Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, February 11, 2009

Kalau dah nasib...

BUNYI hon kereta yang kuat tersebut benar-benar menyedarkan Mankisue daripada lamunannya. Sekarang sebuah kereta Volvo hijau betul-betul menuju ke arah Mankisue, dan dalam keadaan cemas secepat kilat dia membelok motornya ke arah tepi kiri jalan, namun dia gagal mengawal kelajuan motornya. Apabila Mankisue brek mengejut, dia jatuh tergolek bersama motornya di tepi parit, di tepi jalanraya.

Dan dalam keadaan panik bersalut cemas, Makisue masih sempat berpaling melihat kereta hijau tersebut selamba melarikan diri…

``Ya allah, tak nampak langsung kereta tadi, tak nampak langsung.’’ Bisik hati Mankisue. Memang dia tidak nampak kereta tadi. Mankisue terpaksa mengakui yang semuanya adalah salah dia, dialah yang tidak berhati-hati di simpang jalan tadi. Mankisue berada di alam khayalan ciptaannya.

Mankisue bangun dan mengangkat motornya. Dia memeriksa motornya bimbang kalau ada apa-apa yang rosak. Namun apalah yang Mankisue tahu sangat tentang sebuah motor?, Mankisue cuba start motor tersebut, alhamdulilah hidup. Dia cuba mainkan signal lampu, tak bernyala.

Mankisue terasa pedih di jari kakinya, dia lihat kuku kakinya biru, dan sedikit berdarah. Barulah dia ingat tadi semasa dia panik dia menjulurkan kakinya dalam usaha untuk menghentikan motornya.

Setibanya di kedai makan berdekatan dengan Bank CIMB Mankisue terus memesan air nescafe. Dia mahu tenteramkan dirinya kerana dadanya masih berdebar-debar. Sebenarnya tadi memang dia mahu ke klinik mahu memeriksa tekanan darah. Beberapa hari lalu dia selalu terasa pening kepala. Namun keputusan untuk berjumpa doktor itu dibatalkannya sebaik sahaja sampai di hadapan klinik. Terlalu ramai pesakit di klinik tersebut. Mankisue malas menunggu, dia bosan.

Sebaik sahaja Mankisue dapat mententeramkan diri, dia rasa semacam, rasa hendak ketawa pun ada, rasa sedih pun ada… rasa nak ketawa kerana lucu bila teringat gelagatnya tadi ketika gagal mengawal motor, dan rasa sedih kerana peristiwa yang baru dilaluinya tadi menggambarkan dia tidak dapat mengawal perasaannya, dan akan menjadi tidak lebih daripada salah satu diari sunyi di dalam hidupnya…

Seketika itu dia teringatkan kawan karibnya Aj, lalu Mankisue menalipon dan menceritakan apa yang telah terjadi. Bukanlah niat Mankisue untuk menagih simpati daripada Aj, hanya sekadar nak melepaskan rasa hati. Aj mahu berjumpa dengannya tetapi Mankisue menolak kerana secara fizikalnya dia tidak cedera. Namun jika dia tidak mengelak tadi memang melambung dia dilanggar kereta Volvo hijau tadi. Mankisue teringat baru tadi semasa di pejabat pentadbiran sebelum dia mahu ke klinik, dia ada berseloroh dengan Norsham.

``Norsham saya dah siapkan skema subjek saya ni, kalau ada apa-apa yang berlaku, saya mati ke, awak tolong marking ya, kayrimak pun saya dah siap awal-awal’’. Separuh berseloroh Mankisue menghulurkan skema kepada Norsham yang kelihatan sedikit tergaman.

``Astarafirullah! Tak baik awak cakap macam tu. Tak baik. Mana boleh main-main dengan mati’’. Norsham yang sedari tadi berada di sebelah mesen footstep mula bersuara.

``He he he kan kita sunat ingat mati tiap-tiap hari kan?.’’ Mankisue cuba mencipta lawak, walaupun hatinya hambar. Walaupun dalam hatinya memang dia mahu mati hari itu juga, saat itu juga… dia mahu meninggalkan dunia yang penuh kepalsuan ini…
Jan: Emm...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home