4 orang lelaki sahaja untuk ke empat-empat section tersebut.
Saya tertanya pula, sekarang ini sudah tidak adakah orang beranakan lelaki ke? Dan saya tidak boleh jawab tetapi memang benar fenomena ini terjadi, ramai pelajar perempuan berbanding dengan pelajar lelaki di pusat pengajian tinggi kita (Ini tidak membicarakan lagi jumlah pensyarah lelaki berbanding pensyarah perempuan...)
Atau memang ada ramai lelaki tetapi mereka malas membaca dan minat bidang teknikal (jawapan yang selalu saya dengar).
Saya tak ada masalah langsung untuk mengajar pelajar lelaki atau perempuan, mahupun mak nyah. Saya tiada masalah dengan gender. Selagi mereka rajin dan beri kerjasama, itu sudah membuatkan saya rasa gembira. Tugas saya menyampaikan ilmu.
Ya, mungkin nisbah kelahiran perempuan lebih tinggi dan ya mungkin lelaki lebih suka kepada perkara lain selain daripada menyambung pelajaran berbentuk pembelajaran bukan teknikal.
Cuma saya tertanya pulak…ada fenomena yang lelaki-lelaki ini sebenarnya tidak pula mendapat kerja yang bagus dan akhirnya berkahwin dengan perempuan yang lebih tinggi akademiknya. Dan ini bukanlah masalah kata kawan saya, selagi dia seorang bertanggungjawab. Dan kalau gaji lelaki RM5000 pun kalau tak diberikan kepada keluarga, buat apa kan? Jawab dia lagi kepada saya. Saya tersengeh sahaja dan terus mengiakannya.
Entahlah..yang penting saya akan lebih bersungguh-sungguh mengajar pada setiap semester.
Jan: Betul ke kawan saya Sam kata dunia ni perlukan lebih ramai lelaki?

Friday, July 3, 2009

Cemburu mak saya...(edit balik)

CEMBURU tidak seerti dengan dengki. Sangat berbeza bak daun dengan bunga. Pendapat saya cemburu lebih kepada kesakitan yang ada elemen kasih dan sayang. Dengki lebih kepada kesakitan hati berlandaskan hasad yang ada pada diri dan ada unsur pertandingan. ` Dia seorang yang cemburu tidak sama dengan ayat `Dia seorang yang dengki'.
Saya katogerikan emak saya sebagai seorang yang cemburu. Semenjak kecil hinggalah saat saya menulis blog ini mak saya tetap cemburu. Cemburunya terhadap ayah saya, saya gambarkannya sebesar dunia. Maya persada ini. Saya akui emak saya `melindungi' haknya dengan agrasif. Terkadang nampak melampau sikit.

Tidak tenteram, tidak tenang...
Saya dapati daripada saya kecil emak saya cemburu kepada ayah saya pada tahap `first degree'. Kini walaupun ayah saya dah berumur 70 tahun (sudah tidak bergaya sangat) emak saya masih lagi cemburu, dan dapat saya katakan dia semakin cemburu apabila semakin tua .

Pernah saya beritahu tidak elok kita sayangi seseorang melebihi daripada tuhan kerana ia akan membuatkan kita tidak tenteram. Dan saya pernah beritahu tidak elok kita tidak mempercayai pasangan kita. Namun emak saya tidak memberikan sebarang komen. Mungkin dia fikir saya masih mentah.

