Pagi tadi semasa mahu memasuki bilik, saya terpandang poster yang telah saya tampal di dinding hadapan. Poster tersebut saya tampal di sebelah papan notis yang biasanya digunakan untuk pemberitahuan markah pelajar. Poster itu mengenai kempen Bumi Hijau.
Semester akan bermula Julai ini, saya akan menerima pelajar baru, pengalaman baru, dan poster itu masih di situ...
Di sebalik poster itu ada cerita tersembunyi... cerita yang memerlukan saya bertabah hati. Entahlah kalau boleh saya tidak mahu mengingatinya. Tetapi kadang-kadang ia memberikan sebagai kekuatan pada saya untuk meneruskan perjuangan. Menjadi tenaga pengajar yang baik.
Sebagai tenaga pengajar kita harus ikhlas dan berterus terang. Kita tidak boleh bias dari segi agama, bangsa, jantina dan segalanya. Dan saya mencubanya, selalu mengingatinya. Saya marking kertas dan memberikan penilaian setegasnya mengikut apa yang pelajar persembahkan supaya kualiti pendidikan terpelihara.
Namun selepas saya tampal carry mark pada penggal lepas, ada contengan berupakan ukiran/torehan di dinding simen sebelah pintu bilik saya. Torehan itu tertulis `SUKIMAN FUCK! '. Torehan itu besar dan menggunakan benda tajam, mungkin menggunakan pisau kot. Dan pastilah menarik perhatian pelajar atau pensyarah yang lalu lalang di depan bilik saya (bilik saya pula berdekatan dengan office).
Lalu untuk tidak mewujudkan suasana kecoh saya tampal poster di atasnya, sebuah poster yang besar. Sehingga hari ini saya tidak tahu siapa yang begitu marahkan saya. Kawan sepensyarah atau pun pelajar saya sendiri?
Jika pelajar tentulah saya kecewa. Tentulah mereka bencikan/marahkan saya teramat. Saya tertanya-tanya mungkin kerana markah mereka rendah?, atau tidak suka gaya saya mengajar? Begini ke perangai dan tingkah laku pelajar sekarang? Namun torehan tersebut muncul setelah saya keluarkan carry mark...
Entahlah, saya bukannya tenaga pengajar yang terbagus, saya akui dan ada bukti. Melalui borang `Lecture Evaluation' yang diedarkan setiap hujung semester, saya memanglah tidak dapat dikatogerikan `Excellence Lecturer'. Saya mendapat Above Average sahaja.
Namun saya tidak pernah dapat Average, Below Average atau jauh sekali Poor. Dan saya juga berusaha untuk jadi teratas iaitu Excellence... (Di sini mereka menahapkan pensyarah kepada 5 kumpulan...)
Kalau beliau seorang pelajar, saya rasa tingkahlaku tersebut amat tidak patut, saya telah cuba menjadi seorang tenaga pengajar yang boleh bertolok ansur. Saya tidak fikir cara sabotaj itu dapat memberikan keuntungan pada mana-mana pihak. Sepatutnya masing-masing cuba membangunkan diri, saya sebagai tenaga pengajar dan beliau sebagai pelajar.
Saya berdoa semoga pelajar tersebut sedar atas tindakannya itu...
Jankaulu: Kalau saya marah, saya senyap sahaja...
No comments:
Post a Comment