" Saya percaya dalam tiap jiwa manusia pernah ada rasa cinta yang amat sangat, membuak-buak. Seseorang yang paling dia sayangi berbanding dengan orang lain. Kasih sayang yang melekat kejap di dadanya, mustahil manusia tidak memiliki perasaan itu..." Dr. Soraya menghulurkan minyak angin yang dibelinya di Kuala Kubu. Memang dia membelinya khas untuk Mankisue. Dia kesian melihat Mankisue selalu mengadu lengguh di seluruh tubuhnya.
"Kadang kadang seseorang manusia itu bertuah kerana dapat hidup bersama orang yang disayanginya doktor..., dan kadang-kadang manusia itu tidak bertuah kerana tidak dapat hidup bersama orang yang disayanginya…" Mankisu menyambung ayat Dr Soraya dengan sinis. "... dia mungkin ambik saja orang yang datang dan ada di hadapannya buat pengubat luka ...dia tidak betah untuk hidup sendirian...'' Tambah Mankisue, mengambil minyak angin itu, diletakannya di meja penjuru katil. Dr. Soraya terpinga-pinga, perkataan sinis daripada Mankisue itu benar belaka, terlalu benar... Dia teringatkan Tengku Farid...
Jan: Siapa pulak Dr. Soraya? siapa pula Tengku farid?
No comments:
Post a Comment