Resah bila berjauhan
Saya dapati semenjak emak saya berada di rumah saya (menjaga saya akibat darah tinggi), tiap-tiap hari dia risau akan ada perempuan yang akan menggoda ayah saya. Dia terkadang keluh resah dan malam-malam merayau depan padang permainan di hadapan rumah saya, persis macam orang pertama kali bercinta.
Untuk mententeramkan hatinya, saya beritahu ayah tu bukannya handsome tetapi dah tua. Segala sikap negatif ayah saya saya keluarkan untuk menggambarkan bahawa ayah saya sudah tidak ada `market' lagi, he heh he.
Namun emak saya memberikan hujahnya yang saya sebagai pensyarah tidak dapat mematahkannya. Emak saya beritahu perempuan nak kan duit ayah saya, bukannya mahukan ayah saya (pulak dah). Saya beritahu ayah manalah ada duit dan mak saya jawab balik ayah saya kelihatan seperti seorang yang banyak duit. Pening kepala jika bercakap dengan mak saya soal ni

Pasang spy!
Sepanjang mak saya berada di Muadzam, saya tahu emak saya pasang spy untuk mengintip gerak-geri ayah saya. Dia tetap mahu tahu di mana ayah saya berada pada waktu pagi, petang dan malam. Dan mak saya selalu tanya spynya, ayah saya sedang buat apa dan dengan sapa. Bayangkanlah penanggunan mak saya...

Kadang-kadang saya kesian ke emak saya sebab dia tidak dapat fokuskan kepada sesuatu perkara dengan lama dan tenteram. Sepatutnya dia sibuk mengaji al quran sahaja dan tenangkan diri tetapi hatinya selalu resah dan gelisah bila ingatkan ayah saya. Kadang-kadang dia tanya ayah saya makan apa ya? sedangkan dia tahu ayah saya makan kat kedai betul-betul sebelah umah di kampung, kedai adik dia...

Cemburu mega.
Saya dapati cemburu mak saya bukan setakat cemburu di mulut sahaja. Cemburu mak saya bukan main-main tetapi dizahirkan dalam bentuk action. contohnya pernah di zaman 80 an pernah suatu kejadian emak saya melanggar pintu pagar rumah hingga terpelenting pintu pagar besi tersebut. dia sengaja bawak kereta dengan laju dan melanggar pagar tersebut dengan kuat dan berani. Pintu pagar tu terpelenting terbuka.
Rupa-rupanya ada orang kampung beritahu kepada emak saya yang ayah saya bawak perempuan dalam kereta. Sebenarnya perempuan itu kakak saya yang ayah saya jemput balik daripada tuisyen, he he he.

Dalam hati seorang isteri, saya tak tahu...
Ayah saya pernah menyatakan, kawan-kawan baik mak saya semuanya bermadu, mungkin sebab itu mak saya jadi begitu. Namun saya tidak dapat menerima alasan tersebut bulat-bulat kerana saya tahu emak saya memang jenis cemburu mega.

Emak saya beritahu kepada saya tidak adalah suatu yang paling kecewa dalam kehidupan seorang perempauan selain bermadu. Emak saya pernah memberitahu jika duduk di istana dan `gelang mas sekerat lenggang' pun tidak bererti. Saya tidak faham sangat...

Pisau dalam beg.
Pernah emak saya membawa pisau dalam beg dan bertujuan untuk menikam perempuan yang digosipkan dengan ayah saya. Peristiwa ini ramai orang kampung tahu, dan mereka tidak hairan. Sehingga perempuan yang diragui itu bertahu berita itu kepada ayah saya, dia bimbang mak saya akan menikam dia daripada belakang. Dan ayah saya jawab mestilah perempuan bawa pisau sebab nak `siang' ikan, he he he.

Adakah kerana kita sayang sangat kepada seseorang itu kita tidak boleh berkongsi kasih? dan tak dapat berfikir dengan waras? Tidak kah bila kita sayang ke orang kita akan bahagia melihat orang itu bahagia walaupun tidak bersama kita? (amboi sedapnya soalan...he he he?)

Pinggang mangkuk mahal
Terbaru mak saya beritahu jika dia sakit tenat, dia suruh saya dan adik saya ambik semua pinggang mangkuk berjenama mahal di dapur. Dia juga beritahu kami berhentilah hadiahkannya pinggang mangkuk yang mahal. Saya tanya kenapa? Mak saya jawab, dia bimbang apabila dia mati ayah saya kahwin lain dan bawa perempuan itu tinggal di rumah, perempuan itu akan guna pinggang mangkuk mak saya. Ya allah!.
Saya beritahu secara berseloroh tak kan bila mak sakit saya sibuk mengangkat barang-barang pulak. Dan saya beritahu mak saya bila dia dah mati tak payahlah bimbang atau fikir lagi apa yang akan terjadi di dunia ini, he he he?

