Daripada jauh saya melihat kawan-kawan saya bermain bowling. Seperti yang saya duga mereka terlalu amatur, namun permainan tersebut katanya bukanlah untuk bertanding sangat tetapi untuk mengeratkan silaturahim dan untuk suka-suka. Saya gembira melihat kawan-kawan saya bermain dengan gembira.
Saya akhirnya menghampiri juga untuk memberi sokongan moral walaupun saya percaya moral adalah sesuatu yang subjektif sifatnya. Saya jumpa kawan-kawan yang biasanya saya jumpa di tempat kerja, mereka kelihatan sama sahaja.
Saya melihat balingan Ja, daripada jauh saya nampak beberapa kali bola tersebut masuk longkang. Saya rasa geli hati dan gembira pula. Saya ketawa walaupun dada saya penuh asap duka… Terima kasih Ja kerana membuatkan aku tersenyum.. (pulak dah).
Ramai juga yang bawak anak-anak, ada yang tertidur, ada yang berlari-lari di tepi-tepi pagar bowling. Ada juga yang degil tapi ada juga yang jinak.
Saya tidak tahu nak mengira bowling macam mana. Tetapi macam ada dua tV kat bawah dan kita boleh lihat mata yang mereka punggut di atas. Pastilah kalau masuk semua botol-botol tu dapat markah banyak.
Saya cuba juga masukan jari saya ke dalam lubang tu. Ada tiga lubang. Dan jari yang tertentu saja yang boleh masuk lubang. Saya tak pernah pun masuk jari ke dalam lubang bowling (walaupun umur saya dah 39 tahun) tahun. Kira hari itu hari ini dalam sejarah sebab saya cuba masukan 3 jari saya ke dalam lubang tu. Saya angkat dan berat rupanya. Huh sapalah cipta permainan ni, kalau ada 5 lubang kan senang?
Di kesempatan itu saya juga merayau semula untuk `beli tingkap’ . Saya lalu balik di hadapan kedai Cd yang saya pergi dengan The 6 ( 6 disebut `nan' wakili enam). Sebenarnya sebelum itu saya jumpa The 6, Tadi saya sambar satu DVD konsert Bon Jovi di London. Saya ingat lagi masa konsert tu dibuat saya masih belajar di UM, saya beli tapi hilang kat umah sewa. Dalam banyak-banyak lagu saya suka lagu `always’, lirik simple.
Masa tu menyewa rumah dua tingkat di Petaling Jaya bersama kawan-kawan saya, Masa tu semua ahli rumah sewa ada awek (ada yang ada dua sekaligus). Tapi saya seorang tak ada awek. Saya selalu tanya pada diri tak handsome ke aku? Tak layak kah utk disayangi...? Aku sukiman bukannya Siamang... Kat Um ni kan ada 14 ribu pelajar, tak kan tak ada orang nak kat aku? Bergitulah persoalan demi persoalan berlegar di kepala saya (mengalahkan soalan ekonomi).
So saya selalu pasang lagu `always' kat umah sewa. Buat-buat muka `monyok' kononnya saya ditinggalkan awek... Kawan-kawan ada juga kononnya bersimpati sebab saya kena tinggal dek awek ( ada yang siap belanja makan lagi dan suruh bina hidup baru... Huh! dia orang ingat saya bodoh ke.)
Jan: Sampai kini saya suka lagu `always'...dah jadi macam lagu tema hidup saya pulak (pulak dah!!!)
No comments:
Post a Comment