Pandangan mak saya tentang perangai lelaki
Namun saya kagum juga kepada emak saya kerana banyak kontraktor yang saya kenal dan ketahui kawin lebih daripada satu. Tentulah sepanjang hidup emak saya dia sentiasa resah sahaja. Dahulu setiap kali ayah saya dapat duit project emak saya selalu bimbang dan tak tenteram, takut ayah saya kahwin lain.

`Orang lelaki ni bila dah ada duit nampaklah perangai dia yang sebenar, kalau tak ada duit rela susah dengan kita' Itulah kata-kata mak saya yang apa bila saya cerminkan dan padankan dengan situasi sebenar dan isu terkini... ada kebenarannya! he he he. Laju je mak saya buat pernyataan itu tanpa buat kajian terperinci atau guna SPSS...Emak saya bimbang ayah saya jatuh hati kepada orang lain. Emak saya pernah beritahu `Perempuanlah yang sebenarnya buat orang perempuan susah" (pulak dah), mulanya saya tidak faham tetapi lama-kelamaan saya guna otak.

Saya ada berseloroh dengan mak saya, jika ayah mati dan ada perempuan yang lalu depan kubur ayah saya tentu mak saya akan marah atau setidaknya tidak sedap hati, he he he. Mak saya mahu ayah saya milik dia seorang.

SMS dalam handphone

Namun saya dapat baca juga sayang mak saya kepada ayah saya. Bila malam-malam saya buka hp secara curi-curi dan saya rasa geli pulak bila baca sms antara mereka sebab ada `i love u', dan `i miss u' dan lain-lain yang saya tak sanggup saya tulis di sini, he he he. Mungkin mak saya mencintai ayah saya selamanya.

Saya tahu jika ayah saya pergi dulu mak saya akan merana dengan dasyatnya...(tetapi saya akan jaga emak saya dengan baik, kalau saya ada isteri belum tentu dia sayang kepada emak saya sebab mak saya cerewet juga orangnya, contoh kalau makanan tak sedap dia tidak telan! )

Cinta sejati zaman terkini...

Saya tahu cinta sejati sangat sukar ada, cinta zaman sekarang pun baru tak sampai 5 tahun dah ada gempa buminya, sepanjang 40 tahun lebih perkahwinannya tentu banyak air mata mak saya mengalir kerana menjaga hak dia (ayah saya). Cinta dan air mata tak boleh dipisahkan.

Saya tahu benar kita akan banyak menangis dan susah hati bukan kerana musuh kita, tetapi datangnya daripada orang yang kita sayangi (kawan saya beritahu).

DNA cemburu?

Nasib baiklah saya tidak cemburu orangnya. DNA cemburu mak saya, saya tak mewarisinya. Dalam satu-satu hubungan saya percaya tidak perlu cemburu kerana saya percaya kepada kesetiaan. Kepercayaan atas kesetiaan adalah nadi kasih sayang. Buat apalah kita resah dan gelisah cemburukan seseorang padahal kita percayakannya kan kan?.

Tetapi saya ada sedikit kelemahannya iaitu bila kesetiaan dan kepercayaan itu dikhianati saya tidak redha. Saya tidak rela, dan saya tidak akan memaafkannya sampai akhirat. Dan saya tidak akan berpatah balik, saya akan maki, saya akan sumpah laknat tiap-tiap hari sehingga hari-hari terakhir saya berhenti bernafas!... Saya sumpah celaka dia tiap-tiap hari. Tiap-tiap hari !


Jan: Mana lebih teruk ya, mak saya ke saya? he he he.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home